B-51

Romance Completed 41713

Batrisya tersenyum segaris. "Boleh la.. Tapi rasanya macam sedap suara aku lagi kot." Usik Batrisya.

Memang tak dinafikan yang suara Harris ni sedap,tapi dia saja je la nak sakat Harris tu. Sebab tu dia cakap yang 'boleh la'.

"Boleh la kau cakap? Ramai kot tepuk tangan untuk aku tadi."

"Eh,hello.. Ramai tepuk tak smestinya sebab sedap tau." Balas Batrisya tak nak kalah.

"Elleh,ye la tu. Padahal kau tu jeles kan sebab suara aku ni sedap jadi ramai la yang suka dekat aku. Kan?"

"Herm.. Ikut suka kau la Harris. Dah, jom la aku nak balik bilik la. Aku penat,nak tidur," Kata Batrisya. Dia terus bangun dari kerusi lalu meninggalkan Harris sendirian di situ.

Sebelum dia start puji diri dia tu baik aku blah dulu. Mamat poyo macam Harris tu bukan boleh kira. Pantang orang tegur kelebihan dia sikit terus melambung puji diri sendiri.

Menonong saja Batrisya berjalan meninggalkan Harris. Terpaksa la Harris mengejarnya pula dari belakang.

###

Pintu yang tertera nama Khairil Bahari Bin Dato' Khahar itu di ketuk oleh Jack.

"Masuk!" Arah Khai Tegas. Belum sempat Jack membuka mulut,Khai terlebih dahulu 'menyemburnya'.

"Mana info yang aku mintak dekat kau nya? Kau nak tunggu aku mintak dulu baru kau nak bagi ke?" Soal Khai sambil menongkatkan badanya dengan kedua tapak tangannya di atas meja.

"Bu,bukan macam tu Bos. Sebenarnya untuk beberapa hari saya intip Cik Amelia tu,dia memang tak ada berjumpa dengan lelaki lain. Saya rasa kan Bos,dia macam tahu yang Bos ada hantar spy untuk intip dia. " Terang Jack panjang lebar.

"Dia macam tahu. Tapi macam mana dia boleh tahu yer. Ok tak apa. Kau teruskan je intip dia tapi ingat, jangan sampai terkantoi pulak. Kumpulkan aku info tentang minah tu sebanyak yang boleh. Ok."

"Baik Bos."

"Ok kau boleh pergi sekarang." Arah Harris.

Jack memalingkan tubuhnya lalu melangkah keluar dari bilik tersebut.

Sorry Lia sebab aku terpaksa buat ini semua pada kau. Aku bukannya tak percaya pada kau,tapi aku mula meragui kejujuran kau.

Ramai sangat yang bercakap mengenai kau dengan lelaki lain,lagi-lagi Ibu dengan Ayah aku. Jadi untuk membuktikan kesahihan kata-kata mereka,aku terpaksa upah seseorang untuk intip kau.Ngomel Khai sendiri dalam hati.

###

Selesai sahaja menunaikan solat subuh,Batrisya menyarungkan tudung bawal berwarna soft coklet di kepalanya. Hari ni merupakan hari last day dia berada di Hard Hotel, jadi dia berniat untuk turun ke bawah menikmati keindahan pagi sambil melihat matahari terbit.

Cukup la sekadar berseluar track dan berbaju T-shirt berlengan panjang untuk pagi-pagi macam ni. ye la bukan ada orang nak tengok pun kan. Time-time subuh macam ni orang islam je yang bangun, yang beragama lain tu tengah syok lagi tidur di ulik mimpi.

Tangannya disilangkan memeluk tubuhnya sendiri takala terasa dingin angin pagi yang mula menyentuh lembut kulitnya. Cuaca sejuk macam ni kadang-kadang membantu jugak tau untuk menyergakan mata yang mengantuk ni.

Kepalanya dipalingkan ke kiri dan juga kanan tiba-tiba matanya terhenti pada satu kelibat.

"Aik,Harris ker tu? Rajinnya dia joging pagi-pagi buta macam ni. Hermm..biar la dia." Ngomel Batrisya sambil mencebikkan mulutnya sendiri. Matanya kini kembali memandang laut yang terbentang luas itu.

"Sya." Sapa Harris sahaja dia menghampiri Batrisya yang sedang asyik dengan keadaan di sekelilingnya itu.

"Herm,eh,Harris. Wow,rajinya joging lepas-lepas subuh ni. " Ujar Batrisya sambil memerhatikan Harris atas dan bawah.

Alahai.. dia ni, joging pun hensem. Hati aku ni dah nak cair dah sebab selalu sangat tengok dia ni tau. Aih.. harap-harap la Mr.Hard aku tu nanti sama hensem macam Harris ni. Tak pun lebih hensem. kan. hihihi

"Tak ada la,Dah memang jadi rutin harian aku. Lepas subuh je memang aku akan joging." Terang Harris sambil membuat senaman ringan di hapadan Batrisya.

"Oh.." Jawab Batrisya bersahaja.Wajahnya kembali memandang pantai yang luas terbentang itu. Sinar Matahari yang mula terbit menambahkan lagi keindahan pantai tersebut.

"Kau ni Sya,kenapa suka sangat turun sorang-sorang macam ni? bahaya la. Tahu tak."

"Nak bahaya apanya.. Kan dah siang ni. Lagi pun sekejap lagi aku nak balik dah.. So..sebelum balik aku nak la merasai keindahan yang Allah dah bagi ni. Bukan senang tau aku nak datang sini. Dah balik sana nanti aku busy dengan kerja lagi. Jadi dah tak ada masa untuk ni semua. " Tutur Batrisya tanpa sekali pun memandang wajah Harris.

"Perkhawinan kau?" Soal Harris sekadar ingin tahu.

Wajahnya dipalingkan sekilas memandang Harris. "Tak. Aku tak busy dengan tu. Sebab perkhawinan aku tu aku serahkan 100% pada Ibu aku. Biar la dia yang handle tu semua. Aku cuma pilih warna je."

Harris,time-time macam ni la kau nak korek rasa hati dia tu pun. Tapi make sure yang kau tak sakitkan hati dia. Kalau tak habis semuanya.

"Kau boleh sayang dan terima dia sebagai suami kau?" Soal Harris lagi.

"Entah la Harris. Insyallah aku boleh terima dia. Tapi untuk Sayang tu makan masa sikit la. Pape pun Cinta,Sayang tu kan boleh dipupuk jadi aku akan belajar untuk cinta dan sayangkan dia." Terang Batrisya dengan penuh yakin. Senyuman manis dihadiahkan pada Harris.

Jeda.

Deringan Iphone di tangan Batrisya memecahkan kesunyian antara mereka berdua. "Hello ye Ibu."

"Kakak,Ibu lupa nak tanya untuk nikah Kakak nak tema warna apa? Sebab Ibu nak settle kan semuanya tu hari ni."

"Emm.. Kakak nak tema soft peach. Tapi Ibu nanti untuk baju Ibu mintak designer tu datang rumah kita ye. Sebab Kakak malas la Bu nak spend time lama-lama dekat butik tu."

* hello guys. ^_^ ni je idea yang ecah ada untuk B-51 nie. Sorry tau kalau tak best untuk korang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience