NZ (17)

Drama Completed 72971

Setelah beberapa jam perjalanan , mereka selamat tiba di perkarangan bangunan lama yang diduduki oleh orang-orang yang kurang berkemampuan.Kini mereka juga tergolong di dalam golongan tersebut.Fikri membawa bagnya dan Zehra Amanda menaiki tangga menuju ke tingkat atas.Zehra hanya membuntuti suaminya itu sehingga dia sampai di hadapan pintu rumah.Kunci dikeluarkan , lalu dimasukkan ke lubang kunci dan diputarkan.Pintu rumah dibuka luas.

“Assalammualaikum.” salam diberi tanda permulaan memamsuki rumah baharu.Zehra tersenyum melihat keliling rumah baharunya itu.

“Abang , cantiknya rumah baru kita ni.” jelas Zehra teruja.

“Abang pun happy , alhamdulillah kalau sayang happy , yang penting abang mampu bayar , kalau boleh dalam kehidupan baharu kita ni abang tak mahu buat apa-apa pinjaman sebab keadaan kita sekarang ni , nanti kita boleh lah menabung sikit.” jelas Fikri mesra.Dia mendekati isterinya itu.

“Terima kasih sayang sebab sudi setia dengan abang walau apa jua rintangan yang datang.” ucap Fikri romantis.Dahi isterinya itu dikucup lembut.

“Sama-sama abang , sayang harap kehidupan kita akan lebih bahagia.” ucap Zehra lembut.

“Daddy ni asyik cium mummy je.” ujar Qhaira yang berada di antara Zehra dan Fikri.Mereka berdua serentak menjengah ke pandangan bawah.Qhaira memuncungkan bibirnya.

“Alolo , anak daddy ni merajuk ke ?.” soal Fikri manja kepada anak gadisnya itu.Mana tidaknya , sepanjang perjalanan mereka , Qhaira hanya mendiamkan diri di tempat duduk penumpang di bahagian belakang.

“Daddy tak sayang Qhaira eh ?.” soal anak kecil itu.Zehra menekup mulutnya kerana agak terkejut dengan anak seusia awal empat tahun itu.

“Bukan macam tu sayang , daddy pun sayangkan mummy , so daddy kena lah cium mummy , nanti daddy sayang Qhaira pulak eh ?.” ujar Fikri menyakat anak gadisnya itu.

“Taknak kawan daddy.” ucap Qhaira merajuk.

“Ohh , taknak kawan ? Okay takpalah , daddy ada mummy.” sakat Fikri lagi.Tubuh isterinya dipeluk dari arah belakang , sambil memandang ke arah anak gadisnya itu.

“Daddy... .” jerit Qhaira manja dan meleret.Fikri sudah menghamburkan tawanya.Zehra menekup mulutnya menahan tawa melihat gelagat anak beranak itu.Dirinya terasa bahagia yang amat.

“Abang ni tak baik lah sakat anak macam tu.” jelas Zehra membela anaknya itu.

“Tak sayang daddy , sayang mummy je.” ucap Qhaira sambil menjelir lidah ke arah ayahnya itu.

“Taknak kawan sudah , nama kamu tokdah.” ejek Fikri kembali dan mengulangi perkara yang sama iaitu menjelir lidah ke arah anak gadisnya itu.

“Mummy , Qhaira lapar.” rintih Qhaira manja.Fikri dan Zehra saling berpandangan dengan wajah yang cuak.

“Sabar ya sayang , sekejap lagi daddy pergi beli makan.” ucap Zehra kepada Qhaira.

“Sayang ada nak makan apa-apa tak ?.” soal Fikri kepada isterinya.

“Cukup ke duit kita tu ?.” soal Zehra sayu.Dia tahu di dalam dompet suaminya sudah tidak banyak wang yang boleh diguna pakai.

“Ada RM 10 je.” jelas Fikri sayu.

“Takpalah abang belilah satu bungkus nasi untuk kita bertiga...nanti pandai-pandailah sayang bahagikan.” jelas Zehra tenang.

“Okay , abang keluar kejap ya.” pinta Fikri lembut.
“Hati-hati abang.” pesan Zehra kepada suaminya.

Fikri mula keluar dari rumahnya menuju ke tingkat bawah , dia berjalan menuju ke kenderaannya.Pintu kereta dibuka , lalu dia memasuki ke dalam isi perut kereta.Setelah dia menghidupkan enjin keretanya , dia melihat minyak dieselnya semakin sedikit dan tidak cukup untuk menampung perjalanan pulangnya.Fikri mengeluh perlahan , dia meraup wajahnya.Perlahan dia memusing kuncinya dan mematikan enjin kereta tersebut.Dia keluar dari isi perut kereta.Dia berfikir sejenak.Dia mula menapak perlahan menuju ke kedai makan yang agak jauh untuk membeli makanan bungkus buat anak gadisnya yang kelaparan itu.Selepas tidak lama kemudian , dia menapak kembali pulang ke rumahnya.Dia terus menuju ke tingkat atas.

“Assalammualaikum , sayang abang dah balik ni.” ucap Fikri sebaik sahaja kakinya melangkah masuk ke dalam rumah.

“Daddy... .” jerit Qhaira manja selepas dia melihat ayahnya itu sedang menapak menuju ke ruangan dapur.

“Sayang lapar ya ? Nanti mummy suapkan okay ?.” ucap Fikri kepada anak gadisnya itu.

“Alaa , Qhaira nak daddy suapkan.” rengek Qhaira manja.

“Okay-okay , daddy suapkan okay ?.” pujuk Fikri kepada Qhaira.

“Yeayy.” Sorak Qhaira riang kerana ayahnya mahu menyuapkan dia makan.Zehra yang berada di situ hanya tersenyum sahaja dengan gelagat anaknya yang seorang itu.

Datin Paduka Zarinan dan Dato Paduka Hilman , menuju ke ruang tamu untuk menghantar menantu mereka iaitu Rose Isabelle pergi dari rumah mereka itu.Keadaan Rose tidak berapa baik , dia sedang mengalami demam yang panas.Kedua-dua mertuanya itu hanya terpaksa membiarkan pemergiaannya dari rumah itu pada hari ini.

“Rose , kenapa nak keluar harini jugak ? Tunggulah sampai Rose sihat ?.” ucap Datin Zarina lembut dan agak sayu melihat keadaan menantunya itu.

“Takpalah mummy , Rose memang nak keluarkan cepat sebab Rose ada banyak urusan nak uruskan hal mahkamah mummy.” tutur Rose lembut dan lemah kerana tahap kesihatannya kini.

“Rose , wait.” panggil Dato Hilman tegas.

“Yes Dato.” balas Rose penuh hormat , dia tahu bapa mertuanya itu tidak pernah sekali menyukainya.

“Fikri masih ada rasa pada you cause dia tak tahu sikap sebenarnya you , so you jangan ingat yang you akan selamat untuk ada rasa cinta pada Fikri lagi.” jelas Dato Hilman sinis.

“It’s okay Dato , Dato boleh beritahu kepada suami saya tentang kegiatan saya diluar sana.” jelas Rose seperti orang mengalah.

“Okay , I do.” ujar Dato Hilman dengan tegas.

Rose mula melangkah keluar dari rumah agam tersebut dengan perasaan yang hiba.Dia menuju ke kenderaannya dan terus memasuki isi perut kereta tersebut.Setibanya dia di dalam kereta , tangisan mula dihamburkan , dia memerlukan seseorang untuk berada di dalam dakapan kasih sayang tetapi dia harus sedar bahawa kini tiada siapa bersama dengannya.

“Ya allah , kau berikanlah kekuatan pada aku untuk tempuhi rintangan di hari-hari yang seterusnya.”ucap Rose Isabelle dalam tangisan.

Zehra sedang membasuh pakaiannya di bilik mandi dengan cucian menggunakan tangan.Tubuhnya mula merasa sengal.Sedang dia asyik membasuh pakaian , tangan Fikri menyentuh tangannya.Fikri tersenyum ke arah isterinya itu.Zehra memandang wajah suaminya itu dengan pandangan pelik.

“Kenapa abang ?.” soal Zehra ingin tahu.

“Sayang dah penat ni layan Qhaira dari tadi , sekarang bagi abang buat kerja pulak.” jelas Fikri lembut kepada isterinya itu.

“Takpalah abang , ni kan kerja sayang , nanti abang pulak sakit-sakit badan , macam mana nak cari kerja esok ?.” soal Zehra lembut kepada suaminya pula.

“Abang okay je , sayang tu nanti sakit siapa yang susah ? Abang lepas ni kalau pergi kerja , sayang tinggal berdua saja dengan Qhaira , nanti kalau sayang tak sihat kan susah ?.” soal Fikri lagi kepada isterinya lagi.

“Sayang pergi bawa Qhaira masuk bilik and berehat dulu , nanti abang dah siapkan kerja ni , abang join sayang dengan Qhaira sekali.” ujar Fikri lalu mengeyitkan matanya kepada Zehra Amanda.

“Okay , terima kasih abang.” Ucap Zehra lalu mengambil kesempatan mengucup bibir suaminya sekilas.Fikri tersenyum dengan kerenah manja isterinya itu.

“Sama-sama sayang.” ucap Fikri setelah isterinya berlalu pergi dari bilik mandi itu.

DIa meneruskan kerja pembasuhan pakaian yang dibuat isterinya itu tadi , selepas 30 minit dia membasuh pakaian di bilik mandi dalam keadaan duduk , pinggangnya juga terasa sengal tetapi tetap di pertahankan.

“Abang , dah penat dah tu , sudah lah , nanti boleh sambung.” ujar Zehra sayu melihat suaminya yang tidak berhenti menyental daripada tadi.

“Takpa sikit saja lagi ni.” jelas Fikri seperti tiada apa-apa.
“Sayang , pergilah rehat , abang boleh buat benda ni.” ucap Fikri lembut.

“Kalau macam tu kita buat sama-sama.” ucap Zehra pula.Tanpa menunggu persetujuan suaminya dia terus menarik sebuah bangku kecil dan duduk menghadap suaminya dan tangannya terus ligat membasuh pakaian.Fikri memandang wajah isterinya dengan pandangan sayu.

“Kenapa sayang ada waktu abang susah ? Sebab abang tak pernah hadir walaupun sekali dalam kesusahan sayang.” ucap Fikri tiba-tiba.Anak mata Fikri segera dicari Zehra Amanda.

“Sebab abang sentiasa seksa jiwa sayang , walaupun terseksa dalam masa yang sama sayang tetap mahukan abang , kalau abang taknak seksa sayang lagi abang boleh dua jawapan daripada sayang.” jelas Zehra tenang tetapi sungguh mendalam.Fikri mengerutkan sedikit keningnya.

“Apa dia ?.” soal Fikri ingin tahu.

“Setia dengan sayang atau lepaskan sayang buat selama-lamanya tanpa ada rujukan semula.” ucap Zehra berani.Fikri tergamam dengan kata-kata isterinya itu.

“Kenapa sayang cakap macam ni ?.” soal Fikri pelik.

“Sebab abang suka tanya soalan yang tidak kena dengan waktunya.” jelas Zehra agak tegas kata-katanya.

Terdiam seribu bahasa Fikri dibuatnya.Tiada bantahan ataupun soalan ingin diajukan lagi.Dia kalah dengan Zehra Amanda.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience