" Kak Bella, Risya balik dulu ye. Kepala Risya ni rasa sakit sangat. Appointment Risya yang satu tu Kak Bella arrange kan untuk esok pagi ok." Arah Batrisya kepada Kak Bella.
"Ok Risya. Pasal kerja don't worry ok. Kak Bella boleh handle untuk Risya." Ujar Kak Bella sambil tersenyum.
Muka Batrisya yang kelihatan semakin pucat makin merisaukan hati Kak Bella
Kenapa pulak dengan si Risya ni. Aku tengok lain macam je ni. Muka pun dah makin pucat.
"Risya ok tak ni? Kak Bella tengok muka Risya ni macam makin pucat je. Kenapa ni, ha Risya?" Tanya Kak Bella. Riak wajah risau jelas terpancar pada wajah Kak Bella. Dia kini berdiri mendekati Batrisya. Niatnya untuk memusingkan badan Batrisya supaya mengadap ke arahnya. Tapi tiba-tiba sesuatu yang tak dijangkanya terjadi.
"Ya Allah Risya!" Jerit Kak Bella sambil memaut tubuh lemah Batrisya. Dalam keadaan yang agak kelam kabut itu otak Kak Bella sempat berfikir satu benda je. Handphone Batrisya. Tu pun sebab kebetulan dia ternampak IPhone Batrisya yang terlepas dari genggaman Batrisya.
Lantas Iphone Batrisya di capai,lock screen dibuka dan salah satu no dari list Shortcuts calls di swipe oleh Kak Bella.
Deringan di hujung talian di nantikan dengan penuh debar. Eh, dah aku ni tengah call sapa ni. Harris? Sapa pulak Harris ni? Ah, lantak la. Dah tak ada masa nak fikir sekarang ni. Adoii.. Mana dia ni, lambatnya nak angkat handphone tu.
"Hello Assalamualaikum. Ye Sya ada apa ni kau call aku?" Harris memberi salam sebaik sahaja panggilan itu diangkatnya.
"Waalaikumussalam. Ha,Harris ni bukan Risya,ni Kak Bella. PA Risya. Harris datang office Risya cepat. Risya pengsan dekat office ni." Jelas Kak Bella pada Harris.
Harris yang baru sahaja selesai meeting bersama client nya terkejut dengar berita Kak Bella tentang Batrisya. Bakal tunangnya itu. Nasib baik perjalanan dari tempatnya berada sekarang ke Cars Auto Sdn Bhd hanya 10 minit sahaja.
"Apa Kak Bella, Sya pengsan! Allah.. Eerr.. Ok,ok Harris datang sana sekarang. Bagi Harris 10 minit ok." Ujar Harris dalam keadaan tergesa-gesa.
Sya.. Kenapa la boleh jadi macam ni sayang. Esok lusa kita ni dah nak tunang. Tapi tengok la keadaan kau hari ni. Hurmm.. Leter Harris dalam hati. Keretanya melucur laju menuju ke Cars Auto Sdn Bhd.
"Kak Bella!" Laung Harris saat terlihat Kak Bell yang sedang meribakan Batrisya.
"Harris cepat." Arah Kak Bella sedikit menjerit. Sungguh dia risaukan dengan keadaan Batrisya tika ini. Memang untuk dua ke tiga hari ni Batrisya terlalu focus kan dengan kerjanya. Tapi tak sangka pulak sampai boleh jadi macam ni.
Berlari Harris mendapatkan Kak Bella dan juga Batrisya. "Eerr.. Kak Bella biar saya angkat Sya,Kak Bella tolong bawakan barang Sya masuk dalam kereta saya yer. Saya bawak Sya pergi klinik dulu lepas tu saya akan hantar dia balik terus. Badan Sya pun panas sangat ni. Nanti pape saya informkan pada Kak Bella. Ok. " Telapak tangannya menyentuh dahi Batrisya untuk seketika.
Terangguk-angguk kepala Kak Bella dengan arahan Harris. Dalam kepalanya kini hanya memikirkan tentang keadaan Batrisya sahaja.
"Ok Harris jom cepat." Harris mencempung badan Batrisya manakala semua barang-barang Batrisya dibawa oleh Kak Bella.
Sya.. Kau ni kan memang suka buat aku susah hati dekat kau kan. Masuk ni dah dua kali dah kau pengsan tiba-tiba macam ni. Dah tahu demam datang kerja jugak. Buat macam badan dia tu sihat. Dah jadi bini aku nanti jangan harap la aku nak bagi kau kerja macam ni lagi.
Padel minyak keretanya ditekan. Laju Mercedes sportnya meninggalkan bangunan yang megah berdiri itu.
Nombor Haji Damhuri pada Iphone Batrisya di swipe Harris. "Hello Uncle Rie, Harris ni kawan Sya. Harris nak bagi tahu Uncle Rie ni, Sya pengsan dekat office tadi tapi sekarang Sya ada dengan Harris. Harris pn the way ke klinik kawan Harris dah ni. So Uncle Rie dengan Unty Mar jangan risau ok. Nanti kalau ada pape Harris akan inform pada Uncle Rie secepat mungkin. Kalau tak ada pape yang serious nanti lepas check Sya,saya akan hantar Sya balik rumah terus. Ok Uncle Rie." Terang Harris dengan panjang lebar.
Haji Damhuri mati kata bila dengar Batrisya pengsan dekat office secara tiba-tiba. Tapi dia cuba sehabis baik untuk mengawal rasa resah dalam hatinya saat ini kerana dia percayakan Harris untuk menjaga Batrisya dengan sebaik mungkin. Sekarang dia kena cuba tenangkan isterinya Hajah Mariani bila dia dengar berita tentang anak gadisnya itu nanti.
"Hem,nasib baik kau cepat bawak dia datang sini. Panas badan dia naik dengan mendadak tapi kau jangan risau aku dah masukkan ubat dan juga air dalam badan dia. Insyallah sekejap lagi dia akan ok." Terang Amir kepada Harris selepas check keadaan Batrisya.
"Lagi satu please Hard pastikan yang dia tak kerja kuat sangat untuk 2.3 hari ni. Badan dia sekarang dalam keadaan lemah." Terang Amir lagi.
Dokter Amir merupakan dokter peribadi dan juga kawan rapat Harris semasa mereka berlajar di turkey dulu. Disebabkan kliniknya berdekatan dengan office Batrisya Harris membuat keputusan untuk membawa Batrisya ke klinik kawannya itu sahaja.
"So Mir, dia tak ada sakit yang serious kan? Kau check dia betul-betul Mir. Aku risau bila dia pengsan macam ni. Kau tahu masuk kali ni dah dua kali tau dia pengsan tiba-tiba macam ni. So aku nak kau check dia betul-betul. Aku tak nak dia sakit lagi. " Pinta Harris padan Amir.
Share this novel