NZ (8)

Drama Completed 72982

Puan Sarah yang baru sahaja menyediakan makanan buat anak dan menantunya sarapan pagi , tiba-tiba didatangi Fikri yang hanya memakai seluar pendek dan baju tshirt.Dia menuju ke mesin penapis air untuk mengambil segelas air kosong.Dia sedang diperhatikan Puan Sarah yang sedang membancuh air kopi.Fikri juga dapat merasakan yang dia sedang diperhatikan tetapi tetap tidak diendahkan pandangan itu , dia hanya terus meneguk air bagi membasahkan tekaknya yaang kering.Puan Sarah memandang redup wajah menantunya itu , dia cuba mendapatkan perhatian Fikri tetapi sedikit pun Fikri tidak berbuat apa-apa tindakan apabila perhatian Fikri cuba dicurinya.

“Mak nak apa mak ?.” soal Fikri bersahaja.Terkedu Puan Sarah apabila tiba-tiba diajukan soalan itu kepadanya.Dia menjadi tidak keruan apabila diajukan soalan itu tiba-tiba.

“Ehh takda apa , ingat nak berbual Fikri.” balas Puan Sarah.

“Nak cakap tentang apa ? Pasal siapa ?.” soal Fikri kepada ibu mertuanya itu.

“Mak Cuma nak tanya , kenapa Fik balik dengan Zehra ? Yelah , walaupun Zehra tu anak mak…tapi mak tahu hubungan Fik dengan Zehra macam mana ? Dia yang paksa Fik balik kampung ye ?.” tuduh Puan Sarah terhadap anak perempuannya kepada Fikri.

“Apa mak cakap ni ? Zehra tu kan isteri Fik , anak mak juga , mak cakap macam mak terlalu bencikan dia kenapa ?.” soal Fikri tidak puas hati dengan cara cakap ibu mertuanya itu.

“Kalau dia tak balik jenguk mak dekat kampung , itu bermakna dia sibuk dan tidak dapat izin Fik , sebab syurga dia ada dengan Fik , bukan dengan mak , jadi mak tak boleh pertikaikan dia sebagai anak derhaka kalau dia tak balik jenguk mak dekat kampung.” jelas Fikri dalam nada yang tegas.

“Sekali lagi ! Sekali lagi mak pertikaikan sesuatu yang tak sepatutnya pada isteri Fik , Fik jamin dengan mak…ini kali terakhir kami balik ke kampung.” jelas Fikri tegas.

“Mak bukan apa , mak taknak kebahagiaan Fik hancur bersama Rose , kesian Rose…dia pun perlukan kasih sayang suami.” jelas Puan Sarah kepada Fikri sayu.

“Fik nak tanya mak ? Siapa anak mak sebenarnya ? Zehra ke Rose ?.” soal Fikri berani.

“Ya , memang Zehra tu anak mak , tapi mak nak tengok Fik bahagia disamping isteri dan anak-snak.” jelas Puan Sarah kepada menantunya itu.

“Apa maksud mak ?.” soal Fikri ingin penjelasan daripada ibu mertuanya itu.

“Qhaira perlukan kasih sayang seorang ibu , Rose perlukan kasih daripada seorang suami , mereka adalah orang yang beruntung sebab dapat Fikri.” jelas Puan Sarah kepada menantunya tanpa memikirkan hati anak perempuannya Zehra Amanda.

“Zehra dan Qhaira dah cukup membahagiakan Fikri selama 8 tahun ni , jadi Fik taknak ulangi kesilapan yang Fik dah pernah baut sebab ikut cakap orang lain.” jelas Fikri dan menekan kata-katanya pada ayat ‘orang lain’.

“Macam – macam agaknya Zehra dah cakap pasal mak ya , sampai Fik dah tak hormat pada mak lagi.”

“Bukan tak hormat sebab hasutan , tapi sebab hasutan maak pada Fik menjadikan jalan hidup Fik jadi berliku-liku…semua yang berkahwin pasti akan diuji tetapi jika diuji dengan mulut manusia , perkahwinan yang manis seperti gula akan menjadi pahit seperti hempedu.” tajam kata-kata Fikri kepada ibu mertuanya.

“Fikri bahagia dengan Zehra je mak , selama ni Fik tak nampak , sebab mak dah butakan hati dan mata Fik terhadap Zehra pada hari pertama kami kahwin , apa dosa dia dengan mak ?.” soal Fikri yanh suaranya tengelam timbul kerana menahan sebak.

“Kenapa Fikri salahkan mak ? Mak Cuma nak tengok menantu-menantu mak bahagia di sampinh isteri masing-masing.” jelas Puan Sarah kepada Fikri.

“Ya , mungkin menantu mak yang lain bahagia , tapi bukan Fik…sebab mak halang kebahagiaan Fik dengan manja.” ujar Fikri tegas.

“Sampai hati Fik cakap mak macam tu.” jelas Puan Sarah sebak.

“Sudahlah mak , Fik harap mak berhenti lah campur hal urusan keluarga Fik.” ujar Fikri sayu.Terus dia melangkah lemah menuju ke bilik tidurnya kembali.

Sesampai sahaja dia di dalam bilik.Tubuh yang sedang diuli mimpi dipandang sayu , dia mendekati isterinya yang sedang lena.Dia duduk di sisi wanita kesayangannya itu.Dahi Zehra dalam keadaan lena itu dikucup lembut oleh Fikri.Hati lelakinya menjadi sebak dan sayu apabila melihat wajah polos Zehra yang sedang lena itu.Perlahan-lahan dia mengucup dahi Zehra sekali lagi.Dia berganjak untuk berbaring di sebelah isterinya.Pinggang Zehra dipeluk erat , airmatanya mula mengalir.Wajahnya disembamkan dibelakang tubuh Zehra.Tiba-tiba Zehra terasa ada sesuatu yang melekap di bahagian belakang tubuhnya.Dia cuba untuk menoleh ke arah belakang tetapi tidak dapat kerana wajah Fikri menghalang pergerakannya.

“Abang , kenapa abang sembamkan muka dekat belakang sayang ?.” soal Zehra pelik.

“Abang.”panggil Zehra lembut.

“Abang ! Abang okay tak ?.” soal Zehra apabila dia mula terasa baju bahagian belakangnya basah.

“Abang.” panggil Zehra dengan nada cuak.

“ABANG !.” panggil Zehra kuat.Dia tidak keruan lagi apabila satu panggilannya pun tidak disahut Fikri.Apabila dijerkah Zehra begitu , airmatanya makin laju merembes keluar dari tubir matanya.Zehra berkerut dahi dan hampir bercantum keningnya.

“Abang kenapa menangis ?.” soal Zehra pelik dan lembut tutur katanya.Airmata suaminya diseka lembut.

“Takda apa sayang , Cuma rasa penat.” ujar Fikri sayu.

“Takkan lah penat sampai menangis ?.” soal Zehra pelik.Tetapi tangannya tidak berhenti mengusap lembut pipi mulus suaminya.

“Kadang-kadang kita rasa terlalu penat boleh buat kita mengalirkan airmata.” jelas Fikri sayu.

“Tapi abang bukan hari-hari masuk pejabat pun , kebanyakkannya sayang yang siapkan.” jelas Zehra kepada suaminya.Dia fikir yang suaminya itu menangis kerana terlalu penat bekerja.

“Kadang-kadang juga , hidup adalah salah satu punca kita menangis sebab kita tak pandai jalani kehidupan.” jelas Fikri dalam linangan airmata.Dia cuba meluahkan rasa yang terbuku dihatinya tetapi dia terpaksa diam kerana tidak difahami isterinya.

“Abang ni buat sayang risau lah , dah lah sayang nak mandi.” ucap Zehra bosan.Dia terus bangun dari pembaringan dan menuju ke tempat penyidai tuala untuk mengambil tuala dan menuju ke bilik mandi.

Selepas kelibat isterinya itu hilang daripada pandangan , perlahan-lahan dia bangun duduk dan bersandar di kepala katil.Dia meraup wajahnya lembut , kepala didongakan di kepala katil.

