B-34

Romance Completed 41713

"Ok Mr. Hard no problem. Ada apa-apa lagi Mr. Hard?" Soal Siti untuk kepastian. Segala arahan dari Harris dicatitkan dalam buku catatannya.

"Err.. Oh, lagi satu nasib baik saya tak lupa. Ni, saya nak awak pastikan yang dewan VVIP kita tu tak ada orang sewa tau dalam masa sebulan lebih ni. Bermula dari hari ni la. Sebab saya nak buat something dalam dewan tu. Ok." Ujar Harris

"Ok Mr. Hard. Kalau tak ada apa-apa lagi saya keluar dulu." Pinta Siti. Dan Harris hanya mengangguk. "Ok."

"Kakak!! Turun makan." Laung Naim dari tinggkat bawah memanggil Batrisya untuk turun makan malam bersama.

"Ee.. Apa la Im ni,terjerit-jerit macam orang gila. Nak pinggil orang pun panggil la elok-elok. Pergi kat bilik ke ketuk pintu,tak pun call je kalau dah malas nak naik tangga tu. Ni tak." Leter Batrisya pada Naim sambil melangkah laju ke arah meja makan untuk mengisi perutnya yang mintak diisi sedari petang tadi lagi.

Hajah Mariani dan Mak Yam yang sedang sibuk menyiapkan makan malam di dapur hanya mengelengkan kepala mendengar pertengkaran antara dua beradik itu.

"Ish.. Budak-budak ni dah besar panjang pun sibuk nak bergaduh lagi." Ngomel Hajah Mariani.

"Ala.. Biasa la Puan Mar budak-budak. Lagi pun diaorang tu gaduh-gaduh manja je." Ujar Mak Yam sambil tersenyum.

Batrisya mengambil tempat di hadapan Hajah Mariani. Tangannya tiba-tiba saja di pegang oleh Hajah Mariani semasa tangannya hendak mengambil lauk di hadapannya

Ha,Risya terima pinangan Hard ke? Hajah Mariani mula bermain dengan teka-tekinya sendiri. Saat ini semua mata hanya tertumpu pada jari manis Batrisya sahaja.

"Kak..Kakak terima pinangan Hard tu?" Tanya Hajah Mariani. Tergagap-gagap Hajah Mariani dibuatnya.

"Ibu tak buka ke kotak cincin tu hari tu? Tanya Batrisya dengan mimik muka pelik. Ibu ni memang tak buka langsung ke kotak cincin hari tu. Nampak macam terkejut sangat ni bila tengok cincin ni dekat jari aku.

Belum sempat Hajah Mariani menjawab Haji Damhuri dah lintas dulu. " Ibu baca nota Kakak pun dah sedih,ni kan pulak nak buka tengok cincin. Ni, Kakak ikhlas ke terima dia untuk jadi suami Kakak?" Tanya Haji Damhuri kepada Batrisya akan keputusannya itu.

Senyuman manis terukir di bibir Batrisya. Anak matanya seolah-olah bersinar memandang Haji Damhuri dan Hajah Mariani silih berganti.

"Kakak...Kakak...Err.." Sengaja Batrisya melambatkan jawapan yang dinantikan oleh mereka.

Ee.. Kakak,Kakak. Nak cakap,cakap je la. Ni tak saja buat-buat lambat. Marah Naim dalam hati. "Kakak cepat la cakap.. Tak payah la nak buat-buat gagap bagai." Marah Naim sambil mencuit kasar bahu Kakaknya itu. Geram betul dia dibuatnya. Orang dah tak sabar nak dengar jawapan dia,dia boleh pulak main-main.

"Ish, sakit la. Sibuk je dia tu. Pergi la main jauh-jauh."

"Kakak.. Cepat la Ibu dengan Babab dah tak sabar ni nak dengar jawapan Kakak."

"Ok." Batrisya menghelakan nafasnya. "Ye, Ibu Babah, Kakak terima dia dengan seikhlaa hati Kakak." Jawab Batrisya dengan penuh yakin sambil tersenyum manis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience