NZ (33)

Drama Completed 72977

Hampir 1 tahun sudah kemalangan ngeri yang Nia Amanda hadapi.Suaminya Raziq Khaer tekun menjaga isterinya yang dalam keadaan lumpuh itu.Dia tidak pernah sekali merungut bosan ataupun penat semasa menjaga Nia.Sepanjang dijaga , Nia juga sering melukakan hatinya dengan kata-kata yang boleh menguriskan hati seorang suami.Tetapi Raziq tetap bersabar kerana ia tahu yang isterinya tidak berniat dengan sengaja untuk mengeluarkan kata-kata pahit itu.Nia pada harini akan membuat terapi khas dirumah , suaminya sudah menyediakan peralatan kelengkapan untuk terapi buat isterinya itu.Dia hanya perlu menanti kedatangan seorang doktor yang telah dibayar untuk merawat isterinya secara peribadi.Raziq yang tekun melihat skrin komputer itu sedang dilihat oleh Nia yang berada di atas katil.

“Sayang.” panggil Nia lembut dan tersenyum ke arah suaminya yang sedang tekun meneliti urusan kerjanya di skrin komputer.

“Ya sayang , nak apa-apa ke ?.” soal Raziq lembut.Sepantas kilat ia memaling ke arah isterinya supaya isterinya dapat tumpuan sepenuhnya daripada ia.

“Nak sayang boleh ?.” soal Nia manja dan lembut.

“Amboi , awal lagi dah nak bermanja ?.” sindir Raziq nakal.

“Rindu dekat sayang , dah berapa harini sayang terlalu busy sampai takda masa dengan Nia.” luah Nia tentang rasa isi hatinya.

“Mari dekat Raziq.” panggil Raziq sambil mendepakan tangannya kepada isterinya.Nia terkaku dengan tingkah laku suaminya itu.Air mukanya berubah keruh.

“Nia kan tak boleh jalan ?.” jelas Nia mendatar dan agak terasa dengan cara suaminya itu sedangkan Raziq tahu yang dia tidak mampu bergerak walau seinci pun.

“Sorry sayang , Raziq tahu tapi Raziq nak tengok sayang mampu ke tidak dengan pelawaan Raziq tu ? Kalau nak Raziq kena datang sini , Raziq malas nak bangun dekat dengan sayang.” jelas Raziq.Nia terdiam dengan kata-kata suaminya itu.Dia rasa tercabar dan terhina.Nia nekad untuk mendekati suaminya Raziq.

“Awak cabar saya ke ?.” soal Nia agak tidak puas hati.

“Eh mana ada ? Saya Cuma cakap saja , kalau awak nak saya datanglah sini , kalau tak mahu tak apa sebab saya tak rugi sikit pun.” sindir Raziq lagi.Sekali lagi Nia terasa hati dengan kata-kata suaminya itu.Airmata sudah bergenang di bebola mata.Dia menyahut cabaran suaminya itu , perlahan dia turun dari katil.Ia terasa berat dan agak sakit.Tetapi Raziq tetap tidak mengendahkan isterinya yang sedang bertarung untuk pergi dekat dengannya.Matanya hanya tertumpu pada skrin komputer atas urusan kerja.Selepas tidak lama kemudian , tangan Nia Amanda menyentuh kasar bahu suaminya.Raziq terus memandang ke arah isterinya kini terumbang-ambing berdiri di sebelahnya.Segera dia memaut pinggang ramping isterinya , dan di situ jugalah tangisan Nia terhambur kerana menahan sakit dan dicabar oleh suaminya.

“Jangan nangis sayang.” ucap Raziq lembut.Isterinya yang sudah berada di atas riba , diseka airmata olehnya dengan lembut.Pipi mulus Nia Amanda dikucup lembut.

“Raziq tak kejam nak suruh sayang datang pada Raziq , Raziq tahu kemampuan isteri Raziq , tapi sampai bila sayang nak terbaring atas katil tu tanpa usaha , sia-sia saja Raziq panggil doktor untuk buat terapi tapi sayang tak tunjuk pun effort pada Raziq.” jelas Raziq lembut dan tenang.Mendayu saja nadanya.Airmata Nia Amanda makin lebat mengalir apabila mendengar penjelasan suaminya.

“Raziq sayangkan sayang sangat , tanpa sayang siapalah Raziq sekarang ni ?.” jelas Raziq lagi.

“Tapi kenapa Raziq tak berterus terang dengan Nia apa niat sebenar Raziq ?.” soal Nia dalam tangisan.

“Sebab ia akan buat Nia lagi mengharapkan Raziq.Nia kena usaha sendiri juga , kerana tidak semua benda kita kena bergantung harap pada orang sayang.” jelas Raziq tenang.

“I love you sayang.” ucap Nia terharu dan memeluk erat suaminya.

“I love you too sayang , you are my sweetheart.” ucap Raziq kembali dan membalas pelukan isterinya itu.Airmata lelakinya juga turut gugur kerana terpaksa menyeksa isterinya dengan cara tidak sepatutnya , tetapi di dalam masa yang sama dia mahu isterinya itu belajar hidup berdikari.

“Sayang jom kita makan ?.” ajak Nia mesra.

“Sayang lapar ke ? Tapi Raziq belum masak ?.” jelas Raziq agak cuak kerana tidak menyediakan apa-apa lagi untuk isterinya makan.

“Takpa , kita makan apa yang ada saja , Nia Cuma nak luangkan masa dengan sayang saja.” luah Nia sayu.

“Baiklah , jom kita pergi dapur okay ?.” ajak Raziq lembut.

Tubuh isterinya dicempung dan dibawa turun ke tingkat bawah , sesampai sahaja di ruang tamu , Nia Amanda didudukan di atas sofa yang empuk.Manakala Raziq menuju ke dapur untuk mendapatkan makanan dan kudapan buat isterinya yang tercinta.Tidak lama kemudian Raziq tiba dari dapur dengan kudapan segera yang penuh di dalam pelukan hingga ke dadanya.Nia yang melihat keadaan itu sungguh terkejut.Raziq menyeringai ke arah isterinya apabila sedar wajah wanita itu agak terkejut dengan tindakannya itu.

“Sayang are you okay ?.” soal Nia kepada suaminya dengan riak wajah terkejut.

“Raziq okay saja sayang , tadi sayang cakap lapar kan ? Lepastu cakap tak kisah nak makan apa-apa pun…itu yang Raziq bawa semua makanan ni semua.” jelas Raziq tentang niatnya membawa makanan yang begitu banyak buat isterinya.

“Kalau ya pun takkan lah sampai macam ni sekali sayang ?.” soal Nia.

“Takpa sayang makan saja apa yang sayang nak ? Makan puas-puas , nanti kalau habis Raziq beli lagi.” jelas Raziq kepada isterinya.

“Sayang , kalau Nia nak minta something boleh tak ?.” soal Nia sambil matanya fokus terhadap plastik aiskrim yang dibukanya untuk memakan.

“Tanyalah sayang , nak tanya apa ?.” soal Raziq kembali.Mulutnya sudah penuh dengan coklat Cadburry.

“Kalau kita pergi honeymoon boleh tak ?.” soal Nia takut-takut.Hampir tersedak Raziq dibuatnya.Segera dia mengambil air kotak laici yang berada di hadapannya lalu disedut laju supaya pernafasannya kembali berjalan dengan lancar.

“Boleh tak sayang ?.” rengek Nia pula.

“Boleh tu memang boleh , tapi kenapa tiba-tiba ajak pergi honeymoon ? Kalau nak berjalan , dalam Johor ni pun banyak kawasan cantik sayang.” jelas Raziq kepada isterinya.

“Nia tahu , tapi tak salahkan kalau kita nak ambil udara dekat tempat orang ? Udara tempat kita ni dah sebati dah dengan kita , jadi kalau hirup pun tiada kesan.” jelas Nia tentang niatnya dalam ayat kiasan.

“Ohh , jadi sayang memang nak jalan jauh lah ni ?.” soal Raziq ingin kepastian.Kerana dia cukup memahami bahasa kiasan isterinya itu.

“Aah , boleh kan sayang ?.” pinta Nia manja lagi.

“Boleh , tapi bagi Raziq settle kerja Raziq dulu and ambil cuti dengan daddy , banyak benda nak kena uruskan.” jelas Raziq lembut.

“Apa yang nak kena uruskan tu ? Macam penting sangat ? Kemas bag baju dan pergi sajalah.” jelas Nia selamba.Dia terlupa keadaanya yang perlukan keselesaan.

“Sayang , Raziq kena uruskan mengikut cara keselesaan sayang , Raziq taknak honeymoon kita terganggu dan tidak dapat berjalan dengan lancar sebab sayang tak selesa dengan keadaan sayang sendiri.Jadi Raziq perlu ambil cuti lama sikit untuk uruskan waktu pergi dan balik honeymoon kita nanti.” jelas Raziq tenang.

“Tapi Nia okay saja ? Tak perlulah risaukan Nia…tadi sayang suruh Nia berdikari ? Sekarang sibuk nak jaga pula ?.” soal Nia merungut.

“Bukan macam tu sayang , maksud Raziq kalau kata Raziq takda dekat rumah sebab kerja , sekurang-kurangnya sayang mampu jaga diri sendiri juga tanpa menunggu Raziq , yang pasal honeymoon ni memanglah Raziq akan uruskan sebab kita akan pergi berdua ? Raziq mesti nakkan yang terbaik buat isteri Raziq ni.” jelas Raziq tenang sambil mengusap kepala isterinya lembut.

“Ohh macam tu ? Okay , sorry Nia tak tahu.” jelas Nia lembut.

“Takpa sayang , nanti kita honeymoon okay ? Sayang dah ada tempat ke ? Share lah dengan Raziq ?.” ujar Raziq mesra.

Nia Amanda mula menyenaraikan nama-nama tempat yang menarik untuk dia dan suami pergi berbulan madu.Raziq terpesona dengan keriangan isterinya kini daripada keadaan yang sebelum amat mengusarkan hatinya.Dia hanya menurutkan segala permintaan isterinya , supaya wanita itu segera sembuh dan bahagia.

Zehra sedang mengemas bag bimbitnya yang bakal dibawa ke Maldives nanti.Tuan Zahin kini berada di dalam bilik mandi.Zehra juga sedang ralit mengemas pakaian.Tiba-tiba telefon pintar suaminya berbunyi.Pada mulanya dia hanya membiarkan kerana tidak mahu menganggu privasi suaminya.Tetapi lama-kelamaan makin banyak pesanan yang masuk dan membingitkan telinganya dengan bunyi ringtone telefon suaminya itu.Akhirnya dia mengambil juga telefon tersebut dan melihat gerangan yang menghantar pesanan kepada suaminya itu.Apabila bahagian mesej dibuka , dia sudah menjeling melihat nama yang tertera pada skrin telefon tersebut.

“Apa saja lah dia nak ? Aku nak pergi honeymoon pun tak tenang tahu ?.” bebel Zehra bersendirian.Tiba-tiba bunyi pintu bilik mandi dibuka , menandakan suaminya bakal keluar dari selesai membersihkan diri.Tuan Zahin terus mengatur langkah mendekati isterinya dalam keadaan berlilitkan tuala sahaja.Isterinya dipeluk dari arah belakang.

“Siapa tu sayang ?.” soal Tuan Zahin yang melihat telefon pintarnya berada di tangan Zehra.

“Kawan baik abang tulah menyemak nak call.” Kutuk Zehra membenci.

“Lah , tak baiklah cakap orang macam tu.” jelas Tuan Zahin kepada isterinya.

“Masalahnya semua dah tahu yang kita nak pergi honeymoon harini kan ? Yang dia dah kenapa tak faham bahasa sangat ?.” soal Zehra agak tegang.

“Takpalah , nanti abang call dia balik.” jelas Tuan Zahin.Dia melepaskan pelukan bersama isterinya.Langkah diatur menuju ke almari baju.Pakaian kasual dipilih untuk dipergayakan.Akhirnya dia mencapai sehelai baju t-shirt dan seluar denim pendek.

“Abang , kita nak gerak pukul berapa ?.” soal Zehra tiba-tiba.

“Pukul 11 sayang.” jelas Tuan Zahin lembut.

“Ohh , kita pergi airport memandu or ada pemandu hantarkan ?.” soal Zehra ingin kepastian.

“Kita terbang sayang.” sindir Tuan Zahin selamba.Zehra terus memandang ke arah suaminya dan mencerlung tajam ke arah lelaki itu.

“Abang ni kenapa tiba-tiba nak menyindir ?.” soal Zehra tidak puas hati tetapi masih di dalam nada yang lembut.

“Habis sayang tanya soalan yang tak patut , abang pun bagilah jawapan yang tak patut , kalau kita memandu atau ada pemandu yang hantar sekali pun , sampai airport baru kita terbang juga kan ?.” soal Tuan Zahin menyedarkan isterinya tentang soalan sebentar tadi.

“Abang nak tanya something ni.” jelas Tuan Zahin tentang niatnya.

“Tanyalah , nak tanya apa abang ?.” soal Zehra ingin tahu.

“Hasya dengan sayang sebenarnya siapa ?.” soal Tuan Zahin tiba-tiba.Terkejut Zehra dengan soalan yang diajukan suaminya itu.Dia terkedu tidak tahu mahu cakap apa.

“Kenapa abang tanya ?.” soal Zehra kembali.

“Sebab abang ada syak sayang dengan dia ada hubungan rapat.” jelas Tuan Zahin.

“Sekejap , mana abang tahu tentang semua ni ?.” soal Zehra pelik.

“Fikri bagitahu abang , dia cakap lepas ni jangan biarkan sayang keluar seorang diri , pastikan keluar dengan abang or ada yang tolong teman sayang.” jelas Tuan Zahin sambil langkahnya diatur menuju ke arah isterinya.

“Fikri ? Bila dia beritahu ? Kenapa dia beritahu ?.” soal Zehra pelik dan agak tidak puas hati.Tetapi soalannya itu dibiarkan menyepi begitu sahaja.Tiada jawapan balas daripada Tuan Zahin.Zehra mula mengagak sesuatu.

“Jadi sayang jumpa siapa semalam abang tahu lah ya ?.” soal Zehra agak tegas tetapi di dalam nada yang perlahan.

“Abang cuma nak sayang selamat saja dekat luar sana tu.” jelas Tuan Zahin dengan jawapan yang tidak kukuh.

“Selamat apa ? Jadi abang dengan Fikri bersubahat lah ya ?.” soal Zehra agak mula marah kepada suaminya.Suaranya bergetar , airmata mula bergenang di tubir mata.

“Abang jawablah.” jerit Zehra kuat di hadapan suaminya.

“Abang salah sebab gunakan Fikri dalam masalah rumahtangga kita , jangan salahkan dia sebab dia Cuma tolong abang saja , abang yang suruh dia jumpa sayang , and suruh dia uji sayang , sama ada sayang masih sayangkan dia atau abang.” jelas Tuan Zahin panjang.Zehra menekup mulutnya dan diringi linangan airmata kerana dia tidak percaya suaminya bersikap curiga sehingga begini sekali.

“Jadi abang tahu apa hubungan kami dulu ? Abang tahukan ?.” soal Zehra dengan nada yang agak tinggi.

“Ya , dia dah beritahu abang dah.” jelas Tuan Zahin sayu.Dia dihurung rasa bersalah.

“Ya allah abang , sayang memang tak sangka abang akan buat macam ni dekat sayang , kenapa abang ? Apa salah sayang ? Salah ke kalau sayang mengaku yang sayang cintakan abang sampai abang jadikan orang lain umpan abang ?.” soal Zehra dalam tangisan.

“Sayang , abang tak maksudkan macam tu , abang Cuma nak kan kepastian sayang.” jelas Tuan Zahin terketar-ketar.

“Kalau dalam hubungan perkahwinan abang dah takda kepercayaan pada sayang , macam mana kita nak teruskan perkahwinan ni ? Kita kahwin baru 2 bulan abang.” jelas Zehra dalam getaran suaranya.

“Sayang , abang tahu abang salah , kita boleh bincang perkara ni.” jelas Tuan Zahin.

“Abang nak bincangkan apa lagi ? Sayang tak sangka abang ada sikap curiga yang macam ni.” jelas Zehra dalam linangan airmata yang semakin deras.

“Abang tahu , masa kita kahwin sukar untuk sayang lupakan Fikri , sejak dari tu abang tak percaya pada hubungan kita , abang minta maaf.” jelas Tuan Zahin.

“Habis abang kahwin dengan Zehra sebab apa ? Untuk puaskan nafsu abang saja ?.” soal Zehra dengan kasar.

“Zehra Amanda !.” jerit Tuan Zahin seoktaf.

“Kahwin dengan sayang , adalah satu kebahgiaan yang tak terungkap , abang pernah ditipu dalam percintaan , abang tak mahu rasa sait bercinta lagi , tapi kenapa sukar abang nak nampak keikhlasan sayang dalam perkahwinan kita ?.” jelas Tuan Zahin sayu.

“Dalam dunia percintaan yang abang lalui , terlalu banyak pengkhianatan yang berlaku , abang jadi takut dengan perempuan.” luah Tuan Zahin sayu lagi.

“Jangan jadikan sayang umpan abang untuk menguji hati dan perasaan , abang lelaki dan seorang suami sepatutnya membela bukan menghukum.” jelas Zehra tegas dan bergetar suaranya.Bebola mata dipenuhi urat mata berwarna merah.Airmatanya tidak henti mengalir.Hatinya terlalu sakit ketika ini mendengar penjelasan suaminya itu.

“Abang tak tahu apa yang buat abang tak percaya pada cinta lagi ? Abang rasa trauma sangat.” jelas Tuan Zahin.

“Sayang dari dulu jadi mangsa keadaan , sayang dah penat , dan sayang juga tidak mahu mengalah.” jelas Zehra sayu.

“Sayang tolong jangan tinggalkan abang.” pinta Tuan Zahin bersungguh dan meraih tangan isterinya.Tangan itu dilekapkan didada bidangnya.

“Hati sayang sakit sangat sekarang ni , tolong batalkan honeymoon kita , tak perlu pergi ke mana-mana , kalau betul abang sayangkan sayang , kita boleh bina hubungan kita dengan baik dekat sini.” jelas Zehra agak tegas dengan kata-katanya.

“Tapi sayang… .” kata-kata lelaki itu terhenti.

“Buat apa yang sayang nak kalau abang nak hubungan kita pulih.” jelas Zehra tegas.

“Kita pergi honeymoon dan bina hubungan yang baharu…please dear.” pinta Tuan Zahin bersungguh.Zehra diam tidak berkata.

“Kita pergi ya sayang.” pujuk Tuan Zahin lembut.Dahi isterinya juga dikucup.

“Boleh , tapi make sure takda gangguan dalam rumahtangga kita sepanjang kita honeymoon , sayang nak abang block number Fikri.” jelas Zehra tegas.

“Okay , abang janji.” janji Tuan Zahin lembut.Zehra memeluk suaminya erat.Entah mengapa dia terlalu menyintai lelaki ini.

“I love you sayang.” ucap Tuan Zahin sayu.

“I love you too , jom kita siap nanti lambat pulak sampai airport.” jelas Zehra.Pelukan dilepaskan , mata suaminya ditatap lembut.

“Abang.” panggil Zehra sayu.

“Ya sayang.” sahut Tuan Zahin dalam senyuman.

“Sayang sekarang betul-betul dah jatuh cinta pada abang , kita bawa sekali cinta kita pergi bulan madu.” ucap Zehra sepenuh hati.

“Ya allah sayang , mestilah bawa sekali kalau tak macam mana nak dapat anak ? Sayang nak abang buat secara paksa ?.” soal Tuan Zahin selamba.

“Abang !.” jerit Zehra kerana malu.Tuan Zahin telah meletuskan tawanya.Dia memeluk erat suaminya.Leher jinjang Tuan Zahin dikucup sekilas.Wajah disembamkan di di leher suaminya itu.

“I want more.” ucap Zehra.Tuan Zahin berkerut dahi.Dia tidak mengerti maksud isterinya.

“Sayang nak apa ?.” soal Tuan Zahin pelik.

“Cinta dan kasih sayang daripada abang.” ucap Zehra romantis.

“Insyaallah abang akan beri secukupnya.” ucap Tuan Zahin kembali dengan penuh lembut.

Dahi isterinya dikucup dan bibirnya juga.Mereka saling berpelukan.Tuhan telah melembutkan hati mereka untuk menerima rasa cinta dan kasih sayang dalam satu masa.

Hai assalammualaikum baby readers , jemput baca Novel Nyawaku Zehra by Fatimah Yusof.Terima kasih atas sokongan baby readers , i love you so much..Today FY update chapter 33 NZ..jangan lupa follow FY dekat NP untuk dapatkan noti setiap kali FY update..hihi..and follow lah ig FY untuk melihat watak..supaya korang lebih menjiwai untuk baca..huhu..tq so much baby readers..muahhh...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience