NZ (50)

Drama Completed 72971

Pada hari yang indah di kediaman Dato Hilman dan Datin Zarina.Dalam masa seminggu ini , pelbagai berita duka menimpa keluarga mereka.Pada hari lawatan Fikri serta anak dan isterinya terhadap Amylia.Pada hari itu juga adalah hari terakhir mereka melawat Amylia.Dia pergi menghadap ilahi pada hari kelahiran anaknya Qhaira.Nyawanya tidak dapat diselamatkan lagi.Serta merta Qhaira menjadi anak yatim.Yang kini dia ada sebagai ahli keluarga kandungnya adalah bapanya Fikri sahaja.Zehra juga memberi tumpuan sepenuhnya kepada anak kecil yang baru sahaja kehilangan ibu itu.Walaupun kini keadaan dia terlalu teruk akibat alahan kandungannya.Qhaira juga sudah beberaap hari sering demam semenjak pemergiaan ibunya.Zehra sudah bangun terlebih dahulu untuk menyiapkan Qhaira.Mereka akan berpindah ke rumah mereka sendiri pada hari ini.Kemudian dia masuk semula ke bilik untuk mengejutkan suaminya pula.

“Abang , bangun bang dah pukul 8 dah.” kejut Zehra lembut sambil mengoyangkan perlahan tubuh suaminya.

“Dah pukul berapa sayang ?.” soal Fikri lembut.Dia mula sedar dari lenanya setelah beberapa kali dikejutkan oleh Zehra Amanda.Tubuh isterinya yang berada di sisi dipeluk dan wajahnya disembamkan pada abdomen Zehra.Terkedu Zehra seketika.

“Abang sayang ada kerja.Nak tengokkan Qhaira sekejap.” jelas Zehra yang cuba untuk melarikan diri.Dia terasa membahang apabila diperlakukan begitu.Fikri berdecit tanda dia rasa terganggu.

“Bagilah abang peluang sekejap.” ujarnya manja.Akhirnya Zehra mengalah kepada suaminya itu.Dari keadaan duduk sudah bertukar posisi pembaringan.Wajahnya menghadap wajah Fikri.Mata mereka bertembung.Dada Zehra berdegup kencang saat anak matanya ditikam anak mata Fikri.Entah apa yang sedang meresapi di dalam hatinya.Jari jemarinya naik merayap di pipi mulus suaminya itu.Saat diusap dengan lembut.Mata Fikri Hakim terpejam menikmati kelembutan tangan isteri tercinta.Rasa bahagia menjelma tanpa diundang.Fikri mengucup rahang isterinya lembut.Zehra rasa geli akan dengan kelakuan suaminya itu.Dia cuba menolak sedikit tubuh suaminya , tetapi kudratnya tidak mampu.Segera Fikri mengambil kesempatan lalu mengigit pipi isterinya lembut.

“Abang !.” jerit Zehra manja.Fikri sudah meletuskan tawanya.Isterinya itu dipeluk erat.Fikri mengucup lembut dahi luas Zehra Amanda.Sewaktu kucupan itulah diberi segala rasa kasih sayang dan cinta yang tiada sempadan.Segalanya dicurahkan melalui kucupan itu.Agak lama dia membenamkan bibirnya di dahi luas isterinya itu.Kemudian dia melepaskan kucupan tersebut.Zehra tersenyum bahagia kepada suaminya.

“Kenapa setiap kali abang cium dahi sayang , sayang rasa macam susah nak suruh abang lepaskan ?.” soal Zehra lembut bersulamkan senyuman manis.

“Sebab abang dah curahkan segala-galanya sewaktu abang kucup dahi sayang.” jelas Fikri romantis.Zehra memejamkan matanya seketika.Dia menghayati setiap bait kata yang keluar dari bibir suaminya itu.Dia benar rasa jatuh cinta pada Fikri Hakim.Dia membuka matanya semula.Fikri sudah tiada di sisi.Terus dia bangun terduduk di atas katil.

“Eh , dah hilang ? Pergi mana ? Baru nak bercintan cintun.” omel Zehra mengada.Dia memuncung seorang diri.Dia bangun dari duduknya dan berdiri.Tiba-tiba , dia rasa ada sesuatu di belakangnya.

SAYANG !.Jerit Fikri menyakat isterinya.Terkejut Zehra Amanda dibuatnya.Dadanya disentuh dan diurut lembut.Dia mencerlung tajam memandang ke arah Fikri yang sedang berdiri tegak dalam keadaan bertuala sahaja.

“Abang memang nak sayang kena serangan jantung ya ?.” soal Zehra geram.Fikri tersenyum nakal lalu mendekati isterinya.Bahu isterinya disentuh.

“Macam tak biasa bergurau macam tu.Nak abang bergurau lebih kasar ke ?.” soal Fikri nakal.Zehra mengetap bibirnya.

“Bagi abang peluang harini sayang , please sayang dah seminggu abang bertahan ni.” pinta Fikri penuh makna.Zehra Amanda tersenyum nakal.Dia mendekatkan wajahnya ke arah wajah Fikri.Hidunya sengaja digeselkan di batang hidung Fikri.Bibirnya kini melekap di leher jinjang lelaki itu.Fikri menelan liur kesat.

“Sayang , kalau ya pun sayang izinkan.Jangan buat abang macam ni.” jelas Fikri memberi amaran.

“Takut ke ?.” soal Zehra nakal.Dia sengaja menguji keimanan suaminya itu.

“Sayang takpalah , nanti sajalah.” ucap Fikri lalu dia menolak sedikit tubuh isterinya.Baru sahaja dia mahu membuka langkah untuk ke bilik mandi.Zehra merentap tangan suaminya sehinggakan Fikri jatuh terdampar di atas tilam yang bersaiz ‘ king ‘ itu.Terbutang mata Fikri apabila melihat kekuatan isterinya yang luar biasa.Dengan sebelah tangan sahaja dia berjaya membuat Fikri jatuh teedampar di atas katil.

“Sayang apa ni ?.” soal Fikri terketar-ketar.Tetapi riak wajah Zehra hanya bersahaja malah menggoda.Selamba sahaja , baju T-shirt yang dipakainya dibuka dihadapan suaminya itu.Fikri sekali lagi menelan liur kesat.Tali seluar pula dilonggarkan.Dia naik ke atas tubuh Fikri.Setibanya di wajah , dia mengucup bibir suaminya itu dengan penuh nafsu.Fikri kini sudah terbenam di dalam lautan nafsu.Sungguh dia tidak sedar apa yang terjadi.Mereka melayari bahtera bahagia pada pagi hari.

Nia Amanda sedang duduk di ruang tamu.Matanya yang bulat sering memandang ke arah kaki yang keras dan tidak mampu bergerak itu.Sesekali nafas dihela panjang.Tangannya memegang tongkat yang memapah setiap atur langkahnya.Dia memegang tongkat itu kuat.Dia berusaha untuk berdiri sendiri.Perlahan-lahan dia bangun dan berdiri.Walaupun tidak kukuh untuk dia berdiri tegak , malah dia tetap bertahan dengan tongkat tersebut.Kini dia sedang mencuba untuk membuat langkah pula.Perlahan-lahan juga kakinya diangkat rendah untuk membuat langkah pertama ke hadapan.Tongkat sudah dia letak di tepinya.Dia melangkah setapak.Selepas beberapa minit , dia melangkah lagi setapak.Wajahnya mula mengukir senyuman dibibir.Airmatanya sudah mengalir terlebih dahulu.Seluruh tubuhnya terasa gigil.Teruja dan terharu yang tidak mampu diungkap dengan bait kata.Hanya ucapan syukur bertalu-talu di dalam hati.

“Sayang !.” jerit Nia Amanda memanggil suaminya Raziq Khaer.

“Ya sayang , Raziq tengah nak masak ni.Kenapa sayang panggil ?.” soal Raziq yang berada di dapur sedang menggaul rempah dan ayam sehingga sebati.Serta garam ditaburkan sedikit.Tangannya tidak berhenti menggaul tetapi pada masa yang sama dia ingin tahu kenapa isterinya itu memanggilnya.

“Sayang sinilah sekejap.” panggil Nia Amanda lagi.

“Raziq nak masak sekejap sayang , sayang nak pergi toilet ke ?.” soal Raziq kepada isterinya dengan nada yang sedikit menjerit.

“Bukan sayang.Sinilah sekejap.” panggil Nia Amanda lagi.Akhirnya Raziq mengalah terhadap isterinya.Ayam diletakkan di dalam peti ais.Minyak yang dipanaskan telah dipadam apinya.Apron yang tergantung di leher dibuka dan disidai di kepala kerusi meja makan yang berdekatannya.Tangannya dicuci bersih lalu menuju ke ruang tamu.Raziq terkejut melihat isterinya yang lumpuh itu kini sedang berdiri.Dia terpaku melihat adegan itu.Tidak tahu apa yang mahu diucapkan.

“Sayang , Nia dah boleh berdiri dah sayang.” jelas Nia gembira dan mengalirkan airmata.

“Alhamdulillah sayang.Raziq bersyukur sangat sayang.” ucap Raziq dalam linangan airmata dengan nada yang sungguh gembira.Baru sahaja dia ingin melangkah mendekati isterinya tetapi dia ditahan Nia Amanda.

“Sayang tunggu situ , biar Nia datang dekat sayang.” jelas Nia ceria.Raziq hanya akur.Dia berdiri ditempatnya tadi dan menanti kedatangan isterinya itu selangkah demi selangkah.Hampir 10 minit dia mengambil masa untuk mengatur langkah ke arah suaminya.Akhirnya dia tiba juga dihadapan Raziq.Airmatanya mengalir deras.Tangisannya pecah.Tubuh Raziq disambut dan dipeluk erat.

“Sayang , Nia nak jadi normal macam dulu.” ucap Nia dalam tangisan.Raziq memejamkan matanya dan mengalirkan airmata deras.

“Sabar sayang , Raziq pasti allah akan makbulkan doa sayang.” balas Raziq sayu.

“Terima kasih sayang sebab tolong jagakan Nia selama ni.” ucap Nia sayu setelah wajahnya bertembung dengan mata Raziq Khaer.

“Sama-sama sayang , Raziq sayangkan isteri Raziq ni sangat-sangat.” ucap Raziq romantis.Airmata yang bersisa diseka lembut.Dahi isterinya dikucup lembut.

“Sayang dah pulih sekali pun , Raziq akan tetap jaga sayang.” ucap Raziq lembut.

“Lepasni Nia tak sabar nak berlari pula.” gurau Nia Amanda nakal.Raziq tertawa dengan gelagat isterinya itu.

“Walaupun sayang dah boleh berlari nanti , kesihatan sayang kena jaga juga tahu ?.” pesan Raziq lembut.

“Baik sayang , Nia akan jaga diri Nia.Lepasni Raziq dah boleh pergi kerjalah.” jelas Nia manja.

“Ia , tapi makesure wife Raziq ni dah betul-betul sihat okay ?.” pesan Raziq kepada isterinya.

“Sayang I love you.” ucap Nia lalu mengucup bibir suaminya lembut.

“I love you too sayang.” balas Raziq romantis.Mereka saling berpelukan.Hari ini adalah hari yang terbahagia buat Raziq Khaer dan Nia Amanda.

Pada petang yang indah di taman perumahan Bukit Skudai.Zehra dan Fikri serta anak mereka telah berpindah ke rumah yang baharu pada petang ini.Fikri telah membeli sebuah rumah di kawasan perumahan Bukit Skudai.Zehra pernah menetap di kawasan itu sewaktu perkahwinan pertamanya dengan Fikri.Kali ini Fikri terus tekad untuk menetap selamanya di kawasan itu bersama keluarga kecilnya ini.Fikri mengangkat segala barang yang dibawa daripada rumah ibu bapanya.Barang dikeluarkan dari bonet kereta dan dibawa masuk ke dalam rumah.Setelah hampir setengah jam menyusun barang.Akhirnya selesai juga dia dan isterinya mengemas barang-barang keperluan mereka sekeluarga.

“Alhamdulillah , selesai juga kita pindah rumah baru abang.Terima kasih abang sebab belikan rumah untuk sayang dengan Qhaira.” ucap Zehra manja sambil memaut pinggang suaminya.Fikri mengucup lembut dahi isterinya.

“Sama-sama sayang , abang dah tak mahu sia-siakan hidup abang lagi.Abang nak menikmati keindahan hidup bekeluarga walaupun keluarga kita tak besar.” ucap Fikri lembut dan tenang.

“Sayang syukur sangat.” ucap Zehra kepada suaminya.Mereka merenung suasana petang yang didiami penduduk di kawasan perumahan itu di taman permainan yang berhadapan rumah mereka.

“Abang... .” panggil Zehra meleret.Fikri segera menatap wajah isterinya itu.

“Sayang sebenarnya nak minta maaf dekat abang.” jelas Zehra sayu.Dahi Fikri berkerut seribu.

“Minta maaf kenapa sayang ?.” soal Fikri lembut tetapi agak pelik dengan apa yang diucapkan isterinya itu.

“Sayang selama ni tak percayakan cinta abang pada sayang , sekarang baru sayang percaya dan lebih terasa cinta abang pada sayang tu.Sayang minta maaf ya abang.” ucap Zehra sayu.Fikri tersenyum mendengar penjelasan isterinya itu.

“Abang dah terlalu banyak menghukum sayang , mungkin inilah kelayakan yang patut abang terima.” jelas Fikri sayu dalam senyuman.

“Maafkan sayang ya abang.” pinta Zehra lagi.Dia memeluk pinggang suaminya erat.Wajah disembamkan di dada suaminya.Tiba-tiba Fikri melonggarkan sedikit pelukan bersama isterinya.

“Abang ada something untuk sayang.” jelas Fikri.

“Apa dia abang ?.” soal Zehra teruja.Dia terus menuju ke kenderaan dan mengambil sesuatu di dalam kenderaannya.Zehra menggaru kepalanya yang tidak gatal.Tidak lama kemudian , Fikri kembali ke arahnya dan menghulurkan sepucuk surat.

“Apa ni abang ?.” soal Zehra pelik.

“Ambil dan baca.” arah Fikri lembut.Dia memaut bahu isterinya dan dibawa ke ruang tamu lalu mereka duduk di sofa tersebut.Zehra bersandar di sisi tubuh Fikri untuk berasa selesa.Fikri pula bersandar di kepala sofa.Dia hanya melihat gelagat isterinya yang membelek sampul surat yang berisi itu.

“Nyawaku Zehra ?.” soal Zehra pelik.Dia memandang wajah Fikri.

“Sayang buka ya ?.” pinta Zehra kepada suaminya.Fikri hanya mengangguk sahaja.Zehra mula membuka sampul surat tersebut dan mengeluarkan isi di dalam sampul tersebut.Dia pelik.Adakah Fikri menulis surat buatnya ?.

“Abang nak sayang baca kuat sebab abang nak dengar.” jelas Fikri.Zehra terkelu dengan permintaan suaminya itu.

“Okay.” akur Zehra akhirnya.Dia mula membuka lipatan surat itu.Nafas ditarik panjang kemudian dilepaskan perlahan-lahan.

“Bismillah , assalammualaikum isteriku Zehra Amanda yang amat kucintai dan kusayangi.Mungkin sayang akan berasa pelik bila baca surat ini , sebab abang membuat keputusan untuk menulis surat untuk sayang.Abang harap , sayang dapat terima segala kekurangan di dalam surat ini.” Zehra tersenyum saat membaca rangkap pertama.

“Sayang , abang tahu abang dah terlalu banyak sakitkan hati sayang sepanjang perkahwinan kita yang pertama.Abang gagal menjalankan tanggungjawab abang dengan baik.Abang abaikan kesetiaan sayang dan kasih sayang yang sayang dah curah pada abang.Abang menyesal dengan segala perbuatan abang selama ini sayang.” Zehra sudah mula mengalirkan airmata saat membaca rangkap seterusnya.Suaranya juga tenggelam timbul kerana menahan sebak.

“Sayang , sepanjang bahtera perkahwinan yang telah kita selama 8 tahun , tiada apa yang indah untuk kita lalui bersama.Mungkin sayang rasa terabai , terbuang dan tersisir tetapi percayalah pada abang.Cinta abang pada sayang tidak pernah pudar.Sayang satu-satunya cinta hati abang.Hidup abang dihadiri dengan tiga orang wanita.Tetapi sayanglah penyeri disaat dunia abang malap.Perkahwinan sayang dengan Zahin... .” Zehra terhenti membaca saat dia tersebut nama lelaki yang telah membunuh jiwa dan kesetiaannya.Nafas ditarik panjang lalu dihelakan.

“...perkahwinan sayang dengan Zahin , tak pernah sekali abang restu atau tumpang gembira.Dengan apa yang abang sudah lakukan , ianya menyeksa jiwa dan raga abang.Terimalah abang dengan segala kekurangan dan kelebihan yang ada ini sayang.Tiada sayang di sisi.Abang rasa tidak bernyawa.Setiap kali sayang tanya pada abang siapa sayang dalam hidup abang ? Dekat mana abang letak sayang dalam hidup abang ? Jawapan abang tetap sama.Nyawa abang adalah sayang.Nyawaku Zehra.” Zehra melipat semula surat cinta dari suaminya itu.Dia memandang wajah Fikri dengan mata yang memerah.

“Sampai macam tu sekali ?.” soal Zehra dalam sebak.

“Abang cintakan nyawa abang ni sangat-sangat.” ucap Fikri lembut dan romantis.Airmatanya turut mengalir.

“Terima kasih sebab sudi menjadi suami sayang dan ayah kepada anak-anak kita.” ucap Zehra dalam senyuman.Fikri mengucup lembut dahi suaminya.

“Terima kasih sebab sudi jadi isteri abang dan terima anak abang.” ucap Fikri kembali.Mereka berpelukan.Tiba-tiba Qhaira mendekati mereka berdua.

“Daddy asyik peluk mummy saja ? Nak peluk juga.” rajuk Qhaira manja.

“Mari dekat daddy dengan mummy.” panggil Zehra lembut lalu mendepakan tangannya untuk menyambut anak manjanya itu.Mereka bertiga saling berpelukan bersama.

“Alhamdulillah.Abang dapat bina keluarga bahagia yang kecil ni.Mulai harini inilah syurga kita.” ucap Fikri tenang dan mesra.Dia mengucup dahi kedua-dua buah hatinya itu.Mereka telah membina keluarga bahagia di rumah baharu.Rasa cinta dan sayang antara satu sama lain semakin mekar.Aturan allah itu lebih hebat dengan apa yang dirancang manusia.Kebahagiaan milik kita.


~ The End ~

Alhamdulillah , syukur sangat...Nyawaku Zehra telah tiba di penghujung cerita...FY ucapkan terima kasih kepada semua baby readers dan team NP yang memberi sokongan..4 novel relaks buat sendiri..sampai NZ habis team NP semua masuk campur..hihihi..apa2 pun..doakan untuk next projek FY dapat berjalan dengan lancar..tq.. boleh follow ig FY untuk tengok video khas Nyawaku Zehra okay..muahh love you baby readers

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience