NZ (38)

Drama Completed 72982

Hampir setengah hari Hasya duduk di tepi tasik Hutan Bandar Mutiara Rini , dia telah berjanji dengan Fikri untuk berjumpa di sini.Tidak lama kemudian dia terpandang ke arah susuk tubuh seorang lelaki dari jauh , bibirnya sudah terukir senyuman.Fikri juga telah mempamirkan senyuman kelat ke arah wanita itu.Langkahnya semakin dekat , Hasya mula berdiri untuk menyambut kedatangan lelaki itu.

“Sayang kenapa lambat ?.” soal Hasya tanpa segan silu dengan memanggil Fikri dengan panggilan ‘sayang’.

“Sorry saya ada kerja sikit tadi , lama ke awak tunggu saya Hasya ?.” soal Fikri bersahaja , seolah tiada perasaan terhadap wanita itu.

“Yes lama , tapi takpa saya okay saja.” jelas Hasya gedik.

“kenapa awak nak jumpa saya ? Macam ada hal penting saja ?.” soal Hasya ingin tahu.Fikri mula lebih mendekati wanita itu , dan duduk di bangku yang berhadapan dengan tasik.Pandangan dibuang ke arah tasik dan keluhan kecil dilepaskan.Hasya yang melihat Fikri dalam keadaan begitu mula resah dan tertanya-tanya di dalam hati.

“Sayang awak okay ?.” soal Hasya risau.Fikri mengalihkan pandangan ke arah wanita itu dengan dahi yang berkerut.

“Hasya please jangan panggil saya sayang , saya tak selesa.” jelas Fikri sedikit tegas.Hasya memuncung apabila ditegur begitu.Fikri melepaskan keluhan sekali lagi.

“Saya akan berkahwin dengan Amylia , kami akan bersatu semula pada hujung minggu ini.” jelas Fikri sekali lafaz.Terbutang mata Hasya apabila mendengar penyataan lelaki itu.

“Apa ? Awak nak kahwin dengan Amylia ? Bukan ke awak dah janji untuk berkahwin dengan saya ?.” soal Hasya sedikit keras suaranya.Hatinya mula marah pada Fikri.

“Tapi saya tak cintakan awak Hasya , awak perlu faham perkara tentang hati ni , bukan suka-suka boleh buat main.” jelas Fikri dengan penuh perasaan , suaranya juga agak tinggi.

“Habis kenapa awak pilih Amylia ?.” soal Hasya tegas dan agak tidak puas hati.

“Sebab dia pernah hadir dalam hidup saya , dia pernah cintakan saya , dan dia juga sudah lahirkan anak untuk saya.” jelas Fikri lembut.Hasya didekatinya seinci.

“Saya nak awak tahu , terlalu banyak kesalahan dalam hidup saya yang saya lakukan terhadap wanita , saya dah penat dengan perjalanan hidup ini , jadi saya harap awak faham akan rasa hati saya ini.” jelas Fikri satu persatu tentang isi hatinya kepada Hasya.

“Tapi macam mana dengan majlis kita ?.” soal Hasya.

“Perkara ni saya dah terangkan kepada awak , jadi saya rasa awak sendiri dah faham Hasya.” jelas Fikri lagi.

“Saya ingat saya akan dapat apa yang saya impikan sekian lama , tapi saya silap.” luah Hasya sayu.

“Awak mampu bahagia juga , tetapi bukan dengan saya , carilah kebahagiaan awak yang sebenar.” ucap Fikri lembut dan sayu.

“Tapi saya cintakan awak.” jelas Hasya.Suaranya tengelam timbul menahan sebak.

“Tak Hasya , awak tak cintakan saya , awak Cuma simpan niat untuk balas dendam dengan Zehra , cukup-cukuplah dengan apa yang awak dah lakukan selama ini.Jangan berdendam lagi dengan sesiapa pun.” jelas Fikri lemah.Hasya Adriana mula rasa geram dengan kata-kata lelaki itu yang cuba mempertahankan musuhnya.Meskipun Zehra kelihatan baik di mata orang lain , tapi tidak untuk Hasya.Zehra tetap musuhnya sampai bila-bila.

“Kenapa semua orang nak pertahankan dia ?.” soal Hasya tidak puas hati.

“Sebab dia tidak kacau hak orang lain , kenapa kita perlu kacau dia ?.” soal Fikri lembut.Dia cuba membuat Hasya menerima kenyataan tentang Zehra Amanda.

“Tapi orang tak tahu yang dia dah kacau hak saya.” Jelas Hasya meluahkan perasaanya.

“Saya faham apa yang awak rasa , jika awak masih berterusan untuk berdendam dengan orang , awak tidak akan tenang , hidup kita ni perlu ada rasa untuk memaafkan orang.” pesan Fikri kepada wanita itu.

“Awak mampu cakap saja , tapi awak tak rasa apa yang saya rasa.” luah Hasya sepenuh hati.Ada getaran pada kata-katanya.

“Ya saya tak rasa semua itu , tapi saya dah biasa dengan situasi macam awak ni , jadi tak ada beza antara awak dengan yang lain , tak perlu rasa awak seorang yang rasa perkara ni malah ada yang lebih teruk dari awak Hasya.” jelas Fikri lagi.Dia bangun berdiri dan membuat panggilan terhadap seseorang di satu sudut yang agak jauh dari menempatkan Hasya itu.

Tidak lama kemudian wajah Amylia tersembul disebalik pokok yang menjadi pengiring laluan di situ.Amylia semakin mendekati mereka berdua.Hasya sudah panas hati akan kehadiran wanita itu.Tetapi Fikri sudah terlebih dahulu melindungi bakal isterinya dari perbuatan Hasya yang dia sendiri tidak tahu.

“Kenapa dia datang sini ? Awak nak tunjuk yang awak betul-betul cintakan dia sebab nak sakitkan hati saya ?.” soal Hasya tidak puas hati.

“Hasya jangan cakap macam tu , saya tidak ada niat pun nak sakitkan hati awak.” jelas Fikri bersungguh.

“Tetapi penyataan awak buat cukup dah sakitkan hati saya sakit Fikri.” jelas Hasya bagai lepas geram.

“Hasya dengar dulu apa kami nak cakap.” ujar Amylia mencelah kata-kata Hasya.

“Kau tak perlu nak tunjuk baik depan akulah , aku dah muak tengok perempuan jenis buat baik ni , sebab yang jenis buat baik ni lah kaki perampas.” jelas Hasya kasar.Dia cuba mendekati Amylia dan Fikri.Tiba-tiba beberapa anggota polis mendekati mereka dengan segera.

“Cik Hasya Adriana Binti Zamri.” panggil salah seorang anggota polis dengan tegas.Hasya panik dan ingin melarikan diri.Tetapi salah seorang anggota tersebut berjaya menahannya.

“Jangan lari !.” jerit ketua anggota tersebut.

“Sila ikut kami ke balai.” jelas anggota tersebut dengan tegas.

“Fikri !.” jerit Hasya sekuat hati.

“Maafkan saya Hasya , saya terpaksa jika awak ada dekat depan mata saya lagi , awak akan cederakan semua orang yang saya sayang.” ucap Fikri lemah dan sebak.Anggota polis tersebut mula membawa Hasya dari kawasan tersebut , tetapi pandangannya tetap tertancap pada wajah Fikri.Amylia hanya mampu melihat pemergian Hasya yang dibawa anggota tersebut dengan riak wajah cuak.

“Fikri kenapa you buat dia macam tu ? You cakap kita kena bantu dia ? Why ?.” soal Amylia dengan nada yang agak meninggi.

“You tahu tak Zahin hampir-hampir kemalangan disebabkan dia ?.” soal Fikri ingin memberitahu Amylia perkara sebenar.Amylia menekup mulutnya.

“What ?.” soal Amylia seperti tidak percaya.

“Why ?.” soal Amylia lagi.

“Sebab dendam dia pada Zehra belum terbalas.” jelas Fikri dengan suara yang bergetar dan menekan.

“Ya allah , sampai macam tu sekali ?.” soal Amylia seperti sukar untuk mempercayai.

“Ya sayang , sebab tu I dari semalam nak tidur pun I takut , bila Zahin cerita macam tu dekat I , apatah lagi I nak lepaskan you pergi kerja , berdiri dekat laman rumah pun I tak berani , sebab tu I nak mempercepatkan perkahwinan kita ni.” jelas Fikri kepada Amylia.

“Takutnya I.” ucap Amylia takut.Lengan Fikri terus dipaut erat.Mereka menuju semula ke kenderaan untuk menyelesaikan urusan di balai pula.

Tuan Zahin yang menjadi pemerhati daripada tadi , hanya memerhatikan gelagat isterinya di dalam kolam renang.Zehra Amanda kelihatan begitu gembira dan bahagia apabila permintaanya yang bukan-bukan tetap diturutkan oleh Tuan Zahin Aqbar.Dia ternampak wajah yang mengukir senyuman suaminya itu.Dia mula berenang mendekati suaminya yang hanya membasahkan kaki ke dalam kolam renang tersebut.

“Abang , kenapa tak mahu mandi sekali dengan sayang ?.” soal Zehra manja.Dia memuncung kepada suaminya.

“Takpalah , abang dah temankan sayang kan ? Sayang mandi sajalah.” jelas Tuan Zahin tenang.

“Tak seronoklah kalau abang tak join sama , sayang nak mandi dengan abang.” jelas Zehra manja.

“Sayang ni manja sangatlah , pening abang nak melayan.” rungut Tuan Zahin lembut.Zehra tertawa nakal.Tanpa berlengah , Tuan Zahin terus berdiri dan membuka segala pakaiannya kecuali seluar pendeknya dan menerjun ke dalam kolam.Zehra tersenyum ceria apabila suaminya kini telah menyertainya juga di dalam kolam renang.

“Nasib baik dekat rumah sayang , kalau tak memang abang tidak akan terjun sama.” jelas Tuan Zahin memberi amaran.

“Sayang tahu abang sayangkan isteri abang ni , sebab tu abang buat juga kan ?.” ujar Zehra dengan keyakinan yang tinggi.

“I love you Zahin.” ucap Zehra selamba dengan memanggil suaminya dengan panggilan nama sahaja.Terbutang mata Tuan Zahin apabila mendengar ucapan isterinya itu.

“Kenapa panggil abang macam tu ?.” soal Tuan Zahin agak berang.

“Sebab sayang teringin nak panggil abang macam tu , boleh kan ?.” soal Zehra selamba dengan riak wajah yang tidak bersalah.Tuan Zahin menutup bahagian matanya , sungguh dia pening akan sikap pelik isterinya sepanjang mengandung ini.

“Itu termasuk list mengidam juga ke ?.” soal Tuan Zahin dengan riak wajah menyampah.

“Yes , so lepasni sayang nak panggil abang Zahin , sebab teringin sangat nak panggil nama tu.” jelas Zehra dengan riak wajah bangga.Dia menepuk-nepuk tangannya seperti anak kecil.Sehingga percikan air yang disebabkan tepukannya itu merecik ke arah wajah suaminya.Tetapi Tuan Zahin hanya berdiam diri sahaja.

“Ya allah sayang , apa sajalah awak punya mengidam ni , minta yang bukan-bukan.” bebel Tuan Zahin lemah.

“Abang tak marahkan sayang kan ?.” soal Zehra dengan ceria.

“Tanya dekat kita marah ke tidak ? Tapi dia nampak happy saja.” jelas Tuan Zahin menyampah.

“Zahin lepasni kita pergi makan waffle nak ?.” soal Zehra tanpa rasa bersalah memanggil suaminya dengan panggilan nama.

“Ya sayang , boleh tapi sekarang ni kita naik dulu ke darat ya untuk bersihkan diri.” ujar Tuan Zahin bergurau.

“Okay Zahin.” ucap Zehra nakal.Mereka mula keluar dari kolam renang tersebut bersama , tuala kering dicapai oleh Tuan Zahin dan dihulur kepada isterinya.

“Lapkan lah.” ujar Zehra gedik.Tuan Zahin mengulingkan bola matanya ke atas kerana sudah dapat mengagak yang isterinya mahu mengedik dengannya.

“Sayang ni kan , allah bagi tangan tu untuk guna tahu tak ?.” jelas Tuan Zahin kepada isterinya.Kata-katanya menusuk hingga ke kalbu.

“Takpalah , sayang nak gedik dengan Zahin je.” ujar Zehra tanpa rasa bersalah.

“Dah jom masuk.” ajak Tuan Zahin.

“Nak dukung ?.” pinta Zehra manja sambil mendepakan tangannya tinggi.Tuan Zahin menepuk dahinya lembut.Dia mengeleng gelengkan kepalanya.

“Nasib awak ni nak jadi mummy tau.” bebel Tuan Zahin kepada isterinya yang kini kian meragam seperti anak kecil.

“Takpalah nak manja dengan daddy saja pun.” jelas Zehra selamba.

“Kejap , nak ikat tuala ni ketat-ketat , nanti ada yang dapat free show.” jelas Tuan Zahin melawak.Zehra tertawa kecil dengan gelagat suaminya itu.Selepas memastikan ikatan tualanya ketat , dia terus mecempung isterinya dan menuju ke tingkat atas.Sesampai sahaja mereka di bilik tidur , Tuan Zahin terus merebahkan isterinya di atas katil dan pada masa yang sama dia juga menimpa Zehra di bawah.Matanya menikam anak mata Zehra dengan penuh menggoda.Zehra sudah tidak keruan lagi , leher jinjang suaminya terus ditarik dan dia mengucup lembut bibir suaminya.Tuan Zahin agak terkejut dengan serangan isterinya itu , tetapi dia hanya membiarkan saat indah yang sedang dilalui oleh isterinya.Hampir tiga minit mereka berkucupan , akhirnya kucupan mereka terlerai selepas masing-masing hampir hilang nafas.Zehra tercunggap-cunggap sambil memandang wajahnya suaminya.Tuan Zahin mengenyitkan mata.Zehra sekali lagi tidak keruan dibuatnya.Dada bidang Tuan Zahin ditolak lembut.Wajah dirapatkan dia berbisik.

“You kill me.” ucap Zehra menggoda.Tuan Zahin tidak berkata apa , malah dia memberi kucupan hangat kepada isterinya itu , sekali lagi layar bahtera mereka berlabuh.Kini kedua-duanya meleraikan ikatan tuala dan mereka berdua bersembunyi di bawah gebar yang besar.Mereka menjalani tanggungjawab sebagai suami dan isteri.Bersaksikan matahari yang menyinar.Bahtera mereka makin jauh berlabuh.

sorry baby readers Fatimah dah beberapa harini busy and focus pada NZ untuk Road to Ending..muahh..so hope korang sabar menunggu..FY sihat saja kepada yang tanya tapi kita bagi tumpuan pada jalan cerita sebab dah nak ending..love you baby readers..enjoy your reading..muahh

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience