B-35

Romance Completed 41713

Haji Damhuri,Hajah Mariani,Naim dan Mak Yam menghembuskan nafas lega.

Farah yang baru sahaja selesai meeting dengan client nya tiba-tiba ternampak kelibat Amelia. Apa yang menarik perhatiannya lagi, Amelia bersama dengan lelaki lain.

Eh,macam Amelia je tu. Tapi siapa lelaki yang peluk pinggang dia tu? Hem, berita sensasi ni. Lantas gambar Amelia disnap dan application WhatsApp di buka.

Weh korang aku ada cerita Hot and spicy ni. Nak tahu tak? ~ Farah.

Ish.. Minah ni la sorang.. Suka sangat jaga tepi kain orang. Leter Batrisya dalam hati.

Emm.. Ada apa? ~ Batrisya

Ye la Farah. Apa yang hot and spicy sangat tu?~ Harris

Berkerut kening Batrisya bila baca WhatsApp yang di hantar Harris.Amboi.. Mamat ni. Bukan main excited lagi dia ek. Aku Ingat kan lelaki ni tak suka ambik tahu hal tepi kain orang. Rupanya sama je dengan perempuan.

Apa yang Hot and Spicy sangat tu? Cerita- cerita jugak Farah, client tu macam mana? ~Farid

La.. Ko tengah kerja pun sempat lagi ek nak cari cerita hot bagai. Ee.. Apa la.. Time kerja pun boleh lagi main-main. ~ Batrisya

Batrisya Menggelengkan kepalanya. Orang time kerja,kerja la betul-betul. Ni tak, time kerja pun sempat lagi nak bergosip hal tepi kain orang.

Weh,aku dapat cerita hot ni pun lepas meeting dengan client la. So masa tu aku bukan dalam masa kerja. Kikiki :D. Abang, pasal client tu Abang jangan risau la. Everything is ok. ;). Ni Farah la. Hihi. Korang jap aku nak tunjuk something dekat korang ni. ~ Farah

Farah menghantar gambar Amelia tadi dalam group tersebut.

Korang kenal kan minah pic ni?~ Farah

Emm.. Amelia dengan lelaki lain. So ni la cerita hot and spicy dia tu. Emm.. Dah basi. Ngomel Batrisya sendiri.

Weh, ni bukan ke girlfriend nya si Khai tu? ~ Harris

Ye, ni girlfriend Khai yang kita jumpa dekat mall hari tu. Tapi kan Farah,cerita kau ni tak cukup hot and spicy la bagi aku sebab aku pernah je tengok dia dengan lelaki lain. Lelaki yang kau tunjuk ni aku tak pernah nampak lagi.~ Batrisya

Weh,siyes la Risya. Kau tahu, tapi kau tak bagi tahu pun? Sampai hati. :( ~ Farah

Ee.. Dia ni kan sibuk je nak ambik tahu hal orang.

Nak buat apa ambik tahu hal orang Farah. Aku dah penat la dengan orang perangai macam ni. Dari aku sibuk hal dia baik aku sibuk dengan persiapan tunang aku nanti. Dah la aku nak balik.~ Batrisya

Batrisya menyimpan Iphonenya dalam handbag tanpa mempedulikan WhatsApp-whatsapp yang masuk. Tangannya kini ligat mengemaskan mejanya walaupun tidak bersepah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience