B-40

Romance Completed 41713

Keluar saja Harris dari lift,dia di sapa oleh Puan Sri Rohani."Hard,come join mom dengan papa." Panggil Puan Sri Rohani sambil melambaikan sekali tangannya pada Harris.

Harris berjalan dengan senyuman dibibirnya. Dia kini melabuhkan punggungnya di hadapan Tan Sri Jamaluddin. Tangannya mencapai sepotong Dargon Fruit merah yang dipotong oleh Puan Sri Rohani tadi.

"Puan Sri Rohani memandang Harris yang sedang menyuapkan buah kedalam mulutnya itu." Hard macam mana ni,Risya tak sihat tu. Lusa dah majlis tunang korang berdua." Ujar Puan Sri Rohani yang mulai resah. Macam mana nak teruskan majlis ni kalau Batrisya masih lagi dalam keadaan lemah.

"Mom,Hard dah buat keputusan. Emm.. Hard nak Sya rehat untuk dua ke tiga hari ni. Hard tak nak Sya tu stress. Keadaan dia pun sekarang belum cukup kuat. Hard takut nanti dia pengsan lagi."

"So,Hard nak tangguhkan pertunangan ni? Herm."

Amboi.. Mom aku ni,aku tak habis cakap lagi dah menyampuk. Lepas tu mula la. Herm.. Mom,Mom. Tergeleng-geleng kepala Harris melihat momnya yang tak senang duduk di sofa.

"Ish,Mom ni Hard tak habis cakap lagi dah menyampuk. Lepas tu mula la buat andaian sendiri. Kata Harris sambil tersenyum. Bantal kecil diambilnya lalu diletakkan di atas perutnya. Tangan kirinya pula diletakkan di atas bantal tersebut .

" Herm,biasa la Hard. Kalau Hard nak tahu ni la antara symptoms-symptoms orang yang tak sabar nak dapat menantu." Usik Tan Sri Jamaluddin. Terkekek-kekek dia ketawa mengenakan isteri kesayangannya itu. Harris juga ikut sama ketawa.

Puan Sri Rohani memuncungkan bibirnya. Lantas tangannya menampar lembut peha Tan Sri Jamaluddin sebelum dia juga ikut ketawa. "Ish,Abang ni ke situ pulak dia." Tersenyum Puan Sri Rohani malu. Malu sebab memang itu lah kenyataannya. Dia sememangnya dah tak sabar nak bermenantukan Batrisya. Hatinya terpaut pada Batrisya saat pertama kali mereka bertemu tapa saat itu Batrisya masih lagi tunangan orang.

"So sekarang apa idea Hard?" Tanya Tan Sri setelah ketawanya reda.

Harris membetulkan kedudukannya supaya lebih selesa. "Eerr..macam ni,disebabkan Sya tak sihat dah Hard pun tak nak membebankan badan dia sekarang jadi Hard ingat Hard nak buat majlis bertunang ni sekali dengan majlis nikah bulan depan. Contoh macam kalau Hard bertunang sekali pun tarikh nikah tetap jugak bulan depan kan. So apa kata dah alang-alang dah jadi macam ni, apa kata kita satukan sekali je. Apa pendapat Mom dengan Papa?"

"Maksud Hard,Hard nak sekalikan dengan tunang dengan nikah. Macam tu?"

"Yup,tapi kalau Mom rasa macam susah kita pakai tak payah tunang tapi Hard still akan sarungkan Cincin tu masa batal air sembahyang nanti. Lepas tu baru Hard akan pakaikan gelang dan dan rantai untuk Risya.

" Amboi Hard,dah macam tak sabar sangat je nak kawin ni pa tengok." Usik Tan Sri Jamaluddin. Ruangan tamu itu kini riuh rendah dengan gelak tawa mereka bertiga.

Mulutnya berdecit sambil mengenyitkan sebelah matanya kepada Tan Sri Jamaluddin. "Biasa la Pa.. Anak Papa kan." Jawab Harris sambil ketawa besar.

"Hard resepsi macam mana pulak?" Tanya Puan Sri Rohani setelah gelak tawa mereka bertigaulai reda.

Harris terdiam sejenak. Mulutnya dimuncungkan sedikit tanda dia sedang berfikir. "Ok,resepsi Hard nak buat keesokkannya dekat Hotel Hard di Cherating. So next week Hard akan ke Cherating untuk handlekan semua proses untuk Majlis tu nanti."

"Tema?" Tanya Puan Sri Rohani seolah-olah tak percaya. Mana tak nya tak pernah-pernah ada anak lelaki yang uruskan semua hal majlis perkhawinan mereka. Selalu dengar je kenduri khawin pihak lelaki mesti mak yang sibuk ke sana kemari untuk anak lelaki mereka.

Harris tersenyum memandang Puan Sri Rohani. "Don't worry Mom. Semua tu dah ada dalam kepala Hard. Mom tak payah nak fikir apa pun ok." Ujar Harris sambil tersenyum.

"Nampak sangat dah tu tak sabar nak kawin kan sayang." Sekali lagi Tan Sri Jamaluddin menyakat anak terunanya yang sorang tu. Harris tersenyum lega selepas semuanya dah dibincangkan dengan Kedua Ibu Bapanya. Cuma sekarang ni dia tunggu masa sahaja untuk ke Cherating untuk persiapan resepsi nya itu nanti.

"Mar sihat?" Tanya Puan Sri Rohani setelah melangkah masuk ke dalam perut rumah milik Hajah Mariani itu.

"Alhamdullillah Ani.. Saya sihat je. Yang tak sihat, tu ha bakal menantu Ani tu yang tak berapa nak sihat lagi." Kata Hajah Mariani sambil ketawa kecil.

Puan Sri Rohani juga turut ketawa. "Tak apa,pasal Risya tu sekejap lagi saya jenguk dia. Sekarang kita kena satle kan dulu pasal majlis tunang diaorang yang sepatutnya berlangsung esok ni. "

Kini mereka berempat sudah pun berkumpul di ruang tamu rumah tersebut untuk membincangkan hal berkenaan.

###

Datin Aminah dan Dato Khahar melabuhkan punggung mereka di meja makan untuk makan malam. "Bik panggilkan Khai dekat bilik dia Bik. Suruh dia turun makan sekali. " Arah Datin Aminah. Dengan segera Bibiknya itu naik ke tingkat atas memanggil satu-satunya anak teruna dalam keluarga tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience