NZ (26)

Drama Completed 72971

Pada pagi ini Tuan Zahin telah berjanji dengan Zehra Amanda yang dia akan mengambil bakal isterinya itu di rumah Zehra.Dia hampir 15 minit menunggu wanita itu , walaupun lama tetapi tetap ditunggu kerana dia amat menyantuni wanita itu.Selepas tidak lama kemudian , kelihatan Zehra sedang tergopoh gapah berlari ke arah kenderaannya.Tuan Zahin tersenyum melihat gelagat bakal isterinya itu.Senyuman tidak lekang dari bibirnya.Sesampai sahaja di dalam kereta , Zehra menghembuskan nafasnya dengan tercungap-cungap akibat berlari.Tuan Zahin sudah terlebih dahulu menekup mulutnya menahan tawa.Zehra memandang pelik ke arah lelaki itu apabila dia menekup mulut seperti menahan sesuatu untuk diletuskan.Renungan tajam diberi , tetapi tetap tidak diendahkan oleh Tuan Zahin , Zehra berasa geram dengan lelaki itu.Tiba-tiba sahaja tangannya merayap di lengan Tuan Zahin.

“Aduhh , sayang sakit lah lengan saya.” jelas Tuan Zahin sambil mengosok lengannya yang dicubit itu.

“Gatal lagi nak gelakkan orang.” rajuk Zehra dalam nada manja.Tuan Zahin melentokkan kepalanya dan memandang bakal iserinya itu dengan senyuman.

“Alahai sayang , macam mana lah saya tak jatuh cinta dengan awak ?.” soal Tuan Zahin lembut.

“Dah , tak payah mengarut , cepat bawa kereta , nanti masuk office lambat pula ?.” ujar Zehra menyindir.

“Takpa lah , saya kan boss awak , so takda masalah kita nak masuk lambat.” jelas Tuan Zahin selamba.

“Awak boss , saya bukan okay , so sila ikut peraturan , jangan buat suka-suka bapak awak nak buat apa walaupun itu memang bapak awak punya syarikat.” jelas Zehra menyindir dan mengingatkan.Terletus tawa Tuan Zahin Aqbar.

“Itu sajalah kerja awak , ketawa tak habis-habis.” jelas Zehra menyampah.

“Sayang.” panggil Tuan Zahin lembut dan senyuman yang manis.Zehra memandang lelaki itu spontan.

“I love you.” ucap Tuan Zahin romantis.Zehra hanya tersenyum manis kepada lelaki itu.Pandangannya dihalakam ke hadapan semula.Tuan Zahin mencebik.

“Senyum saja ? Balaslah semula sayang.” rengek Tuan Zahin mengada.

“Senyum saja lah , habis awak nak apa ?.” soal Zehra selamba.

“Kan saya cakap I love you , awak balas lah semula I love you too pada saya.” jelas Tuan Zahin mengada.

“Awak tak malu ke mintak macam ini ?.” soal Zehra pelik dan tersenyum hambar.

“Okay lah saya minta benda ni , daripada saya minta benda lain ?.” ujar Tuan Zahin nakal.

“Awak jangan gatal ya , perkara itu semua boleh dituntut selepas dihalalkan sahaja...so harap awak boleh bersabar.” jelas Zehra tegas.

“Perkara itu mana ada lelaki boleh sabar ?.” soal Tuan Zahin selamba.

“ZAHIN AQBAR !.” jerit Zehra kerana geram dengan sikap gatal lelaki itu.Manakala Tuan Zahin sudah menghamburkan tawanya kuat.

“Sorry lah sayang , okay jom kita pergi office sekarang.” ajak Tuan Zahin memujuk Zehra.

“Baru nak pergi sekarang ? Kenapa tak pergi esok saja ?.” soal Zehra selamba dan meyampah dengan kelakuan lelaki itu.Tetapi Tuan Zahin tetap bersabar walaupun disindir begitu.

“Sorry sayang.” ucap Tuan Zahin lembut.

Selepas tidak lama mereka meluncur di atas jalan raya menuju ke Johor Corporation , akhirnya mereka selamat tiba di hadapan bangunan Puteri Iskandar di Nusajaya.Kereta di parkir di tempat khas yang telah disediakan oleh Tuan Zahin.Zehra mahu membuka pintu kereta apabila telah selamat diparkir , tetapi tidak dapat kerana pintu kereta dikunci Tuan Zahin.

“Apa ni Tuan ? Bukalah , saya nak keluar.” ujar Zehra yang mula ragu-ragu dengan tindakan Tuan Zahin itu.

“Sabar sayang , awak nak kemana cepat sangat nak keluar ? Bangunan ni tak lari pun.” jelas Tuan Zahin selamba.

“Saya ada kerja perlu dibuat , kenapa Tuan buat saya macam ini ?.” soal Zehra tidak puas hati dan berasa agak takut dengan tindakan Tuan Zahin itu.

“Zehra Amanda cool , saya tahu halal haram semua...saya nak melayani hati dan perasaan saya sebelum saya masuk ke pejabat dengan awak...izinkan saya.” jelas Tuan Zahin serius.Zehra terkedu dengan permintaan bakal suaminya itu.

“Saya sayang awak sangat-sangat...kalau awak nak tahu , ramai Dato-Dato yang masuk meminang saya untuk anak mereka , tapi kesemuanya saya tolak dengan baik.” jelas Tuan Zahin.

“Saya tak suka dengan diorang , sebab saya suka awak seorang saja , bila saya cakap nak kahwin dengan awak hujung minggu akan datang ini , itu memang saya memaksudkannya bukan bergurau...kalau boleh sekarang juga saya nak bawa awak pergi ke pejabat kadi , tapi saya lebih pentingkan hati awak.” ucap Tuan Zahin romantis.

“Saya pernah rasa kehilangan , awak juga turut rasa perkara yang sama , kita kehilangan sebuah permata yang kita amat cintai , jadi saya mahu bina sebuah mahligai cinta bersama awak Zehra Amanda...saya akan pastikan sepanjang kita bina mahligai tersebut , tidak akan ada gangguan walaupun secebis Zehra , saya akan jadi pelindung awak.” ucap Tuan Zahin lembut.

“Saya pernah terima ayat yang sama daripada bekas suami saya , saya tak yakin dengan kata-kata Tuan , macam mana saya nak yakin Tuan ?.” soal Zehra inginkan jawapan yang bernas daripada lelaki itu.

“Perkahwinan kita yang akan menyakinkan awak.” ucap Tuan Zahin romantis.Zehra Amanda tertunduk malu dengan kata-kata bakal suaminya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience