B-39

Romance Completed 41713

Eleh,tadi cakap aku berat,tapi sekarang bila Babah bagi izin dukung aku laju je kau yer.

"Tadi cakap aku berat. Tak payah la dukung." Rajuk Batrisya. Dia sebenarnya malu bila Harris cakap yang dia ni berat. Sebab tu dia tak nak Harris dukung dia dah walaupun dalam hati terselit rasa suka bila Harris dukung dia.

"Ala.. Jangan nak mengada la. Aku kan sado.. Setakat badan macam kau ni tak ada effect pun pada aku."

"Perasan" Lembut saja perkataan tu menusuk masuk ke telinga Harris. Harris tersenyum manis sambil memandang wajah pucat Batrisya.

Harris mula mencempung badan Batrisya. Tangan Batrisya pula mula melingkari leher Harris. Dalam diam Batrisya memerhatikan saja wajah tampan Harris. Entah kenapa ada getar dalam hatinya saat ini. Dia tahu yang dia dah mula jatuh hati pada Harris tapi niat itu harus la dilupakannya kerana dia sudah pun dipinang orang.

Kan best kalau kau yang masuk meminang aku Harris. Aku dah mula sayangkan kau tapi... Tidak semena-mena Batrisya Menyorok kan wajah nya di dada Harris.

Dia sedar yang Batrisya ralik memandangnya cuma dia buat tak tahu dan hanya perhatikan dengan ekor matanya saja.

Batrisya diletaknya perlahan-lahan di atas katil. Harris yang baru saja nak melangkah keluar dari bilik terhenti apabila dipanggil Batrisya.

"Harris.." Panggil Batrisya penuh lembut.

Tersentak Harris bila suara lembut Batrisya menyentuh gegendang telinganya. Ini kali pertama dia mendengar suara Batrisya yang selembut itu. Nada suaranya seolah-olah sedang menggoda. Penghawa dingin yang menyentuh kulit Harris saat ini seolah-olah tidak berfungsi kerana dahinya kini dibasahi dengan peluh gemuruhnya.

Harris berpaling memandang Batrisya sambil cuba untuk mengawal rasa gemuruhnya sehabis baik. "Ye Sya.." Jawab Harris sambil tersenyum.

"Tq for everything" Ucap Batrisya.

" welcome. Dah kau rehat la yer. " Sambil tersenyum manis, Harris meninggalkan Batrisya sendiri di dalam bilik itu.

Everything for you dear. Balas Harris dalam diam.

Selesai sahaja menerangkan tentang keadaan Batrisya,Harris keluar untuk membuat panggilan pada Farid untuk memaklumkan mengenai keadaan Batrisya. Tapi belum sempat Harris mendail nombor Farid Iphonenya memanggil minta diangkat.

"Assalamualaikum ye mom,kenapa ni mom?macam resah aje." Soal Harris setelah mengangkat panggilan dari Ibunya itu.

"Kenapa? Apa dah jadi ni Hard? Tadi Unty Mar call mom bagi tahu mom yang Risya pengsan."

"A'ah mom. Sya pengsan tadi tapi mom jangan risau sebab Hard dah bawak dia jumpa Amir tadi. Alhamdullillah keadaan dia ok cuma dia kena banyak rehat dalam masa dua ke tiga hari ni." Terang Harris pada Puan Sri Rohani.

"Ha,habis tu macam mana dengan pertunangan tu Hard? Kalau ikut lusa dah majlis pertunangan Hard dengan Risya tu."

"Tu la mom. Nampak gayanya kena tunda la mom. Tapi Hard ada satu idea. Emm..mom tunggu Hard balik boleh? Susah la mom cakap dalam handphone macam ni."

"Ok Hard mom tunggu."

Tamat saja panggilannya dengan Puan Sri Rohani,Harris mendail nombor Farid untuk memaklumkan keadaan Batrisya.

"Hello Farid,eh, sorry tau tadi aku tak sempat nak call kau sebab banda ni berlaku dengan tiba-tiba." Ujar Harris sambil menyandarkan badannya di kereta Mercedes nya itu.

"Weh,benda apa ni weh bagi la tahu cepat. Kau ni buat aku berdebar je la." Marah Farid. Dia cukup tak suka nak main-main dengan benda yang serious dan penting baginya.

"Tadi Sya pengsan dekat office. Tapi kau jangan risau sebab aku dah bawak dia jumpa dengan Amir tadi. Alhamdullillah semuanya ok,cuma dia kena rehat untuk dua ke tiga hari ni." Terang Harris pada Farid. Dia tak nak Farid dan Farah terkejar - kejar untuk berjumpa dengan Batrisya,takut nanti lain pula jadinya.

"Ha! Ya Allah.. Pengsan lagi. Ni kalau si Farah tahu ni conferm terkejut beruk dia ni. So sekarang dia ada dekat mana weh?" Tanya Farid sambil tergesa-gesa tangannya mengemaskan fail-fail yang ada di atas mejanya itu.

"Dia ada dekat,aku dah hantar dia balik so kau datang rumah Uncle Rie je kalau nak jenguk dia ok." Ujar Harris.

"Kalau macam tu ok la. Aku dengan Farah pergi rumah Uncle Rie sekarang." Jawab Farid lantas panggilan itu ditamatkan.

#ni aje idea cah untuk bab ni. sorry gais klau tak best. hihi
selamat membaca korang^-^

###

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience