###
Selesai sahaja menunaikan solat magrib,Batrisya menyarungkan dress simple yang bertali halus berwarna biru lembut,dengan bunga halus yang berwarna kekuningan dan dipandan kan dengan selendang yang berlawanan warna dengan warna dress yang dia pakai sekarang ni mampu menyerlahkan keayuan dan kemanisan Batrisya.
Wajahnya dioles tipis sahaja. Ye la dah malam kan,makeup tebal-tebal pun buat apa bukan ada orang nampak pun. Lagi pun Batrisya ni memang dah natural cantik so tak perlu makeup tebal-tebal ni. Eh lupa nak cakap,dia pakai dress tu ada baju tau bahagian dalam bukan tak ada baju. Hihi
Dia menatap seketika wajahnya di cermin. Kepalanya dipusingkan kekiri dan jugak kanan. "Ok,I'm done" Ujar Batrisya perlahan setelah beliau berpuas hati dengan penampilan dirinya saat ini.
Gila cantik bilik ni. Besar, luas pulak tu. Ni conferm harga semalaman pun menangis ni beb. Tapi mana la si mamat poyo tu dapat duit sebanyak ni. Sponser untuk 3 hari 2 malam pulak tu. Hurrmm musykil ni. Ala,tapi duitkan boleh disimpan. Betul tak?hurrmm. Dialog Batrisya sendiri dalam hati.
Batrisya mendekati Farah yang sedang melayan keempuk kan tilam katil yang bersaiz King dalam bilik tersebut. "Oi,jom la turun bawah jalan-jalan. Kau cakap nak bercuti,kalau dah tido macam ni bukan bercuti namanya. Bangun la Farah." Kejut Batrisya sambil mengoyang-goyangkan badan Farah.
"Emm.. Kau pergi je la turun dulu.. Aku penat la weh.. Tilam ni pun dah macam tak bagi aku bagun weh..empuk.gila." Renget Farah.
Berdecit mulut Batrisya bila dengar jawapan Farah. Ee.. Hari tu bukan main lagi nak spend time masa dengan aku la apa la. Tapi sekarang habuk pun tarak. Po da. Bebel Batrisya.
"Ye la,biar aku jalan sorang-sorang je la. Ada kawan pun tahu tido je. Herm." Rajuk Batrisya yang sengaja dibuat-buat nya. Tujuannya supaya Farah sertai nya tapi bila tengok cara Farah yang tak nak bangun tu dia terpaksa la akur juga.
Angin malam yang menyentuh lembut kulit Batrisya membuatkan Batrisya sedikit kedinginan.Dia melabuhkan punggungnya pada satu bongkah batu yang sederhana kecil. Suasana malam yang diterangi cahaya bulan itu sangat mendamaikan jiwanya. Ditambah lagi dengan angin malam yang dingin,deruan ombak yang menyembah bumi cukup untuk membuat fikirannya melupakan hal kerjanya buat seketika.
Tanpa Batrisya sedari,ada seorang lelaki yang berdiri di belakangnya sejak tadi lagi. Lelaki itu pula was-was sama ada betul ke gadis itu bernama Batrisya atau pun bukan.
Tapi dalam situasi sekarang ni,cuma ada satu cara je nak pastikan sama ada gadis tersebut bernama Batrisya atau pun bukan.
Ok, aku bagi salam je la dulu, kalau bukan Sya nanti aku cakap la salah orang. Susah apa kan? Aku kalau siang hari aku boleh cam lagi walapun dari belakang. Tapi ni malam buta bukan nampak jelas sangat. Nak,nak pulak cahaya samar-samar macam ni. Ngomel Harris dalam hati.
"Ehem,err.. Assalamualaikum?" Sapa Harris dengan nada perlahan.
Terangkat bahu Batrisya,dek terkejut dengan sapaan itu. Kepalanya masih kaku memandang ke hadapan. Aa.. Sudah, sapa la pulak ni mai tegur aku dekat sini. Dah la aku sorang-sorang je dekat sini. Entah.. Entah..
Tanpa sempat menghabiskan kata-kata dalam hatinya sendiri,Batrisya terus bangun dan memusingkan badannya untuk melihat gerangan yang menyapanya sebentar tadi.
Dia melepaskan nafas yang panjang,sambil telapak tangan kanannya diletakkan didadanya.Riak wajah yang cuak tadi kini kembali tenang. Harris.. Huh.. Selamat aku. Ingatkan orang jahat la tadi.
Melihat reaksi Batrisya yang sedikit gelabah itu Harris dah tahu apa yang bermain di benak fikiran Batrisya saat ini.
"Ha,baru tahu nak gelabah, nasib baik aku yang baik ni tegur kau,kalau orang jahat tadi macam mana? Ada ke tengah-tengah malam macam ni boleh dia duduk dekat tempat macam ni. Ee.. " Leter Harris. Kedua tanggannya kini dimasukkan ke dalam poket track suitnya.
Batrisya menundukkan wajahnya. Dia tahu yang sekarang ni dia salah. Jadi tak guna dia nak berlawan mulut dengan Harris tu sekarang ni sebab memang dia tak akan menang.
Entah kenapa tadi dia tak terfikir langsung tentang perkara ni. Tapi alhamdullillah, sebab Allah tak mengizinkan benda tu semua terjadi pada diri dia. Kalau tak,tak tahu la macam mana.
"Yer sorry. Aku tahu salah aku,mungkin sebab aku terlalu asyik dengan suasana dekat sini,aku jadi lupa tentang keselamatan diri aku." Ujar Batrisya. Batrisya mengangkat wajahnya dan memandang Harris.
Wow! Gila hensem mamat ni malam ni. Dengan track suitnya,baju fit ikut body sado dia tu,rambut messy. Perrgghh.. Boleh buat aku bertambah jatuh hati dekat dia ni. Tapi tak boleh Risya. Kau tu tunangan orang. Dah jangan pandang dia. Batrisya mengalihkan pandangannya ke arah lain.
Dalam diam Harris mengukirkan senyuman manis. Geli hati dia melihat riak wajah Batrisya sekarang ni. Tapi kadang kesian pun ada jugak, sebab Batrisya belum tahu lagi siapa yang akan menjadi Imamnya tak lama lagi.
"Eleh,malu-malu konon. Kalau nak pandang tu pandang je la.. Aku tahu la aku ni hensem, kan,kan?" Usik Harris. Malu Batrisya dibuatnya.
Batrisya memusingkan bebola matanya sambil menyengetkan sedikit mulut. Ee.. Meluatnya la aku dengan dia ni. Tak habis-habis duduk dalam bakul angkat sendri. Ngomel Batrisya dalam Hati.
# I'm done guys. hihi :) sory kalau tak best sangat. tapi i try my best. adoii speaking pulak hihi dah la english aku kelaut selatan. :D
Share this novel