“Maafkan abang sayang sebab rasa hormat , abang dah hancurkan rumahtangga kita selama 8 tahun…abang sendiri jadi mangsa keadaan , tapi apa daya abang , abang tetap disalahkan.” Gumamnya sendiri.Sekali lagi airmatanya mengalir.

Raziq yang baru sahaja selesai sarapan pagi terus menuju ke pangkin untuk mendapatkan isterinya.Dia mendapat akal untuk menyakat isterinya itu.Perlahan-langkahnya dijengketkan kakinya dan terus menerjah Nia Amanda dari arah belakang.

“Sayang ! Terkejut lah Nia.” marah Nia manja.Lengan Raziq dipukul lembut.Manakala suaminya hanya tertawa nakal.

“Alaa , sorry lah sayang…Raziq cuma nak bergurau je dengan sayang.” jelas Raziq tentang niatnya.

“Kalau Nia ada heart attack , dah lama dah mati dengan sikap sayang ni tau.” ujar Nia memuncung.Tanpa rasa bersalah dan segan terhadap orang sekeliling yang lalu lalang di hadapan kawasan rumah ibu mertuanya itu.Laju sahaja bibirnya dibenamkan di bibir manis Nia Amanda.Terkedu Nia dengan tindakan drastik suaminya itu.

“Sayang , apa ni ?.” soal Nia manja dan malu dengan kelakuan suaminya itu.Raziq tersenyum sambil mengesat bibirnya dengan telapak tangan kerana terkena kesan gincu Nia.

“Raziq rindu nak manja-manja dengan baby Raziq ni.” jelas Raziq mengada.

“Ishh , kalau ya pun tunggulah dekat bilik nanti ke ? Ni tak , nak jugak tayang dekat orang apa yang kita buat.” bebel Nia sambil melayangkan tangannya.

“Sayang ni , benda macam ni pun nak bising.” jelas Raziq kepada isterinya.

“Sayang tu lah , gatal sangat.” bebel Nia lagi.

“Yelah , sorry.” ucap Raziq merajuk.

“Alaa jangan lah merajuk , nanti Nia takda kawan.” Jelas Nia kepada suaminya.

“Habis sayang lah asyik nak merajuk dengan Raziq.” rajuk Raziq lagi

“Sayang , kalau Nia nak tanya something boleh tak ?.” soal Nia manja.Raziq mula terbuai dengan nada isterinya itu.Perlahan-lahan wajah Nia dipandang dan senyuman manis terukir di bibirnya.

“Tanyalah sayang ? Raziq tak marah pun.” jelas Raziq kepada isterinya.

“Kalau Zatie nak Raziq lagi ? Raziq terima tak ?.” soalnya dengan penuh keberanian di hati walaupun rasa kini hatinya tidak kuat.

“Kenapa sayang tanya macam tu ?.” soal Raziq seperti tidak menerima kenyataan.

“Jawab je sayang , Nia Cuma tanya je.” jelas Nia Amanda sayu kepada suaminya.

“Tak patut tau sayang tanya soalan tu pada Raziq…Raziq ni kan suami sayang.” ujar Raziq kecewa.

“Sayang tahu , tapi sayang nak tahu jugak apa perasaan Raziq kalau nampak Zatie nanti ?.” soal Nia kendur suaranya.

“Raziq dah lama lupakan dia , Zatie pun entah-entah dah ada pengganti…kalau dia belum ada sekali pun , dia tak boleh ganggu rumahtangga kita sebab Raziq ni suami sayang.” jelas Raziq sedikit kecewa.

“Kalau Zatie masih ada hati lagi ? Raziq boleh terima dia dalam hidup Raziq ?.” soal Nia sengaja menaikkan amarah suaminya tanpa dia sedar.

“Awak boleh diam tak ? Tak habis-habis nak bercerita pasal orang , awak tu isteri saya , fikir lah sikit.” marah Raziq kepada isterinya itu.Tiba-tiba airmata Nia sudah mengalir laju.Raziq yang melihat keadaan itu meraup wajahnya sehingga ke belakang kepala kasar.

“Sebab tu Raziq tak suka bersoal jawab pasal benda ni , kenapa sayang degil sangat ? Dengar cakap Raziq boleh kan ? Kenapa perlu sakitkan hati sendiri ?.” soal Raziq bertalu-talu.

“Mak suruh Nia tanya Raziq semua soalan tu.” akhirnya penjelasan diberi kepada Raziq.Bebola mata yang putih bersih bertukar menjadi merah kerana terlalu marah.Wajah yang lembut kini bertukar menjadi bengis , bebola matanya dipenuhi urat mata yang berwarna merah menjalar , wajah yang berkerut hampir mencantumkan keningnya.

“Kenapa mak suruh tanya macam tu dekat Raziq ?.” soal Raziq ingin tahu lebih jelas.Sedangkan dia sudah masak dengan sikap masuk campur ibu mertuanya itu.

“Mak tak bagi Nia beritahu Raziq pasal benda ni , tapi Nia taknak jadi isteri derhaka.” jelas Nia dan mula mengalirkan airmata sekali lagi.Raziq terus membawa isterinya ke dalam dakapan.Kepala Nia Amanda dikucup lembut.Rambut bahagian belakang diusap lembut.

“Raziq bagi amaran dekat Nia , beritahu mak…cukuplah rumahtangga Angah dia dah porak perandakan , tapi bukan rumahtangga kita yang jadi mangsa dia seterusnya.Angah macam nak gila , sebab nak jelaskan yang dia pun tak bersalah , tapi disebabkan mak , dia sakit , disebabkan mak juga semua orang nampak buruk abang Raziq tu , cukup-cukuplah cakap mak , ingat tuhan , jangan menyesal tak sempat nak bertaubat.” jelas Raziq lembut tetapi kata-katanya begitu mendalam apabila didengar.

“Maafkan Nia ye sayang.” pinta Nia manja dan mengusap lembut pipi mulus suaminya.

“Takpa , Nia tak salah dalam hal ni , Nia cuma jadi mangsa keadaan je…Raziq taknak tengok Nia terima nasib yang sama dengan Kak manja , cukuplah terseksanya dia tu ,jadikan kita sebagai satu pengajaran.” jelas Raziq lembut dan tegas.

Fikri yang baru sahaja selesai solat Dhuha itu , bangun melipatkan semula sejadahnya dan diletakkan di atas meja kecil tepi katilnya.Zehra yang ralit bermain telefon pintarnya itu tidak menyedari suaminya yang sedang menghampiri.Fikri diam seribu bahasa , dan hanya menumpukan pada wajah lembut isterinya itu sahaja.Tiba-tiba , Zehra rasa ditenung seseorang.Dia mengangkat wajahnya dan melihat suaminya sedang merenungnya , Fikri memberi satu senyuman kepada isterinya.

“Nak tanya sikit boleh ?.” soal Zehra tiba-tiba.

“Tanyalah sayang.” balas Fikri lembut.

“Kenapa abang nangis tadi ?.” soal Zehra takut-takut.

“Sebab abang terlalu menyesal.” balas Fikri selamba.
“Menyesal kenapa ?.” soal Zehra pelik.

“Yelah , abang dah buat sayang selama 8 tahun.” jawab Fikri selamba lagi , tetapi di dalam hatinya hancur berkecai kerana dia juga disakiti dalam diam.

“Abang ni , janganlah buat sayang rasa bersalah…kan abang dah balik ke pangkuan sayang , kenapa perlu ungkit benda yang lepas.” ujar Zehra sayu.

“Takdalah abang gurau je , dah lah jom kita makan , abang dah lapar lah , dari semalam abang tak makan.” jelas Fikri sambil tersenyum kepada isterinya.

“Siapa suruh tak makan ? Sibuk nak makan bini abang ni kan ? Haa hadap lah sesorang.” balas Zehra selamba.

Zehra memaut lengan suaminya kejap , dan mereka beriringan menuju ke dapur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience