B-32

Romance Completed 41713

Kenapa pulak la dengan budak ni, nampak sedih je mukanya. Hurmm.. Masalah apa pulak kali ni.

"Risya rasa nak cuti la Kak Bella. Dalam seminggu ke? Nanti Kak Bella tolong arrage kan balik semua appointment Risya dengan client ok." Arah Batrisya kepada Kak Bella.

Kak Bella hanya menganggukkan kepalanya dengar arahan Batrisya. "Ok,kalau pasal kerja ni Risya jangan risau la. Kak Bella boleh handle untuk Risya ok. Ni, cantik cincin makin manis Kak Bella tengok jari Risya. " Puji Kak Bella bila terpandangkan cincin yang menghiasi jari manis bos nya itu.

Tersenyum hambar Batrisya saat Kak Bella menegur cincin di jari manisnya itu. "Tq Kak Bella."

Melihat wajah Batrisya yang sedikit sedih,Kak Bella memegang kedua belah tangan Batrisya. Dia tahu yang Batrisya sekarang sedang dalam masalah.

Hubungan antara Kak Bella dengan Batrisya bukan sahaja sebagai Bos dengan pekerja. Tapi ada masa hubungan itu boleh bertukar menjadi Kakak dan juga Adik. Disebabkan Batrisya anak sulung dan Kak Bella pula sudah lama berkhidmat dengan Syarikat keluarganya itu,jadi secara tak langsung membuatkan Batrisya selesa untuk bekerja dan juga berkongsi apa jua masalahnya dengan Kak Bella.

"Kenapa ni Risya, hem? Monyok je Akak tengok, cuba cerita dengan Kak Bella apa masalah Risya sekarang ni." Tutur Kak Bella lembut. Daripada gelagat Batrisya,dia seolah-olah boleh baca yang Batrisya sekarang ni sedang berlawan dengan perasaannya sendiri.

Batrisya melepaskan tangannya dari pegangan Kak Bella. Dia kini berdiri sambil memeluk tubuhnya sendiri dan berpaling membelakangi Kak Bella.

"Risya takut Kak Bella, Risya takut kalau keputusan Risya ni salah. Memilih dia sebagai suami Risya tanpa Risya kenal hati budinya dulu." Tutur Batrisya. Air mata mula bertakung di tubir matanya.

Kak Bella melepaskan keluhanny sambil mendekati Batrisya. Tangan kanannya kini memeluk lembut bahu Batrisya. "Risya tahu tak,kadang-kadang lelaki yang kita tak kenal ni boleh jadi suami yang terbaik untuk kita. Kak Bella cakap macam ni sebab Kak Bella pernah lalui apa yang Risya lalui sekarang ni. Akak nak tanya,Risya ada buat solat istikharah?" Soal Kak Bella sambil tanggannya memeluk tubuhnya sendiri dan memusingkan badannya mengadap Batrisya.

Wajahnya hanya menunduk ke bawah."dah Kak." Jawab Batrisya perlahan.

"Dapat petunjuk tak?"

"Dapat. Pilihan Ibu."

"Ha,dah itu jawapan yang Allah bagi pada Risya, jadi betul la keputusan yang Risya buat ni. Percaya la Risya sesungguhnya perancangan Allah tu adalah yang terbaik untuk kita sebgai umatnya hem." Pujuk Kak Bella. Bahu gadis dihadapannya itu ditepuk lembut.

Masuk saja dalam kereta. Batrisya mengeluarkan Iphonenya lalu application camera nya di buka. Jari manis yang tersarung cincin berlian itu di snap dan dihantar dalam group 'Crazy Buddies' yang hanya terdiri daripada mereka berempat sahaja.

Bip. Bip. Whatsap pertama dari group dan tak lain tak bukan ia semestinya dari Farah.

Wow!! Kau terima pinangan tu beb. Pape pun tahniah My only one Bff. Aku akan sentiasa doakan kebahagian kau tau. Jom kita celebrate? Sempena kau jadi tunangan orang.. Hihi ~ Farah

"Amboi.. Bukan main lagi kau ye siap nak celebrate bagai. Baru kena risik tu belum nikah lagi. Kalau dah nikah nanti aku tak tahu la. Main kepala gila Farah ni bukan boleh kira." Ngomel Batrisya seorang diri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience