"Makan la,. Memang aku orderkan Chicken Grill tu untuk kau pun."
Batrisya mula memasukkan Hirisan ayam itu ke dalam mulutnya. 'Sedap gila' Kata Batrisya dalam hati.
"Sedap?" Soal Harris bila melihat Batrisya makan tanpa mempedulikannya.
"Ha,Sedap. Sangat sedap. Perfect. Aku tak pernah lagi jumpa sos Black Paper yang sesedap macam ni." Puji Batrisya sambil memandang wajah tampan Harris.
Sebenarnya memang tak dinafikan yang Chicken Grill dekat Hotelnya itu sedap,sebab mejoriti guest di hotel itu memuji kesedapan Chicken Grill tersebut. Dan kebetulan pula Batrisya penggemar Chicken Grill jadi rasanya tak salah kan untuk dia mendengar pendapat dari Batrisya tentang rasa Chicken Grill tersebut.
"Sya lepas makan ni, kau ikut aku pergi Club House dekat tepi sana tu yer."
"Club House? Tak nak la aku."
"Ala jom je la,bukan ada apa pun. Saja untuk lepak-lepak je. Jangan takut la, Club House dekat Hard Hotel ni dia lain dari yang lain. Bukan lain sikit tau tapi lain banyak." Terang Harris dengan panjang lebar sambil tersenyum.
###
Bunyi deringan dari Iphonenya mengganggu tidur Khai. 2,3 hari ni dia terlalu sibuk dengan kerjanya yang bertimbun di pejabat. Lebih-lebih lagi sejak dapat projek dari Hard building.
"Hello." Sapa Khai dengan nada suara serak basahnya itu. Suara orang baru bangun dari tidur.
"Hello,Sayang.. kenapa U lama tak call I.. I tunggu U call tapi U tak call pun. Kenapa ni Sayang.. Herm. I ada buat salah dengan U ke..?" Bicara Amelia dengan nada gediknya itu.
"Oh..Lia,herm kenapa call I ni? Sory la.. Lately ni I busy sikit la,tu yang I tak call U tu." Ujar Khai acuh tak acuh. Sungguh dia tak ada mood sekarang ni nak melayan perangai gedik si Amelia tu. Apa yang dia tahu sekarang ni dia nak tidur.
"Ala.. U tak rindu kan I ke Sayang..hurm? Sayang.. Esok kita keluar Lunch nak? Lepas lunch U temankan I shopping please sayang. " Ajak Amelia dengan suara menggodanya itu.
Dia sebenarnya bukan la nak sangat keluar dengan Khai tu. Niat sebenarnya lebih kepada untuk paw Khai masa Shopping tu nanti. Sebab masa tu jela dia boleh ambik apa je yang dia inginkan. Termasuk la Hand bag Guess yang Limited Edition tu.
"Hurm.. Tengok la kalau I free esok kita jumpa ok. Tapi kan,U bukan ramai Kawan ke? Kawan lelaki ada, kawan perempuan pun ada. So U ajak la diaorang tu lepak." Korek Khai.
"Kawan lelaki? Mana ada Sayang,sejak bila la pulak I ni ada kawan lelaki.... I ada U sorang je tau. U la kawan lelaki I. U la boyfriend I,dan U jugak bakal suami I. Pujuk Amelia dengan suara sedikit menggoda.
Tak pernah-pernah dia ni sebut pasal kawan lelaki. Kenapa hari ni tiba-tiba boleh sebut pulak. Hurm..pelik ni. Ha,ke Khai ni ada hantar spy untuk intip aku? Aa.. Sudah mati aku kalau kantoi dengan Khai ni. Dia tu bukan boleh kira. Adoi.. Dah la dia je yang paling kaya kalau nak dibandingkan dengan si Adam dan Yus tu. Apa aku nak buat ni... Ngomel Amelia sendiri sambil otaknya ligat berfikir tentang hal tersebut.
"Tak apa la kalau U bzy, I boleh je jalan sorang-sorang,tak apa I ok je.." Rajuk Amelia. Sengaja dia meleret suaranya menandakan yang dia mula ingin merajuk.
Adoi.. Minah ni.. Merajuk la pulak,ni yang buat aku lemah ni. Yang si Jack ni pulak tak dapat info pape lagi ke pasal minah ni. Senyap je. Tak kan tunggu seminggu dulu baru nak inform info dekat aku. Ee.. Bebel Khai dalam hati.
Khai menelentangkan dirinya supaya lebih selesa. "Emm.. Ok,esok I temankan U pergi Shopping. Dah la U, I nak tidur ni. I penat." Ujar Khai.
Dengar je Khai akan temankan dia Shopping,apa lagi senyum sampai ke telinga la. Rasanya kalau tak ada had senyum tu mesti senyum dia tu dah bercantum dekat belakang. Yes! Akhirnya. Tunggu tau handbag esok aku pinang kau. Sorak Amelia dalam hati.
"Ok Sayang.. Sayang tidur elok-elok ok. Esok I pergi Office you. Ok Sayang. Bye sayang.. Good night. Muahh!"
Khai terus sahaja meletakkan panggilan itu lalu menyambung tidurnya kembali.
Amelia mula berjalan mundar-mandir dalam rumahnya itu. Sekejap ke kiri sekejap ke kanan. Tak senang duduk dia dibuatnya memikirkan cara untuk selamatkan dirinya daripada terkantoi dengan Khai.
Errmm.. macam yer aku nak buat ni. Adam, dah lepas dah untuk 3 minggu. Yang si Yus ni. Alasan apa ye aku nak bagi kalau dia ajak aku keluar nanti. Adoii.. pening kepala aku macam ni.
Amelia mula menyentuh dahinya. Satu keluhan berat dilepaskannya. "ok,tak apa Lia,releks ok. Kau boleh handle semua ni.. Cuma jangan sampai terkantoi dengan si Khai tu je. Ok." Pesan Amelia untuk dirinya sendiri.
###
Masuk je dalam club house tu terpegun Batrisya dibuatnya. Dengan keluasannya,susun aturnya,warna,Hiasan dalamannya semua nampak sangat sempurna.
"Sya.. Aku tahu la tempat ni cantik tapi boleh tak kau tutup mulut kau tu? Jangan nak ternganga sangat. kalau tak nanti..." Sengaja Harris membiarkan ayatnya itu tergantung.
Dia memandang Batrisya dengan senyuman sengat di bibirnya.Dalam kepalanya sekarang ni ada idea nakal untuk kenakan si Batrisya tu. Harris kan,kalau jumpa dengan Batrisya ni tak sah kalau tak bergaduh. Tapi bergaduh manja je la.hihi
"Ha,kalau tak nanti apa? Dah tempat ni cantik sangat,macam mana aku ni tak ternganga bila tengok tempat ni. Rumah aku pun tak macam ni tau" Ujar Batrisya yang masih ralik mermerhati setiap benda yang ada dalam Club House tersebut.
Harris merapatkan wajahnya ke telinga kiri Batrisya. "Kalau tak nanti.. Aku cium kau." Kata Harris dengan suara yang cukup menggoda di telinga Batrisya.
Terus terkatup rapat mulut Batrisya dibuatnya. Tapi bukan setakad mulut je terkatup rapat,kaki pun jadi kaku tau,tak pasal-pasal jadi tiang gol dekat tengah-tengah jalan tu. Kaki tu Seolah-olah macam kena gam. Tapi bukan gam biasa-biasa tu tau, ni gam cap gajah tu. Jantung? Herm,tak payah cakap la dia punya laju pam darah tu kalah orang lumba lari marathon tau.
Ya Allah apa kena la dengan Harris ni malam ni. Dia cakap nak cium aku? Ee.. Gila ke apa,kau Jagan nak buat hal. Aku rasa macam nak terjun bangunan dah ni bila dia cakap macam tu. Dah la tu, Siap bisik-bisik dekat telinga aku bagai. Adoii.. Ni semua Farah dengn Abang Farid punya pasal la ni. Tinggal aku dengan lelaki kepala gila macam ni. Ee.. Aku harap nanti Mr.Hard aku tu tak berperangai macam si Harris poyo ni. Gumam Batrisya dalam hati.
Harris memusingkan badannya ke belakang bila terasa yang dia sedang berjalan sendirian. La, boleh pulak dia berdiri macam tiang dekat situ. Adoi.. Macam-macam betul la perangai si Sya ni. Ni mesti kes terkejut dengan suara aku tadi la ni. Hurm.. Sya.. Sya. Macam budak-budak la kau ni. Aku tak tahu la dah khawin nanti macam mana. Tapi tak apa la,sebab masa tu aku dah boleh sentuh kau.Omel Harris sendiri. Segaris senyuman terukir di bibirnya.
* Done update guys ;) ni je idea yang cah ada. sory tau kalau B-49 ni tak dapat nak menambat hati korang tu.hihi. Ecah kena demam.. :( tu yang tak dapat nak cari idea yang best-best tu. sorry tau :(
Share this novel