B-56

Romance Completed 41713

Selesai Mandi dan solat,dia kembali merapati Batrisya yang masih lena di buai mimpi.

"Sayang.. Sayang, bangun." Kejut Harris dengan nada yang agak romantik. Dia membaringkang badannya dan menongkatkan kepala dengan sebelah tangannya.

"Eemm.." Sahut Batrisya sambil mengelip-ngelipkan mata beberapa kali. Pandangan yang tadi kabur kini mulai jelas.

"Aaarrgghhh......!!!" Jerit Batrisya. Bergema satu rumah dengan jeritan Batrisya. Terkejut Beruk dibuatnya. Mana taknya,tiba-tiba pulak ada lelaki masuk dalam bilik dia tanpa meminta izin dari dia dulu.

"Hey sya,Abi la. Kenapa terjerit-jerit macam orang gila ni?" Soal Harris. Dia menggoncang beberapa kali badan Batrisya untuk menyerdarkan dia.

Aduh.. Aku punya la habis romantik cover suara,dia boleh menjerit macam orang gila. Ni conferm jap lagi ada orang ketuk pintu tu. Aduh.. Sya ni kan macam-macam la.

Tergesa-gesa Batrisya bangun sambil membetulkan dress pengantinnya yang terselak menampakkan betisnya itu.

Pap.! Batrisya menepuk dahinya sendiri bila dia teringatkan akan satu perkara.

Berkerut dahi Harris melihat gelagat pelik si Isteri. Dah kenapa pulak dengan minah ni. Tadi menjerit,sekarang tepuk dahi sendiri pulak. Tak kan baru khawin dah jadi gila kot.

Risya..kau tu dah khawin la. Kau lupa ke? Dia sekarang dah sah jadi suami kau tahu tak. Suami! Yang kau terkejut macam nampak hantu tadi dah kenapa. Ngomel Batrisya. Dia menggoyang-goyangkan badannya sambil tersenyum malu.

"Kenapa pulak ni Sayang..? Soal Harris sambil menggarukan kepalanya yang tidak gatal. Dah tersengih pulak. Adoii... Kenapa pulak ni. Pening kepala aku macam ni. Jangan sampai aku pun jadi tak betul dah la. Esok nak naik pelamin lagi ni.

Adoii.. Bersayang-sayang pulak dah mamat ni. Terkejut aku pun tak hilang lagi dah bersayang-sayang bagai. Hermm..

"Eerr.. Tak ada pape. Aku cuma lupa je yang aku ni dah khawin ada laki. Sebab tu aku menjerit tadi bila nampak kau dekat sebelah aku. He.. Eemm.. Tak apa la,aku nak pergi mandi dulu. Ok. Kau kalau mengantuk tidur la dulu ye. Hihihi.." Ujar Batrisya sambil tersengih menayangkan giginya yang sebaris itu.

Dia sebenarnya kekok bila Harris memanggilnya dengan perkataan Sayang. Ye la, tak pernah terfikir langsung dek akal fikirannya yang dia akan bernikah dengan Harris. Dari status kawan tup-tup kali ni jadi suami. Dah la Harris tu,Lelaki yang selalu menyakitkan hati dia je. Dari dulu sampai la sekarang ni tau. Macam mana la dia tak kekok.

Batrisya membiarkan sahaja Harris yang terpinga-pinga itu di atas katil. Dia melintasi Harris lalu mencapai tuala yang tersangkut pada rak bersebelahan pintu toiletnya itu.

Ha,dia boleh lupa yang dia tu dah khawin. Kurang asam jawa punya budak. Ee.. Nak aje aku ketuk kepala dia tu tau. Sampai boleh lupa. Hurmm.. nasib kau la Hard dapat bini yang tak berapa nak betul sangat ni.

"Hard.. Risya,kenapa tu sampai terjerit-jerit bergema satu rumah ni. Ha?" Tanya Hajah Mariani cemas sambil mengetuk pintu bilik Batrisya bila terdengar jeritan kuat Batrisya.

Kan betul. Hurmm.. Tak pasal-pasal aku jugak yang nak kena.

Harris menjengahkan mukanya. "Ye Ibu, tak ada apa pun. Tadi ada lipas naik atas katil tu yang Sya menjerit kuat tu Bu." Tipu Harris.

"Aik." Jawab Hajah Mariani sepatah. "Tak apa la Hard kalau macam tu. Dah tido ye,esok kita nak naik cherating pulak. " Ujar Hajah Mariani.

Dia sebenarnya pelik,Sebab hakikatnya anak perempuannya itu tak pernah takutkan lipas. Diana Batrisya bukan macam perempuan bandar yang lain. Yang takut dengan lipas,serangga tu semua. Diana Batrisya hanya takutkan binatang yang berbisa dan yang berkaki banyak. Jadi kalau setakad lipas tu,tak ada effect pun dekat dia.

"Lipas? Sejak bila pulak Kakak tu takutkan lipas. Tak pernah-pernah takut lipas,tiba bila khawin ni jadi takut lipas pulak. Ee.. macam-macam betul la orang zaman sekarang ni." Bebel Hajah Mariani seorang diri.

******

Betul tekaannya 3 minggu yang lepas. Hard Hotel ini adalah milik tunangnya yang hanya diketahui nama pangillannya sahaja,iaitu Hard. Tapi sekarang jejaka itu kini sudah sah menjadi suaminya.

Gaun kembang yang mempunyai gabungan 2 tona warna biru menjadi pilihan Harris. Perincian batu permata yang menghiasi keliling pinggang,dan digabungkan dengan hiasan batu permata tabur dari pinggang ke bawah, menyerlahkan kan lagi keanggunan si pemakai.

Kedua tangannya mengusap lembut gaun yang tersarung di badannya kini.

Cantik.

Itu sahaja yang terdetik dalam hatinya saat itu. Dia kini betul-betul jatuh hati dengan gaun itu. Kalau boleh bawak balik memang dia bawak balik dah. Simpan je dalam almari untuk dijadikan kenangan.

Batrisya terlampau ralik dengan dirinya di depan cermin besar yang berada dalam bilik Harris itu sampai tak perasan dengan kehadiran Harris di belakangnya saat itu.

"Dear suka?" Tanya Harris sepatah. Sejak semalam selepas saja di ijab khabulkan, senyuman manis tak pernah lekang dari bibirnya itu. Asyik tersenyum saja kerjanya.

"Suka, dan tersangat la suka." Jawab Batrisya sambil tersenyum manis memandang wajah suaminya itu.

Tersentap Batrisya dibuatnya bila tangan Harris menarik lembut zip gaun itu naik ke atas. Sungguh dia terkejut tapi dia cuba untuk mengawal rasa itu sehabis baik. Kalau ikut hati ni nak aje lari. Tapi nak lari buat apa,dah nama suami kan. Dia ada hak.

"Eerr.. Thanks." Ucap Batrisya sambil tertunduk malu.

"Welcome dear." Sahut Harris tersenyum sambil membetulkan suit yang tersarung di badanya kini.

Batrisya menjeling sekilas memandang sang Puteranya itu.. 'Semenjak jadi suami aku ni, kenapa aku tengok dia macam bertambah hensem ye. Tak macam sebelum-sebelum ni. Hati aku ni pun kenapa macam berdebar-debar je bila tengok senyuman manis dia tu.' Ngomel Batrisya sendiri. Telapak tangannya diletakkan di dadanya.

"Ready?" Soal Harris sambil melipatkan tangan kanannya untuk dipeluk Batrisya.

"Ya, i'm ready." Sahut Batrisya. Tangannya kini melingkari tangan kanan Harris. Mereka kini berjalan seiring sambil tersenyum manis.

*ok, I'm done. hihi ^_^
enjoy guys. hihi. Sorry sangat-sangat kalau bab ni tak mampu untuk membuatkan korang tersenyum. :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience