B - 15

Romance Completed 41713

"Ala..nak balik dah ker? Abang rasa macam baru berapa hari Risya balik Malaysia, ni dah nak fly London balik. Berapa tahun lagi study Risya?"

"Ada lagi 2 tahun Abang." Batrisya merapatkan badannya kepada Farid. Lantas jari telunjuk kanannya mencuit bahu Farid. " Abang,cantik tak?" Tanya Batrisya sambil menundingkan jarinya ke arah Mini Cooper 2 pintu miliknya.

Pandangan Farid kini melekat pada kereta yang di tunjukkan oleh Batrisya tadi.

" Peerrgghh.. Mini Cooper 2 pintu tu caya la Risya. Padan la dengan Risya yang kecil molek ni.." Sempat lagi Farid mengenyitkan matanya pada Batrisya. " Babah bagi ek?"

"Aah babah bagi dekat Risya sebab Risya dapat..." Ayat dihujungnya dibiarkan tergantung. Matanya mula melirit kepada Harris dan matanya kini sedang bertaut dengan mata Harris. Saat ini jantungnya terasa seperti nak tercabut. Debaran di dadanya kini tak pernah dirasai olehnya. Lain, sangat lain.

"Risya!!" Sergah Farid. Ee..budak ni dah la ayat tu tergantung lepas tu boleh pulak main mata dengan si Harris ni. Dah jatuh hati dekat Harris ke apa ni.

Terangkat bahu batrisya dek sergahan Farid tadi. "Ha,apa? Oh,Emm.sebenarnya babah bagi kereta ni sebagai hadiah sebab Risya dapat Best student dekat University Risya study tu." Ujar Batrisya sambil tersengih.

Dia sebenarnya tak nak bagi tahu sesiapa pun pasal ni tapi bila mengingatkan ego Harris waktu Farid kenalkan mereka dulu dia jadi macam nak jugak bagi tahu.

Ketukan di pintu kamarnya membuatkan Harris tersedar dari kenangan zaman remajanya. Pintu dikuak dan Puan Sri Rohani menjengukkan sedikit kepalanya mencari kelibat Harris.

"Hard.." Panggil Puan Sri Rohani lembut.

Tanpa menyahut panggilan Puan Sri Rohani Harris bangun dan duduk di birai katilnya.kakinya dijuntaikan ke bawah.

Hai,macam ada something yang tak kena je ni. Tak pernah- pernah termenong macam ni.

"Hey.. Hard,kenapa ni? Mom tengok Hard termenung je. Ada masalah ker.?" Soal Puan Sri Rohani. Tapak tangannya kini menggosok lembut peha kiri Harris.

Satu keluhan berat dilepaskan sebelum menjawab pertanyaan Puan Sri Rohani sebentar tadi.

Ni kalau aku tak cerita pun conferm mom akan tahu jugak esok apa yang jadi hari ni. Ye la dah nama pun kawan baik kan memang semua benda pun share. Jadi kalau aku tak cerita sekarang esok mom tahu mesti mom akan soal siasat aku jugak. So baik aku bagi tahu sekarang.

Puan Sri Rohani dan Hajah Mariani mereka adalah kawan baik. Tapi malangnya mereka lost contact selepas keluarga Hajah Mariani terpaksa berpindah ke bandar dek kerana pekerjaan ayahnya yang ditukarkan ke bandar. Namun mereka kembali bertemu pada beberapa bulan yang lalu.

Badannya dipusingkan mengadap kearah Puan Sri Rohani dan Kaki kirinya dilipatkan tapi kepalanya masih lagi menunduk.

"Hard,kenapa ni? Ada pape yang tak kena ke?" Soal Puan Sri Rohani yang mula risau dengan keadaan anaknya itu. Ye la,mau tak risau sekejap termenung sekejap mengeluh macam orang ada masalah besar.

* idea hilang tak tahu la pergi jalan mana. :0
So sorry korang kalau bab ni tak berapa nak best :] hihi

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience