B-50

Romance Completed 41713

Kakinya melangkah nendekati Batrisya lalu terus menarik tangan kanan Batrisya supaya membontoti nya sahaja. "Ha,duduk sini. Kau ni kalau tak kena tarik macam tadi tu tak tahu la bila nak sampai sini. Agak-agaknya esok kot baru sampai. Kan? tu pun kalau sampai la." Usik Harris sambil melabuhkan punggungnya di sebelah Batrisya.

Batrisya yang masih terkejut dengan tindakan Harris itu hanya membatukan dirinya sahaja. Sikit pun dia tidak bersuara.

Ee.. Dah la tadi bisik dekat telinga aku. lepas tu tiba-tiba tarik tangan aku pulak. Lepas tu boleh pulak buat muka tak bersalah dengan aku. Apa,ingat aku ni Bini dia ke nak pegang sesuka hati.Memang la masa dia tarik tangan aku tadi tu berlapik tapi tetap nampak tak manis di mata orang sekeliling. Lagi pun aku ni dah tunangan orang kot.

Jelingan maut dihadiahkan pada Harris saat mata mereka bertemu. Harris tersenyum. "Ee.. tadi merajuk,ni marah pulak, sanding nanti memang muka berkedut la jawabnya." Gelak Harris.Sengaja Harris menambahkan lagi rasa marah dalam hati Batrisya.

Batrisya mengalihkan pandangannya kearah lain. Sungguh dia malas untuk menatap wajah lelaki yang menyakitkan hatinya sekarang ni. Harris tersenyum. "Jap ye Sya,Aku nak pergi dekat sana kejap. Kau jangan pergi mana-mana tau, sebab aku tengah nak pujuk kau ni."

Langkahnya diatur mendekati Band yang sedang bersiap sedia untuk membuat persembahan itu.

Club House di Hard Hotel merupakan Club yang paling unik sebab Club House di Hard Hotel adalah satu-satunya Club yang sesuai untuk semua termasuk la kita yang beragama islam. Semua makanan dan minuman di Club House tersebut Halal.

Konsep ala-ala dalam cerita P.Ramlee dulu-dulu menjadi pilihan Harris untuk Club House di Hotel tersebut. Cuma ia diubah sedikit ke Moden style. Mesti la kena ubah kan,mana nak sama dah tahun-tahun dulu dengan tahun-tahun moden kita sekarang.

"Syam, belanja aku 1 lagu boleh?" Sapa Harris sebaik sahaja berdiri di hadapan vokalis Band tersebut.

"Hey,Hard.Lama tak jumpa." Tegur Syam sebaik sahaja memandang wajah Harris. Mereka saling bersalaman dan berlaga bahu antara satu sama lain.

"Hay, Syam. Eh untuk hari ni kau jangan la panggil aku Hard. panggil Harris je. Aku takut nanti terkantoi pulak dengan minah tu." Tunjuk Harris sambil memuncungkan sedikit bibirnya ke arah Batrisya.

Syam menyengetkan sedikit kepalanya untuk melihat siapa gerangan yang dimaksudkan oleh Harris itu.

"La,kau datang sini dengan dia. Patut la,Weh dia tak tahu lagi ke yang kau ni tunang dia?" Soal Syam.

"Belum lagi.. Dah banyak dah hint yang kawan dia bagi dekat dia,tapi dia tak boleh nak tangkap lagi weh."

"Oh.. patut la. Dah tu,kenapa muka dia macam tu? Muncung je aku tengok. Apa yang tak kena tu." Soal Syam sambil memeluk tubuhnya sendiri.

"Tu,dia merajuk dengan aku,Sebab tadi aku usik dia. Ni kau main lagu DIA by Anji tu. Aku nyanyi. Ok. Aku nak cuba pujuk minah tu." Ujar Harris sambil pandangannya dibawa ke arah Batrisya.

Saat Harris memandang Batrisya,Serta-merta mata mereka bersatu. Lantas Batrisya membalas pandangannya itu dengan jelingan tajam.

Eleh.., mengupat aku la tu. Macam la aku tak tahu. Ngomel Batrisya dalam hati sambil mencebikkan mulutnya. Wajahnya dipalingkan ke arah lain.

Harris kini duduk di atas kerusi yang berhadapan dengan stand mikrofon. Rambut yang agak messy itu disebakkan ke belakang. Semua mata kini hanya tertumpu pada Harris.

Batrisya yang baru saja ingin melangkah meninggalkan meja itu jadi kaku,bila Nama penuhnya di sebut Harris.

"Diana Batrisya, tunggu."

Semua mata kini hanya tertumpu pada pasangan dua sejoli itu. Muzik lagu tersebut mula dimainkan.

Di suatu hari tanpa
Sengaja kita bertemu.
Aku yang pernah terluka
Kembali mengenal cinta.
Hati ini kembali temukan
Senyum yang hilang.
Semua itu karena dia.

Oh Tuhan, ku cinta dia
Kusayang dia,Rindu dia,Inginkan dia
Utuhkan la rasa cinta di hati ku
Hanya padanya
Untuk dia.

Syu du-du-du-du du-du-du

Jauh waktu berjalan
Kita lalui bersama
Betapa di setiap hari
Ku jatuh cinta padanya
Dicintai oleh dia ku merasa sempurna
Semua itu karena dia

Oh Tuhan, ku cinta dia
Kusayang dia,Rindu dia,Inginkan dia
Utuhkan la rasa cinta di hati ku
Hanya padanya
Untuk dia.

Oh Tuhan, ku cinta dia
Kusayang dia,Rindu dia,Inginkan dia
Utuhkan la rasa cinta di hati ku
Hanya padanya
Untuk dia.
Hanya padanya
Untuk dia.

Semua yang berada dalam Club House tu memberikan tepukan yang gemuruh pada Harris. Senyuman manis terukir dibibir Harris. Mata Batrisya tak berkelip melihat gelagat Harris. Dari mula dia menyanyi sampai la habis menyanyi. Sebenarnya Hatinya sedikit terusik dengan nyanyian itu tapi sedaya upaya dia cuba untuk menafikannya.

"So macam mana?" Soal Harris dengan wajah tersenyum. Dia kini duduk di kerusi nya bersebelahan dengan Batrisya.

* hey Guys ^_^ so ini je untuk B-50. hihi Enjoy ok ;) tq pada yang sudi doakan kesihatan cah. ^_^

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience