Terangguk-angguk kepala Farah tanda dia faham dengan apa yang dirasa dan difikir Batrisya.
"Kau tanya aku macam tu tadi kau tahu ke siapa bakal suami aku tu?" Tanya Batrisya sambil membuat mimik muka.
"Aku tahu." Jawab Farah bersahaja. Sambil buat muka selamber blur dia tu.
Gulp. Biar betul minah ni. Macam mana dia boleh tahu pulak. Ish tak boleh jadi ni.
"Mana kau kenal dia weh?" Soal Batrisya. "Macam mana rupa dia? Hensem tak?" Serbu Batrisya. Dalam pada tak nak tahu tapi tanya jugak.
"Kau nak tahu ke?" Tanya Farah. Dadanya dirapatkan ke meja. Sengaja dia ke depankan sedikit wajahnya itu.
"Err.... " Itu sahaja yang keluar dari mulut Batrisya. Dia merapatkan kembali belakangnya pada badan kerusi.
"Ok la, aku bagi tahu kau. Tapi sikit je ok." Sampuk Farah.
"Dia anak Tan Sri. Hensem, dan tersangat la hensem. Baik sangat tau. Tak ramai yang tahu dia tu anak Tan Sri tau. Yang mana join bisnes dengan dia, baru diaorang tahu yang bakal suami kau tu anak Tan Sri. Senang cerita low profile la. Dia juga adalah pemuda yang paling kaya. Kau tahu ada dua bisnes atas nama dia sendiri. Sebab tu dia muda-muda dah boleh kaya." Terang Farah bersemangat.
Batrisya mendengar bebelan Farah dengan menongkat dagunya dengan kedua telapak tangannya. Hurmm.. Not bad la.
Ting! Tiba-tiba ada mentol menyala atas kepala Batrisya. Timbul satu idea nakal dalam benak fikirannya untuk mengenakan sahabat baiknya itu.
Kedua tangannya dijatuhkan ke atas meja. "Ala pasal rupa,duit semua nya aku tak ada la ambik port sangat. Cuma satu benda ni je yang buat aku risau." Batrisya berpura-pura dengan mimik muka risaunya. Dalam hati dah nak terburai dah ketawa dia.
"Apa dia weh?" Tanya Farah penuh semangat.
Wajahnya dikedepankan sikit supaya dekat dengan wajah Farah. "Aku nak tanya kau, dia ada hidung tak? Aku risau la weh kalau-kalau dia tak ada hidung. Malu aku beb sanding dengan orang tak ada hidung ni." Ujar Batrisya sambil menyandarkan kembali badannya ke belakang. Kembung mulut Batrisya menahan tawa yang hampir terburai.
Aih.. Kecik besar,kecik besar je aku tengok minah ni. Kurang asam jawa punya membe. Ni kalau aku tak fikir membe ni lama dah aku hempuk dengan high heels aku ni. Marah Farah dalam hati. Farah memerhatikan Batrisya sambil mengecilkan saiz matanya.
"Dah la aku nak balik." Rajuk Farah. Terus dia mengangkat kakinya lalu meninggalkan Batrisya dengan ketawanya yang sudah terburai itu bersendirian.
"Woi, Farah." Jerit Batrisya. Serta-merta dia menutup mulutnya dengan telapak tangan nya. Dia terlupa yang dia masih lagi ada di dalam Black Cafe itu. Nasib baik la orang tak ramai sangat. Kalau tak.. Malu beb malu.
###
Khai berjalan ke Sana ke mari sambil memikirkan akan satu perkara. Dia cuba untuk tenangkan dirinya tapi tak berdaya. Dia kena buat sesuatu untuk bukti kan apa yang diperkatakan Ibunya itu adalah salah.
"Tu salah satu sebab yang kukuh kenapa Ibu dan Ayah tak suka kan Amelia. Kalau Khai nak tahu dia
bukan je materialistic tapi dia jugak Play girl. Berapa ramai dah lelaki yang dia tipu dan tak terkecuali kamu Khai. Ibu tengok dengan mata kepala Ibu sendiri la Khai.
Khai menahan amarah yang membuak-buak dalam hati.
"Apa Ibu ni. Sekali pun tak suka dengan Lia tu jangan la nak reka-reka cerita pasal dia pulak. Khai kenal la Lia tu Ibu. Dia bukan macam tu." Tengking Khai dengan suara yang sikit meninggi.
Tersentap hati Datin Aminah bila Khai meninggikan suaranya. Dia tidak menyangka,anak yang ditatang bagai minyak yang penuh itu telah mengguriskan hatinya kini.
"Ok tak apa,kalau kamu nak sangat dengan perempuan macam tu ikut kamu la tapi kamu ingat Khai sampai bila-bila pun Ibu dengan Ayah tak akan terima dia sebagai menantu kami. Faham!" Separuh jerit Datin Aminah memarahi Khai. Lantas dia menarik tangan Dato' Khahar untuk membontotinya dan meninggalkan Khai bersendirian di situ.
Khai meraup rambutnya dengan kasar. Arrgghh.. Apa yang aku dah buat ni. Ibu,Ayah,Khai mintak maaf. Mohon Khai dalam hati.
"Hello Jack kau ada dekat mana sekarang? Datang jumpa aku jap dekat pejabat aku. Aku ada kerja sikit nak bagi dekat kau ni." Ujar Khai setelah panggilannya disambut oleh orang disana.
Jack merupakan pengintip peribadi yang telah diupah oleh Khai. Jadi apa je yang Khai inginkan dia akan mengarahkan Jack untuk mendapatkannya.
Pintu pejabat yang tertera nama Khai diketuk. "Masuk!' Arah Khai tegas.
"Bos." Sapa Jack setelah melangkah masuk ke dalam pejabat Khai. Dia kini berdiri tegap di hadapan Khai.
# enjoy guys ^-^
ni aje idea cah untuk B-44.hihi
Share this novel