B - 18

Romance Completed 41713

Mereka berjalan seiringan diiringi dengan gelak tawa yang dibuat-buat. Tiba-tiba langkah Batrisya terhenti. Dia kini berdiri betul-betul di hadapan Khai. Lelaki kedua yang dia sayang selepas Haji Damhuri dan lelaki tersebut akan menjadi imamnya pada bulan hadapan.

Sampai hati kau Khai mainkan perasaan aku. Selama ni kau tangguhkan tarikh perkhawinan kita samata-mata perempuan lain. Cukup la Khai,aku dah tak nak ada apa-apa hubungan dengan kau lagi. Cukup la kau bodohkan aku selama ni.

Sedaya upaya dia menahan air matanya daripada mengalir. Kini senyuman manis terukir di bibir Batrisya. Senyuman manis yang dibuat-buat. " Eh, hai Khai. You buat apa dekat sini? Surprise sangat tau boleh jumpa U dekat sini. Dengan Buah Hati pulak tu." Ujar Batrisya sambil senyum tak ikhlas pada perempuan disebelah Khai. Harris yang berdiri di sebelah Batrisya hanya mempamerkan senyuman sinis pada Khai.

Membulat mata Khai bila melihat tunangnya kini berdiri betul-betul di hadapanya sekarang ni. "Emm.. U.. U..bu.. Buat apa dekat sini Risya?" Tanya Khai tergagap-gagap.

Harris tersenyum senget. Hai Bro sejak bila pulak berkawan dengan burung gagak ni? Tadi aku tengok bukan main lagi melayan minah gedik ni. Bila jumpa je dengan si Sya ni boleh jadi gagap pulak.

"Oh,I saja jalan-jalan dengan BFF I ni. Oh by the way kenalkan Harris Daniel Bin Jamaluddin, and U?" Batrisya memperkenalkan Harris kepada Khai sambil ibu jarinya dihalakan pada gadis yang berada di sebelah Khai.

Sengaja dia kenalkan Harris kepada Khai sebagai orang biasa-biasa dan bukannya anak Tan Sri. Maybe one day pangkat tu boleh digunakan nanti. Hihi

"Hai, I Amelia girlfriend Khai." Ujarnya dengan wajah penuh kegembiraan. Lantas tangan kanannya dilepaskan daripada memeluk lengan Khai dan dihulurkan kepada Batrisya tanda salam perkenalan.

Batrisya tersenyum sinis, tapi salam dari gadis itu masih disambut. Sakit hatinya kini hanya Allah je yang tahu. Tapi dia kena kuat untuk tak nampak lemah di mata lelaki tak guna tu.

Khai dari tadi hanya membatukan dirinya. Mungkin masih terkejut dengan apa yang sedang terjadi saat ini.

"Oh,so U girlfriend Khai la yer. Bagus la korang nampak secocok sangt kan Harris. Macam pinang dibelah dua." Kata Batrisya sambil matanya melirit pada Harris dan kembali memandang pasangan kekasih di hadapanya itu. Senyuman tak ikhlas terukir di bibirnya kini.

Adoi.. Time time macam ni pulak la boleh terserempak dengan si Risya pulak. Habis la aku. Buatnya dia cerita pasal ni dekat ibu aku. Mati aku mati..

"Oh ya Khai." Batrisya kini memandang tepat ke dalam mata Khai. "Dah alang-alang jumpa U dekat sini,I nak pulangkan terus la cincin ni dekat U." Batrisya menghulurkan cincin tunangnya yang dah tanggalkan dari jari manisnya.

"Kenapa U tak nak ke? Ok." Dengan serta-merta cincin itu dilepaskan dan terjatuh ke lantai. Saat ini Amelia dan Harris hanya jadi pemerhati. Harris masih setia dengan mimik muka kemenangan dan Amelia pula dengan wajah yang penuh dengan tanda tanya.

Khai terpinga-pinga. Terkejut dengan tindakan berani mati batrisya mungkin. Amboi sampai berani mati. Putus tunang je pun. Bukannya ada aksi tembak menembak macam cerita polis evo 2 tu.

"Khai, U know what mulai dari hari ini,jam ini,minit ini dan saat ini I putuskan pertunangan kita berdua ok. Relationship antara kita it's over. Lepas ni U tak payah susah-susah dah nak datang rumah I sebab nak tangguhkan lagi tarikh perkhawinan kita. I dah tak nak dekat U dan U boleh teruskan hubungan U dengan Amelia ni. Dah jom Harris." Tutur Batrisya dengan nada yang agak tegas tapi masih dikawal kelantangannya. Tangannya kini menarik lengan sasa Harris supaya mereka cepat beredar dari tempat itu.

* sorry gais sebab baru update. Semalam ecah ada emergency so sorry sangat sangat.
penat. dari kuantan - temerloh -kuantan - ceneh. maksadra cah tenat semalm. tapi pagi tadi Dia dah 'pergi'.

sorry. n hope korang enjoy

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience