B - 1

Romance Completed 41713

Bab 1

Batrisya memerhatikan jam di pergelangan tangan kanannya. " alamak dah pukul 1.30 la,macam mana aku boleh tak perasan ni." Dia mengomel sendiri sambil menepuk dahinya.

Emm..Oh,baik aku ajak Farah temankan aku lunch hari ni. Nak ajak Khai rasa macam malas pulak nak mengadap muka dia.

Lantas tangannya mencapai Iphone di atas mejanya dan jarinya laju menari mendail nombor Farah.

" Assalamualaikum Farah,kau buat apa tu?"

" Waalaikummussalam,ye Risya? aku baru je nak keluar makan. Kenapa?" Tanya Farah bersahaja.

"ok sangat dah tu. Boleh la aku join kau sekali kan? Aku tengah lapar ni... Please..." meleret saja percakapannya. Saja dia mahu bermanja dengan BFF nya itu.

Eleh, mengada pulak minah ni. Nak manja-manja dengan aku la tu macam budak-budak ribena. Risya.. Risya. Farah tersenyum mengenangkan muka sepuluh sen kawan baiknya itu sekarang ni.

"Ha,jom la. Tapi aku lunch dengan Abang Farid hari ni. Kau tak kisah ke?" Farah bertanya dengan prihatin. Ye la mana la tahu kan kot kot dia tak selesa ke kan?

"Ha,ala aku ok je la tak kisah pun. Bukannya aku ni tak biasa dengan Abang kau tu. Janji perut aku ni kenyang." Sempat dia melihat dirinya dalam cermin panjang yang digantung di sebelah pintu. Ye la kan,mana tahu kot-kot tudung senget ke.

Dia tersenyum manis melihat penampilannya di depan cermin. Ok dah cantik. Ecewaahhh..duduk dalam bakul angkat sendiri pulak aku ni. Getus hatinya sambil tersenyum manis.

"Weehh nak jumpa dekat mana ni??" Tanya Batrisya sambil melangkah keluar dari pejabatnya.

"emm.. kita jumpa dekat Restoran Kampung ok? aku dah on the way ni dengan Abang aku." Farah dan Farid berjalan seiringan menuju ke kereta.

"ok set. Kita jumpa dekat sana ok." Batrisya menamatkan pangilanya. Dia menekan padel minyak Mini Cooper 2 pintu miliknya lalu meninggalkan bangunan Cars Auto Sdn Bhd.

Siap parking kereta. Batrisya melangkah masuk ke dalam Restoran Kampung. Tapak tangannya diletakkan di perutnya yang dah berkriuk-kriukk dari tadi. Bertambah lapar bila matanya melihat lauk-lauk kampung yang terhidang depan matanya sekarang.

Gila sedap lauk hari ni. Perrgghh ni yang buat perut aku bertambah lapar ni. Tak apa, sabar perut kita cari Farah dulu yer.

Batrisya memanjangkan lehernya mencari kelibat Farah dan Farid. "Ish,tak sampai lagi dua beradik ni. Tadi beria sangat dah on the way tapi last-last aku pulak yang sampai dulu. Duduk dekat meja ni je la senang sikit diorang nak nampak aku." Terkumat-kamit mulut Batrisya memarahkan dua beradik itu. Ni kalau orang nampak conferm cakap aku ni gila.

Beberapa minit kemudian..

"Hai Risya,sorry aku dengan Abang Farid lambat. Jalan jem tadi weehh.." Farah yang dari tadi mengomel menarik kerusi di bahagian tepi dinding untuk duduk.

Hem,alasan basi..

"eemm.. Tak apa la aku pun baru jugak sampai ni." Dia menarik air yang dipesannya sebentar tadi lalu menyedut untuk menghilangkan rasa dahaganya.

Selepas pelayan datang mengambil order,Farah mengajak Batrisya untuk mengambil makanan. "Risya,jom ambik nasi,perut aku lapar gila dah ni tengok lauk-lauk kampung dekat sini. Jom la." Ajak Farah bersungguh.

"Ok jom. Tu la pasal wehh.. Habis rosak diet aku kalau aku datang kedai ni." Tersengih macam kerang busuk Batrisya memandang Farah.

Eleh,minah ni. Tak padan dengan badan dah sekeping ada hati lagi nak diet tu. "eh,tak payah nak diet sangat la,sebab badan kau tu dah memang sekeping pun." Sengaja dia kedepankan sedikit badannya mengadap Batrisya sambil matanya menjeling tajam tanda meluat dengan perkataan 'diet' Batrisya tu.

Eleh,dengki la tu. Batrisya mencebikkan mulutnya mendengar ejekan dari Farah. Tapi memang betul pun apa yang Farah cakap tu. Dulu dia diet sebab nak kuruskan sikit badannya yang semakin chubby dan hasilnya sekarang badan nya dah agak kurus sikit berbanding dulu. Tapi tak ada la kurus sangat just nice.

Batrisya bangun dan meletakkan handbagnya di atas meja. Dia yang perasan Farid terlalu asyik dengan handphone di tngannya sempat berpesan untuk tengok-tengokkan handbagnya sebelum berlalu pergi membontoti Farah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience