NZ (1)

Drama Completed 72971

Perkahwinan yang telah dibina selama 8 tahun tidak memberikan sebarang pengertian kepada seorang wanita yang bernama Zehra Amanda.Perkahwinan yang diaturkan dan dipersetujui keluarga amatlah memeritkan jika hati tidak merelakan.Rasa di hati,pendam di jiwa telah membawanya kepada alam perkahwinan.Perasaan suka yang bertahun lama disimpan akhirnya diluahkan kepada suami pada malam pertama.Tetapi sayang,perasaanya tidak diendahkan.Hatinya dihiris bagai sehelai daun.Luahan hati dianggap sebagai percakapan tiada makna.Hati ego Fikri Hakim telah membuatkan Zehra Amanda terseksa.Dalam masa satu bulan perkahwinan yang telah dibina pasangan tersebut,membawa seribu makna bahagia buat Zehra Amanda.Tetapi hati lelaki Fikri Hakim,tidak sesekali rasa jatuh cinta ataupun bahagia.Ianya hanya menjaga nama baik keluarga.Akhirnya,hati wanita Zehra Amanda dipermainkan.Suaminya membuat keputusan untuk meninggalkannya selepas sebulan perkahwinan untuk bersama wanita lain.Setiap hari airmatanya gugur kerana rindu.Setiap hari hatinya hancur kerana terseksa di jiwa.Tetapi dia tetap bertahan sehingga selepas 8 tahun kejadian tersebut.Tetapi Walaupun hubungan rumahtangganya tergantung tidak bertali hubungan dia bersama suaminya tetap baik walaupun seperti teman.Sedangkan dia berhak menagih kasih dan cinta dari lelaki itu,demi menjaga hubungan perkahwinan supaya tidak musnah,hubungan teman lebih membuatkan mereka rasa lebih akrab.

Pada pagi yang indah,diiringi bunyi kicauan burung di sekitar taman perumahan Bukit Skudai telah menjadi pengera bunyi bagi Zehra Amanda memulakan harinya.Dia bangun dari pembaringan dan duduk seketika di hujung katil sebelum menuju ke bilik mandi.Dia meraup wajahnya lembut,rambut yang yang panjang dan sudah mencecah dadanya di bahagian belakang tubuh,diikat dan disanggul tinggi.Selepas beberapa minit menghilangkan rasa mengantuk yang masih bersisa,dia menuju ke bilik kedua yang berada di sebelah bilik tidurnya.

Tok ! Tok ! Tok !.

"Hasya..ohh Hasya..kau dah bangun ke ?".soal Zehra kepada rakan serumahnya dan karibnya.Dia ditemani oleh Hasya Adriana semenjak dia mempunyai hubungan yang keruh bersama suaminya.Hasya sentiasa menjadi peneman dia diwaktu susah dan senang.Tidak pernah mengungkit atau berkira malah selama 8 tahun,Hasya lah salah satu kekuatannya untuk menegakkan tiang masjid yang telah dibina bersama Fikri Hakim selama 8 tahun.

Pintu tetap tidak dibuka Hasya walaupun diketuk berulang kali dengan kuat.Akhirnya Zehra membuat keputusan untuk membuka menggunakan kunci pendua yang diambil di dalam laci meja berdekatan dengan bilik tidur Hasya.Kunci diacu dan dimasukkan ke lubang kunci dan tombol pintu dipusingkan apabila kuncinya sudah terbuka.Dia melangkah masuk ke dalam bilik tidur sahabatnya itu.Bilik itu kelihatan kosong,tetapi katil yang ditiduri sahabatnya itu masih berselerak dan tidak dikemas walaupun dengan hanya menyusun bantal.Tiba-tiba dia mendengar bunyi dengkuran manusia yang berada dari arah bilik tidur itu.Dia membuat riak wajah cuak dan perlahan-lahan menghulurkan kepalanya ke hadapan sedikit sehingga menampakkan sisi katil sebelah kiri.Alangkah terkejutnya Zehra,apabila melihat rakannya itu sedang tidur di atas lantai.Dia menepuk dahinya lembut kerana pening dengan sikap selamba Hasya ini.

"Hasya..Hasya..Hasya..bangunlah..jam dah pukul 8 pagi..kau cakap nak jogging dengan aku..".ujar Zehra sambil tangannya mengoncangkan tubuh Hasya yang tidur mati itu.

"Hasya...Hasya wake up".kejut Zehra lagi,supaya sahabatnya itu bangun.Tetapi Hasya tidak mengerakkan tubuhnya walaupun sedikit.Zehra mula berdiri tegak semula dan bercekak pinggang di tepi sahabatnya itu.Dia tiba-tiba memetik jarinya kerana mendapat sebuah idea untuk mengenakan sahabatnya itu.Dia masuk ke dalam bilik mandi yang berada di dalam bilik Hasya,kemudian diambil gayung yang berisi air.Perlahan kakinya dijengketkan menuju semula ke tempat Hasya tidur.Dalam kiraan tiga di dalam hati,dia mula menyimbah air di dalam gayung ke arah Hasya yang terbaring di lantai bilik itu.Segera dia menekup mulutnya dengan tangan kiri kerana menahan letus tawanya.

"Woii..apa kau ni babe ?".soal Hasya yang seperti terkena renjatan elektrik akibat disimbah begitu dengan air.Tanpa menjawab soalan sahabatnya itu,Zehra menghamburkan tawanya sepuas hati sehingga jatuh terduduk di tepi katil dan menghadap wajah kawannya yang bersahaja itu.Hasya memandang wajah Zehra yang sedang mengelakkannya dengan pandangan yang kosong.Perkara itu lagi membuatkan Zehra tidak berhenti ketawa.

"Sudah lah babe..tak kelakar lah".nada rajuk berbunyi pada ayat Hasya.Zehra mula menghentikan tawanya perlahan-lahan.

"Alaa..kau yang tak nak bangun..so caranya adalah simbah air saja lah..tengok lepas aku simbah air kau terus bangun terduduk macam terkena renjatan elektrik".kutuk Zehra terhadap Hasya.Tawanya yang bersisa dilepaskan lagi.

"Dah lah..malas nak layan kau..jom jogging".ajak Hasya tiba-tiba.Zehra mengerutkan dahinya.

"Kau nak ajak aku jogging dengan baju basah kau ni ke ?".soal Zehra dengan nada kurang yakin.Kerana dia tahu sikap berani mati Hasya itu akan membuatnya berasa janggal untuk bersama dengan sahabatnya itu.

"Kalau kau nak aku okay je".jawab Hasya selamba sambil memilih pakaiannya yang tergantung di dalam almari untuk dipakai waktu jogging.

"Takpa lah..aku rasa better kau tukar..sebab aku taknak nanti orang cakap aku jalan dengan orang gila ?".kutuk Zehra lagi.Kemudian dia berlari keluar kerana takut sahabatnya itu akan mengerjakannya di dalam bilik dengan simbahan air pula kepadanya.

Dia kembali ke biliknya dan bersiap untuk jogging bersama Hasya.Dia mengenakan sehelai t-shirt dan seluar legging.Selepas beberapa minit membersihkan diri,dia menyarungkan pakaiannya yang telah disediakan tadi.Rambut yang basah dikeringkan dengan alat pengering rambut.Selepas rambutnya sudah kering,dia mengikat rambutnya dengan gaya ikat satu dan selebihnya dilepaskan di bahagian belakang badan.Dia melihat dirinya di hadapan cermin,dan tersenyum kerana dia sendiri rasa berpuas hati dengan pemakaian yang digayakannya itu.

"Zehra,kau dah siap ke belum ?".jerit Hasya dari luar pintu biliknya.Segera dia menutup segala suis di dalam biliknya yang terbuka dan ipod dan telefon pintar diambil serta earphones miliknya.Segera dia membuka pintu dan tersenyum kepada Hasya.

"Dah".jawabnya gembira dan ceria seperti kanak-kanak.Mereka turun beriringan dan menuju ke pintu utama rumah mereka.Kasut sukan milik mereka berdua disarungkan apabila sudah tiba di luar pintu utama rumah mereka itu.

Selepas mengenakan kasut sukan di kakinya.Zehra memasuki di dalam isi perut kereta Honda Civic miliknya yang juga dihadiahkan buatnya.Hasya turut masuk ke dalam isi perut kereta tersebut selepas memastikan pintu rumahnya selamat berkunci dan terpasang penggera keselamatan secara automatik.

"Kau nak jogging dekat mana ? Aku ikut je tau..malas nak bagi kau idea babe".jawab Hasya selamba.Zehra disebelahnya hanya tertawa mendengar penyataan sahabatnya itu.

"Kita pergi BBU".jelas Zehra sambil memandang wajah sahabatnya yang terkedu dengan penyataannya itu dan dia menurukan brek tangan kerana dia bakal mengundur keretanya kebelakang untuk keluar dari kawasan halaman rumahnya itu.

"Kau buat apa nak pergi ke sana ?".soal Hasya.Tetapi soalan Hasya hanya dibalas dengan senyuman manis yang terukir di bibir Zehra.

Dia meneruskan pemanduannya dengan tenang sambil diiringi lagu Flashdance yang dinyanyikan oleh Irene Cara.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pada pagi yang indah,di hari minggu yang mengumpulkan seluruh ahli keluarga di setiap isi rumah.Telah menjadikan suasana yang riuh rendah di sekitar Taman perumahan Pulai Perdana.Nia Amanda yang sedang lena turut terjaga.Dia menggosok matanya perlahan supaya pandangan kaburnya menjadi jelas.Dia melihat tempat di sebelahnya sudah kosong tidak berpenghuni.Suaminya Raziq khaer telah bangun sebelumnya terlebih dahulu.Tubuh yang hanya berbalutkan kain selimut dibuka dan digantikan dengan tuala mandi yang terletak di hujung kakinya di atas katil.Dia menuju ke bilik mandi untuk membersihkan diri.Raziq yang baru sahaja masuk ke dalam bilik tidurnya bersama Nia Amanda terdengar bunyi pancuran air hujan dari arah bilik mandi.Dia segera ke almari pakaian milinya dan isterinya itu lalu mengambil pakaian buat isterinya untuk disarungkan nanti selepas mandi.Tidak lama kemudian Nia,keluar dari bilik mandi dengan hanya berkembankan tuala mandi yang paras atas kepala lututnya.

ARGHHHH !

"Sayang,kenapa duduk dalam bilik ? Keluar lah..Nia nak pakai baju".jelas Nia dan meminta suaminya keluar dari bilik mereka itu.

"Alaa..pakai jelah baju tu..bukan Raziq nak tengok sayang pun ?".ujar Raziq selamba.Tetapi matanya sudah memandang isterinya dari atas hingga bawah.

"Haa tu apa asyik tengok orang je ?".terjah Nia kepada suaminya.Dia juga perasan yang mata Raziq asyik meliar melihat tubuhnya yang berada di dalam keadaan berkemban dari atas hingga bawah.

"Okaylah Raziq keluar..nak tengok sikit pun kedekut..apa lah sayang ni".bebel Raziq sambil kakinya melangkah keluar dari bilik tidurnya dan Nia itu.Selepas suaminya itu keluar,Nia segera mengunci pintu supaya suaminya tidak membuat kerja gila dengan cara menerjah semula ke dalam bilik mereka itu kerana dia mahu memakai pakaian.Dia menyarungkan seluar jeans pendek yang berada di paras pahanya dan sehelai singlet nipis.Kemudian dia menyisir rambutnya yang panjang dengan penyikat rambut yang berada di atas meja soleknya.Selepas siap berdandan,dia menuju ke pintu bilik dan keluar dari bilik untuk mendapatkam suaminya yang berada di dapur.Anak tangga di turuni satu persatu sehingga yang terakhir.

"Sayang".terjah Nia apabila kakinya sudah selamat sampai di dapur yang kini menempatkan suaminya.Terhinjut bahu Raziq sedikit apabila dirinya disergah oleh isterinya yang seperti kebudak-budakkan itu.

"Jangan lah sayang..Raziq terkejut lah".jelas Raziq kepada isterinya supaya tidak mengulangi kesilapannya itu lagi.

"Alaaa bukan ada heart attack pun".sindir Nia selamba kepada suaminya.Tepung yang hendak dibancuh Raziq itu diambil dan dicalitkan di batang hidung Nia Amanda.Kemudian tawa Raziq letus dan memenuhi  seluruh ruangan dapur.Nia hanya memuncung dengan sikap menyakat suaminya itu.

"Jahatlah sayang ni..kotor lah Nia..baru je lepas mandi".rungut Nia Amanda manja.Raziq tersenyum kecil mendengar rungutan manja isterinya itu.

"Kotor-kotor pun Raziq tetap sayang tau".ucap Raziq romantis.Nia tersenyum simpul menahan malu.Mana tidaknya mereka baru sahaja melangsungkan perkahwinan semalam,tetapi cara Raziq melayannya membuatkan Nia tidak merasa yang dia berkahwin semalam.Rasanya seperti orang yang sudah lama berkahwin.Kerana itu jugalah,dalam masa satu hari dia sudah jatuh cinta dengan suaminya itu sendiri.

"Sini Raziq lapkan hidung sayang..alolo..kesian lah wife Raziq ni kena calit tepung".ejek Raziq.Tawanya letus sekali lagi.

"Nanti Nia cakap dengan ibu yang sayang kacau Nia je".ujar Nia yang ingin menegakkan keadilan buat dirinya.

"Ehh asyik kacau je ? Kita baru je kahwin semalam..biasalah tu kena sakat dengan suami..ibu takkan percaya punya cakap sayang...sebab kita baru kahwin mana logik asyik kena kacau je ? 24 jam pun belum".jelas Raziq kepada isterinya.Bibirnya tersenyum sungging.Nia merenung tajam ke arah suaminya.Tetapi riak wajah Raziq hanya selamba.

"Dah lah Nia nak merajuk".ujar Nia dan kakinya melangkah keluar dari kawasan dapur.

"Okay..nanti kejap lagi Raziq pujuk sayang".ujar Raziq selamba.Dia meneruskan kerjanya untuk menyediakan sarapan pagi buat isteri kesayangannya itu.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Rutin hari minggu Zaki Khaer dan Iris Amanda adalah untuk meluangkan masa bersama.Zaki yang sudah terjaga terlebih dahulu menoleh ke arah isterinya yang berada di sebelahnya.Wajah mulus Iris diusap lembut.Jari jemarinya menjalar di bibir munggil isterinya.Wajah didekatkan,hidungnya dilagakan di batang hidung Iris.Kelakuannya itu membuatkan Iris terjaga.

"Sayang,you dah bangun ?".soal Iris yang tergesa-gesa duduk dari pembaringannya.Zaki juga turut bangun bersama dan duduk di sebelah isterinya.

"Kenapa you bangun tergesa-gesa..relaks je..I okay..harini kan hari minggu".jelas Zaki kepada isterinya.Dia memainkan jari jemarinya di rambut lurus Iris pula.Wajah Iris mula memerah apabila tangan Zaki mula menyentuh tubuh belakangnya.Walaupun perkahwinan mereka sudah mencecah usia setahun.Tetapi sikap malu dan segan Iris terhadap Zaki membuat perasaan ingin dan jatuh cinta itu berlaku berulang kali.

"I nak siapkan breakfast untuk you sekejap".ujar Iris kepada suaminya.Dia mula berpusing tubuh untuk bergerak menuju ke dapur.Tetapi langkahnya terhenti apabila,Zaki menahan dirinya dengan memaut lengan kecilnya itu.Dia memusingkan wajah menghadap suaminya.Bibir munggil milik Iris dipagut lembut oleh Zaki.Selepas beberapa saat bibir isterinya dilepaskan.Wajah Iris memerah menahan malu.Dia tertunduk sedikit.Zaki mendongakkan wajah isterinya supaya merenung anak matanya.

"Kiss morning for you sayang".ucap Zaki romantis.Iris tersenyum sedikit dan menyelitkan rambutnya yang terjutai dibelakang telinganya.

"Thank you sayang".ucap Iris malu-malu.Dia segera bangun dari duduknya dan menuju ke tempat penyidai tuala untuk mengambil tualanya dan membersihkan diri.Zaki yang berada di atas katil hanya tersenyum nakal memandang isterinya sehingga hilang kelibat wanita itu.

"Manalah I tak sayang you hari-hari ? Hari-hari you buat I jatuh cinta..rasa macam baru berkahwin sayang".ucap Zaki Khaer sendirian.Dia meletakkan kedua tangannya di belakang kepala dan menyandar di kepala katil dalam keadaan separa sandar.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Rose Isabelle,ibu kepada seorang anak perempuan yang berusia 4 tahun bernama Qhaira Isabelle.Dia telah berkahwin selama 6 tahun bersama suami tercintanya.Orangnya cantik,tinggi dan kurus.Kemana sahaja kepergiannya pasti dikenali sebagai isteri Sir Fikri.Seorang usahawan berjaya,dia amat dikenali dengan sikap keyakinan yang tinggi dan juga keegoaannya.Sedang Rose menyisir rambut anak perempuannya itu,dia didatangi Fikri yang tiba-tiba memeluknya dari arah belakang.Terhinjut sedikit bahu Rose apabila diterjah begitu.

"Ishh Bie ni..nakal tau..suka buat sayang macam ni".ucapnya manja.Fikri hanya mengukir senyuman nakal di bibir.

"Alaa..nak manja-manja dengan wife Bie pun tak boleh ke ?".soal Fikri lembut.

"Tapi jangan lah sampai terperanjatkan macam tu sekali".ujar Rose yang membuat muka merajuk.

"Apa lah daddy ni..suka buat mama tau".ujar Qhaira yang tiba-tiba menyampuk perbualan ayah dan ibunya.

"Ehh salah ke daddy nak peluk mama ?".soal Fikri kepada anak perempuannya yang masih kecil tetapi petah berkata-kata walaupun dengan ayatnya yang pelat.

"Nanti mama sakit macam mana ?".soal Qhaira lagi.

"Ehh nak sakit kenapa ?".soal Fikri kembali kepada Qhaira.

"Yelah..daddy asyik peluk mama je ? Bila nak peluk Qhaira ?".soal Qhaira dengan membuat wajah manja.

"Meh sini daddy dukung..kita turun breakfast dengan tok mummy dengan tok daddy okay ?".ajak Fikri.Terus dia mendukung anak perempuannya itu dan memimpin tangan isteri tercintanya itu.

"Yeayy breakfast together".sorak Qhaira riang gembira.Mereka bertiga menaiki lif yang tersedia di tingkat atas untuk menuju terus ke ruang dapur.Rumah agam Dato Paduka Hilman dan Datin Paduka Zarina memang tersedia dengan lif dan tangga elektrik.Mereka memudahkan urusan ahli keluarga dan pekerja yang berada di dalam rumah itu untuk menaiki ke tingkat atas dan menuruni tingkat bawah.

Sesampai sahaja di tingkat bawah,mereka bertiga menuju ke ruangan bilik makan yang disediakan khas oleh Dato Hilman buat ahli keluarga bersantapan.Akhirnya mereka tiba di pintu masuk bilik tersebut dan menuju ke arah meja makan.

Rose membuat wajah membenci dan tidak suka terhadap dua orang tetamu yang turut berada di meja makan tersebut.Manakala,Fikri terkedu dan dadanya jadi berdebar di saat dia melihat wajah yang sedang memandangnya dengan pandangan yang sayu.

"Aunty".panggil Qhaira mesra kepada tetamu yang sedang memandang mereka bertiga.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pada sebelah petang,Hasya dan Zehra barulah menjejakkan kaki pulang ke rumah mereka.Sebaik sahaja pintu dibuka,Hasya menghayun laju langkahnya menuju ke biliknya.Manakala,Zehra terus menuju ke arah dapur untuk mengambil minuman buat dirinya.Sesampai sahaja di dapur,dia terus membuka peti sejuk dan mengambil air oren yang sudah sedia dibancuh oleh Hasya beberapa hari lepas dan dituang di dalam gelas lalu diteguknya satu nafas untuk menghilangkan rasa dahaganya sehingga membuatkan tekaknya rasa kering.

"Minum tak reti ajak ?".sindir Hasya yang baru sahaja turun daripada tingkat atas dan menuju ke dapur untuk membuat perkara yang sama seperti Zehra.

"Tadi kau yang naik dulu kan ? So salah aku ke ?".balas Zehra bersahaja.

"Aku cakap je pun..tak perlu nak terasa sangat lah..menyampah".ucap Hasya mengejek sahabatnya itu.

"Hasya".panggil Zehra berbisik.

"Kau ingat tak ? Kejadian tadi dekat rumah Dato ?".soal Zehra tiba-tiba.Hampir tersembur Hasya dibuatnya.Mana tidaknya,sahabatnya itu saja ingin mengungkit kejadian siang tadi dihadapannya.

"Kau ni dah kenapa ? Aku tanya pun nak tersembur ke ?".soal Zehra menyampah.

"Mana aku tak tesembur ? Kau punya soalan kalah soalan periksa..banyak-banyak soalan yang kau boleh tanya..soalan tu juga yang kau berkenan nak ajukan ehh ?".kutuk Hasya terhadap rakannya itu.Zehra mengerling sekilas kepada Hasya.

"Kau nampak kan muka Fikri macam mana ? Bila aku senyum dekat dia ? Cuma....".kata-kata Zehra terhenti.Dia menarik kerusi yang berdekatan dengan meja makan lalu duduk di kerusi itu.Diikuti Hasya jua.

"Cuma apa ?".soal Hasya.Suaranya mula kendur daripada riuh rendah tadi.

"Cuma Rose je nampak tak suka dengan kedatangan aku".ucap Zehra sayu.Dia tertunduk memandang lantai dapur.

"Kedatangan kita".ucap Hasya sambil mengenggam tangan sahabatnya itu.Dia tidak akan benarkan Zehra bersedih bersendirian.Dia akan turut bersama dengan Zehra Amanda walau apa pun yang terjadi.

"Terima kasih Hasya".ucap Zehra sayu.

"Sama-sama sahabat".ucap Hasya kembali.Mereka berpelukan bersama.Akhirnya bahu Hasya menjadi tempat untuk Zehra Amanda melepaskan rasa dihati.Tangisan yang kuat mengiringi suasana dapur yang kuat.Itulah Zehra Amanda,jika ada sesuatu yang terbuku di hatinya.Bahu Hasya lah tempat dia melepaskan rasa.

"Sabar manja..aku ada sentiasa ada bersama kau..susah senang kau..aku ada dekat belakang,sisi dan depan kau..jangan mengalah..sebab aku tak jumpa lagi wanita yang kuat macam kau".ucap Hasya.Airmatanya juga turut mengalir.

"Aku sayang kau tau".ucap Hasya lagi.Dia memeluk Zehra erat.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Bulan dan bintang sedang berkelipan di langit.Nia yang sedang duduk termenung di beranda bilik tidurnya di hulur secawan kopi panas oleh suaminya Raziq Khaer.Dia memandang wajah kacak Raziq dan mengambil huluran suaminya itu.Raziq tersenyum dan mengeyitkan matanya kepada Nia.Nia menjuihkan bibirnya.

"Sayang ingat sayang tu handsome sangat ke ?".soal Nia mengejek.

"Kalau tak handsome,sayang takkan terima pinangan Raziq kan ?".soal Raziq dengan penuh keyakinan.

"Eee..perasan lah sayang ni..mengada-ngada betul".kutuk Nia terhadap suaminya.

"Hahaha..suka sayang lah yang penting Raziq ikhlas dengan sayang".ucap Raziq romantis.

"Nia nak tanya sayang sikit boleh ?".soal Nia meminta izin suaminya untuk bertanyakan soalan.

"Boleh tapi kena bayar".ujar Raziq menyakat isterinya.

"Ishh orang nak tanya betul-betul ni..sayang ni bergurau pulak ?".rungut Nia manja.

"Okay-okay sorry..haa tanyalah sayang nak tanya Raziq apa ?".soal Raziq yang mula serius dengan permintaan isterinya itu.

"Bila abang Fik nak bertanggungjawab pada kak manja ?".soal Nia tiba-tiba.Terkedu Raziq dengan pertanyaan isterinya itu.

"Kenapa sayang tanya benda ni dekat Raziq ?".soal Raziq pelik.

"Sebab itu kan abang sayang bukan abang Nia".jujur Nia dengan nada menyampah.

"Ia Raziq tahu..tapi itu masalah mereka..kita tak perlu masuk campur".jelas Raziq kepada isterinya.

"Habis dia boleh lah suka-suka nak permainkan hati kak manja ? Macam tu ?".soal Nia bertubi-tubi.

"Bukan macam tu sayang..maksud Raziq..inikan masalah rumahtangga orang kita tak boleh suka-suka masuk campur tahu ?".ujar Raziq lembut.

"Nia tahu sayang..tapi itu kakak Nia..takkan Nia nak tengok hidup kakak Nia menderita macam tu..sampai bila ? Sampai akhir hayat dia ke ?".soal Nia agak keras suaranya kerana terlalu mengikut perasaan.

"Okay sayang relaks..jangan marah-marah macam ni".pujuk Raziq kepada isterinya.Nia memegang kedua belah bahu Nia dan mengusap-usap lembut.

"Kita boleh hidup bahagia..Iris boleh hidup bahagia..takkan lah takda peluang kecil untuk kak manja berbahagia ? Kenapa dia perlu diseksa ?".soal Nia dalam tangisan yang mula lebat.Dia menghamburkan tangisnya di dada bidang suaminya Raziq.

"Kita tak boleh masuk campur sayang..tapi kita boleh kirimkan doa untuk mereka berdua".ucap Raziq lembut dan sayu.Dia memeluk erat tubuh isterinya.Pelukan bersama suami tercinta amat memberi ketenangan kepada Nia Amanda.

Share this novel

Madinah
2023-11-29 11:37:37 

y. b b. jhg,,, of

MommyZahra
2020-08-27 14:48:37 

best sangat


NovelPlus Premium

The best ads free experience