Jam di dinding Restoran di kerling Batrisya. Ha,dah pukul 2.45 la. Mati la aku,dah la kejap lagi aku ada meeting dengan client. Nasib baik la meeting dekat office je.
Kring.. Kring..
Iphone Batrisya berbunyi. Lantas tangannya meraba kedalam handbag lalu mengeluarkan Iphonenya."hello ye Kak Bella?" Sapa Batrisya bila nama Kak bella tertera di skrin Iphonenya.
"Oh tak.. Ni Akak nak ingatkan dekat Risya tentang meeting dengan client jap lagi. Sebab Akak intai bilik Risya tadi tengok Risya tak ada tu yang Akak call takut pulak Akak kalau Risya lupa tetang meeting jap lagi." Terang Kak Bella panjang lebar.
Kak Bella atau nama sebenarnya Nor Nabila,merupakan PA kepada Diana Batrisya iaitu CEO kepada Cars Auto Sdn Bhd. Kalau dulu dia berkhimat untuk Haji Damhuri tapi sekarang dia Berkhidmat untuk anaknya pula. Dia bersyukur kerana dia dianugerahkan dengn bos-bos yang baik dan paling penting tak sombong.
Senyuman manis terukir di bibir Batrisya bila mendengar bebelan Kak Bella akan hal meetingnya dengan client sekejap lagi. " Yer Kak bella, Risya ingat tq Kak sebab ingatkan Risya. Ni Risya dah on the way balik office ni. Nanti kita jumpa ok? Bye Kak Bella. " Batrisya terus mematikan pangillan nya dengan Kak Bella.
"So korang Risya gerak dulu ek,sorry tau sebab tak dapat nk join korang lama-lama. Kejap lagi Risya ada meeting dengan client dekat office. Emm.. Next time kita jumpa lagi ok. Farah, nanti pape kau WhatsApp aku ok?. Abang Farid thanks sebab sudi belanja lunch Risya hari ni tau, so esok jangan lupa belanja lagi ok." Batrisya berdiri sambil ketawa kecil dengan gurauannya. Tangannya mencapai handbag yang terletak di atas meja. Sempat dia menghadiahkan senyuman manis pada Farid dan juga Farah sebelum kakinya melangkah keluar Restoran itu.
Harris dibiarkan dalam keadaan terpinga-pinga.Ah,kisah pulak aku dengan kau. Memang tak la aku nak bertegur sapa dah dengan kau lepas ni. Pergi mampos la dengan ego kau tu.Dasar mamat poyo!!! Batrisya sempat memandang Harris dengan ekor matanya sebelum dia tinggalkan tempat duduknya.
Teringin sekali dia mahu bersembang dengan lelaki itu seperti mana dia bersembang dengan Farid. Tapi apakan daya ego lelaki itu membuatkan dia rasa menyampah untuk berhadapan atau pun bertegur sapa dengan lelaki itu. Harris Danial Bin Tan Sri Jamalluddin ! Aku nekad, selagi kau tak mulakan dulu untuk bertegur sapa dengan aku, selagi tu kau jangan harap yang aku akan bertegur sapa dengan kau. Aku NEKAD Harris!! Bentak hati kecilnya.
Eh,minah ni boleh dia buat tak tahu je dengan aku. Macam aku ni tak wujud pulak dekat sini. Kurang asam masin betul la minah ni. Dekat si Farid dengan Farah boleh pulak kau tersenyum manis,dekat aku jangan kata senyum pandang pun tak. Eee... Huh.! Tak apa Harris sabar ok. Next time. Harris cuba memujuk hatinya sendiri.
Harris menyikat rambut dengan jejarinya ke belakang."wehh,minah tu Diana Batrisya ker?" Sengaja Harris bertanya soalan yang memang dah ternyata jawapannya.
Ek eleh mamat ni buat-buat tak kenal konon, dah memang sah-sah la tu Diana Batrisya tak kan dia tak dengar kot yang aku dengan Abang Farid duduk panggil dia Risya tadi.
"Yup, Diana Batrisya Binti Haji Damhuri. CEO kepada Cars Auto Sdn Bhd. Abang Harris ni memang lupa atau pun saja buat-buat lupa dekat Risya ni? Hem?" Farah sengaja kedepankan wajahnya dan menyengetkan sikit hujung mulutnya.
Farid ketawa kecil melihat telatah adiknya menyakat kawan baiknya itu.
Batrisya melabuhkan punggungnya di kerusi untuk menghilangkan rasa penatnya buat seketika. Dia memgeluarkan Iphone dari handbagnya. Hum,pelik 2 minggu ni Khai langsung tak ada WhatsApp or call aku. Kenapa yer? Aku ada buat salah dengan dia ke? Tapi setahu aku rasa macam tak ada. Tengok la kalau bukan aku yang mula dulu memang sampai kesudah la diam macam ni. Ke Khai ni ada perempuan... Ish kau ni Batrisya jangan nak merepek la. Kau tu dah nak kahwin la tak lama lagi. Mungkin dia bzy la tu.. Jangan fikir yang bukan-bukan ye otak. Batrisya cuba memujuk hatinya sendiri.
"Huhh.." Batrisya melepaskan keluhan berat. Habis satu badannya terasa sengal-sengal. Banyak sangat kerjanya 2,3 hari ni. Maklum la baru dilantik jadi CEO so bnyak la kerja yang kena dia Handle.Kalau dapat pergi spa ni.. Bestnya.. Bisik hati kecilnya.
Harris. Tiba-tiba nama tu berlegar-legar dalam kepalanya. Aku teringin sangat nak berkawan rapat dengan kau Harris. Tapi kenapa la ego kau ni tinggi sangat. Dari kita mula jumpa sampai sekarang kau masih dengan ego lama kau kn. Aku ingatkan makin tua makin rendah ego tu rupanya makin tinggi.
Dari jauh Batrisya melihat susuk tubuh seorang lelaki yang duduk di sebelah Farid. Aik mamat mana pulak yang duduk sebelah Abang Farid tu? Nampak dari belakang macam hensem jer kan. Ish kau ni Diana Batrisya,kerja kau nak puji lelaki jer kan. Umur baru 22 tahun dah gatal. Batrisya mengomel dalam hatinya sendiri.
Batrisya melangkah menuju ke arah mereka. "Hai korang..." Risya menyapa sambil tersenyum manis lalu melabuhkan punggunya di sebelah Farah. Farid membalas sapaan Batrisya tadi. "Hai Risya.. Macam mana lega dah ker??" Farid menyimpan kemas tawanya. Ish kalau terburai ni habis la aku kena cubit dengan minah ni
*bab yang ada konflik sikit dekat bab 10 la. lebih kurang. hihi. so Bab 1 sampai 9 ni dia macam lebih pada throwback zaman remaja. hihi.
Done update. emm sory tau kalau idea cah ni mcm kureeeengg sikit. pape pun hope korang enjoy??
tq :*
Share this novel