NZ (47 )

Drama Completed 72971

Dua tahun sudah berlalu segala keperitan hidup yang dialami Zehra Amanda.Dia kini sudah selamat menjadi isteri kepada Fikri Hakim.Cinta mereka semakin mekar berkembang.Fikri membuatnya jatuh cinta setiap hari.Kini hidupnya lebih baik dan lebih bahagia dari kehidupannya sebelum ini.Anak yang dikandung Zehra Amanda hasil perkahwinannya bersama Tuan Zahin Aqbar telah meninggal dunia akibat lemas semasa berada di dalam kandungan Zehra Amanda.Walaupun anak itu adalah hasil daripada hubungan bersama lelaki yang telah mengkhianati cintanya , tetapi hati seorang ibu itu tetap dimiliki oleh Zehra Amanda.

2 TAHUN YANG LEPAS...

Doktor berjalan mendekati katil.Dia memandang ke arah Fikri yang sedang menekur lantai.Zehra juga turut membuat perkara yang sama.Anak yang dilahirkan sebentar tadi tidak bersamanya.

“Puan , saya minta maaf kerana tak dapat menyelamatkan nyawa anak puan.Bayi tersebut sudah lemas hampir 1 jam di dalam perut sebelum puan rasa sakit.Walaupun puan bersalin dalam keadaan normal tetapi anak puan tetap sudah tiada dari dalam perut lagi.” jelas Doktor tersebut kepada Zehra Amanda.Tersentak dadanya , jantungnya bergerak dengan begitu laju kerana terkejut.Fikri yang berada di sisi cuba menenangkan wanita itu.

“Kenapa jadi macam tu doktor ?.” soal Zehra bergetar suaranya dan ia memberanikan diri.

“Walaupun puan sakit seperti biasa , air ketuban puan sudah pecah terlebih dahulu tanpa puan sedar , selepas tidak lama kemudian baru puan rasa sakit , tetapi anak itu sudah mula lemas terlebih dahulu dan salah satu sebab besarnya , perjalanan puan ke hospital agak lama jadi kami tidak dapat menyelamatkan anak puan.” jelas Doktor tersebut.Airmata Zehra Amanda gugur.Luruh hatinya apabila anak yang dikandung 8 bulan lebih itu meninggal akibat lemas di dalam perutnya.Fikri yang berada di sebelah hanya mampu menenangkan Zehra Amanda.

“Fikri kenapa allah uji saya dengan dugaan yang berat macam ini ?.” soal Zehra dalam tangisan.

“Kenapa ? Kenapa saya yang mesti diuji seberat ini.Saya tak layak untuk merasakan kebahagiaan ke ? Saya memang akan dapat sebuah kasih sayang yang tidak berkekalan ke ?.” ucapnya dalam tangisan yang lebat.

“Saya tahu apa perasaan awak sekarang ni , tapi awak tak boleh pertikaikan takdir allah , jika ini takdir awak.Awak perlu menerimanya.” jelas Fikri tenang.

“Saya minta diri dulu ya puan.” jelas Doktor tersebut kepada Zehra.Kemudian Doktor itu berlalu pergi.

“Sayang , jangan menangis macam ni , saya ada.Awak akan bahagia lepas ni , saya janji.Awak kena terima semua yang berlaku ni.Pasti ada hikmah disebaliknya.” ucap Fikri tenang dan lembut.

“Saya rasa hidup dan dunia saya dah tak bercahaya lagi Fikri.” ucap Zehra dalam tangisan yang semakin reda.

“Awak tak boleh macam ni , awak kena kuat.Saya sentiasa ada dengan awak.Jangan pernah rasa awak dah kehilangan semua benda dalam dunia ni.Orang sekeliling awak lagi tidak kuat kalau mereka kehilangan awak sayang.Termasuklah saya.” ucap Fikri.Terpana Zehra dengan ayat Fikri itu.

“Tolong jangan lemah , saya dan keluarga awak always ada di sisi.” ucap Fikri lagi.Zehra menyeka airmatanya.Tangan Fikri diraih.Terkedu Fikri.

“Terima kasih sebab selalu ada dengan saya.Saya hargai semua jasa awak.Saya tak tahu nak balas macam mana ?.” jelas Zehra lembut dan agak sebak nadanya.

“Be my wife.” jelas Fikri selamba.Terbutang mata Zehra dengan jawapan Fikri Hakim itu.

DUA TAHUN KEMUDIAN...

Zehra sedang berbaring di ruang tamu rumah agam Dato Hilman dan Datin Zarina.Dia tinggal seorang diri di rumah itu pada hari ini.Dato Hilman dan isterinya berangkat ke luar negara pagi tadi.Mereka membawa penbantu rumah mereka sekali.Manakala Fikri pula , akan pulang dari luar negeri pada bila-bila masa sahaja hari ini.Sedang dia duduk berbaring di atas sofa.Tiba-tiba Qhaira datang ke arahnya dengan wajah yang cemberut.

“Kenapa anak mummy ni ?.” soal Zehra manja kepada anak perempuannya itu.Qhaira terus berbaring di sisi ibunya.

“Qhaira tak boleh tidur dekat atas.Qhaira nak tidur dengan mummy boleh ?.” soal Qhaira lembut dan manja.Zehra membetulkan pembaringannya dan memeluk anaknya itu dari sisi dalam keadaan baring mengereng.

“Boleh sayang , tapi kalau daddy balik nak tidur mana ?.” soal Zehra sengaja mengumpan anak perempuannya itu.

“Suruh daddy tidur luar !.” balas Qhaira selamba.Terkejut Zehra dengan jawapan Qhaira itu.

“Kenapa daddy kena tidur luar pula ?.” soal Zehra pelik.

“Sebab daddy tinggalkan Qhaira macam tu saja , tak beritahu pun yang daddy nak outsation.” jelas anak kecil itu dengan wajah yang sayu.Dia memeluk Zehra Amanda erat.

“Masa daddy nak pergi outsation tu kan Qhaira sekolah ? Macam mana Qhaira nak jumpa daddy ? Daddy pun nak cepat sangat masa tu.” jelas Zehra lembut dan mengucup ubun-ubun anak gadisnya itu.

“Qhaira tak mahu kawan daddy , nak kawan mummy saja.” jelas Qhaira yang tegas dengan kata-katanya.Sedang mereka berbual bersama , bunyi enjin kenderaan masuk ke perkarangan rumah agam Dato Hilman dan Datin Zarina.

“Haa , bunyi kereta lah ? Jangan-jangan daddy dah balik agaknya.Jom teman mummy sambut daddy dekat luar ?.” ajak Zehra kepada anak gadisnya yang merajuk itu.Qhaira hanya menurut sahaja ajakan ibunya itu walaupun dia tiada hati untuk bertemu dengan ayahnya.Mereka sudah berdiri di hadapan laman rumah dan menanti Fikri yang bakal keluar dari isi perut kereta itu.Qhaira memandang sepi ke arah cermin hadapan kereta yang menampakkan ayahnya sedang mengemas barang-barangnya untuk dibawa keluar.Fikri mula membuka pintu kereta dan keluar dari isi perut kereta.Dia tersenyum apabila melihat wajah anak dan isterinya.Dia berjalan mendekati mereka berdua.

“Hai sayang.” ucap Fikri lalu mengucup dahi Zehra Amanda.

“Hai abang.” balas Zehra manja.Dia menyambut tangan suaminya lalu dikucup lembut.Kemudian wajah Fikri berkerut apabila memandang wajah anak perempuannya yang cemberut dan berpeluk tubuh itu.

“Kenapa dengan sayang daddy ni ?.” soal Fikri menyakat.

“Sebab daddy tak jumpa dia masa daddy nak pergi outstation haritu.” jelas Zehra dengan agak kuat suaranya.

“Ohh sebab tu.So , merajuk dengan daddy lah ni ?.” soal Fikri sengaja.

“Yes !.” balas Qhaira tegas tetapi dalam nada yang lembut.

“Macam mana daddy nak pujuk ?.” soal Fikri mengada.

“Daddy tak boleh tidur dengan mummy.” jelas Qhaira selamba.Terus berdiri tegak Fikri dibuatnya.Wajah yang serius menikam anak mata Zehra Amanda.Isterinya sudah menekup mulut mentertawakannnya.

“Apa ni sayang ? Habis sayang setuju ?.” soal Fikri lagi.Dia tidap berpuas hati selagi tidak menerima jawapan daripada Zehra Amanda.

“Yes !.” balas Zehra nakal mengenakan suaminya.Fikri terus mengambil segala barangnya dan memasuki rumah.Zehra sudah memecahkan tawanya.

“Suka ?.” soal Zehra selamba kepada Qhaira.

“Suka.” jawab Qhaira selamba.Zehra mencuit batang hidung anak perempuannya itu lalu digenggam tangan Qhaira erat dan dibawa masuk ke dalam rumah.Sebaik mereka melanngkah masuk , kelibat Fikri tidak kelihatan.Kemudian dia melangkah ke anak tangga dan menuju ke tingkat atas bersama Qhaira.Sesampai sahaja mereka di hadapan pintu bilik.Zehra telah menguak pintu dan terpampang lah sekujur tubuh yang telah lena di atas katilnya.

“Alaa sayang , daddy dah tidur.” ucap Zehra sedikit kecewa nadanya.Qhaira tersenyum sinis.

“Mummy percaya ke daddy dah tidur ?.” soal Qhaira selamba.

“Ehh kenapa Qhaira tanya macam tu ?.” soal Zehra pelik.Berkerut dahi Zehra dengan soalan anaknya itu.Qhaira tidak berkata-kata lagi , dia berjalan menuju ke katil dan berdiri di hadapan kaki ayahnya yang berbaring memanjang itu.Tapak kaki digeletek Qhaira.Melompat Fikri bangun dan terduduk di atas katil.Qhaira menayang giginya yang putih bersih itu.

“Mummy sorang saja yang kena tipu dengan daddy.” ucap Qhaira nakal.Kemudian , tawanya pecah memenuhi ruangan bilik.

“Qhaira !.” herdik Fikri.Tetapi makin besar tawa anak gadisnya itu.Dia berlari dan peluk Zehra.Sewaktu memeluk itu , pelanggaran berlaku di bahagian abdomen Zehra.Dia terasa sakit.

“Sayang , okay tak ?.” soal Fikri yang sudah melompat berdiri dan berlari ke arah Zehra Amanda.Dia mendapatkan isterinya.

“Qhaira , kenapa buat mummy macam tu ?.” soal Fikri sedikit tegas.Qhaira sudah cuak dan mukanya seakan mahu menghamburkan tangis.Segera Zehra memeluk Qhaira.

“Abang , anak bukan tahu pun.Janganlah marah dia macam tu , takpa Zehra okay saja.” jelas Zehra kepada suaminya dan seakan dia memujuk anak gadisnya itu.

“Daddy minta maaf okay.” ucap Fikri dalam keluhan kecil.Qhaira beralih pelukan kepada Fikri pula.Dia memeluk ayahnya pula.Fikri menyambut pelukan anaknya itu dengan lembut dan erat.

“Dia Cuma ada abang saja sekarang ni , sayang tak melahirkan dia.Jadi setakat perkara kecil tu kita masih boleh bentuk dia.Tak perlu nak marah.” jelas Zehra kepada suaminya.Pelukan Qhaira dan ayahnya dilepaskan.

“Daddy hantar Qhaira masuk bilik boleh ?.” pinta Qhaira manja.

“Boleh sayang.” ucap Fikri lembut.Dia terus meraih tangan anak gadisnya itu dan menuju ke arah bilik tidur Qhaira yang terletak beberapa langkah dari bilik tidur mereka.Selesai dia memastikan Qhaira sudah berbaring di atas katil.Lampu ditutup dan ucapan selamat malam dibuat.Dia berlalu untuk pulang ke biliknya semula.Zehra masih tercegat menunggu suaminya di muka pintu bilik.Wajahnya terukir senyum.Fikri menarik lengan isterinya dan melangkah masuk ke dalam bilik.

“Sayang dengan baby okay tak ?.” soal Fikri kepada isterinya.

“Okay abang , lagipun kandungan sayang ni baru lagi kan ?.” jelas Zehra kepada suaminya.Dia duduk di hujung katil.

“Abang tahu , tapi sayang kena lebih hati-hati sebab baru.” jelas Fikri kepada isterinya.

“I miss you so much.” ucap Zehra yang dari semenjak tadi dia asyik menilik seluruh wajah suaminya itu.

“Apa yang sayang tengok muka abang ni ?.” soal Fikri lembut.

“Handsome sangat.” ucap Zehra mengada.Fikri tertawa kecil dengan penyataan isterinya itu.

“Takpa , doa seorang ibu tu kan termakbul.Jadi sayang doalah kalau anak tu lahir nanti biar muka dia macam muka abang.” jelas Fikri tenang dan selamba.Zehra membuat wajah cemberut.

“Tak mahulah muka macam muka abang.” jelas Zehra.Fikri berkerut dahi.

“Kenapa pula ?.” soal Fikri pelik.

“Sebab nanti kalau sakit hati dengan abang takdalah sakit hati pandang muka anak kita ni.Kalau muka dia dah sama dengan muka abang , nanti sayang sakit hati dengan abang sayang nak pandang muka siapa ?.” soal Zehra selamba.Terpempan Fikri dengan penjelasan yang menyakiti hatinya oleh Zehra Amanda itu.Akhirnya tawanya meletus.

“Kenapalah sayang ni jujur sangat.Terkejut abang tau.” jelas Fikri dalam tawanya yang bersisa.

“Abang rindu sayang macam nak gila tahu tak ?.” jelas Fikri lembut kepada isterinya.

“Nak buat macam mana ? Abang kerja kan ? Jadi terpaksalah menahan rindu.” jelas Zehra tenang.Sedangkan dia sendiri mahu memeluk suaminya itu.

“Terima kasih sayang.” ucap Fikri tenang dan lembut.

“Terima kasih kenapa ?.” soal Zehra pelik.

“Sebab sayang tumpangkan rahim sayang sekali lagi untuk lahirkan anak abang.” jelas Fikri lembut.Dahi isterinya dikucup.Dari dahi turun kepipi dan yang terakhir bibir mereka bertaut seketika.Saat yang ditunggu-tunggu oleh Zehra Amanda.

“I love you sayang.” ucap Fikri lembut dan romantis selepas tautan bibir mereka terlepas.

“I love you too sir.” ucap Zehra kembali.Fikri tersenyum.

“Abang sayang lapar.” jelas Zehra kepada Fikri manja.

“Sayang nak makan apa ?.” soal Fikri lembut.

“Sayang nak makan abang.” ucap Zehra nakal.Terkedu Fikri dengan penyataan isterinya itu.

“Sayang , jangan macam-macam.Abang baru balik dan terasa penat belum hilang lagi walaupun dah jumpa anak dengan isteri abang.” ucap Fikri cuak.

“Alaa abang ni , takut pula.Macam tak biasa.” ujar Zehra selamba.

“Sayang , please jangan buat abang demam malam ni.” ujar Fikri lagi.Dia mula bangun berdiri di sisi isterinya.

“Abang ni kenapa ? Orang cakap jelah.Tak hairan pun kalau tak dapat malam ni.” jelas Zehra selamba.

“Nakal lah sayang ni.” ucap Fikri geram.

“Abang sayangkan sayang tak ?.” soal Zehra tiba-tiba.

“Sayang.” ucap Fikri laju.

“Kalau sayang please jangan madukan sayang lagi.” ucap Zehra tenang dan lembut.

“Kalau abang buat juga ?.” soal Fikri selamba.

“Sayang tanam abang dalam tong simen.” ucap Zehra tenang dan lembut tetapi menikam kata-katanya.

Share this novel

zuraida khairi suzali
2020-10-25 09:07:35 

apa nasib zahin dan Amy???

esther marcus
2020-10-25 00:37:54 

kesian zehra...fikri ada hati nak bermadu lg ke?nak serabutkan lg kpla otak tu ke?x bersyukur la namanya klu cr madu lg... haha


NovelPlus Premium

The best ads free experience