B - 9

Romance Completed 41713

"Diana Batrisya.." Sapa Datin Zarina. Lembut sahaja namanya di sebut. Batrisya mengangkat wajahnya. Datin Zarina dipandang dengan mata sayu. Datin Zarina mendepakan kedua tangannya memberi isyarat kepada Batrisya supaya memeluknya.

Lama mereka berpelukkan. "Sabar ye sayang" Bisik Datin Zarina di telinga kiri Batrisya sambil tangannya megosok perlahan belakang Batrisya. Datin Zarina memegang kedua belah pipi Gadis yang dah lama dianggap seperti anaknya sendiri.

"Mommy tahu?" Soal Batrisya. Matanya kini menatap wajah ibu angkatnya itu. Datin Zarina hanya mengangguk.

Memang sah-sah la mommy tahu. Mommy kan kawan baik ibu. Mesti ibu dah call mommy dulu masa aku keluar dari rumah tadi. Adoii..apa la aku ni pergi tanya soalan B macam tu dekat mommy.

"Kenapa ni mommy?" Tanya Farid bila melihat Batrisya yang hanya menundukkan wajahnya saja dari tadi. Pemilik suara garau yang menegur tu semestinya sangat dikenali Batrisya. Batrisya memandang dan terus menundukkan kembali wajahnya. Matanya kini hanya tertumpu pada lantai.

Datin Zarina memandang anak terunanya itu. " Ha, Farid tolong panggilkan Farah cakap Risya nak jumpa. Dia tak tahu tu yang Risya ada datang sini." Arah Datin Zarina. Farid mengangguk.

Beberapa minit kemudia.

Langkahnya diatur mendekati sahabat baiknya itu. Lantas tanganya menarik tangan Batrisya yang hanya tercegat berdiri saja dari tadi.

Batrisya yang ditarik hanya membontoti saja langkah kawan baiknya itu. Dia kini berada di mini garden yang direka sendiri oleh Datin Zarina yang terletak di sudut kanan luar rumah.

Dia melabuhkan punggungnya di kerusi. Jari-jemarinya kini mula bermain dengan kunci kereta audi yang dipandunya tadi.

Lama Farah perhatikan Batrisya. Tapi Batrisya masih belum ada ciri-ciri ingin membuka mulut untuk memulakan cerita tentang apa yang berlaku beberapa jam yang lepas.

Hey la kau ni Risya,memang saja je kan buat aku tunggu-tunggu macam ni. Aku dah la tak sabar dah nak dengar cerita kau ni. Ish tak boleh jadi ni. Berjanggut la aku nanti nak tunggu minah ni buka mulut dulu.

Tangannya kini menggenggam tangan Batrisya. " Risya, cerita dekat aku apa yang dah jadi tadi." Pinta Farah. Dia mula naik risau melihat keadaan Batrisya sekarang. Walapun wajahnya nampak tenang nampak cool tapi dia tahu yang kepala Batrisya sekarang sarat dengan bermacam-macam perkara.

"Huuuh.." Sya melepaskan keluhan kecil. Dia kini bangun dari tempat duduknya dan kakinya membawa dirinya ke air terjun mini yang terletak di sudut taman itu.

"Khai mintak tangguhkan lagi tarikh perkahwinan ni."

"What!!" Suara Farah sedikit meninggi bila telinganya dapat menangkap apa yang diperkatakan oleh Batrisya sebentar tadi. Farah mengetap giginya menahan rasa marah. "Khai tu gila ke apa Risya? Tarikh korang bulan depan jer tau. Tak lama dah. Masuk ni kali ke dua dah dia buat perangai macam ni Risya... Khai ni dah melampau tahu tak. "

Batrisya memusingkan badannya mengadap Farah sambil menyilangkan tangannya di dada."Entah la Farah. Aku ni naik malas dah nak fikir. Lagi aku fikir lagi serabut kepala otak aku ni. Dah la kerja dekat office tengah berlambak. Khai pulak buat perangai. Kalau Khai ada depan aku sekarang ni memang makan penampar aku dah." Ujar Sya dengan nada sedikit marah.

"Memang patut pun kena penampar,tapi kalau kena ke aku la bukan setakat penampar. Dengan penyepak sekali lagi aku bagi tau. E..sakit pulak hati aku ni bila ingat ke muka jantan tak guna tu."ujar Farah

Rasa kelakar pulak dengar ayat Farah tadi. Ada hati nak tendang tu orang tu. Cuba kalau orang tu ada depan mata dia sekarang. Conferm diam membisu seribu bahasa. Bercakap pun tak apa tah lagi kalau nak bagi penyepak. Hem, cakap je lebih. Ngomel Batrisya dalam hati.

"Risya,aku pelik la dengan kau ni. Kau tak sedih ke dengan apa yang jadi hari ni?" Tanya Farah dengan mimik muka.

"Entah la Farah,aku pun dah tak tahu nak rasa apa sekarang ni. Pada mulanya yes memang aku menangis. But now,perasaan marah aku melebihi dari perasaan sedih. Tapi untuk sekarang ni aku boleh kawal lagi la perasaan marah aku ni. Kau tahu,aku rasa macam ada something yang tak kena la sebab dalam masa 2 minggu ni dia sangat-sangat jarang call or WhatsApp aku tau. " terang Batrisya panjang lebar

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience