"Diana Batrisya." Panggil Harris lembut. Perlahan-lahan kepalanya diangkat. Terkejut dia bila melihat lelaki yang berdiri di hadapannya sekarang ni. Harris.. Serta merta air mata yang sedari tadi di tahan oleh Batrisya jatuh jua mengalir di pipi gebunya. Sumpah aku dah tak kuat sekarang ni!! Jerit Batrisya dalam hati.
Harris mula cuak dengan Batrisya yang tiba-tiba menangis. "Wo..wo..releks Sya, releks. Kenapa ni? Siapa yang buat kau menangis macam ni ha? Soal Harris penuh prihatin. Kini tangannya memegang lembut bahu gadis itu. Badannya direndahkan sedikit untuk melihat wajah Batrisya.
Diana Batrisya merupakan seorang gadis kecil molek dan mempunyai raut wajah yang sangat manis. Siapa yang tidak mengenali Batrisya orang akan ingat dia ni budak sekolah dek kerana ketinggian dia.
Kenapa Sya tiba-tiba menangis ni,adoi..mati kutu aku dibuatnya ni. Tanya kenapa tak nak cakap dari tadi duduk pandang lantai geram pulak aku rasa dengan budak kecil ni. Harris menggaru kepalanya yang tidak gatal. Matanya kini kembali meliar. Tiba-tiba pandangannya dapat menangkap satu kelibat. Khai! Tapi perempuan mana pulak sebelah dia tu. Siap pegang tangan,peluk pinggang bagai. Harris memandang Khai dan Sya silih berganti. Akhirnya dia tahu juga punca kenapa Batrisya menangis.
Oh.. Pasal mamat ni rupanya Sya menangis yer. Ok tak apa. Kau tunggu Khai, aku nak cari plan untuk kau ni. Otak nya kini ligat berfikir mencari idea untuk kenakan Khai. Beberapa ketika senyuman sinis terukir di bibir Harris.
"Ha..yes!!" Tiba-tiba Harris menjerit tapi dalam nada yang hanya boleh didengar oleh mereka berdua. Jeritan dari mulut Harris membuatkan Batrisya mengangkat mukanya. Berkerut-kerut dahi Batrisya memandang Harris dengan senyuman sinis di bibirnya.
"Jangan nak buat muka berkerut kau tu la. Aku tengah ada idea ni nak kantoikan Khai tu, so kau nak join tak?" Tanya Harris sambil mengangkat keningnya.
Pandangan Batrisya pada Harris ketika ini kosong. Tapi otaknya sedikit bekerja. Hem,ok jugak tu kalau aku join idea si Harris ni. Kau tunggu Khai.
Anggukkan kepala Batrisya membuatkan Harris tersenyum sampai ke telinga. Lalu dia mengeluarkan sehelai sapu tangan dari poket seluar kanannya dan dihulurkan kepada Batrisya. Mata Batrisya kini tertumpu pada sapu tangan yang dihulurkan Harris itu.
Ish, boleh pulak dia pelawa sapu tangan dia tu dekat aku. Mesti dia ni saja nak kenakan aku ni. Entah-entahkan ada hinggus hijau dekat sapu tangan tu.
"Kau pandang apa? Ambik je la sapu tangan ni lap air mata kau tu. Sapu tanggan ni bersih lagi la. Tak ada hinggus pun lagi pun aku bukannya selesema nak ada hinggus bagai." Kata Harris sambil tangannya masih menghulurkan sapu tangan tersebut kepada Batrisya.
Sapu tangan itu kini sudah bertukar tangan. Batrisya mengelap sisa air matanya. Satu keluhan kecil dilepaskan huhh.. Diana Batrisya kau kena kuat ok. Jangan tunjuk kelemahan kau depan jantan tak guna tu. Tunjuk dekat dia yang kau sikit pun tak terkesan dengan perbuatan dia sekarang ni.
Perlahan-lahan wajahnya diangkat dan satu senyuman manis dihadiahkan untuk lelaki yang berdiri di depannya sekarang ni. Wajah tampan Harris di tenung. Hensem sangat hensem dan lebih hensem dari Khai. Beruntung la siapa yang dapat tawan hati si Harris ni. Ngomel hatinya sendiri.
Lega hatinya melihat senyuman manis Batrisya. Cantik dan cukup manis. Hai la Sya, kau tahu tak sebab senyuman manis kau ni la aku jatuh hati dekat kau tau. Tak apa Harris. Sikit je lagi game kau nak mula.
"Ok Sya jom, tapi aku nak kau kuat tau Sya jangan sesekali menangis depan dia. Ok." Ujar Harris sambil menggemgamkan tangannya depan Batrisya.
"Tq Harris." Ucap Batrisya sambil tersenyum. Ok,Harris ni tak ada la sombong sangat kan. Alhamdullillah lepas kejadian aku pengsan hari tu ego dia dengan aku dah rendah sikit. Tak macam dulu-dulu.
Share this novel