"Ada bukti yang boleh buat ibu percaya dengan kata-kata Khai ni? Ye la mana la tahu kan Khai saja buat cerita ke kan?" Soal Datin Aminah dengan nada yang berbaur sedikit menuduh.
Badannya di sandarkan pada sofa lalu tangannya mencapai Iphone yang berada di sebelahnya. Jari jemarinya mula menari di skrin dan galeri di buka.
Kan aku dah agak,Ibu mesti tak akan percaya punya dengan aku. Tapi nasib baik la aku sempat tangkap sekeping gambar Risya dengan mamat tu hari tu. Padan muka kau Risya. Kalau dulu Ibu aku selalu sebelahkan kau kan. But now,aku tak kan benarkan benda tu terjadi lagi.
"Nah,Ibu dengan Ayah tengok la sendiri. Gambar Risya dengan mamat tu. Gambar ni sekeping je yang Khai ambik. Tu pun sebab nak tunjukkan dekat Ibu. Kalau tak,tak ada maknanya Khai nak ambik gambar si Risya tu. Cuba Ibu tengok Risya peluk lengan lelaki tu. Perempuan macam ni ke Ibu nak jadikan menantu? Depan kita bukan main lagi baik. Belakang kita perangai macam apa dah." Ujar Khai. Sengaja dia menokok tambahkan cerita supaya Ibunya itu bencikan gadis yang bernama Diana Batrisya itu.
Datin Aminah mula termakan dengan cerita yang di putar belitkan oleh Khai. Tergeleng-geleng kepala Datin Aminah saat melihat gambar Batrisya yang ditunjukkan oleh Khai tadi. Sungguh dia tidak menyangka gadis yang selama ini dianggapnya baik rupa-rupanya seorang wanita yang bertalamkan dua muka.
Satu keluhan berat dilepaskan. "Hurmm..tak sangka Ibu, Risya boleh berperangai macam ni. Kalau perempuan tu muncul depan Ibu siap la dia nanti. Ibu akan bagi pengajaran dekat dia sebab dia dah memperbodohkan Ibu dengan perangai dia tu." Marah Datin Aminah.
###
"Ha, Harris ada apa kau nak jumpa aku dengan Farah ni?" Tanya Farid setelah melabuhkan punggungnya di kerusi yang berhadapan dengan Harris.
"A'ah. Kenapa ni Abang Harris? Tak pernah-pernah nak jumpa dengan Farah hari ni tiba-tiba nak jumpa pulak. " Farah membetulkan kedudukannya supaya lebih selesa.
Jari jemarinya kini dimainkan di tepi cawan Hot Coffee yang diodernya tadi. Harris menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum memulakan bicara tentang tujuannya mahu bertemu dengan dua baradik itu.
"Eerr.. Aku sebenarnya nak mintak tolong dengan korang untuk join 'game' aku ni. Tapi kerja korang simple je. Aku nak korang jadi radio karat aku. Boleh tak?" Soal Harris dengan wajah yang sedikit berharap.
Ha, apa benda Abang Harris ni. Nak jumpa aku sebab nak ajak main 'game'. Tapi game apa pulak ni. Ee.. Aku tak faham la. Yang Abang Farid ni pun dah kenapa senyap jer. Ngomel hati Farah sendiri.
"Game? Game apa pulak ni Abang Harris?" Tanya Farah sedikit kebingungan. Berkerut-kerut dahinya memikirkan tentang 'game' yang dimaksudkan oleh Harris itu.
Farid yang sedari tadi lagi mendiamkan diri seolah-olah dapat mengagak dengan 'game' yang dimaksudkan oleh Harris tadi.
"Aku setuju." Ujar Farid yang dari tadi hanya mendiamkan dirinya. Mendengar jawapan itu dari Farid,Harris mengukirkan senyuman manis di bibirnya. Farah yang sememangnya blur dari tadi bertambah blur bila mendengar persetujuan Farid untuk join 'game' Harris itu.
Share this novel