NZ (21)

Drama Completed 72977

5 bulan kemudian...

Pada hujung minggu ini , menjadi kebiasaan Hasya Adriana untuk keluar bersama Zehra Amanda , mereka akan keluar bersama untuk membeli keperluan dapur.Pada hari ini sekali lagi mereka berjanji untuk keluar bersama.Hasya dan Zehra sudah bersiap-siap untuk ke pasaraya untuk membeli keperluan dapur rumah mereka.Selepas beberapa minit bersiap , mereka mula munuju ke kenderaan untuk pergi ke pasaraya.Perlajanan mereka bermula selama 45 minit.Selepas tidak lama kemudian , mereka terus memasuk bahagian parkir yang pihak bangunan tersebut telah sediakan.Mereka keluar dari isi perut kereta dan berjalan beriringan memasuki bangunan pasaraya tersebut.Mereka berdua juga telah menuju terus ke tempat bahagian barang basah seperti ikan , ayam dan lain-lain lagi.

“Zehra , kau nak cari barang apa ? Aku ingat nak cari ikan salmon lah , sihat sikit.” ujar Hasya gedik.

“Kau nak buat apa beli ikan salmon ?.” soal Zehra pelik.

“Nak buat kenduri , nak makan lah , takkan nak bagi kucing makan lah pulak.” ujar Hasya sambil menyindir sahabatnya itu.

“Kau punya jaga kesihatan and diet tu , sikit pun aku tak percaya , aku jamin lepas seminggu mesti kau cari nasi balik.” jamin Zehra berani dan berbangga.

“Wahh , bukan main kau ehh , okay kalau betul apa yang kau jamin tu , aku bawa kau pergi holiday , setuju ?.” soal Hasya memberi tawaran.

“Setuju.” sahut Zehra dengan penuh semangat.

“Okay , sekarang ni aku nak cari barang basah , so kau nak pergi area mana ? Kalau kau ada nak pergo tempat lain nanti kita jumpa dekat sana je.” jelas Hasya kepada Zehra.

“Takpalah , aku teman kau dekat sini saja , nanti kalau nak pergi area lain kita pergi sama-sama.” jelas Hasya

“Okaylah kalau macam tu , aku nak cari ikan aku tu dan kau carilah lauk apa yang kau nak.” jelas Hasya kepada sahabatnya Zehra Amanda.

“Zehra aku nak tanya sikit boleh ?.” soal Hasya kepada Zehra.

“Tanyalah , kau nak tanya apa ?.” soal Zehra kepada Hasya.

“Kau masih sayangkan Fikri lagi ke ?.” soal Hasya kepada sahabatnya itu.

“Kenapa kau tanya ?.” soal Zehra mendatar.

“Haritu kau ada pergi ke kelas menjahit tu kan ? Aku tolong kemas bilik kau sekali sebab aku masa tu baru lepas kemas bilik aku , sorry lah kalau aku masuk tanpa izin tapi aku ada nampak… .” kata-kata Hasya terhenti.Sukar baginya untuk menyambung semula kata-katanya itu.

“…aku ada nampak gambar kau dengan Fikri yang masa kau nak photoshoot dengan dia tu.” jelas Hasya perlahan , kerana dia takut jika Zehra memarahinya apabila dia mendapat tahu bahawa sahabatnya itu masih menyimpan kenangan bersama bekas suaminya itu.

“Ya , aku masih sayangkan dia walaupun aku dah boleh terima hakikat yang aku dengan dia dah tiada apa-apa hubugan.

“Kenapa kau masih simpan perasaan terhadap dia lagi ?.” soal Hasya pelik.

“Aku juga masih cintakan dia Hasya.” jelas Zehra tentang hati dan perasaanya kepada sahabatnya Hasya.

“Kau tak takut ke perkara itu akan makan diri kau semula ?.” soal Hasya menduga.

