B-58

Romance Completed 41713

Beberapa bulan kemudian..

"Sayang Abi.. Don't noty-noty dalam perut Ibu ok. Abi nak bawak Ibu jalan-jalan ni. Kalau noty nanti Abi babab." Ujar Harris pura-pura marah sambil mengusap perut Batrisya yang mula menampakkan bentuknya.

Yup,Batrisya sekarang tengah Hamil tau. Tak lama lagi keluar la 'Hard junior',penyeri rumah tangga mereka berdua.

"Ish,Bie ni.. Malu la. Apa la Bie ni, macam budak-budak." Malu Batrisya dibuatnya bila diperlakukan begitu di hadapan orang ramai.

"Apa pulak,biar la. Anak Bie kan." Rajuk Harris yang dibuat-buat.

Hai.. semenjak nak jadi bapak orang ni,perangai Harris jadi susah nak dibaca. Kadang ok kadang tak. Batrisya pun naik pelik. Tapi tak apa la mungkin sebab kebawakkan budak kot.

Masa baru- baru lekat dulu pun Harris yang alahan teruk. Makan tu tak boleh,makan ni tak boleh, tapi dia ok je. Happy lagi ada la. Sebab perut sentiasa kenyang. Harris la kesian sebab selalu perut kosong. Tapi nasib baik la sekarang ni alahan tu beransur hilang.

Eemm.. macam budak-budak. Ngomel Batrisya sepatah. Bibir merahnya mengukirkan senyuman manis.

Tiba-tiba matanya tertancap pada satu susuk tubuh yang amat dikenalinya.

Untie Minah. Sebut Batrisya dalam hati.

"Eemm.. Bie.. Jom kita pergi dekat Untie Minah nak? Dear dah lama la tak jumpa dengan dia. Jom Bie." Ajak Batrisya

Sebenarnya Harris berat hati untuk ikut kehendak Batrisya itu,tapi apa kan daya. Mereka kini berjalan seiringan mendekati Datin Aminah dan juga Khai.

"As.. Assalamualaikum Untie." Sapa Batrisya dengan senyuman manis di bibirnya. Harris yang berada disisi Batrisya hanya menjadi pemerhati. Sekali sekala anak matanya bertaut hebat dengan anak mata Khai.

Datin Aminah memandang Batrisya atas bawah. Sudah semestinya matanya tertumpu pada perut Batrisya yang mula membesar itu.

Herm,berani pulak dia tunjuk muka dia tu depan aku. Dengan perut macam tu. Mengandung anak luar nikah la tu. Ee.. memalukan. Herdik Datin Aminah dalam hati.

Datin Aminah menepis kasar tangan Batrisya. "Excuse me,kau tak layak nak bersalaman dengan aku,dan aku tak akan sambut salam dari tangan kotor macam kau. Jadi kau jangan nak berangan nak bersalam dengan aku. Faham!" Marah Datin Aminah.

Puas hatinya saat ini,kerana dapat membalas perbuatan Batrisya yang menipu dirinya dulu. Khai yang berdiri di sebelah tersenyum sinis melihat kelakuan Ibunya itu terhadap Batrisya.

Berlaga-laga gigi Harris menahan amarah dalam hatinya tika ini. Ye la suami mana yang tak marah bila tengok isteri dia di malukan depan khalayak ramai macam Batrisya kena sekarang ni.

Harris menarik tangan Batrisya supaya berdiri di belakangnya. Dia bimbang kalau-kalau ada tindakan yang di luar jangkaannya nanti. Takut membahayakan Batrisya dan juga bayi dalam kandungannya itu.

"Ibu, cuba tengok dia Ibu,kan betul apa yang Khai bagi tahu Ibu dulu. Sekarang Ibu percaya tak?" Soal Khai dalam nada sinis.

"Ibu nampak Khai. Dasar perempuan tak tahu malu. Dah la mengandung anak luar nikah,lepas tu ada hati pulak nak bersalam dengan aku. Ee.. Memang perempuan tak tahu malu betul. Nasib baik la kamu tak jadi khawin dengan perempuan ni Khai. Kalau tak, tak tahu la Ibu." Jawab Datin Aminah. Hina sekali pandangan Datin Aminah terhadap Batrisya saat ini.

Padan muka kau Risya. Puas hati aku bila tengok keadaan kau sekarang ni. Bicara Khai dalam hati.

Air mata Batrisya gugur jua membasahi pipi mulusnys itu. Sakitnya hati ni Allah je yang tahu. Pegangan tangannya dieratkan. Harris turut rasa apa yang Batrisya rasa sekarang ni.

Kesabaran Harris makin menipis. Sakit hatinya mendengar fitnah yang ditaburkan oleh Khai terhadap isterinya itu. Bertambah sakit bila dia mengaitkan bayi yang sedang dikandungkan oleh Batrisya itu.

Anak luar nikah. Ikut sedap mulut kau je kan. Ee.. Kali ni memang hilang hormat aku pada orang tua. Khai ni pun kan tak pasal makan penumbuk aku. Pandangannya dialihkan memangdang Batrisya di belakangnya.

Tak Harris, sabar. Ni nanti kalau kau tumbuk,tak pasal kau pulak yang ada kes. Tempat awam ni. Now,Ada satu cara saja untuk kau jatuhkan sifat sombong yang ada dalam diri dorang tu.

Harris bertentang mata dengan mereka sambil menahan amarah yang maha hebat dalam hatinya sekarang ni.

Kalau bukan sebab tengah ada dalam mall, memang makan penumbuk dah muka Khai ni.

"For your information,perempuan yang korang duduk hina sekarang ni ISTERI aku. Dia ISTERI sah aku. Dan anak yang dia kandung tu,adalah anak aku. Anak HALAL antara aku dengan Risya. Korang jangan nak sedap mulut nak buat fitnah pasal isteri aku ok. Kau Khai, Jangan ingat yang aku tak tahu pasal kau ek Khai. Lagi-lagi kes Amelia yang tido dengan jantan lain dekat Hotel tu."

Belum sempat Khai membalas,Harris bersuara lagi. Yup kalau tadi dia dah bagi peluang dekat 2 beranak tu untuk hina Batrisya. Tapi sekarang tak. Sekarang memang giliran Khai untuk tahu siapa sebenarnya lelaki yang ada depan dia sekarang ni.

"Kau tak kenal aku ke Khai? Lelaki yang kau nak jumpa sangat-sangat tu." Harris cuba untuk menguji Khai.

Ternganga mulut Khai bila dia mula teringatkan seseorang. Datin Aminah mengerutkan keningnya tanda dia tak memahami apa yang sedang berlaku sekarang ni.

"Yes. Aku Harris Daniel Bin Tan Sri Jamaluddin. CEO Hard Building dan juga pemilik Hard Hotel. Aku nak bagi tahu kau. Sebab fitnah yang kau tabur dekat Ibu kau ni la yang buat aku malas untuk berurusan dengan kau. Malas untuk berurusan dengan lelaki yang Pak Cik Bawang macam kau. Sekarang ni secara rasminya tander Projek tersebut TERBATAL. Faham! Dan kau jangan nak terhegeh-hegeh nak merayu untuk dapatkan projek tu balik." Bagi tahu Harris dengan tegas.

Dia kalau boleh tak nak campur aduk kan hal kerja dengan hal peribadi. tapi bila tengok keadaan Khai yang agak melampau ni dia terpaksa berbuat demikian.

******

Sebaik saja masuk dalam bilik. Harris terus mendapatkan Isterinya yang sedang termenung di balkoni.

"Hai Dear.. Menong apa dekat luar ni sorang-sorang hurm?"Soal Harris sambil merangkul pinggang ramping Batrisya dari belakang.

"Tak ada apa la Bie..cuma teringatkan hal 2 minggu lepas,yang dekat mall tu."

"Oh.. Habis tu kenapa Dear?"

"Dear rasa,Dear dah maafkan dorang la Bie,Dear pun tak larat nak simpan marah ni lama-lama.Takut nanti ganggu kesihatan baby pulak sebab stress."

"Emm.. betul la tu Dear. Bagus la kalau Dear fikir macam tu. Dear tahu tadi Untie Aminah,Uncle Har dengan Khai datang mintak maaf pasal yang hari tu. Tapi don't worry,Bie dah cakap dekat diaorang yang Dear dah maafkan diaorang." Ujar Harris sambil tersenyum.

"Ha,ye ke, kenapa tak cakap dekat Dear pun."

"Tak apa la. Nanti bila Bie rasa dah sampai masanya,Bie bawak Dear jumpa dengan diaorang ye Sayang. So,macam mana dengan Baby Abi hari ni? Noty tak?" Soal Harris sambil meletakkan telinganya di perut Batrisya.

Batrisya tersenyum. "Baby hari ni Good la Abi. Baik je. Tak kacau Ibu pun." Jawab Batrisya seolah-olah dia pulak yang duduk dalam perut tu.

Beribu kali bibir kecilnya mengucap rasa syukur pada Ilahi dengan kebahagian yang dikecapinya sekarang ni.

"I love U Dear." Ucap Harris seraya berdiri lalu terus mengucup lembut dahi Batrisya.

"I love U more Mr. Poyo." Balas Batrisya sambil ketawa geli hati. Harris juga turut ketawa lalu memeluk tubuh Batrisya yang semakin berisi itu dengan penuh erat.

TAMAT..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience