Khai,Buat apa dia datang dekat office aku ni. Bermonolog Batrisya seorang diri.
Dia melangkahkan kakinya,lalu cuba untuk mendekati Batrisya. Dia sekarang betul-betul berdiri di hadapan Batrisya.
Kini mata mereka saling berperang antara 1 sama lain. Kau kena kuat Risya. Kau kena tunjuk dekat dia yang kau bukan Risya yang dia kenal dulu. Pesan Batrisya untuk dirinya sendiri.
Kak Bella mula risau dengan suasana tegang yang terhasil daripada Khai dan jugak Batrisya itu.
"Risya,Tunggu Akak panggilkan security. Ye?" Baru saja ingin melangkah. Batrisya bersuara.
"Tak apa Kak Bella. Kita tengok dia nak buat apa.'' Ujar Batrisya tanpa mengalihkan pandangannya dari memandang Khai.
''Risya.. I nak mintak maaf dengan U. I tahu,I banyak buat salah dengan U. I salah buat pemilihan untuk hidup I. I tak tahu nak bezakan yang mana satu permata yang mana satu kaca. I mintak maaf Risya."
Herm,maaf,Eee.. Aku rasa macam nak ludah je dekat muka dia ni. Pergi mampos la dengan maaf kau tu Khai. Aku tak akan pernah maafkan kau. Lepas kau sedap buat cerita pasal aku dekat Mak kau,Kau ingat aku senang-senang je boleh maafkan kau? Sumpah Khai aku benci tengok muka kau. Marah Batrisya dalam hati.
Tangannya kini disilangkan didadanya. Setiap kata maaf yang lahir dari mulut Khai, ditemani senyuman sinis di bibir Batrisya.
"Dah habis cakap dah?" Soal Batrisya dengan riak wajah ego yang meninggi. Lantas tangan kirinya menarik lengan Kak Bella supaya membontotinya meninggalkan tempat yang menyakitkan hatinya itu.
Baru saja melangkah 2,3 tapak,pergelangan tangannya dicengkam kasar oleh Khai. Terpusing Batrisya dibuatnya. Batrisya cuba untuk melepaskan pegangan kemas Khai itu namun tak berdaya.
"Lepaskan tangan aku la bodoh. Sakit tahu tak!" Bentak Batrisya.
"Apa,kau panggil aku bodoh? Aku mintak maaf dengan kau elok-elok kau buat tak tahu je kan. Kau buat macam aku ni tengah bercakap dengan tunggul.!" Marah Khai.
Sakit hatinya bila Batrisya buat endah tak endah je dengan kehadiran dia di situ.
" security!!'' Jerit Batrisya kuat. Sejurus dengan itu Batrisya merentap kuat tangannya bila terasa pegangan Khai di pergelangan tangannya sedikit longgar.
Sebelah tangan Khai dipegang kuat oleh seorang security. Anak mata Khai dengan anak mata Batrisya sedang bertarung hebat saat ini. Perasaan marah Batrisya yang dulu terhadap Khai mula singgah di hatinya kini. Bertambah sakit hatinya saat ini.
Papp!
Satu tamparan yang maha hebat singgah di pipi kiri khai."Kau ingat sikit ye Khai, ini tempat aku,pejabat aku. Dan aku CEO dekat sini. Jadi kau jangan nak suka hati sangat datang sini nak buat kecoh dekat pejabat aku ni.Faham!" Tengking Batrisya bila tangannya berjaya dilepaskan daripada pegangan kemas Khai.
Baru saja berpaling untuk melangkah, Batrisya kembali memalingkan wajahnya memandang Khai.
"And one more thing Khai. Aku bukan lagi Diana Batrisya yang dulu,yang mudah untuk kau perbodohkan Khai. Dan aku jugak tak akan pernah terima maaf dari kau selagi kau tak ikhlas untuk memohon maaf daripada aku. Sebab dengan apa yang kau dah buat meninggalkan kesan yang mendalam pada diri aku." Lantas kakinya diangkat dan melangkah pergi meninggal Khai yang masih setia dipegang oleh security itu.
Semua yang berada disitu masih asyik dengan 'wayang' free yang dilakonkan oleh CEO mereka itu.
Berlaga-laga gigi Khai menahan marah. Tangannya yang dipegang security ditarik oleh Khai. Rambutnya diraup dengan kasar. Lantas kakinya di angkat dan dibawa pergi meninggalkan bagunan yang sedang megah berdiri tu.
Bertambah mara api amarahnya bila mengenangkan tentang perihal semalam.
Kau saja nak malukan aku depan orang ye Risya. tak apa. Kau tunggu,sikit hari lagi aku akan balas. Dendam Khai dalam hati.
*****
Deringan telefon yang memanggil-manggil minta diangkat itu dicapai Khai. Dia kini melangkah menuju ke balkoni di biliknya sambil menjawab panggilan tersebut.
"Hello ye Jack,apa info kau malam-malam macam ni baru nak call aku." Soal Khai.
"Bos,cepat datang dekat Vista Hotel sekarang. Saya sedang intip Amelia dengan seorang lelaki Check in dekat hotel ni Bos."
Berasap telinga Khai bila Jack bagi tahu Amelia check in hotel dengan seorang lelaki. "Sial la!" Marah Khai sambil tapak tangannya menampar kuat palang besi belkoninya itu.
"Bagi aku 5 minit. Aku on the way now! Kau tunggu aku dekat situ.Ok, and make sure kau tahu nombor bilik yang diaorang check in tu ok." Arah Harris.
Sial punya perempuan. Kau boleh tipu aku hidup-hidup. Tak apa Lia, Jap lagi kau memang kena dengan aku. Marah Khai.
Khai menekan padel minyak kereta Audinya lalu terus memecut laju menuju ke Vista Hotel.
Sesampai saja di hotel tersebut, Khai dan Jack terus berlari menuju ke bilik yang di check in Amelia. Pintu itu di ketuk kasar oleh Khai. Hampir beberapa minit menunggu baru la pintu di tersebut di buka oleh seorang lelaki yang hanya memakai bathrobe.
Muka Khai berubah merah menahan rasa marah. Lagi-lagi bila melihat lelaki tersebut hanya memakai bathrobe sahaja. Tangannya di gengam kemas.
BUUUKK!
Belum sempat lelaki itu membuka mulut. Dia dah terdorong ke belakang dek kerana tumbukan padu Khai yang singgah di pipi kanannya.
"Sayang!"Jerit Amelia bila terpandang Yus yang agak terbaring di lantai dengan mulut yang berdarah.
Amelia yang hanya berkemban itu terus turun daripada katil bersaiz king itu lalu mendapatkan Yus. Terbuntang mata Amelia bila melihat lelaki yang berdiri di hadapan itu sekarang ni.
"Khai." Sapa Amelia dengan nada yang terkejut.
"Hurrm,kenapa terkejut ke tengok aku ada dekat sini? Kau dengar sini ye. Mulai sekarang kau jangan pernah cari aku lagi. Dan aku dah tak hinggin nak tengok muka perempuan murahan macam kau. Faham !" Tengking Khai.
* hai guys ^_^ ecah done update. Hope korang enjoy ok :)
Share this novel