“Aku tak pernah bertahan perasaan untuk suka pada dia lagi , aku dah lepaskan segala-galanya…tapi kalau allah tak izin , aku boleh buat apa ?.” soal Zehra kepada Hasya.Terkedu Hasya mendengar jawapan ringkas dan padat daripada sahabatnya itu.

“Walaupun dia dah berkahwin dengan orang lain , aku masih ada perasaan terhadap dia lagi.” jelas Zehra lagi.

“Dia dah berkahwin lain ? Kenapa aku tak tahu ?.” soal Hasya pelik.

“Bukanlah , aku kata kalau.” jelas Zehra tentang penerangannya tadi kepada Hasya.

“Ohh , aku fikir kau tahu dia dah berkahwin lain.” ujar Hasya sambil mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu.

“Kalau dia tiba-tiba muncul depan kau semula ? Apa reaksi kau ?.” soal Hasya menduga sahabatnya itu.

“Apa yang boleh aku katakan , aku akan bertenang saja , sebab dia masih belum muncul depan aku , tapi aku sendiri tidak tahu apa reaksi aku bila bertembung dengan dia ?.” jelas Zehra kepada Hasya tenang.

“Aku harap kau bersabar dan bertenang , kalau kau terjumpa dengan dia.” ujar Hasya selamba.

“Kenapa ? Kau takut kalau aku terjumpa dengan dia , aku buat kerja gila ?.” soal Zehra menduga.

“Mana tahu ? Kau punya gila sampai kau nak pergi peluk dia ?.” tuduh Hasya selamba.

“Hmm , kalau yang itu aku tak rasa aku yang buat mungkin dia yang buat , sebab dia suka buat kerja gila.” jelas Zehra dalam tawa kecil.

“Aku kan sebenarnya , rindu nak tengok adegan romantik kau dengan dia.” luah Hasya bersahaja.Terkedu Zehra apabila mendengar luahan sahabatnya itu.

“Apa kau cakap ?.” soal Zehra seperti orang tidak percaya.

“Yelah , kau dengan dia punya romantik memang tahap potong kaki punyalah.” jelas Hasya lagi.

“Bukan ke , Hasya Adriana yang nak sangat aku dipisahkan dengan Fikri Hakim sebab dia tak layan aku sebaik-baiknya ? Kau lah yang cakap macam tu sebab tiada orang lain yang nak aku berpisah , selain kau , kalau boleh kau nak pergi mahkamah buat fail penceraian untuk aku , kan ?.” soal Zehra menyindir sahabatnya itu.

“Tak payah lah sindir aku.” rajuk Hasya manja

“Ehh , aku Cuma buat penyataan yang sahih saja.” jelas Zehra dengan tawa kecilnya.

“Ya , aku pernah buat semua tu , tapi aku masih teringatkan kenangan indah kau dengan dia.” jelas Hasya lagi.

“Kenapa kau pulak yang nak throwback pasal aku dengan dia ? Kenapa , kau pernah jadi skandal dia ke ?.” soal Zehra selamba.Hasya memandang Zehra dengan riak wajah yang hambar.

“Kalau aku bunuh kau ni , naya saja tahu.” ujar Hasya kepada Zehra , wanita itu sudah menghamburkan tawanya.

“Yelah , aku ni kan PA kau , dekat office menghadap muka dia dengan kau , dekat rumah pun sama , so setiap gerak geri kau orang berdua tu aku nampak tahu tak.” jelas Hasya lagi.

“Ohh , jadi sekarang ni kau rasa menyesal lah ya ?.” duga Zehra.

“Takdalah menyesal , dah kau dengan dia jodoh tak panjang , aku cuma cakap rindu saja.” jelas Hasya lagi untuk memahamkan penerangannya kepada sahabatnya Zehra Amanda.

“Aku pun rindu semua belaian dia , tapi aku takkan dapat semula punya.” luah Zehra pula.

“Kau kan ada gambar dia , tatap gambar sudahlah.” jelas Hasya kepada Zehra.Dia terus berlari anak ke hadapan selepas dapat mengenakan sahabatnya itu.Zehra yang geram dengan sikap nakal suka menyakat Hasya itu mengejar sahabatnya itu tanpa menghiraukan mata-mata pengunjung pasaraya itu yang sedang melihat gelagat mereka berdua.

Fikri pada hari ini , buat sekian lamanya dia kembali bertuga semula di Johor Corporation , Iskandar Puteri.Dia memulakan tugasnya yang pertama selepas sekian lama berhenti dari Johor Corporations.Dia kini berada di bilik kerjanya , dia hanya termenung sahaja dan tidak memberi tumpuan atas urusan kerja.Dia sedang merenung ke arah sebuah bingkai gambar yang telah terpapar wajah Zehra Amanda.Hampir 5 bulan dia cuba melupakan cinta hatinya itu , tetapi tidak pernah sekalipun dia lekang dari memikirkan wanita itu.Dia melepaskan suatu keluhan kecil.Sedang dia mengelamun , ada seseorang yang mengetuk pintunya tetapi tetap dia tidak sedar akan kehadiran gerangan yang mengetuk pintu.Wajah Amylia sudah terjegul di muka pintu dalam tersenyum.Tetapi dalam masa yang sama , Fikri tidak melayan senyuman manisnya itu malah tertancap pada sebuah bingkai gambar tanpa dia sendiri tahu gerangan siapa yang menjadi tumpuan Fikri sekarang ini.

“Fikri , jauh you termenung.” soal Amylia kepada lelaki itu sebaik dia melangkah masuk tanpa izin lelaki itu.Langkahnya mendekati meja kerja Fikri Hakim.Tetapi tidak berjawab , Amylia mengerutkan dahinya kerana pelik dengan sikap lelaki itu.

“Fikri , I talked to you.” ujar Hasya sambil jari jemarinya memetik di hadapan wajah Fikri yang sedang mengelamun itu.

“Yes Amylia ? Ada apa yang I boleh bantu ?.” soal Fikri kepada Amylia.

“You tu haa , ada apa yang boleh I bantu ? Asyik termenung je.” kutuk Amylia selamba.

“Takda apa , I just tension sikit dengan projek baru ni.” jelas Fikri membohong.

“Ohh , tension dengan projek baru.Kalau stress dengan something kita kena tengok gambar ya untuk hilangkan rasa tekanan ?.” sindir Amylia kepada lelaki itu.

“Fikri , I tak tahu apa yang ada dalam fikiran you but I yakin yang you berada dalam masalah besar.” ujar Amylia.

“You takkan faham apa yang I rasa Amy.” jelas Fikri sayu.

“Kalau tentang hati , I perempuan and I akan faham walaupun I tak berada di tempat dia.” ujar Amylia memaksudkan seseorang kepada Fikri.

“Tak Amy , dia lain , dia terlalu istimewa untuk I , dia yang terindah dalam hati I and paling penting dia nyawa I Amy.” luah Fikri meluahkan segala isi hatinya.

“You maksudkan Rose ?.” soal Amylia menduga.

“No , Zehra Amanda.” ucap Fikri penuh kasih dari hatinya saat dia menyebut nama penuh Zehra.

“Siapa tu ?.” soal Amylia pelik.Sepanjang dia mengetahui hubungan Fikri Hakim dan Rose Isabelle tidak pernah sekali dia mendengar atau mengenali wanita yang bernama Zehra Amanda.

“Dia cinta mati I Amylia.” ucap Fikri dengan nada yang tengelam timbul.

“Sejak bila ? Cepatnya you dapat pegganti Rose ?.” soal Amylia pelik dan seperti tidak percaya.

“Dia adalah isteri kedua I , dia berada diantara you dengan Rose , and I kahwin dengan dia sebab keluarga , demi maruah.” jelas Fikri mendatar.

“You madukan I ?.” soal Amylia tersangkut-sangkut nadanya.

“Yes , I’m sorry Amy.” pinta Fikri perlahan.Hati Amylia kini bagai terpukul dengan penyataan bekas suaminya itu.

“Kenapa ?.” soal Amylia ringkas.

“Sebab I buat salah dengan dia sekeluarga , akhirnya I terima hukuman hati yang begini.” jelas Fikri sayu.

“Apa yang you dah buat ?.” soal Amylia ingin tahu.Fikri melepaskan satu keluhan kecil.Dia mula membetulkan duduknya supaya berada di dalam keadaan tegak.

“Pada satu malam , I mabuk and I tak tahu yang perjalanan I dah tersasar kemana ? Selepas itu , I tak sedar yang I dah masuk ke sebuah perkampungan , I tak sedar and kurang jelas pandangan I dan I dah terlanggar seseorang , dari pelanggaran itulah I mula tersedar yang I dah langgar someone.I keluar and cuba dapatkan mangsa I tu , tapi sayang , I dah terlambat sebab dia dah meninggal dekat tempat kejadian juga and seorang lagi tercedera dan dialah wanita yang I dah terbunuh bapak dia tanpa sengaja.Dan dia jugalah wanita yang I dah jatuh cinta sampai mati , I tak mampu untuk membunuh cintanya Amylia.” jelas Fikri panjang lebar.Amylia hanya terdiam , dia sendiri tidak tahu mahu bercakap apa.

“Mana dia sekarang ?.” soal Amylia ingin tahu dimana wanita kesayangan bekas suaminya itu.

“I dah ceraikan dia.” jelas Fikri satu lafaz.Terbutang mata Amylia apabila mendengar penyataan lelaki itu.Dia bagai berada di dalam mimpi.

“What ? Cerai ? Why ?.” soal Amylia bertalu-talu.

“Sebab mak dia.” jelas Fikri ringkas.

“Hmm , jawapan paling bodoh I pernah dengar Fikri , kenapa you dengar cakap mak dia ? And mak dia tu betul ke mak ? Ke binatang ? Binatang pun tahu sayang anak lah.” ujar Amylia mengutuk Puan Sarah.

“Dia memang tak puas hati dengan Zehra , sebab kematian suami dia iaitu bapa kepada Zehra sendiri , dia kata Zehra pembawa malang dalam keluarga mereka.” jelas Fikri lagi.

“Sah mak dia dah gila , and you pun , pergi ceraikan dia kenapa ?.” soal Amylia tidak puas hati.

“Satu sebab rumahtangga I dengan Zehra tidak direstu , Dua sebab I taknak Zehra terus menjadi mangsa keadaan , so I terpaksa lepaskan dia.” jelas Fikri sayu.

“Kenapa you bodoh pergi lepaskan dia Fik ?.” soal Amylia tidak puas hati.

“Sebab I tak brrfikir panjang.” jelas Fikri lagi.

“You suka buat keputusan yang salah dan pasti you tidak akan dapat berpatah balik untuk membela keputusan you sendiri.” jelas Amylia lemah.

“I memang tak guna Amy , I memang sentiasa gagal.” ujar Fikri dalam linangan airmata.

“Sabar Fik , I yakin allah akan beri you bahagia yang lebih bahagia dari apa yang you hilang sekarang ini.” jelas Amylia sayu.

“I pernah cakap dekat dia ‘ Jangan pernah jatuh cinta dengan saya Zehra , kerana itu akan menyakitkan awak ‘ tapi I silap Amy…I yang jatuh cinta dengan dia , now I yang terlalu sakit menanggung perasaan kehilangan ni.” luah Fikri dalam linangan airmata.

“I faham perasaan you Fik , sabar okay cause I tahu kalau you setengah mati cintakan dia , apatah lagi dia turut menanggung perasaan yang sama.” jelas Amylia sayu.

“I cintakan dia sepenuh hati.” ucap Fikri mendalam.

“I hope you akan lebih tenang selepas ini.” ujar Amylia sayu.

Zehra tersenyum sayu memandang sekeping fotonya bersama Fikri.Airmatanya mula mengalir.Jiwanya meronta kembali mahukan lelaki itu.Tangisan mula didengari seisi ruang bilik tidurnya.Dadanya sesak menahan rindu.Jiwanya sakit apabila ditinggalkan tanpa sebab yang kukuh.

‘ Abang nak sayang tahu , dalam hati abang cuma ada sayang saja ‘.

‘ Abang nak manja terus bersemi dalam jiwa abang sebab tidak akan ada wanita lain lagi yang abang izinkan untuk bertapak dalam hati abang ‘.

‘ Nanti kalau ada anak letak nama sama dengan abang saja lah ‘.

“Kenapa abang ? Kenapa abang buat Zehra tersiksa macam ni ? Mana pergi rasa cinta dan sayang abang pada Zehra ?.” soalnya sendiri setelah dia mengimbas kembali kata-kata Fikri Hakim kepadanya.

“Zehra ?.” panggil Hasya yang baru sahaja membuka pintu bilik sahabatnya itu kerana dia mendengar tangisan dari ruangan bilik itu.

“Aku rindu dia Hasya.” ucap Zehra yang tidak dapat lagi mengawal perasaannya.Hasya menapak mendekati Zehra Amanda.

“Hasya , aku nak dia… .” rintih Zehra dalam tangisan Hasya yang hanya jauh seincin itu diraih terus ke dalam dakapannya.Tangisan dihamburkan di bahu sahabatnya itu.Zehra benar-benar merindui lelaki itu.

“Sabar Zehra , jangan macam ni , bawa mengucap.” ucap Hasya menenangkan Zehra Amanda yang sedang bercelaru hatinya kini.

“Macam mana aku nak hilangkan perasaan rindu ni Hasya ?.” soal Zehra dalam tangisnya.

“Dia dah lepaskan kau , kau kena terima hakikat dan lupakan dia.” jelas Hasya sayu.

“Kau beritahu lah aku caranya Hasya , aku terlalu sakit bila asyik teringatkan dia Hasya.” jelas Zehra tentang penangungngan perasaanya kini.

“Aku cuba Hasya , tapi aku tak mampu.” jelas Zehra lagi.

“Aku nak dia Hasya.” pinta Zehra sayu.

“Dia mungkin dah ada pegganti.” jelas Hasya kepada sahabatnya itu.

“Tak , dia takkan gantikan aku dengan orang lain sebab dia terlalu sayangkan aku.” ucap Zehra dalam keadaan seperti tidak sedar.

“Zehra kau tak boleh begini , kau kena kuat , hidup kau perlu diteruskan.” jelas Hasya dalam tangisan.Dia sendiri terasa sakit apabila melihat sahabat karibnya menderita tentang cinta.

“Dulu kalau aku menangis sikit saja , pasti dia terus peluk aku untuk redakan tangisan aku.” ucap Zehra sayu.

“Kalau aku sakit , dia akan jaga aku sampai sihat.” jelas Zehra lagi.

“Kau kena ingat juga , sekarang sudah tiada lagi semua tu dari dia.” terang Hasya lagi.

“Hasya !.” jerit Zehra seoktaf.Terkedu Hasya dengan kelakuan luar kawalan sahabatnya itu.

“Kenapa tak sekalipun kau kata pada aku yang dia akan ada untuk aku ? Semuanya dah tiada lagi belaian untuk aku , kenapa ?.” marah Zehra dalam tangisan.

“Sebab allah dah tarik dia dari dalam hidup kau untuk gantikan dengan lebih baik.” jelas Hasya dalam tangisan.

“Kenapa Hasya ? Jika allah tarik dia dari aku , boleh tak allah pulangkan dia semula pada aku ?.” soal Zehra tanpa dia sedar.Terkedu Hasya dengan persoalan sahabatnya itu , dia tidak menyangka yang Zehra akan menanyakan soalan seperti itu , soalan itu amat mengusik jiwanya walaupun ditanya dalam keadaan tidak sedar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience