NZ (48)

Drama Completed 72971

Fikri sudah terjaga terlebih dahulu dari lenanya.Wajah ayu Zehra Amanda dipandang ke sisi.Dia memainkan jari jemarinya di permukaan wajah isterinya.Sesekali wanita itu mengeliat kecil kerana terganggu.Fikri memeluk tubuh isterinya dari sisi.Wajah Zehra Amanda kini menghadap tepat ke arah wajahnya.Hidung Zehra sengaja digesel bersama batang hidungnya.Pipi mulus isterinya yang agak berisi dikucupnya.Fikri sengaja menganggu lena tidur isterinya.Fikri mula bangun dan duduk di hujung katil.Kemudian dia mengambil tuala dan berlalu ke bilik mandi untuk membersihkan diri.Tubuhnya tegak berdiri di bawah pancuran air.Tidak lama kemudian , dia sudah selesai dari membersihkan diri.Tuala diambil dan dilap keseluruh badan.Selepas memastikan ikatan tuala dipinggang kemas.Dia memulas tombol pintu bilik mandi untuk dibuka.Terkjut Fikri apabila isterinya sedang tercegat di hadapan pintu bilik mandi dengan keadaan mata yang terpejam.

“Sayang ? Kenapa berdiri dekat depan bilik mandi ni ?.” soal Fikri pelik.

“Sayang cari abang , kenapa abang tak kejut sayang sekali.” jelas Zehra kepada suaminya.Pinggang Fikri terus dipeluk dan wajah disandarkan pada dada bidang suaminya.Terkedu Fikri seketika yang masih berdiri tegak di hadapan bilik mandi dalam keadaan bertuala.

“Tadi sayang tidur nyenyak sangat.Malas abang nak kacau.Abang nak keluar sekejap , sebab tu abang mandi dulu.” jelas Fikri tenang dan lembut.Kepala isterinya diusap.Dari keadaan yang melekap di tubuh suaminya.Zehra Amanda terus berdiri tegak dengan mata yang membutang memandang ke arah suaminya apabila dimaklumkan bahawa suaminya itu mahu keluar atas sebuah urusan.

“Pergi mana ?.” soal Zehra agak tegas.

“Pergi kerjalah.” jawab Fikri dengan nada yang agak pelik.

“Tipu.Abang tak kerja pun harini.Abang nak keluar dengan perempuan kan ?.” tuduh Zehra melulu.Sekelip mata , berkerut dahi Fikri dibuatnya.

“Perempuan mana pula ni sayang ?.” soal Fikri lembut.Hatinya masih dapat dikawal walaupun dituduh begitu.

“Habis abang mandi lepastu nak bersiap cepat-cepat ? Nak jumpa perempuan lah tu ?.” tuduh Zehra Amanda lagi.Fikri meraup wajahnya lembut.

“Abang ada nak meeting dengan client sayang , kalau sayang tak percaya sayang boleh ikut abang.” jelas Fikri.Zehra memandang tajam ke arah Fikri.

“Tapi kalau sayang bosan sayang tak boleh merungutlah , tunggu sampai abang habis meeting.” jelas Fikri dengan amaran yang lembut.Zehra mengecilkan matanya dan memandang wajah Fikri dengan geram.Malah , Fikri hanya tersenyum.

“Tak percaya juga ? It’s okay nanti jangan menyesal.” ejek Fikri tenang dan selamba.Dia mula berganjak dan menuju ke almari baju.Pakaian yang santai dan mula menyarungkannya ke tubuh.Zehra hanya menjadi pemerhati.Dia masih tidak berpuas hati dengan penjelasan Fikri itu.Dia mengatur langkah dan mendekati suaminya.Dia masih di dalam pakaian pijamas lagi.

“Abang ni betul ke nak pergi jumpa client ? Bukan nak jumpa Amy ?.” soal Zehra lagi dan kali ini benar-benar mengejutkan Fikri.Butang seluar yang ingin dikancingnya terhenti dan memandang kosong ke arah wajah isterinya.

“Kenapa sayang cakap macam tu ?.” soal Fikri agak terusik hatinya dengan tuduhan Zehra itu.

“Sebab sayang rasa macam abang nak jumpa dia.” jawab Zehra selamba dan jawapannya langsung tidak kukuh.Fikri menghela nafas berat.

“Jangan tuduh abang dengan perempuan tu boleh tak ?.” soal Fikri agak keras nadanya.

“Sayang cuma cakap saja.” jelas Zehra lembut dan nadanya kendur.Dia rasa bersalah kerana menuduh suaminya begitu.Fikri tidak berkata-kata dan terus menyambung memakai pakaiannya semula.Selepas selesai , dia menyisir rambutnya dan memakai segala aksesori di tangan.Zehra terpaku berdiri di belakang tubuh suaminya dengan mengalirkan airmata.

“Abang keluar dulu.” jelas Fikri dan menghulurkan tangannya untuk dikucup Zehra Amanda.Perlahan-lahan Zehra menyambut tangan suaminya.Makin deras airmatanya mengalir apabila Fikri tidak berkata-sesuatu kepadanya atau lebih kepada memujuk dirinya.Tangan suaminya dilepaskan.Fikri mula melangkah keluar dari ruang bilik.Pintu bilik ditutup rapat.Zehra terduduk di sisi katil dan tangisannya pecah memenuhi ruangan bilik.

“Sayang minta maaf abang sebab tuduh abang macam tu.” ucapnya sendiri di dalam tangisan.Dia mengatur langkah untuk turun ke ruang makan terlebih dahulu.Pintu dibuka dan di keluar.Terkejut Zehra dibuatnya apabila suaminya berada di sebalik pintu dengan keadaan berpeluk tubuh dan riak wajah selamba.

“Dah puas dah menangis ?.” soal Fikri mengejek.Zehra memukul lengan Fikri kuat.Tetapi lelaki itu hanya beriak tenang.

“Abang kata nak jumpa client ?.” soal Zehra memuncung.Tetapi di dalam hatinya ingin sahaja dia memeluk suaminya itu.

“Siapa lagi penting ? Sayang ke client ?.” soal Fikri kepada isterinya.Wajahnya terukir senyuman manis.Dia mendekati isterinya dan memeluk Zehra Amanda dari sisi.

“Kenapa menangis dekat dalam ?.” soal Fikri kepada isterinya itu.Pipi montel isterinya dikucup sekilas.Airmata Zehra mula mengalir kembali.

“Sebab sayang rasa bersalah tuduh abang melulu.” jelas Zehra di atas kesilapannya.Fikri megukir senyuman nipis.

“Takpalah abang dah maafkan sayang , janji jangan buat lagi ?.” amaran diberi kepada Zehra Amanda.

“Janji.” ucap Zehra manja dan lembut.Sekali lagi pipi montel Zehra menjadi sasaran suaminya.

“Dah pergi mandi , nanti kita keluar sama-sama.” jelas Fikri kepada isterinya.Zehra tersenyum riang.

“Nak pergi mana ? Bukan ke abang kata nak jumpa client ?.” soal Zehra kepada Fikri.

“Takpa , itu nanti pun abang boleh jumpa.Sayang lagi penting untuk abang sekarang ni.” ucap Fikri lembut dan membuatkan hati Zehra Amanda berbunga-bunga.Dia melangkah masuk kembali ke dalan bilk dan mengambil tuala lalu diatur langkahnya ke bilik mandi.

Iris rasa mengeletas seluruh tubuh apabila keputusan alat ujian kehamilan masih belum menunjukkan keputusannya lagi.Hampir 3 tahun perkahwinan bersama Zaki Khaer , mereka masih belum dikurniakan cahaya mata lagi.Tetapi tidak pernah sekali pun dia dan suaminya berputus asa untuk mendapatkan zuriat.Alat ujian kehamilan yang berada di tangannya dikibas-kibaskan berulang kali.Kemudian matanya menatap semula ruang kosong untuk menanti keputusan.Tiba-tiba dadanya berdegup laju.Airmata jernihnya mula berkaca.Senyuman terukir dibibirnya perlahan-lahan.Alat tersebut menunjukkan dua garis merah.Dia menekup mulutnya kerana terlampau terkejut dan gembira.Allah sudah makbulkan doanya bersama Zaki.Dia keluar dari bilik mandi tersebut selepas membersihkan alat itu lalu dia membawa alat itu ditangannya bagi mendapatkan suaminya.Zaki yang sedang menonton televisyen itu hanya kelihatan tenang sahaja.Iris mendekati suaminya.

“Sayang , harini hari apa ?.” soal Iris kepada Zaki.Alat ujian kehamilan masih disembunyikan dibelakang tangannya.

“Hari ahad , kenapa sayang ?.” soal Zaki kepada isterinya.

“You tak ingat ke harini hari apa dalam hidup kita ?.” soal Iris lagi.Zaki berkerut dahi.

“Apa dia sayang ?.” soal Zaki.Iris memuncung.

“Harini kan hari anniversary kita ?.” jelas Iris kepada suaminya.Zaki terdiam tidak berkata.

“Sorry sayang , I terlupa.” ucap Zaki sayu dan menyusun sepuluh jari dan dihala ke arah isterinya seperti meminta ampun.Iris tersenyum.

“Takpa sayang.” jelas Iris lembut.

“Happy anniversary sayang , semoga perkahwinan kita ni terus teguh berdiri di atas rasa cinta yang sentiasa mekar dalam hati kita.I doakan you supaya jadi isteri yang baik dan dapat membahagiakan hari-hari I yang kosong.” ucap Zaki dan mengucup dahi isterinya lembut.Iris tersenyum.Dadanya semakin berdebar.Tangan yang disembunyikan mula dibawa ke hadapan.

“Happy anniversary sayang.” ucap Iris dan mengulurkan alat ujian kehamilan tersebut kepada Zaki.Dahi suaminya itu berkerut.Tetapi alat tersebut tetap diambil dan ditilik.Lama-kelamaan dia mengukir senyuman.Dalam masa yang sama juga dia mengalirkan airmata.

“Betul ke ni sayang ?.” soal Zaki teruja kepada isterinya.Iris menekup mulutnya dengan kedua belah telapak tangan.Laju kepalanya mengangguk berulang kali.Tanpa berkata lagi , Zaki terus menarik tubuh isterinya dan memeluk erat.Dahi dan ubun-ubun dikucup berulang kali.Tangisan mereka pecah memenuhi ruang rumah.Tangisan itu membawa seribu satu makna di dalam kehidupan rumahtangga yang telah dibina selama 3 tahun.

“Thank you so much sayang.I dah tak tahu nak cakap apa lagi.” ucap Zaki sayu dalam tangisannya.

“I pun tak sangka , finally kita dikurniakan anak sayang.” ujar Iris.

“I love you so much.” ucap Zaki kepada isterinya.Bibir isterinya dikucup lembut.Iris tersenyum apabila diperlakukan begitu.

“Terima kasih juga I nak ucapkan sebab selama kita takda anak you still setia dekat sisi I.I terharu bila you tak merungut pada I tentang anak.I love you too sayang.” ucap Iris sebak.Zaki tersenyum manis.

“I pun nak ucapkan terima kasih juga pada you sebab sudi tumpangkan rahim you untuk lahirkan anak I.” ucap Zaki romantis.Mereka saling berpelukan melayari hari bahagia ini.

Zehra dan Fikri kini berada di sebuah kafe.Banyak makanan yang dipesan Zehra sehingga memenuhi ruang meja yang diduduk mereka itu.Fikri hanya menongkat dagunya dan melihat isterinya makan.Sesekali dia tersenyum melayan kerenah isterinya itu.Kafe yang tidak begitu ramai pelanggan sangat memenuhi keinginan Zehra Amanda sebagai pengunjung.Hampir 15 minit dia menikmati makanan yang terlalu sedap itu , baru dia perasan bahawa suaminya tidak makan satu pun makanan yang terhidang.

“Abang tak makan ke ?.” soal Zehra pelik.

“Takpa , sayang makanlah.” ucap Fikri lembut.

“Abang marah sayang ke sebab order banyak macam ni ?.” soalnya kepada Fikri.Dia melihat semula ke atas meja yang penuh dengan pinggan yang berisi pelbagai jenis makanan jepun.Sushi berbagai jenis dipesannya.

“Buat apa abang nak marah ? Bukan abang yang order semua ni ? Jadi sayang makanlah puas-puas ya.” jelas Fikri tenang.

“Terima kasih abang sebab bawa sayang makan dekat kedai ni.” ucap Zehra manja.

“Sama-sama sayang , yang penting sayang happy.” ucap Fikri lagi.Zehra tersenyum dengan wajah yang comot.

“Apa perasaan abang nak jadi ayah ?.” soal Zehra.

“Abang rasa biasa saja dan abang memang dah ada pengalaman jadi seorang ayah.Cuma rasa bersyukurlah bila kita nak dapat anak lagi.” jelas Fikri kepada isterinya.Zehra tersenyum manis.

“Good.” ucap Zehra dengan riak wajah nakal kepada Fikri.Senyuman itu turut dibalas Fikri.Ia semenjak isterinya ini hamil buat kali kedua.Dia lebih suka seseorang itu jujur dalam kata-kata walaupun sebenarnya itu bukanlah jawapan yang menceriakan hati.Kerana Fikri juga pernah terkena dengan isterinya.Niat hanya mahu menyedapkan hati isterinya , tetapi lain pula jadi apabila Zehra merajuk sehingga mengurung diri di dalam bilik seharian.Sehinggakan Fikri tidak dapat keluar bekerja pada hari tersebut.

“I love you manja.” ucap Fikri lembut.Makanan yang ingin disuakan ke mulut itu terhenti.Mata Zehra menikam anak mata Fikri.Rindu !.

“Dah lama abang tak panggil sayang macam tu.” jelas Zehra sayu.

“Manja.Banyak kenangan pahit dalam nama tu.” jelas Fikri sayu.Tangan isterinya diraih dan diusap lembut.

“Sebab tu sayang dah tak suka bila orang panggil sayang dengan panggilan tu lagi.” jelas Zehra sayu.

“Sayang marah ke abang panggil sayang macam tu ?.” soal Fikri cuak kepada isterinya.Tetapi Zehra tersenyum sambil menghabiskan kunyahan di dalam mulutnya.

“Tapi abang lain , abang panggil manja tu dengan penuh makna.” jelas Zehra gedik.Fikri tertawa kecil dengan kerenah isterinya itu.

“Sayang ni macam-macam lah.” jelas Fikri.

“Lepasni nak pergi mana ?.” soal Fikri kepada isterinya.

“Sayang nak pergi spa ?.” pinta Zehra manja.

“Pergi spa ? Nak buat apa ?.” soal Fikri selamba.

“Pergi buat kuih , pergi urut lah.” ujar Zehra yang geram dengan sikap suaminya itu.Fikri tertawa riang kerana dapat mengenakan isterinya.Wajah Zehra cemberut.

“Setakat nak pergi spa ? Abang pun boleh lah.Pakej luar dalam lagi abang bagi.” ucap Fikri nakal.Zehra mencerlung tajam ke arah isterinya.

“Dah tua-tua pun gatal.” ejek Zehra selamba.

“Ehh , dah tua lah saham makin tinggi.” jelas Fikri nakal.Dia sengaja mahu menyakat isterinya.

“Jangan nak menggatal tau abang , tong simen dekat belakang office tu kosong lagi.Nanti ada pula yang jadi isi dalam tong tu.” jelas Zehra dengan amarannya yang agak keras.Fikri tidak berhenti ketawa.

“So sayang kenalah bagi abang bebas menggatal dengan sayang ,kalau tidak abang nak menggatal dengan siapa ?.” soal Fikri manja.

“Abang ni semenjak sayang mengandung , suka tau kacau sayang dengan baby.Hari-hari nak sakat orang.” jelas Zehra memuncung.

“Merajuklah tu.” ejek Fikri selamba.

“Hai Zehra.” sapa satu suara kepada Zehra Amanda.Serentak wajah Fikri dan Zehra berpaling kepada suara yang menyapa itu.

jemput baca uolls

Share this novel

esther marcus
2020-10-27 06:07:07 

ah...sapa pula tu...


NovelPlus Premium

The best ads free experience