Bulat mata Batrisya mendengar soalan yang keluar dari mulut Farid. Apa la Abang Farid ni,ada ke patut tanya soalan macam tu dekat aku. Memang la lega dah aku baru balik dari toilet kan. Saja la tu nak malukan aku depan mamat hensem ni.
Batrisya mengecilkan matanya memandang Farid menandakan yang dia tak hinggin menjawab soalan itu. Tawa yang sedari tadi di tahan oleh Farid akhirnya terburai jugak. Batrisya menggigit bibir bawahnya menahan rasa geramnya pada Farid. Ee.. Geramnya aku dengan Abang Farid ni. Nanti kau. Dia mula berdiri dan laju saja tanganya mencubit lengan Farid.
"Adoi,sakit la Risya. Emmm.." Farid mencebikkan mulutnya sambil menggosok lembut lengannya yang dicubit Batrisya tadi.
" Risya ni Abang kenalkan kawan Abang. Harris Danial Bin Tan Sri Jamaludin. Best student of KOC UNIVERCITY at Turkey. Dan tak lama lagi dia akan dapat pangkat doc tau. So sekarang balik Malaysia sebab cuti. " Terang Farid dengan panjang lebar.
Tiba-tiba wujud rasa bangga dalam diri Batrisya untuk Harris. Wow, boleh tahan jugak mamat ni ek. Dah la hensem,bijak pulak tu. Beruntung la siapa yang dapat dia ni. " Eemmm.. Hai Harris, saya Diana Batrisya binti Haji Damhuri. So awak boleh panggil saya Risya je ok. Tahniah untuk pencapaian hebat awak tu." Batrisya memperkenalkan dirinya dengan begitu ramah. Sempat dia menunjukkan jari 'peace' pada Harris sambil tersenyum manis.
Harris hanya membatukan dirinya. Ish minah ni mengada pulak aku tengok. Dah la comot jer aku tengok dia ni. Ee.. Tak kuasa aku. Tapi..Mata dia, Senyuman dia mampu buat aku cair ni. "Hem." Itu sahaja yang keluar dari mulut Harris. Sempat dia membalas pandangan mata coklat cair Batrisya.
Eh,mamat ni,penat mulut aku je kenalkan diri aku dekat dia. Dah la tu,aku siap ucap tahniah lagi dekat dia boleh dia balas 'hem' je. Eee.. Geram pulak aku rasa. Batrisya mengerling tajam memandang Harris dan buat rolling eyes tanda dia meluat dengan sikap Harris.
Sayang,otak cerdik,muka pun bapak hensemnya tapi perangai sombong mengalahkan anak raja. Aku rasa anak raja lagi baik dari dia. Bajet best,ingat dia sorang je ker yang Best Student hem, woi. Aku pun Best Student la tapi tak ada la nak berlagak macam kau. Dasar mamat poyo! Batrisya merengus perlahan.
Muka minah ni berubah merah la. Conferm tengah marahkan aku ni. Nampak comel la pulak muka minah ni bila tengah marah. Dah la kulit tu putih melepak,dah macam pakai blusher pulak aku tengok pipi minah ni bila tengah marah. Harris tersenyum tapi hanya dalam hati.
Lama Batrisya mendiamkan dirinya di sebelah sahabat karibnya Farah. Dia ingin menenangkan hatinya yang tengah bengangkan Harris. Tiba-tiba dia baru teringatkan sesuatu.
Dia mula meraba-raba poket seluar jeansnya.Dari poket kiri ke kanan dan terus ke belakang. "Eh,tak ada. Mana pulak aku letak Iphone aku ni?" Ngomel Batrisya sendiri yang hanya boleh didengar oleh Farah.
Farah jadi rimas dengan kegelisahan si Batrisya. Terus dia menyiku teman baiknya itu sambil mengangkatkan sedikit kepalanya tanda bertanya 'kenapa'.
"Tak.. Aku cari Iphone aku ni ha..kau perasan tak aku letak dekat mana tadi Iphone aku tu?? Sebab aku rasa aku tak bawa pun pergi toilet tadi." Tanya Batrisya gelisah.
Melilau mata Farah mencari Iphone milik kawan nya itu. Sekali sekala dia menundukkan sedikit kepalanya ke bawah meja. Mana la tahu kot-kot terjatuh dekat bawah meja.
Ee..mana pulak la perginya Iphone aku ni. Mati la aku kalau hilang..dah la banyak benda penting dalam tu. Mata Batrisya melirik pada Harris yang tengah buat muka selamba blur dia. Ish,tak kan aku nak tanya dia kot,memang tak la. Emm..try tanya Abang Farid la.
"Emm.. Abang Farid,Abang Farid ada nampak Iphone Risya tak? Risya lupa la Risya letak dekat mana tadi. Abang Farid tolong carikan boleh? Mana tahu kot-kot ada dekat Abang tu ke." Sengaja dia melunakkan sedikit suaranya. Biar nampak gedik di mata Harris.
Eh.. Lebih la ni. E.. Sakit pulak hati aku bila tengok minah ni duduk menggedik dengan Farid depan mata aku. Dia ni memang sengaja nak buat aku jeles ke apa? Tapi memang aku tengah jeles pun sekarang ni. Tak pe releks Harris.. Releks. Harris tersenyum senget bila dengar suara Batrisya menggedik tu.
"Eh,Risya. Ni ha Iphone Risya jatuh la,jap Abang ambikkan." Farid menundukkan kepalanya lantas diambil Iphone itu lalu diserahkan pada Batrisya.
Ha,baru aku teringat. Ye la sebelum nak pergi toilet tadi aku memang letakkan handphone aku ni dekat tempat mamat poyo ni duduk sekarang. Jadi maksudnya dia la yang sengaja jatuhkan handphone aku ni kan? Nak kata jatuh sendiri,mustahil. Laju matanya memandang Harris.
Senyuman senget yang terukir di bibir Harris ketika ini memang sangat menyakitkan hati gadis pujaannya itu.Hem,kau nak menggedik sangat kan dengan Farid padan muka. Lain kali kalau aku nampak lagi kau menggedik dengan Farid aku buat benda lain pulak. Tengok la.
Batrisya mengecilkan matanya memandang Harris. Ee..aku rasa macam nak hempuk je muka mamat ni poyo ni. Baru hari pertama kenal dah macam-macam. E..menyampah nya la aku. Aaaarrrggghhh!!! Geramnya! Jeritan marahnya hanya dilepaskan di dalam hati.
*hai korang.hihi
ok bab 5 done!! cah selalu updte malam sebab ni je masa free untuk novel. hihi. siang hari ecah fokus pada bisnes ;)
so hope korang enjoy ok.??
good nite. :*
Share this novel