B - 8

Romance Completed 41713

Selepas kedua ibu bapa Khai pulang,Batrisya melangkah menuruni tangga dari biliknya. Air mata yang mengalir dipipinya diseka dengan tapak tangannya. Dia hanya menundukkan wajahnya memandang lantai.

"Ibu, babah.." Panggil Batrisya lembut.

Hajah Mariani bangun dari tempat duduknya dan terus mendapatkan anak daranya itu. Haji Damhuri yang masih di tempat duduknya hanya menjadi pemerhati pada 2 orang kesayangannya itu.

"Kakak..kakak sabar ye sayang. Ibu tahu anak dara ibu ni kuat. Ibu dengan babah tak kisah apa pun keputusan yang kakak buat untuk hubungan kakak dengan Khai. Asalkan keputusan kakak tu membahagiakan kakak. Ibu dengan babah sayang sangat dekat kakak." Ujar Hajah Mariani lembut sambil memeluk tubuh Batrisya.

Dia tahu yang anak gadisnya itu sudah pun mendengar perbualan mereka sebentar tadi dan dia juga tahu yang Batrisya sedang berlawan dengan perasaan sedihnya saat ini.

Batrisya hanya mendiamkan dirinya dalam pelukan ibunya. Fikirannya saat ni kusut. Sangat kusut.

"Kakak..meh duduk dekat babah sayang." Panggil Haji Damhuri sambil menepuk lembut sofa kosong di sebelahnya. Kali ni Haji Damhuri pulak cuba untuk memujuk anak sulungnya itu.

Kaki nya membawa dirinya duduk di sisi Haji Damhuri. "Babah tahu anak sulung manja babah ni kuat. Sabar ye sayang. Mungkin ada hikmah kenapa Allah bagi ujian ni dekat kakak. Kakak yakin tak yang perancangan Allah tu lagi baik dari perancangan kita?" Soal Haji Damhuri. Matanya kini memandang tepat wajah Batrisya. Tangan kanannya memeluk bahu Batrisya. Batrisya membalas pandangan mata Haji Damhuri lalu mengangguk.

"Ok,kalau macam tu babah nak anak babah ni kuat! Ye. Jangan sedih-sedih lagi. " Senyuman manis terukir di bibirnya saat itu Batrisya juga tersenyum dengar kata semangat dari lelaki yang amat dia sayangi itu.

Senang hatinya melihat senyuman Batrisya. Walaupun hanya segaris tapi dia tahu yang anak daranya itu seorang wanita yang kuat. Hajah Mariani tersenyum melihat telatah dua beranak itu. Itu la Haji Damhuri. Seorang lelaki yang bersifat lembut dengan anak-anaknya. Walau semarah mana dia pada anak-anaknya dia masih cuba untuk mengawal rasa marahnya. Lagi-lagi dengan anak gadisnya itu.

Barisya memandang wajah babahnya itu dengan senyuman penuh makna. Eemm..harap-harap babah bagi la aku pergi rumah Farah malam ni. Farah! I need you now! Jerit Batrisya dalam hati.

Terangkat kening Haji Damhuri bila memandang senyuman Batrisya. "Ibu..babah..emm kakak nak pergi rumah Farah boleh? Kakak perlukan Farah sekarang. Please babah.. Please ibu.. " Manja sahaja Batrisya meminta kebenaran dari ibu dan babahnya. Haji Damhuri dan Hajah Mariani saling berpandangan antara satu sama lain. Hajah Mariani mengangguk.

Keakraban antara Batrisya dengan Farah memang tak di nafikan. Mereka dah macam kembar. Pergi ke mana pun mesti berdua. Hilang je sorang gelabah la sorang lagi mencari pasangannya.

"Ok boleh, babah dengan ibu izinkan tapi jangan balik lewat sangat yer sayang." Izin Haji Damhuri sambil menepuk lembut bahu anaknya itu. Batrisya tersenyum manis saat memandang Haji Damhuri.

Kunci Audi sport milik Haji Damhuri disambarnya. Sebelum melangkah keluar sempat dia melaung pada Haji Damhuri untuk meminjam kereta audi milik babahnya itu. " Babah, kakak nak pinjam kereta babah tau." Ujar Batrisya pada Haji Damhuri sambil menayang-nayangkan kunci kereta audinya itu.

Belum sempat Haji Damhuri berkata-kata Batrisya dah lesap dengan kereta audinya. Haji Damhuri hanya menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia tahu saat ini anaknya itu memerlukan seorang kawan.

Sampai di rumah Datuk Jamil, Batrisya keluar dari perut keretanya. Aik,kereta sapa pulak Mercedes Benz GT ni? Aku rasa uncle tak ada kereta Mercedes. Hurm.. Dia kini berjalan mengelilingi Mercedes tersebut. "Hem,not bad. Boleh tahan test tuan empunya kereta ni." Ngomelnya sendiri sambil mencebikkan bibir dan mengangkat sebelah keningnya.

Kakinya kini melangkah menuju ke pintu rumah milik Datuk Jamil. Dia sebenarnya tak tahu apa perasaanya saat ni. Tapi apa yang pasti,dia tak ada perasaan sedih ketika ini. Jarinya di angkat lalu menekan bell yang ada di sebelah pintu. Pintu dikuak tapi Batrisya hanya menundukkan sahaja wajahnya.

* Alhamdullillah beransur sihat:)
tak sabarnya cah nk habiskan novel ni. hihi
idea bnyak. Cuma nak kena olah bagi cantik sikit. hihi.

sorry tau korang kalau cah lambat update. :D
biasa la budak baru nk belajar. hihi

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience