B - 13

Romance Completed 41713

"Khairil Bahari Bin Dato Khahar!" Jerit Datin Aminah. Nyaring sekali suaranya. Panggil secara baik buat endah tak endah je,nak tak nak dia terpaksa la gunakan kuasanya untuk memberhentikan langkah anaknya itu.

Ee..nie mesti pasal Risya lagi ni. "Ada apa lagi ni ibu?" Tanya Khai sambil membuat mimik muka malas. Wajahnya di palingkan daripada memandang wajah Datin Aminah.

Tajam pandangan Datin Aminah kepada anaknya itu. Dalam keadaan macam ni pun Khai boleh buat muka bodoh dia tu. Macam orang tak ada masalah. Sedangkan masalah ni semua berpunca dari dia jugak.

"Khai ni dah kenapa ha? Suka la kan dapat malukan ibu malukan ayah dengan keputusan bodoh khai tu?" Soal Datin Aminah. Bengis sekali mukanya ketika itu.

Kali pertama tangguhkan tarikh perkhawinan ni boleh diterima lagi. Tapi ni dah kali kedua. Lagi menyakitkan hati tinggal sebulan je lagi tarikh khawin tu. Memang sengaja nak memalukan keluarga la ni.

"Keputusan bodoh apa nya Bu..dah Khai belum ready lagi nak khawin."

Amboi..senangnya jawapan kau Khai.Ee..nanti kau. Makin aku jadi kawan kau makin melampau perangai kau ni. Tunggu. Kau ingat aku tak tahu yang kau tu ada perempuan lain.

Kini Datin Aminah berdiri betul-betul dihadapan Khai.

"Amboi senangnya jawapan Khai kan. Tangguh kan tarikh khawin yang tinggal lagi sebulan tu memang keputusan bodoh. Dan tu adalah keputusan BODOH Khai! Tak sangka betul ibu hantar belajar tinggi-tinggi tapi boleh lagi buat keputusan bodoh macam ni. Dulu masa nak,masa suka,masa cinta tak nyempat-nyempat. Tapi sekarang bila dah tak nak,bila dah tak suka,bila dah tak cinta pakai buat keputusan tak fikir hati dan perasaan orang dah. Khai ingat diaorang tu semua patung ker,tak ada perasaan. Hem,lagi-lagi si Risya tu.kalau dah rasa tak nak buat cara tak nak. Biar diorang cari lelaki yang sesuai dengan Risya tu. Sebab Risya memang layak dapat seorang lelaki yang jauh lebih baik dari Khai."

Baru saja kaki nak melangkah tinggalkan Khai tiba-tiba Datin Aminah teringatkan sesuatu.

"Oh,and one more thing. If one day Risya buat keputusan untuk putuskan pertunangan ni Khai jangan sesekali nak rasa happy ok. Sebab Ibu tak akan terima girlfriend Khai yang gedik dan yang spesis tak cukup kain tu faham." Warning Datin Aminah dan terus berlalu pergi.

Berlaga-laga gigi Khai menahan rasa marah. Dia tidak menyangka yang selama ni Datin Aminah tahu tentang hubunganya dengan Amelia. Dan paling menyakitkan hatinya saat ini bila Datin Aminah menyatakan yang dia tidak akan menerima Amelia sebagai menantunya hanya kerana perangai gedik dan pakaiannya yang tak cukup kainnya.

**

Mereka saling berpandangan antara satu sama lain. Menanti dengan penuh debar di dada. Dan semestinya yang paling gelisah Hajah Mariani la. Harris sedaya upaya cuba untuk menyembunyikan rasa bimbangnya di dalam hati.

"Puan ibu kepada Diana Batrisya?" Soal doktor Siti kepada Hajah Mariani sambil ibu jarinya dihalakan kepada Hajah Mariani.

"Ye doktor saya ibu kepada Risya. Kenapa dengan Anak saya doktor? Dia ada penyakit yang serious ke?" Bertubi-tubi soalan yang ditujukan kepada doktor Siti.

Melihat keadaan resah Hajah Mariani, Haji Damhuri segera mendapatkan isterinya itu. Lantas tangannya memeluk lembut bahu isterinya.

"Sabar Ling.. Insyallah tak ada pape yang serious tu.." Pujuk Haji Damhuri.

Tersenyum manis Doktor Siti melihat gelagat Hajah Mariani dengan Haji Damhuri. Ye la dah nama pun anak memang la risau kan.

"Hem, jangan risau Puan. Alhamdullillah anak Puan, Diana Batrisya tak ada apa-apa penyakit yang serious pun. Cuma sekarang ni dia kena banyak berehat. Badan dia agak lemah dan dia dalam keadaan yang agak stress. So kalau boleh jangan bagi dia stress sangat untuk 2 ke 3 hari ni ok. Saya dah pun masukkan air dalam badannya. Insyallah dia akan ok sepenuhnya. " Jelas Doktor Siti dengan penuh teliti sambil tersenyum manis. Yang lain menggangukkan kepala tanda faham dengan apa yang di jelaskan oleh Doktor Siti sebentar tadi.

Alhamdullillah. Ucap Harris dalam hati. Bersyukur sebab tak ada pape yang serious tejadi pada Batrisya. Terasa lega sedikit hatinya saat ini .

* Bab khai ni ecah macam kekurangan idea sikit la. hurmm. sory tau korang kalau novel ni tak dapat nak menambat hati korang. hurmm..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience