Walaupun Harris memintanya untuk berlakon memujuk Batrisya supaya follow mereka bertiga ke Cherating tapi hakikatnya pujukkan itu datang dari dalam hati dia. Betul,mungkin lepas ni dia akan jarang dapat lepak dengan Batrisya. Ye la,dah nama pun isteri kan mesti la nak kena fokus pada rumah tangga. Dah tu nak keluar pun mesti nak kena mintak izin suami. Kalau suami bagi boleh la jumpa. Kalau suami tak bagi. Hurmm punah harapan.
Reply Terakhir dari Farah dibaca Batrisya. Dan seketika dia termenung. Hurm.. Betul jugak kan. Nanti dah jadi isteri orang aku dah tak bebas nak pergi mana-mana. Nak keluar rumah pun kena mintak izin dengan Mr. Husband. So... Aku pergi je la.
Batrisya membuat keputusan. Lantas dia membalas WhatsApp dari Farah itu.
Ok. Aku pergi.:) ~ Batrisya.
Ok. Semua nak pergi yer. Jadi aku tempahkan 2 blik di Hard Hotel Cherating. 1 untuk Sya dan Farah. 1 lagi aku dengan kau Farid. Ok. ~ Harris.
Senyum sampai ke telinga Harris dibuatnya. Memang ini pun jawapan yang di nantikan dari Batrisya. Lantas,Contact number atas nama Siti di swipe.
"Hello,Siti." Sapa Harris sebaik sahaja panggilan itu diangkat.
"Ye Mr. Hard. Saya. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" Soal Siti di hujung talian.
"Saya nak awak suruh housekeeping kita kemaskan semua master room VVIP tu ye. Dan Jangan lupa bilik saya sekali. Sebab esok atau lusa saya nk turun ke Cherating. Ok"
"Eerr.. Ok no problems Mr. Hard. Nanti saya akan arahkan housekeeping untuk bersihkan master room VVIP tu."
"Emm.. Ha ni lagi satu. Saya nak awak carikan saya wedding planner yang paling bagus sekali. Ok. Kalau boleh secepat yang mungkin la. Sebab tarikh Majlis pun dah dekat sangat dah ni." Arah Harris pada Siti.
"Wedding planner Mr. Hard? Hurm.. Untuk wedding Mr. Hard ke..?" Usik Siti di hujung talian.
Harris hanya tersenyum. Dia dah agak, mesti dia akan kena usik dengan PA nya Siti tu. Sifat weng Siti tu kadang-kadang mampu membuatkan kepalanya hilang stress kerja.
"Ye.. Betul.. My wedding." Jawab Harris selamber.
Terbuntang mata Siti dengan jawapan daripada Bos nya itu. Tak sangka dia, ada jugak perempuan yang berjaya pikat hati batu Boss dia tu.
"Wow! Tahniah Boss.. Tak sabarnya saya nak tumpang naik pelamin Boss. Kalau macam tu, bab wedding planner ni Boss serah je dekat saya Insyallah saya akan cari kan wedding planner yang paling terbaik untuk Boss." Ujar Siti dengan penuh rasa teruja. Harris hanya tersenyum mengenangkan wajah teruja PA nya itu sekarang ni.
###
Batrisya membuat muka lega bila air yang disedutnya melalui anak tekaknya yang amat dahaga itu.
Emm.. Lega gila. Alhamdullillah. Ucap Batrisya dalam Hati.
Amboi,minah ni minum air pun sampai pejam-pejam mata,feeling betul.
"Weh, kau ni minum air pun siap pejam mata bagai. Apa hal." Sergah Farah. Sengaja dia menampar kasar badan Batrisya supaya sedar dari feeling nya yang entah apa-apa tu.
Amboi,bukan main kasar lagi ye dia tampar badan aku. Ingat badan aku ni apa. Tunggul kayu.
"Eee.. Sakit la gila. Ha.. " Marah Batrisya. Tapi suaranya bunyi seakan dalam tekak sahaja. Ye la duduk dekat cafe, mesti la nak kena marah slow-slow je. Kebetulan orang pun ramai hari ni. Batrisya membalas balik tamparan Farah tadi dengan mencubit lengan berisi Farah itu.
"Weh.. Sakit la." Ujar Farah. Berkerut mukanya menahan pedih di kulit lenganya. Dia menggosok perlahan kulitnya yang terasa perit dek bisa cubitan Batrisya itu.
"Habis kau ingat,kau tampar lengan aku tadi,aku tak rasa sakit? Herm. Adil la tu. Padan la dengan muka kau." Jawab Batrisya.
Budak dua orang ni memang jenis tak tahu malu sikit. Ye la. Kalau dah bergaduh kat mana-mana pun memang diaorang akan bergaduh. Tak kira tempat. Sebab tu kadang-kadang kalau Farid ada,Farid yang akan jadi kepala untuk stopkan pergaduhan diaorang.
"Emm.. Risya, kau memang tak nak tengok ke bakal suami kau tu?" Tanya Farah tiba-tiba.
Hampir aje nak tersembur air yang diminumnya itu. Nasib baik la sempat telan kalau tak memang si Farah ni mandi air Nescafe la hari ni.
Batrisya membetulkan kedudukannya. "Kenapa kau tanya ni? Kau kenal mamat yang bakal jadi suami aku tu?"
"Amboi.. Aku yang tanya kau dulu,kau boleh nak tanya aku balik. Herm."
Nafasnya dihela. "Aku bukan la tak nak tengok. Aku nak sangat tengok. Tapi aku takut,bila aku tengok nanti lepas tu aku tak boleh terima dia. Macam mana,Tak ke hampa Ibu dengan Babah aku? Aku buat solat istikharah. Dan jawapan yang Allah bagi tu pilihan Ibu aku. Jadi sekarang kalau aku tolak pilihan Ibu dan Babah aku ni, automatic aku tolak jodoh yang Allah dah tetapkan untuk aku ni. Sebab tu aku ambik keputusan untuk tak kenal rupa paras dia. Cukup la aku tahu yang Orang gelar dia Hard. Or aku bagi gelaran dekat dia Mr. Hard." Terang Batrisya panjang lebar pada Farah.
# enjoy guys ^-^
Share this novel