Fresh Orange dihadapannya di sedut perlahan untuk menghilangkan rasa dahaganya.
"Emm.. Farah,aku nak bagi tahu kau something ni." Ujar Batrisya sambil mengetap bibirnya. Dia mula risau dengan tindak balas Farah selepas ini. Bukannya dia tak tahu perangai Farah yang over tu.
Farah menyuapkan cup cake ke dalam mulutnya. "Kau nak bagi tahu apa ni? Cakap je la." Jawab Farah bersahaja.
"Aku rasa aku dah bersedia untuk meletakkan seseorang dalam hati aku sekarang ni. Dan aku pun dah suruh Ibu aku carikan jodoh untuk aku. " Pandangannya kini jatuh tertumpu pada air fresh orange di depannya kini. Sikit pun dia tidak memandang wajah Farah yang sedikit terkejut dengan tindakkannya itu.
"Apa? Kau suruh Ibu kau carikan jodoh untuk kau? Maksud kau bercinta selepas khawin?" Ujar Farah.
Dia sebenarnya agak terkejut tapi nada suaranya cuba dikawal sehabis baik supaya tidak terlalu meninggi.
"Yup. Bercinta selepas khawin. Macam zaman mak-mak kita dulu-dulu." Mata mereka kini bersatu.
Adoi.. Macam-macam la si Risya ni. Bercinta lepas khawin pulak. Boleh pakai lagi ke sekarang ni. Lelaki zaman sekarang bukan macam lelaki zaman dulu-dulu. Lagi-lagi kalau bab setia - setia ni.
Farah memang seorang yang kurang percaya dengan apa yang di guna pakai oleh orang tua dulu-dulu. Mungkin juga disebabkan teknologi sekarang yang semakin canggih.
Farah menyilangkan kedua tangannya diatas meja. Dadanya juga turut dirapatkan ke meja. "Kau ni biar betul Risya. Boleh bahagia ke satu hubungan tu tanpa mengenal hati budi lelaki yang bakal jadi suami kita tu? Hurm. Ni bukan cerita novel tau Risya. Ni realiti. Dekat dunia nyata." Bebel Farah.
Batrisya hanya tersenyum mendengar leteran kawan baiknya itu. Memang betul apa yang diperkatakan oleh Farah itu. Ni semua berlaku di dunia nyata dan ia bukan la cerita novel yang boleh direka jalan ceritanya. Tapi dia percaya dengan perancangan Allah. Insyallah lelaki itu nanti mampu membahagiakannya.
"Insyallah Farah. Jodoh pertemuan,ajal maut tu kan semuanya di tanggan Allah. Lagi pun setiap Ibu mesti la nak yang terbaik untuk anaknya kan. " Ujar Batrisya sambil tersenyum manis.
###
"Kakak,mari duduk dekat Ibu dan babah kejap. Ibu ada nak bincang sesuatu dengan Kakak." Ujar Hajah Mariani.
Batrisya yang baru saja melangkah menuruni tangga untuk ke dapur terbantut apabila disapa oleh Ibunya. Tanpa banyak tanya, Batrisya melangkah menghampiri Hajah Mariani lalu melabuhkan punggungnya di sofa berhadapan Ibu dan jugam Babahnya.
"Ye Ibu,ada apa ni Ibu?" Soal Batrisya.
"Tak.. Ni Ibu nak bagi tahu tadi kawan Ibu datang datang meminang Kakak untuk anak teruna dia. Ni cincin dia. Kalau Kakak terima pinangan ni, lagi 2 minggu dari hari ni Kakak akan bertunang. "
Ternganga mulut Batrisya saat ini. Bukan tu je pakej sekali dengan mata bulat lagi. Biar betik, memang aku mintak Ibu yang carikan jodoh untuk aku tapi tak sangka secepat ni. Baru 2,3 hari lepas aku cakap pasal ni tup-tup hari ni dah ada calon,siap nak tunang lagi tu. Dasyat-dasyat. Boleh tahan jugak ye Ibu aku ni.
# sorry Gais kalau idea cah ni sendu sikit. hihi
pape pun selamat membaca. ^-^
Share this novel