B - 10

Romance Completed 41713

"Kau rasa si Khai tu ada perempuan lain ke?"

"Entah la,aku pun tak tahu la. Cuma sekarang ni ada 2 benda je yang aku nak buat. Pertama if aku terjumpa dia dengan perempuan lain dan sebab perempuan tu dia tangguhkan tarikh perkahwinan ni aku tak akan teragak-agak untuk putuskan je terus hubungan ni. Kedua aku tak akan menangis sebab menyesal dengan kuputusan yang aku dah buat. " Ujar Batrisya.

Risya.. Risya.. Tak apa la,kau buat je la keputusan yang terbaik untuk kau. Aku pun dah tak sanggup nak tengok kau ni jadi boneka si Khai tu. Time nak sungguh-sungguh time tak nak dia biar je kau ni tertanya-tanya macan kau ni tak ada hati dan perasaan.

"Hai girl's." Sapa Farid ketika melangkah mendekati dua sahabat baik itu. Tapi masing-masing hanya mendiamkan diri.

Aik, dah kenapa dengan budak-budak ni, aku tegur buat tak tahu je. Tak pernah-pernah ni.

"Hey,kenapa ni? Farah,Risya apa masalah nya ni? Muka masing-masing ketat semacam je. Cuba cerita dekat Abang. Mana tahu Abang boleh tolong?" Ujar Farid prihatin. Kedua tangannya dimasukkan ke dalam poket seluarnya.

Terdengar suara Garau Farid menyapa mereka Batrisya memalingkan kepalanya. Dia baru je nak terseyum manis tapi terbantut pulak bila anak matanya dapat menangkap rupa seseorang yang dibencinya sedang berdiri di belakang Farid.

"Apa kejadahnya mamat poyo ni ada dekat sini pulak.E.. Elok-elok aku ni boleh cover marah aku nampak dia ni terus aku rasa nak melenting." Ngomel Batrisya sendiri tapi suaranya masih dikawal dan hanya dia sahaja yang dapat dengar apa yang dia katakan tadi. Badannya kembali kepada posisi yang asal.

Belakang Batrisya dipandang Farah. Hurmm.. Tak apa la Risya biar aku je yang jawabkan aku tahu kau tak nak tengok muka Abang Harris kan.

"Khai.dia buat gila Abang. Dia tangguhkan lagi tarikh perkahwinan dorang ni. Dah la tarikh tu tinggal lagi sebulan. Melampau betul la Khai tu. " Geram Farah.

Hampir saja ternganga mulut Farid mendengar jawapan dari adiknya Farah. Masuk ni kali ke dua dah dia tangguhkan tarikh perkahwinan ni. Apa masalah mamat tu sebenarnya.

"Amboi. Boleh dia tangguhkan lagi tarikh khawin korang yang tinggal sebulan je lagi ni. Apa masalah dia sebenarnya ke memang jenis muka tak tahu malu lepas tangguh-tangguh. Dia buat macam orang tak ada perasaan. Tak apa la Risya. Risya sabar yer mungkin ada sesuatu yang Allah nak tunjuk dekat Risya ni. Jangan sedih ye, Abang Farid dengan Farah sentiasa ada untuk Risya " Pujuk Farid sambil tersenyum manis. Matanya kini tertumpu pada Batrisya.

Hatinya sedikit terpujuk dengan pujukan Farid. Batrisya membalas senyuman Farid. Kenapa la aku tak jatuh hati dengan Abang Farid ni. Kalau tak mesti dah lama aku jadi isteri Abang Farid kan. Dah la baik, hemsem, romantik tinggi pun lebih kurang aku je. Mesti sweet gile kalau duduk atas pelamin Hehehe.. Eleh berangan, kau je jatuh hati dekat dia belum tentu yang dia akan jatuh hati dengan kau.

Harris hanya mendiamkan diri saja dari tadi. Oh.. Minah ni dah bertunang rupanya aku ingatkan single lagi. Tapi nasib baik jugak si Khai tu tangguhkan tarikh khawin dorang so sempat la aku masuk jarum kan. Kapal terbang pun orang boleh hijacked ini kan pulak tunang. Harris tersenyum sinis bila mengingatkan tentang niat di hatinya sekarang ni. Yes. Dia akan usaha untuk memiliki hati gadis pujaannya itu. Diana Batrisya.

Dah Harris ni kenapa pulak senyum sorang- sorang ni. Senyum sinis pulak tu. Ni kalau Risya tengok ni conferm makan penampar. Dah la Risya tu tengah menahan marah.

"Oii, dah kenapa dengan kau ni? Senyum sorang-sorang macam orang gila ni?" Tanya Farid. Ayat Farid dengan Harris memang kasar sikit ye la biasa la lelaki dengan lelaki kan. Karang kalau berlembut karang orang fikir Gay pulak. Tak pasal je.

" Tak ada la,baru tangguhkan tarikh khawin bukannya tak jadi khawin so releks la." Jawab Harris bersahaja. Tangannya disilangkan.

Dalam hatinya kini dah sumpah seranah dekat diri sendiri dah. Apa ke bangang nya kau ni Harris. Kau cakap nak ambik hati dia tapi apa yang kau buat sekarang ni lagi menyakitkan hati dia ada lah. Bodoh!. Marah Harris pada dirinya.

Farid,Farah dan Batrisya memandang Harris serentak. Batrisya mula mengetapkan bibir nya giginya di laga-laga menahan amarah dalam hatinyan sekarang ni. To much Harris to much!! Aku kira dah cukup baik buat tak tahu je dengan kewujudan kau dekat sini tapi sekarang kau memang saja cari pasal dengan aku Harris.

Mata Batrisya dengan Harris kini sedang bertaut hebat. Sorang pun tak nak mengalah. Dia kini melangkah mendekati Harris. Tangannya di silangkan. Kalau la kau ni pandai ambik hati aku conferm aku dah jatuh hati dengan kau Harris. Tapi sayang harap muka je hensem perangai ke laut.

*bab ni memang ecah in character sangat. ??
sebab geram weh dengan Harris ni naik menyampoh rasa. hahaha.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience