B-28

Romance Completed 41713

Laju mini coopernya meninggalkan Cars Auto Sdn Bhd. Hari ni Dia ingin pulang awal ke rumahnya. Segala apoimentnya untuk hari esok dimintak untuk ditundakan pada hari lusa. Niatnya esok dia hanya ingin berehat sahaja di rumah.

"Assalamualaikum Ibu.." Batrisya memberi salam sambil kakinya melangkah masuk ke dalam perut rumah. Badan dan kepalanya terasa amat berat ketika ini. Jadi esok dia hanya berniat untuk bermalas-malas sahaja di rumah.

Aik,awalnya Kakak balik hari ni. Belum pukol 4 lagi dah sampai rumah.

"Wslm.. Hai Kakak. Awal balik hari ni?" Naim berjalan menghampiri Kakak kesayangannya itu lalu menghulurkan untuk bersalaman dengan Batrisya.

Lama tak tengok awang ni sorang. Makin hensem pulak bila dah besar ni.

Mohd Naim Bin Haji Damhuri adik bongsu kepada Diana Batrisya. Tapi disebabkan dia memilih untuk hidup jauh dari family maka Batrisya la yang paling manja dengan kedua ibu bapanya mereka.

"Emm.. Saja balik awal Im. Akak rasa macam tak berapa nak sihat. Kepala sakit. Im bila sampai?" Tanya Batrisya sambil berjalan mendekati meja bar di dapur. Naim hanya membontoti saja langkah Kakaknya itu.

Punggungnya kini dilabuhkan pada kerusi di meja tersebut. Matanya hanya mengikut pergerakan tangan Batrisya yang sedang menuangkan air fresh orange yang dikeluarkan dari peti ais.

"Im sampai tengah hari tadi Kak. Im tengok Akak ni macam penat sangat je. Banyak ke Kak kerja dekat office tu?"

Batrisya mengirup minuman yang di tuangnya tadi sebelum menjawab soalan Naim.

"Apa la Im ni,ada ke tanya Akak soalan 'B' macam tu. Memang la penat Im. Akak kan CEO dekat situ so banyak la bendanya yang Akak nak kena handle. Lagi-lagi sekarang Babah nak buat projek workshop dekat bangunan belakang tu,lagi la Akak pening. Ni bakal COO ni bile nak habis study? Boleh tolong Akak sikit handle bahagian workshop tu."

Naim hanya tersengih mendengar omelan Kakaknya itu. Sambil tangannya menggarukan kepala yang tidak gatal.

"Ala.. Kak,habis study lambat lagi la. Tapi tak apa la sementara Im cuti ni boleh la Im tolong Akak sikit-sikit dekat office tu nanti."

Jeda

Tiba-tiba Naim teringatkan akan satu perkara. "Ha, Akak apa kes sekarang ni Kak? Im dengar kecoh sangat ni. Cerita apa yang Abang Khai reka ni sampai Unty Minah tu marah sangat dekat keluarga kita ni, lagi-lagi dekat Akak." Ujar Naim.

Batrisya mula mengeluh. "Hurmm.. Entah la Im. Lantak dorang la nak buat cerita apa pun. Akak dah penat la Im fikir pasal ni. Banyak lagi benda lain yang Akak nak kena fikir. Dari Akak fikir pasal benda yang dah jadi ni baik Akak fikir macam mana nak tambahkan lagi duit keluarga kita ni. Betul tak?" Ujar Batrisya. Terkekek dia ketawa geli hati dengan ayatnya sendiri. Naim jugak turut ketawa bersama Batrisya.

###

Sebulan lebih sudah berlalu. Bagi Batrisya untuk melupakan sesorang yang amat dicintai bukan satu perkara yang mudah. Walapun semua perasaan ada. Marah,benci,rasa tertipu tapi Alhamdullillah dengan kekuatan yang ada dalam dirinya, family yang sentiasa ada disisinya Batrisya mampu untuk melupakan Khai dalam masa yang singkat. Dan kini terdetik di hatinya untuk meletakkan seseorang di dalam hatinya.

#Nah. 2 bab hari ni cah belanja korang. hahaha
sebenarnya excited nak cepat sampai bab Risya kawin. haha.
tapi tak apa, sabar. slow. slow. hihi.

tunggu next ok. hihi
tq sudi singgah baca novel cah ^-^

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience