NZ (41)

Drama Completed 72971

Sudah satu minggu Tuan Zahin tidak ke pejabat kerana menyelesaikan urusan isterinya yang akan bersalin tidak lama lagi.Tetapi pada hari ini , dia ke pejabat membawa isterinya bersama.Diatas permintaan isterinya manja itu , dia akurkan untuk memberi peluang isterinya bekerja selama satu hari.Tetapi hanya menyelesaikan urusan pejabat sahaja.Dia tidak mahu isterinya itu tertekan.Langkah mereka diatur bersama , sesampai sahaja di hadapan pintu lif , butang ditekan.Mereka memasuki perut lif dan menuju ke tingkat atas.Sesampai sahaja mereka di tingkat yang ingin dituju , Tuan Zahin terus membawa isterinya Zehra Amanda ke bilik kerja.Pintu dibuka dan disambut oleh Fikri Hakim sebagai penyambut kedatangan isteri rakan kongsinya itu.Sewaktu melihat wajah Zehra , hatinya bertarung sendirian kerana rasa pedih dan sakit dengan apa yang menimpa wanita itu tanpa pengetahuannya sendiri.

“Sayang , selamat bekerja and jangan nakal.” pesan Tuan Zahin bergurau kepada isterinya.

“Ya abang sayang tahu nak jaga diri , abang tu pun jaga diri juga.” pesan Zehra manja.Fikri yang berada di situ hanya mendiamkan diri apabila melihat drama yang sedang dilakukan Tuan Zahin di hadapan isterinya.

“Nanti kalau sayang bosan , sayang pergi sajalah bilik abang.” jelas Tuan Zahin kepada isterinya.Zehra hanya mengangguk.Tuan Zahin keluar dari bilik tersebut dan meninggalkan Fikri dan Zehra berdua.Zehra memandang Fikri yang sedang berdiri tegak dengan gayanya tangan di dalam poket seluar.

“Awak taknak keluar ke ?.” soal Zehra lembut.

“Awak nak halau saya ke ?.” soal Fikri selamba.

“Saya tak kejam sebab nak halau orang.” ujar Zehra mempertahankan dirinya.

“Awak jangan risau , saya pun tak mahu duduk dalam bilik ni dengan isteri orang , saya tahu batas saya.” jelas Fikri merendah diri.Zehra terpaku dengan kata-kata lelaki itu.

“Saya keluar dulu.” ujar Fikri kepada Zehra Amanda.Pemergian lelaki itu hanya dihantar dengan pandangan yang sayu.Entah mengapa hatinya berat untuk melepaskan Fikri pergi.Selepas tidak lama Fikri keluar , Amylia mula menyusul masuk ke dalam bilik tersebut.Dia tersenyum nipis kepada Zehra.

“Puan dah mula bekerja semula ke ?.” soal Amylia mesra.

“Taklah , Tuan Zahin bagi saya kerja satu hari saja sebab dia tak mahu saya bekerja penat-penat.” jelas Zehra kepada wanita itu.Amylia tersenyum hambar.

“Untung Puan dapat Tuan Zahin , sayangkan Puan sampai tak bagi Puan bekerja.” ujar Amylia agak mengejek.

“Tuan Zahin tu memang lelaki yang baik , saya tak sangka dapat suami macam tu , sejak saya mengandung ni , segala kerenah saya dia layan dengan baik.” ucap Zehra lembut.

“Kan bagus kalau Tuan Zahin jadi milik saya , saya ni takda siapa nak hargai.” jelas Amylia dengan makna yang mendalam.Zehra tersenyum pahit apabila mendengar penyataan pembantu peribadinya itu.

“Tapi takdir dah menentukan segalanya.” balas Zehra lembut dan tenang.

“Takpalah Puan , kalau ada apa-apa boleh saja Puan panggil saya ya.” jelas Amylia dan terus meluru keluar.Zehra menarik kerusi dan duduk.

“Haih , nilah perempuan zaman sekarang , kalau bercakap pasal lelaki sanpai takda rasa malu.Yang dia bercakap tu laki aku.” bebel Zehra sendirian.

Fikri pada petang sudah menjadi kebiasaannya untuk menenangkan akal fikirannya di sebuah tasik Taman Merdeka.Sedang dia duduk di atas batu yang telah menjadi perhiasan sepanjang laluan penjalan kaki di tasik itu , tiba-tiba ada tangan yang mencuit bahunya.Wajah ditoleh ke arah kanan.Alangkah , terkejutnya Fikri apabila melihat Zehra yang berada di belakangnya dengan wajah yang manis dan menyeringai.

“Zehra , awak buat apa dekat sini ?.” soal Fikri terkejut.

“Cari ketenangan.” jawab Zehra selamba dan tenang.

“Tapi kenapa datang sini ?.” soal Fikri seperti kurang selesa akan kedatangan wanita itu.

“Nama taman ni , Taman Merdeka bukan Taman Fikri.” sindir Zehra secara terang-terangan.Terkedu Fikri.Pandangan dibuang ke arah tasik kembali.Dalam air tasik itu direnungnya tanpa menghiraukan wanita di sebelahnya.

“Awak ada masalah ke ? Kalau ada share dengan saya.” jelas Zehra yang cuba mengambil berat.

“Sejak bila awak ambil alih jawatan pakar kaunseling dekat Johor Corporation ?.” soal Fikri menyindir.Zehra tertawa dengan gelagat dan lawak yang dibuat Fikri itu.Fikri menoleh ke arah Zehra Amanda.Tanpa dia sedar bibirnya menguntum senyuman apabila melihat wanita itu tertawa.

“Yang awak senyum tengok saya ketawa dah kenapa ?.” soal Zehra yang masih di dalam sisa tawanya.

“Saya suka tengok awak gembira macam ni.” luah Fikri tentang apa yang dia rasa.

“Mestilah , saya dah banyak kali ditimpa ujian , tapi kalini allah betul-betul beri saya kebahagiaan.” jelas Zehra yang menceritakan kebahagiaannya bersama Tuan Zahin kepada Fikri.

“Awak betul-betul bahagia dengan dia ?.” soal Fikri yang memaksudkan Tuan Zahin.Tetapi pada riak wajahnya teserlah riak wajah sayu kerana kasihani akan wanita itu kerana ditipu buta-buta oleh suaminya.

“Saya terlalu bahagia.” jelas Zehra kepada Fikri.Wajahnya menekur ke arah batu yang menjadi perhiasan tempat pejalan kaki di tasik itu.

“Awak macam sedih saja Fikri ?.” soal Zehra yang agak perasan akan perubahan lelaki itu.Fikri segera mencari emosinya kembali dan memandang wajah Zehra dengan senyuman.

“Kenapa Zahin tak ikut sekali ?.” soal Fikri yang cuba mengubah topik perbualan dan pertanyaan.

“Entah , dia kata ada kerja.” jelas Zehra kepada Fikri tenang.

“Awak tak tanya ke mana dia pergi ?.” soal Fikri tiba-tiba.Soalannya itu amat mengejutkan Zehra Amanda.

“Kenapa saya perlu tanya macam tu ? Dia pergi bekerja bukannya berjoli.” jelas Zehra dingin.

“Zehra , saya bukan nak buat awak marah , tapi awak perlu kenal suami awak tu , saya taknak rumahtangga awak hancur sebab orang ketiga.” ujar Fikri panjang.Dia bagai mahu menyatakan sesuatu tetapi dia tidak berjaya kerana takut apa-apa akan jadi pada Zehra jika tahu perkara sebenar.Jadi dia terpaksa menggunakan bahasa kiasan.

“Saya dah kenal suami saya dari sebelum dia kahwin lagi , jadi awak tak perlu nak suruh saya kenal dia , awak sebagai kawan baik pun mesti lebih kenal dia daripada saya , jadi jangan cuba untuk menburukkan suami saya.” ujar Zehra tegas.Suaranya bergetar kerana menahan rasa marah.

“Zehra saya minta maaf kalau buat awak rasa marah , tapi percayalah apa yang saya cuba sampaikan ni akan terbongkar satu hari nanti.” jelas Fikri sayu.

“Cukup Fikri ! Cukup.Saya nak balik.” dingin sahaja nadanya bertutur dengan Fikri Hakim.

“Zehra awak balik nak naik apa ? Saya tahu awak tak boleh drive.” jelas Fikri.

“Izinkan saya hantarkan awak balik Zehra.” ucap Fikri sayu.

“Saya tak mahu suami saya salah faham , please jangan paksa saya.” ucap Zehra dingin.

“Untuk masa sekarang ni , awak perlu fikir tentang diri awak selain dari suami awak , saya tahu awak memang seorang isteri yang baik , tapi tolong fikir keselamatan diri awak juga ?.” pinta Fikri lemah.Akhirnya Zehra bersetuju dengan apa yang ingin dilakukan oleh Fikri untuknya.Sepanjang perjalanan pulang , dia hanya mendiamkan diri sahaja.

“Awak marahkan saya ke Zehra ?.” soal Fikri sayu.

“Tak.” jelas Zehra ringkas dan mendatar.

“Takpa , saya faham kalau awak marahkan saya.” ucap Fikri sayu.

“Tolong cepat sikit , saya nak balik.” arah Zehra mendatar.Dia sudah rasa kurang selesa untuk berduaan dengan Fikri di dalam kereta.Pedal minyak mula ditekan kedalam supaya kereta meluncur lebih laju.Mereka selamat sampai di hadapan rumah , Zehra tidak berkata apa dan terus keluar dari isi perut kereta.Fikri hanya memandang sepi ke arah wanita itu sehingga dari pandangan matanya.Dia mengeluh kecil.Keretanya mula bergerak dan menuju pulang ke rumah.

Zehra baru sahaja lepas menunaikan solat maghrib , sementara dia ingin menunggu fardhu isyak.Al-quran dibaca terlebih dahulu , Zehra mula mengaji dan mengalunkan ayat-ayat suci dengan suara yang sungguh lunak.Tiba-tiba sedang dia membaca , pintu bilik dikuak dan terserlah wajah penat suaminya Tuan Zahin.Dia tersenyum memandang wajah itu , dia menghabiskan beberapa rangkap ayat suci kemudian dia mengakhiri bacaannya.Tuan Zahin duduk di atas katil tetapi berada di sisi isterinya yang duduk bersila di atas kain sajadah itu.

“Abang penat ?.” soal Zehra lembut kepada suaminya.

“Penat jugaklah.” jelas Tuan Zahin lemah.

“Abang nak air ?.” soal Zehra kepada suaminya.

“Tak , abang nak sayang saja.” ujar Tuan Zahin bernada nakal.

“Jangan macam-macam ya abang , sayang sekejap lagi nak solat dan masih lagi dalam wudhuk.” jelas Zehra memberi amaran.Tetapi tidak dihiraukan Tuan Zahin , dia terus mendekati isterinya.Zehra menjarakkan sedikit tubuhnya kerana elak daripada bersentuhan.

“Abang , sayang masih dalam wudhuk lagi.” jelas Zehra yang agak kurang selesa.

“Nanti boleh ambil wudhuk lagi sayang.” ujar Tuan Zahin dengan nada yang lembut dan menggoda.

“Abang please.” pinta Zehra sayu.

“Sayang… .” seru Tuan Zahin menggoda.Pantas sahaja tangannya sudah berada di belakang kepala isterinya untuk membuka ikatan telekung yang tersarung di kepala wanita itu.Tanpa berlengah , tubuh Zehra dicempung dan dibawa ke katil.Hendak melawan , tiada kudratnya sebagai seorang isteri.Dia hanya terpaksa merelakan.Buat pertama kalinya juga saat bersetubuh dengan suami , airmatanya mengalir kerana tidak rela.

“Abang sayangkan sayang.” ucap Tuan Zahin lembut dan sayu.

“Sayang pun.” balas Zehra kembali.Perlahan-lahan dia menenangkan hatinya supaya menerima kejadian ini dengan redha.

“Izinkan abang.” ucap Tuan Zahin dengan nada yang berbisik.Zehra terus memejamkan mata.Hampir setengah jam mereka bersama.Akhirnya , Zehra berjaya lepaskan diri dari kemahuan nafsu suaminya.Perlahan-lahan dia bangun dan bersandar di kepala katil.Tuan Zahin juga turut membuat perkara yang sama dan dia tidak hiraukan tentang hati dan perasaan isterinya.Hati Zehra menjadi sakit , dia kecewa dengan sikap pentingkan diri suaminya.

“Abang semenjak kebelakangan ni dah berubah banyak benda , kenapa ? Abang dah bosan dengan sayang ke ? Kita baru saja kahwin beberapa bulan ? Setahun pun belum.” jelas Zehra sayu.

“Kalau bosan , takdalah abang minta benda tadi tu.” jelas Tuan Zahin bersahaja.Tetapi matanya masih tertancap pada skrin telefon.Zehra mengeluh lagi.Baru sahaja dia berniat untuk turun dari katil , tetapi ditahan oleh suaminya.Tangan Zehra digenggam.

“Kenapa ?.” soal Zehra kepada suaminya.

“Jangan besarkan hal ni , benda yang kita boleh bincang kita bincangkan , abang tak mahu kita bergaduh pasal perkara yang tak menentu.” ujar Tuan Zahin tenang.Kemudian , tangan isterinya dilepaskan.

“Abang yang berubah , Zehra tak tahu kenapa sikap abang sekarang lain , orang lelaki yang berubah ni , ada dua sebab saja.Yang pertama sebab dia dah bosan dengan pasangan hidup.Yang kedua sebab dia dah ada perempuan lain belakang pasangan hidup dia.” ujar Zehra selamba dan tenang.

“Kenapa sayang cakap abang macam tu ?.” dingin Tuan Zahin bertanya.Sensitif betul dia terhadap soalan begitu.

“Janganlah marah , sayang cakap saja , kalau abang marah maksudnya antara salah satu tu memang betul-betul berlaku.” ucap Zehra tenang dan sungguh mendalam kata-katanya.Tuan Zahin rasa tercabar dengan kata-kata isterinya itu.Dia bangun dari katil , dan berluru ke arah Zehra yang sedang menyusun kain sajadah dan telekungnya.Dia berdiri tepat di belakang isterinya.

“ZEHRA AMANDA !.” jerit Tuan Zahin seoktaf.Terhinjut bahu isterinya itu.Kerana suaranya boleh membuatkan seisi rumah yang sedang tidur bangun dari tidur mereka.

“Abang ni dah kenapa nak menjerit ?.” soal Zehra pelik kepada suaminya dengan wajah yang sedikit berkerut.

“Kalau awak rasa ada perkara yang abang buat awak tak puas hati , tolong cakap dengan abang baik-baik bukan menyindir dengan cara halus.” jelas Tuan Zahin dingin dan tegas.

“Saya pun cakap saja kan ? Bukan saya kurang ajar dengan abang pun , yang abang tiba-tiba nak marah kenapa ? Sebelum ni tak macam ni pun ?.” soal Zehra yang mula agak dingin.

“Sebab awak dah melampaui tahap awak sebagai seorang isteri , saya cakap baik-baik awak tak mahu dengar.” jelas Tuan Zahin tegas.

“Saya tanya macam tu pun dah lebih dari tahap saya sebagai seorang isteri ? Abang , kalau orang tak buat salah , dia akan biar saja orang lain cakap tentang diri dia , tapi kalau bagi yang bersalah , dia akan melenting tak tentu pasal ! Abang ada buat salah ke ?.” soal Zehra dengan geram dan agak tinggi nadanya serta mata yang membutang ke arah suaminya.

PANG !.

follow acc FY dekat NP untuk dapat noti setiap kali FY update.. and follow acc IG jugak untul tengok watak2.. IG : fatimahyusof_np

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience