B - 6

Romance Completed 41713

Ketukan di pintu pejabatnya membuatkan Batrisya tersedar dari kenangan zaman remajanya bersama Harris. "Ye masuk." Arah Batrisya sambil membetulkan kedudukannya.

Pintu dikuak perlahan dan hanya separuh daripada badan Kak Bella sahaja yang dijengukkan sedikit. "Ye Kak Bella? Ada apa?" Tanya Batrisya bersahaja.

"Oh tak..ni Akak nak tanya Risya tak nak balik lagi ke? Dah pukul 5 ni. Akak pun nak blik dah ni. Kata Kak Bella.

" Ha,ye ke Kak?" Sekali lagi dia memandang jam di pergelangan tangannya dan sekali lagi dia menepuk dahinya sendiri. " Ya Allah..apa kena la dengan aku hari ni,ayik nak terlajak masa je hari ni." Ngomelnya sendiri.

" Emm.. Ok tak apa. Akak boleh balik dulu yer. Risya nak kemas-kemas sikit." Tangannya ligat mengemaskan mejanya walaupun tidak berselerak.

Laju kereta Mini Cooper miliknya meninggalkan parking VVIP Cars Auto Sdn Bhd. Dalam kepalanya kini dia ingin cepat-cepat sampai rumah sebab badannya terasa sangat letih. Banyak sangat kerja yang terpaksa diselesaikan dalam masa 2.3 hari ni.

"Assalamualaikum ibu.." Batrisya melangkahkan kakinya masuk ke dalam perut rumah.

"Waalaikumussalam ye Kakak.. " Sahut Hajah Mariani yang baru keluar dari dapur.

Batrisya melangkahkan kakinya mendapatkan ibunya dan terus memeluk ibunya itu dari belakang. Itu la rutin hariannya selepas pulang dari pejabat. Diana Batrisya merupakan anak sulung pada Hajah Mariani dan Haji Damhuri. Walaupun Batrisya anak sulung tapi dia adalah seorang anak yang paling manja dengan kedua ibu bapanya.

"Emmm.. Sedapnya bau..ibu masak apa je untuk minum petang ni bu?"

Hajah Mariani tersenyum dengan telatah anak sulungnya itu. Anak sulung tapi manja dia macam dia pulak yang anak bongsu. " Ibu buat jemput pisang je sayang untuk makan petang ni." Ujar Hajah Mariani tersenyum.

"Oh.. Patut pun sedap jer bau." Batrisya mula melepaskan pelukan dipinggang ibunya dan laju tanganya mencapai jemput pisang yang masih panas yang terhidang di atas meja.

Hajah Mariani menatap wajah lesu anak daranya itu. Wujud rasa kesian terhadap anak sulungnya itu. Umur baru 26 tahun dah menggalas tanggungjawab besar dekat office tu. Bukan mudah untuk memegang jawatan sebagai seorang CEO di sebuah syarikat yang besar di usia yg muda.

"Kakak,ibu nak tanya sikit boleh?" Ujar Hajah Mariani. Matanya kini hanya tertumpu pada anak gadisnya itu.

Batrisya menyuapkan jemput pisang yang dipegangnya ke dalam mulut. "Hem,ibu nak tanya apa? Tanya je la." Ujar Batrisya. Mulutnya kini sibuk mengunyah jemput yang disuapnya tadi.

"Macam mana hubungan kakak dengan Khai sekarang?" Tanya Hajah Mariani ingin tahu. Matanya memandang tepat wajah anaknya itu. Mesti ada sesuatu yang Batrisya sorokkan darinya,kalau tak masakan orang tua Khai ingin berjumpa dengannya malam ni.

Kunyahan Batrisya yang tadi laju kini menjadi perlahan bila menddengar soalan itu daripada Hajah Mariani. Em..nak cakap ke tak ek dekat ibu yang perangai Khai nampak sangat berubah dalam masa 2 minggu ni. Nak sorok? Tapi sampai bila. Ibu je la tempat aku luahkan semua isi hati aku selama ni. Antara aku dan ibu tak pernah ada rahsia.

"Huuhh.." Batrisya melepaskan keluhan berat. Matanya kini memandang wajah polos ibunya yang sedang menantikan jawapan darinya.

"Sebenarnya ibu,perangai Khai dah berubah dalam masa 2 minggu ni. Kakak pun tak tahu la kenapa ibu. Sekarang kalau bukan kakak dulu yang call atau WhatsApp dia,memang tak la dia nak call atau WhatsApp kakak dulu." Terang Batrisya panjang lebar dengan nada sayu. Jarinya dimainkan di tepi-tepi cawan. Matanya hanya ditumpukan pada air tea o yang dituangkan oleh ibunya.

Kesian dia pada anak daranya itu makin bertambah. Dah la sibuk dengan hal office,ditambah pulak lagi dengan masalah hubungnya dengan Khai. Berat hatinya untuk memberitahu Batrisya tentang kedatangan ibu bapa Khai malam ni. Tapi nak tak nak dia terpaksa bagi tahu jugak.

Tangan Batrisya diraih Hajah Mariani, "kakak..kakak sabar ye. Ibu tahu kakak kuat. Ni,ibu nak bagi tahu tadi Ibu khai ada call ibu bagi tahu yang dia nak datang rumah kita malam ni. Katanya ada sesuatu yang nak di bincangkan." Ujar Mariani dengan nada suara yang lembut.

Berkerut-kerut dahi Batrisya mendengar berita yang disampaikan oleh ibunya tadi. Nak bincang apa lagi kali ni. Tak kan nak tangguhkan lagi tarikh perkhawinan ni. Tinggal lagi sebulan je kot. Kau jangan nak buat gila Khai.

* Bab 6 done. hihi :) sory tau korang sebab 2.3 hari ni ecah tak sempat nk update novel ni. Ecah bzy siapkan baju temphan customer. sory tau.

Hari ni ecah janji yang ecah akan cuba update 2 Bab untuk hari ni. ;)

so tunggu tau. hihi. enjoy korang :) tq sudi baca
' I love U Mr.Poyo '

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience