B - 21

Romance Completed 41713

"Tak ada la, cara kau putuskan tunang tu tak pernah buat di orang tau. Macam mana la aku ni tak terkejut. Nasib baik la aku ni muda lagi tak kena hear attack. Kalau nenak yang sebelah sana tu dengar yang kau putus tunang dekat mall conferm pengsan nenek tu tau. Ni kau dah betul-betul ke ni dengan keputusan kau ni?" Soal Farah menginginkan kepastian.

Yup,ada betulnya jugak apa yang diperkatakan oleh Farah tu. Ni memang cara paling gila paling rare yang aku buat dan orang lain tak buat. Orang putus tunang orang tua jumpa sama-sama orang tua tapi aku putus tunang macam putus cinta.

"Yup, aku dah buat keputusan dan itu adalah keputusan yang tepat bagi aku. Kau dah lupa ek Farah kan aku pernah cakap dekat kau kalau si Khai tak guna tu tangguhkan tarikh khawin ni sebab perempuan lain secara automatik hubungan ni akan terputus. And yes aku buat tu dan aku sangat-sangat puas hati. Aku rasa lega sebab aku tak payah nak paksa lagi hati aku untuk sayang dia."

Aah betul la ish,macam mana la aku boleh lupa. Farah menggelengkan kepalanya. Emm.. Bukan nama Diana Batrisya la kalau tak buat apa yang dia dah niatkan.

Dalam diam air mata Batrisya mengalir lagi. Entah kali ke berapa air matanya mengalir hari ni. Kenapa la aku ni bodoh sangat Khai. Percayakan setiap ayat yang keluar dari mulut kau tu. Tapi aku bersyukur sebab Allah tunjukkan semuanya sebelum aku sah menjadi isteri kau

Farah menggosok perlahan belakang Batrisya bila melihat air mata Batrisya mula mengalir.

"Risya,kau cakap kau tak akan menangis lepas kau putuskan pertunangan kau dengan Khai kan. So sekarang ni kenapa kau menangis pulak ni?" Soal Farah sambil memandang wajah Batrisya.

Batrisya menyeka air matanya dengan tapak tangannya. Dia kini seolah-olah hilang perasaan malu kerana menangis depan Harris dan jugak Farid. "Emm..aku menangis bukan sebab aku menyesal dengan keputusan aku tapi sebab aku rasa yang diri aku ni bodoh sangat Farah. Aku kena tipu hidup-hidup dengan jantan tak guna tu. Kau rasa? Dia dekat luar seronok dengan perempuan lain,aku dekat sini setia tunggu dia walaupun hati aku ni dah cukup tawar untuk dia. Sekarang ni macam mana aku nak cakap dekat ibu dengan babah aku pasal benda ni?" Soal Batrisya buntu. Air hidungnya disedut sedikit.

Sementara masing-masing sedang berfikir tiba-tiba Harris yang dari tadi diam membisukan diri bersuara.

"Emm..macam ni,apa kata aku,Farid, dengan Farah follow kau balik rumah kau jap lagi? lepas tu kita try la slow talk dengan ibu dan babah kau. Lagi pun kan aku saksi dengan apa yang jadi antara kau dengan Khai tadi." Cadang Harris.

Hem,ok jugak idea mamat ni. Ye la,sekurang-kurangnya ada jugak yang boleh temankan aku masa nak berdepan dengan ibu dan babah nanti. Mana tahu ibu naik angin ke nanti lepas dapat tahu keputusan gila aku tadi. Farah sendiri pun boleh terkejut ni kan pulak ibu dengan babah aku.

Batrisya menongkatkan dagunya dengan kedua tapak tangannya. "Hem ok jugak tu,ada jugak peneman aku nanti kan. So Harris aku follow kau je la" Ujar Batrisya seraya menegakkan kembali badannya.

"Oi Risya cuba kau tengok minah 2 ekor yang duduk dekat sebelah kita ni dari tadi lagi duk tengok-tengok kita. Apasal ek? Kau kenal dia ke?" Farah sedikit berbisik pada Batrisya. Yela gila tak bisik buatnya diaorang dengar nanti naya aku. Dah la ikut sedap aku je bahasakan diorang tu ekor dan bukannya orang.

Sengaja Batrisya ke depan kan sedikit badannya untuk memudahkan dia melihat minah-minah yang dimaksudkan oleh Farah tadi. Dia memalingkan wajahnya untuk melihat sekali imbas dan serta-merta pandangannya dialihkan ke arah lain.

Gila ke apa nak tenun minah tu lama-lama nanti tak pasal-pasal kena pelangkung dengan minah tu nanti. Acah-acah maca tengok pemandangan dah la. Walaupun hanya beberapa saat Batrisya memandang mereka tapi anak matanya sempat menangkap senyuman gedik dan lirikkan mata minah-minah tu.

Hem..kalau senyum gedik-gedik macam tu mesti tengah usya lelaki tu dan paling conferm lelaki tu hensem. Aku pun pernah la lalui peringkat umur macam minah-minah tu sebab tu aku tahu. Lelaki hensem! Ni conferm diaorang tengah usya Harris dengan Abang Farid ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience