Kring.. Kring..
Deringan demi deringan tapi ianya hanya dibiarkan tanpa dijawab. Hem, malas aku nak jawab panggilan kau. Pandai cari pasal sangatkan, pujuk la. Aku nak tengok sejauh mana kau sanggup pujuk aku untuk dapatkan aku balik.
Amelia hanya bermalasan di sofa panjangnya sambil membaca majalah kegemarannya.
Bip.. Bip..
Amelia mencapai Iphone yang berada di sisinya. Sambil jari-jemarinya menari-nari di skrin Iphonenya. Hurm, puas call aku tak angkat kau whatsap pulak.
Please baby jangan buat macam ni dekat I please baby. I really-really miss U. I betul-betul mintak maaf dengan U tentang apa yang dah jadi semalam. Please sayang angkat la I call U ni. Kalau U tak angkat macam mana I nak explain dekat U sayang. Please sayang~ Khai
Hem,baby la sangat. I miss U konon. Aku sikit pun tak miss dekat kau tau. Setakat anak Dato macam kau ni sekali aku petik jari je sepuluh yang aku dapat tau. Bukan je anak Dato anak tengku pun aku boleh dapat la. Bebel Amelia dalam hati.
Kring.. Kring.. Kring.. Kring..
Sekali lagi Iphonenya berdering. Button hijau di swipe dan kini dia mula berdiri sambil tangannya disilangkan di dadanya.
"Hurm,U nak apa lagi call I ni? Pergi la call tunang U tu. I ni siapa je la kan pada U." Nada suaranya sengaja dibuat-buat seperti sedang merajuk.
"Baby please,you're my everything to me. Lagi pun I dah putus tunangkan. Now I single so sekarang I boleh fokuskan pada U. U tahu kan El, macam mana I sayangkan U. Ok baby macam ni, apa kata malam nanti I datang rumah U ambik U then kita keluar ok sayang. U mintak je apa yang U nak nanti I akan belikan ok baby?" Pujuk Khai. Sedaya upaya dia cuba untuk memujuk kekasih hatinya itu.
Sebenarnya lepas pertemuannya dengan Amelia beberapa bulan yang lalu menyebabkan dia dah mula rasa bosan dengan Batrisya. Baginya Batrisya tidak ubah seperti seorang gadis kuno. Dari segi pakaian dia memang nampak cantik tapi dari segi cara dia jaga hubungan tu. Membuatkan khai mudah rasa bosan. Nak bersentuh pun tak boleh tapi kalau dengan Amelia, dia tak payah mintak tu semua sebab Amelia sendiri yang akan bagi padanya.
Hurm.. Kau akan belikan apa je yang aku mintak ye. Ok aku terima maaf kau tu.
"Emm..betul ni U nak belikan apa je yang I mintak?" Tanya Amelia dengan nada sedikit manja.
"Betul sayang. I janji,I akan belikan apa je yang U mintak. Asalkan U tak tinggalkan I. U sendiri tahukan how much I sayangkan U."
Amelia memusingkan bebola matanya saat mendengar perasaan sayang yang di luahkan oleh Khai. Sungguh dia meluat dengan ucapan sayang dari Khai. Selama ini dia tak pernah sayangkan Khai. Perasaaan sayang tak pernah wujud dalam dirinya untuk Khai. Dia rapat dan baik dengan Khai hanya semata-mata kerana duit dan bukan atas dasar cinta seperti yang dibayangkan oleh Khai.
###
Hajah Mariani hanya duduk termenung di sofa panjang ruang tamu rumahnya. Otaknya sedang ligat memikirkan akan hal mengenai hubungan Khai dan juga Batrisya.
"Assalamualaikum.." Haji Damhuri memberi salam sambil melangkah masuk ke dalam perut rumah. Beliau baru sahaja pulang dari masjid yang berdekatan dengan rumahnya.
*korang tahu ecah punya jalan cerita novel ni hilang :(
tak tahu la macam mana boleh hilang. semua dah siap tunggu nk cantikkn ayat then publish.
hurmm.. sedih la.. :(
*bab 24 hope korang enjoy.
Share this novel