NZ (24)

Drama Completed 72971

Pada hari ini , buat pertama kalinya Zehra bakal bertemu dengan Pengarah Ekskutif Syarikat iaitu Fikri Hakim , bekas suaminya sendiri.Perasaanya menjadi berdebar tidak menentu.Peluh mengalir tanpa henti.Entah apa yang ditakutkan terhadap lelaki itu dia sendiri tidak tahu.Hasya yang berada di hadapannya hanya memerhati kelakuan sahabatnya itu.

“Kau dah kenapa Zehra ?.” soal Hasya pelik.

“Kenapa ?.” soalan Hasya disoalkan kembali.Hasya berkerut.

“Kenapa kau tanya ? Berpeluh daripada tadi ?.” soal Hasya semula.

“Entahlah , berdebar aku.” jelas Zehra

“Yang kau berdebar kenapa ? Kau ada hutang dia ke ?.” soal Hasya pelik.

“Takda , tapi kau sendiri tahukan aku macam mana dengan dia ?.” soal Zehra balik.Hasya hanya menyepi tidak membalas jawapan sahabatnya itu.

“Kalau dengan Tuan Zahin takda pulak kau berdebar macam ni ?.” soal Hasya tiba-tiba.Wajah Hasya terus dicerlung tajam oleh Zehra Amanda.

“Kau tahukan dia duda ? Takkan lah aku nak berkawan dengan duda ?.” soal Zehra kepada Zehra.

“Kenapa ? Salah ke nak kawan dengan duda ?.” soal Hasya menyindir.

“Fikri pun duda jugak , apa bezanya ? Carilah kebahagiaan yang baharu…kerana kebahagiaan kau yang sebelum ni hanya palsu.” jelas Hasya lagi.Terkedu Zehra apabila dia dpesoalkan begitu.

“Aku tak mahu fikirkan benda tak tentu arah ni lagi.” jelas Zehra tegas.Sedang mereka menguruskan kerja-kerja di dalam bilik mesyuarat itu , tiba-tiba pintu diketuk seseorang dari arah luar.Kedua-dua wanita itu segera memandang ke muka pintu.

“Hasya , Zehra are you guys ready ?.” soal Tuan Zahin Aqbar yang tiba-tiba muncul di muka pintu itu.Zehra terdiam apabila disoal lelaki itu.

“Ready Tuan , tapi Zehra ni saja yang berpeluh bagai.” sakat Hasya mengenakan sahabatnya itu.

“Are you okay Zehra Amanda ?.” soal Tuan Zahin risau.Riak wajahnya begitu membimbangkan keadaan wanita idamannya itu.

“Saya okay saja Tuan , jangan risau.” jelas Zehra tenang sambil dia mengerling ke arah Hasya yang sedang mentertawakannya itu.

“Kalau awak rasa tak sihat takpa Zehra , awak boleh balik ke bilik awak semula.” jelas Tuan Zahin kepada Zehra.

“I can do it Sir.” jawab Zehra tenang.

“Okay , tapi if rasa tak sihat terus balik ke bilik awak okay , saya taknak kesihatan awak menggangu perjumpaan kita harini , sebab ini adalah penting untuk syarikat.” jelas Tuan Zahin kepada Zehra.

“Baik Tuan.” balas Zehra lembut.Dia dan Hasya menyambung semula kerja yang tertangguh itu.Tuan Zahin mula melangkah masuk ke dalam bilik mesyuarat itu dan menarik kerusi di sebelah Zehra Amanda lalu duduk.Butang baju kotnya dibuka lalu dibiarkan.Hasya hanya memerhati kelakuan seorang lelaki sejati di hadapannya itu.

“Zehra , malam ini awak free tak ?.” soal Tuan Zahin kepada Zehra Amanda.Terkejut Zehra dengan persoalan lelaki itu.

“Free Tuan , kenapa ?.” soal Zehra pelik tetapi ingin tahu juga sebabnya.

“Sebab saya nak ajak awak dinner dengan saya.” jelas Tuan Zahin tersenyum manis.

“Ohh… .” kata-kata Zehra terhenti sebelum dihabiskannya kerana Hasya sudah memotong terlebih dahulu.

“Ehh , boleh Tuan , sebab malam ni pun saya nak keluar juga dengan teman lelaki saya.” ujar Hasya sambil menyeringai.

“Aku tak bagi keputusan , kau pula yang setuju ya ?.” sindir Zehra terang-terangan.

“Nanti saya bagi keputusan pada Tuan , lihat nanti macam mana ya.” jelas Zehra lembut kepada lelaki itu.

“Jangan buat saya tertunggu-tunggu Zehra , nanti kalau lambat sangat saya terus balik kampung awak and masuk meminang awak.” jelas Tuan Zahin nakal.

“Kalau Tuan nak masuk meminang dia beritahu sayalah Tuan , nanti saya sediakan rombongan.” sampuk Hasya mengenakan Zehra sekali lagi.

“Amboi sedapnya mulut korang , macam takda manusia ya dekat depan ni.” sindir Hasya yang geram dengan perangai mereka berdua itu.

“Ala , saya gurau saja , hope awak dapat terima pelawaan saya malam ni.” jelas Tuan Zahin lembut.

“Takpa Tuan , nanti biar saya saja yang pujuk dia , confirm dia pergi tanpa beri sebarang alasan.” ucap Hasya menyebelahi Tuan Zahin Aqbar.

“Yeke Hasya ? Nanti awak tolong saya pujuk buah hati saya ni ya ?.” jelas Tuan Zahin selamba.Mereka berdua tertawa besar , manakala Zehra hanya mengeleng-gelengkan kepalanya kerana pening dengan sikap Tuan Zahin dan sahabatnya Hasya Adriana.

“Tuan taknak kahwin ke ? Dah 2 tahun hidup membujang.” soal Zehra tiba-tiba.

“Nak , saya nak kahwin dengan awak , awak nak kahwin dengan saya ?.” soal Tuan Zahin spontan.

“Takpalah terima kasih saja.” jawab Zehra selamba.

“Saya sayangkan awak , saya nak memperisterikan awak.” tutur Tuan Zahin ikhlas.

“Tuan , saya ni cuma patner dalam syarikat saja , tak lebih dari itu jadi tak perlulah Tuan sungguh nak pikat saya.” jelas Zehra tenang.

“Ya sebab awak memang patner syarikat ayah saya , semua orang berurusan dengan awak , sampai saya rasa cemburu.Jadi , saya nak awak jadi patner hidup saya , lepas ni siapa yang cuba dekat dengan awak saya pelangkungkan saja kepala dia.” jelas Tuan Zahin selamba.

“Ya allah , sampai macam tu sekali ?.” soal Zehra seperti tidak percaya usaha lelaki itu untuk mendapatkannya.

“Yes , sebab saya sanggup melakukan apa sahaja untuk dapatkan awak tapi saya takkan guna cara kotor sebab saya betul-betul ikhlas dengan awak.” luah Tuan Zahin romantis.Hasya yang berada di situ hanya mendiamkan diri.Tetapi dia tersenyum mendengar segala luahan hati Tuan Zahin terhadap sahabatnya itu.

“Assalammualaikum.” Fikri yang sudah berdiri di muka pintu memberi salam.Tuan Zahin tersenyum melihat sahabatnya itu.Manakala Zehra Amanda terdiam seribu bahasa.

“Waalaikummusalam , Fik dah lama ke kau berdiri dekat situ ?.” soal Tuan Zahin mesra sambil menghulurkan tangannya untuk bersalam.

“Lama lah juga , sebab sempat aku tengok kau mengurat wanita cantik dekat sebelah kau tu.” jelas Fikri tersenyum hambar dan juga menghulurkan tangannya untuk bersalam.Matanya tepat memandang wajah Zehra Amanda.Sudah setahun dia tidak bertemu dengan wanita itu.Zehra dan Hasya saling berpandangan antara satu sama lain.

“Bakal isteri aku tu.” jelas Tuan Zahin selamba.Fikri menyambut penyataan itu dengan hati yang cukup tenang.Senyuman hambar diukirkan sekali lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience