B-42

Romance Completed 41713

Puan Sri Rohani tersenyum melihat wajah Batrisya yang sedikit cuak. "Disebabkan Risya tak sihat, Hard pun tahu macam mana keadaan Risya sekarang. Jadi dia putuskan untuk nikah je terus. Tapi cincin tunang tu nanti dia akan sarungkan sekali dengan masa batal air sembahyang tu. Dia bukan apa,dia cuma tak nak badan Risya tu penat sebab Risya pun tak sihat sepenuhnya lagi kan." Terang Puan Sri Rohani panjang lebar.

Batrisya tersentap. Amboi.. Baiknya.. Jangan nanti bila dah khawin dengan aku perangai berubah dah la. Memang aku luku kepala tu. Jangan main-main ek dengan Diana Batrisya Binti Haji Damhuri ni. Herm. Ngomel Batrisya seorang diri dalam hati.

"Hey, Kakak. Amboi.. Sempat lagi dia termenung yer. " Sergah Hajah Mariani tapi dalam nada yang cukup terkawal.

"Emm.. Berangan nak naik pelamin la tu." Sampuk Haji Damhuri pula. Merah padam muka Batrisya dibuatnya dek kerana malu.

Dia menundukkan wajahnya untuk menyembunyikan rasa malu itu. "Ish.., Babah ni. Mana ada la Kakak tak berangan pun." Jawab Batrisya perlahan. Gelak tawa mereka berlima memenuhi isi ruang bilik tamu yang Batrisya diami sekarang ni.

"Eh, Ling sembang la bertiga ye. Abang bawak Din ni sembang dekat luar." Hajah Mariani mengangguk.

"Risya.. Risya dah tengok gambar yang Unty bagi dekat Ibu hari tu? Gambar bakal suami Risya. Anak Unty." Soal Puan Sri Rohani.

"Belum Unty. Ibu nak tunjuk tapi Risya yang tak nak tengok. Risya terima je dia Unty. Ada hidung ke tak ada hidung ke Risya terima. Tapi Risya harap ada hidung la." Seloroh Batrisya. Tergelak Puan Sri Rohani dan Hajah Mariani dibuatnya. Batrisya juga turut tergelak dengan lawak sendiri.

Ada betulnya apa yang diperkatakan Batrisya itu. Dia dah minta jawapan daripada Allah,dan dia yakin dengan jawapan itu. Sebab dia percaya,perancangan Allah itu lah yang terbaik untuk diri dia.

"So untuk nikah nanti.. Risya ingat,Risya nak tunggu suami Risya dalam bilik je. Ala.. Macam Ibu dengan Unty khawin dulu-dulu. Tunggu sang suami masuk bilik untuk sarungkan cincin." Ujar Batrisya sambil tersengih menampakkan giginya yang segaris itu.

Hurmm.. Macam macam la bakal menantu aku sorang ni.

###

Harris hanya nak berehat di rumah sahaja hari ni. Biasa kalau hari minggu begini dia memang selalu lepak di luar tapi untuk hari ni dia malas nak keluar.

WhatsApp dibuka. Terus laju saja jari jemarinya menari di skrin Iphonenya.

Weh,korang next weekend kita naik cherating jom.! :) ~ Harris

Weh,ok jugak tu. Aku pun dah lama tak pergi bercuti ni. Dapat la aku tenangkan sikit kepala aku yang hampir biul sebab stress kerja ni. ~ Farid.

Abang.. Farah nak ikut jugak. Mana aci kalau Abang pergi sorang. :/ ~Farah.

Batrisya hanya jadi permerhati dari jauh. Dia teruja jugak nak pergi sebenarnya. Tapi bila teringatkan tentang perkhawinannya yang tinggal lagi beberapa minggu sahaja lagi dia jadi hilang mood untuk join short vocay bersama buddies nya itu.

Weh.. Risya,kau tak nak join ke kitaorang pergi Cherathing hujung minggu depan? ~ Farah.

Aku bukan tak nak pergi tapi.. Entah la, antara nak pergi dengan tak nak pergi tu 50.50 wehh.. ~ Batrisya

Ala.. Risya.. Jom la Abang Farid kan ada. Tak best la kalau Risya tak ada. Jom la Risya. Please... ~ Farid.

Batrisya yang membaca WhatsApp reply dari Farid itu tersenyum. Amboi. Ni la lelaki bila dah mengayat perempuan lupa status diri sendiri.

Timbul rasa cemburu dalam hatinya kini. Lain yang aku suruh lain yang kau buat ek. Ngomel Harris dalam hati. Terus WhatsApp personal Farid dibuka.

Amboi bukan main lagi kau ye mengayat bakal bini aku ye. Kau jangan lebih-lebih Farid. Kan tak pasal-pasal lebam biji mata tu. ~Harris.

Bip.. Personal WhatsApp masuk ke handphone Farid. Dia hanya tersenyum bila terbaca nama yang menghantar WhatsApp tersebut kepadanya. Dan seperti yang dijangka Harris yang menghantar WhatsApp tersebut.

Kau nak aku tolong ke tak ni? Ha. ~ Farid

Farid membalas. Dia bukan la jatuh hati pada Batrisya,cuma dia sekarang dalam proses untuk memujuk si Batrisya ni untuk join diaorang pergi Cherating tu next week. Begitu jugak dengan Farah. Ini semua plan dari Harris jugak.

Ok fine. Sorry. Please. Make sure dia join kita ok. ~ Harris.

Entah kenapa dia rasa cemburu dengan ayat manis Farid itu tadi. Kalau dulu Farid siap panggil Batrisya sayang lagi tapi perasaan tu biasa je. Mungkin sebab Batrisya tu akan jadi isteri nya tak lama lagi. So sebab itu la perasaan cemburu tu datang. Orang tua-tua cakap darah Tongan manis.

Amboi.. Bukan main gatal lagi ek Along aku sorang ni. Along jangan nak macam-macam ek, nanti Farah report dekat Kak Aty baru tahu. :/ weh Risya jom la.. 3 minggu lagi kau nak jadi wife orang dah. Nanti dah kita tak boleh nak lepak macam selalu. Please Risya. Please..... ~Farah.

#enjoy korang ^-^

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience