NZ (2)

Drama Completed 72982

Rose Isabelle seorang yang dilihat dengan lemah lembutnya dan nampak menonjol dengan gayanya.Tidak siapa yang tahu,bahawa wanita itu di dalam hatinya mempunyai sifat dendam dan iri hati atas kecantikan dan kelebihan orang lain.Pada pagi Isnin yang indah,dia sedang mengemas bag pakaiannya untuk dibawa ke Kuala Lumpur.Tetapi kepergiannya tidak diketahui oleh suaminya Fikri Hakim.Dia sudah berjanji bersama rakan-rakannya yang lain untuk bersama-sama ke Kuala Lumpur dengan menggunakam penerbangan supaya lebih cepat mereka tiba di Kuala Lumpur.Sesi mengemas pakaiannya hampir siap,dia mencalitkan sedikit gincu yang berwarna merah jambu di bibir munggilnya.Pakaian yang tersarung di tubuh dibetulkan supaya kelihatan lebih kemas.Sedang dia bersiap,suaminya Fikri turut masuk ke bilik tidur mereka itu.Terkejut Fikri apabila melihat isterinya sedang bersiap bagai hendak menuju ke sebuah percutian.Fikri mendekati Rose dan memaut bahu isterinya dari belakang.Dagunya ditongkatkan dibahu Rose Isabelle dan wajahnya memantul di dalam cermin dan ia dapat melihat wajah isterinya juga.

"Sayang,you nak pergi mana ?".soal Fikri lembut.

"I nak pergi Kl dengan kawan-kawan I".jelas Rose bersahaja tanpa ada rasa bersalah.Tangan yang berada di atas kedua-dua bahu Rose dilepaskan serta-merta.Beberapa tapak diundur kebelakang.

"Why Bie ?".soal Rose yang nampak akan perubahan suaminya yang menapak ke belakang apabila dia memberitahu dia mahu pergi ke ibu kota.

"You nak pergi dengan kawan-kawan you ? Tinggalkan I dengan Qaira ?".soal Fikri.Tetapi ayatnya tergantung.

"Again ?".soalnya menamatkan ayatnya yang tergantung tadi.

"Ala Bie , macam you tak biasa duduk dengan Qhaira berdua bila I pergi outstation ? Lagipun kita kan duduk rumah mummy dengan daddy so apa yang you nak takutkan sangat ? Ramai yang boleh tolong jaga Qhaira if you go out to work ?".jelas Rose bersahaja kepada Fikri.Fikri menahan sabar didada dengan sikap bersahaja isterinya ini.

"You senang bercakap ya ? Kenapa you tak minta izin I ? Kenapa tak berbincang dulu dengan I ?".soal Fikri bertalu-talu dengan perasaan yang cukup sabar.

"Hahaha..I ? Minta izin ? Bila masa pulak you pandai suruh I minta Izin ni ? Dah bertaubat ke you ni ? Nak suruh I jadi isteri solehah pulak ?".soal Rose dengan nada yang sinis.Fikri mengelengkan kepalanya perlahan.

"You ni , I tak tahu lah bila nak berubah ? Kalau orang lain di usia you ni ramai dah buat amal jariah buat pahala , but you still buat dosa".jerit Fikri di ayat terakhirnya.Terhinjut bahu Rose apabila disergah begitu.Wajahnya mula mengerut kerana marah akan sikap kasar Fikri terhadapnya.Fikri juga melakukan perkara yang sama.Dua wajah kini bertembung dengan perasaan amarah yang tinggi.

"Siapa suruh you jerit macam tu dekat I ?".soal Rose berani kepada suaminya.

"You tanya I pasal keberanian jerkah you ? You ingat you siapa ?".soal Fikri dalam jeritannya.

"You makin hari makin teruk lah Bie".jelas Rose dalam nada menjerit.

"I teruk ? Apa yang teruknya ? You beritahu I sekarang ? Apa yang you nak semua I bagi".ujar Fikri kepada isterinya itu.

"You nak tahu sebab apa ? Sebab you tu asyik busy dengan kerja you je...sebab itu lah I pun nak spend time with my friends..lagi tenang rasa daripada duduk dalam rumah ni ?".sindir Rose di ayat terakhirnya.Wajah Fikri sudah bertukar menjadi merah padam kerana amarah yang ditahan daripada tadi telah habis sudah hadnya.

"ROSE !".jerit Fikri seoktaf.Tersentak Rose Isabelle apabila dijerkah sebegitu sekali.

"Apa you cakap ? I asyik busy dengan kerja I ? Kalau I tak busy dengan kerja I , you ke yang nak bagi I makan ?".soal Fikri dalam jeritannya.

Tiba-tiba pintu bilik mereka dibuka oleh seseorang.Wajah Fikri berubah cuak,apabila ibunya berada di muka pintu.Dia menuju ke katil tempatnya beradu.Dia duduk di hujung katil.Rose berdiri dalam keadaan berpeluk tubuh.Datin Paduka Zarina melangkah masuk ke dalam bilik tersebut.Dia berdiri berdekatan dengan anak dan menantunya.

"Kenapa dengan kamu berdua ni ? Sampai ke tingkat bawah suara kamu menjerit Fikri".jelas Datin Zarina dalam wajah yang angkuh.

"Nothing mummy".balas Fikri ringkas.Datin Zarina mengeleng-gelengkan kepalanya.Dia amat mengenali sikap anak keduanya itu.Dia tidak akan rasa marah apabila tidak ada yang cuba menjadi bara api kepadanya.

"Nothing ? Kalau dah menjerit macam orang gila itu dikata tiada apa ?".soal Datin Zarina sambil anak matanya mengerling ke arah Rose yang berdiri sambil berpeluk tubuh tanpa ada rasa hormat kepada ibu mertuanya.

"Kamu hendak ke mana Rose ?".soal Datin Zarina sinis.

"I want to go out with my friends".jawab Rose dengan kurang sopan.

"Bila ?".soal Datin Zarina dengan suaranya agak tinggi dan pelik.

"Today".jawab Rose ringkas sambil matanya sedang meneliti kuku dijarinya.

"Habis Fikri dengan Qhaira macam mana ?".soal Datin Zarina lagi,walaupun dia sudah tahu menantunya ini akan tinggalkan juga anak dan suaminya.

"Mummy kan ada ? Orang gaji kan ada ? Tolong lah tengok-tengokkan ? Ala Qhaira tu tak susah nak jaga..just bagi dia makan and biarkan dia main".ujarnya selamba tanpa ada perasaan risau di hati.Fikri dan Datin Zarina terkedu dengan jawapan yang diberi Rose itu.

"Aku tak tahu macam mana Qhaira tu boleh lahir dari rahim betina tak sudah macam kau ni ?".soal Datin Zarina kasar.Terbutang mata Rose dan Fikri mendengar penyataan ibu mertuanya itu.

"Mummy kenapa cakap macam tu dekat Rose ?".soal Fikri lemah tetapi nadanya seperti tidak menyangka yang ibunya sanggup menyoal Rose dengan kata-kata kesat begitu.

"Kenapa ? Tak boleh ? Dia dah tunjuk belang dia dekat Fik pun , Fik masih nak pertahankan dia ke ?".soal Datin Zarina tidak puas hati.

"Tapi dia isteri Fik mummy".jelas Fikri lembut kepada ibunya.

"Ohh sebab fikir isteri lah , Fik biarkan je dia biadap dengan mummy dengan Fik ? Macam tu ?".soal Datin Zarina tegas dan suaranya agak tinggi.

"Ehh bukan macam tu mummy".jelas Fikri dan ayatnya tergantung kerana tiada alasan serta jawaban hendak diberi kepada ibunya.

"Sudahlah Fik , Fik masih boleh berfikir mana racun mana madu".ujar Datin Zarina ringkas tetapi penuh makna.Datin Zarina terus menutur langkah untuk keluar dari bilik tidur anak dan menantunya itu.

"What mummy means ? Masih boleh fikir mana madu mana racun ? Dia nak maksudkan apa sebenarnya ?".soal Rose tidak puas hati dengan penyataan Datin Zarina sebentar tadi.

"Fikri I asked you ?".soal Rose lagi kepada suaminya.Begitulah keadaan mereka bila bergaduh,tiada lagi panggilan hormat yang keluar di setiap tutur kata mereka.

"I don't know".jelas Fikri sedikit tinggi suaranya.Rose merenung tajam ke arah suaminya yang tertunduk itu.Dia mendekati lelaki itu.

"You heard here , If I tahu you ada perempuan belakang I , I kerjakan betina tu tahu ?".ugut Rose kepada Fikri.Lelaki itu hanya diam menyepi.Tanpa berlengah lagi.Dia terus menarik bag bagasi miliknya dan keluar dari ruang bilik tidurnya itu dengan meninggalkan suaminya begitu sahaja.Tangan lelaki itu dikucup sementara.

Airmata lelaki Fikri Hakim bergenang di kolam matanya.Dipejam rapat matanya seketika,airmata yang tadi bergenang kini gugur jatuh ke lantai.Hatinya berasa sebak,pandangan sayu dibuang ke lantai.

"Kalau mak tak hasut Fikri , mesti Fikri bahagia dengan manja sekarang ini kan ? Untuk menghadap wajah dia pun bukan setakat rasa malu , rasa berdosa yang menghurung jiwa ini mak".ujarnya sendirian.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Raziq yang sedang duduk di kerusi pejabat , tiba-tiba pintu biliknya diketuk seseorang.Diarahkan masuk dan tersembul sebuah wajah yang amat dia cintai.Senyuman manis terukir di bibirnya dan gerangan yang masih berada di muka pintu bilik pejabatnya itu.

"Sayang boleh Nia masuk ?".pinta Nia dengan suaranya yang manja dan sentiasa membuat Raziq tergoda.

"Masuklah sayang , Raziq daripada tadi tunggu sayang tau..tapi takda..ingatkan tak sudi nak jumpa Raziq harini".ujar Raziq.Nia Amanda mula melangkah masuk ke dalam ruangan bilik itu dan menutur langkah pantas ke arah suaminya yang sedang duduk di kerusi utamanya itu.

Sesampai sahaja dia di hadapan suaminya,dahi Raziq dikucup lembut dan diusap pipi mulus lelaki itu.Raziq tersenyum bahagia kepada isterinya.

"Nak dekat sini ke ?".soal Raziq nakal.Berubah air muka isterinya apabila ditanya soalan peribadi kepadanya.

"Ish sayang ni , kesitu pulak ?".soal Nia manja dan memuncung.

"Kesitu lah sayang , takkan ke sini pula ?".soal Raziq menyakat isterinya.Bahu tegap Raziq ni ditepuk lembut oleh Nia.

"Alaa , Raziq gurau je..dekat sini lah kita nak gurau macam ni ? Kenakan antara satu sama lain , kalau dekat rumah nanti dah bergurau benda lain".ujar Raziq penuh makna tanpa rasa bersalah dan segan terhadap isterinya.

"Eee , sayang ni..apalah suka cakap bukan-bukan..nakal tahu tak ? Tak senonoh , otak yellow".kutuk Nia terhadap suaminya.Tawa Raziq meletus dan memenuhi ruang sunyi bilik pejabatnya itu.

"Aduh sayang ni , ada saja nak kenakan Raziq ya ?".ujar Raziq sambil menghabiskan sisa tawanya.

"Sayang".panggil Nia lambut dan satu nafas.Raziq memandang wajah ayu dan manja isterinya.

"Terima kasih sebab jadikan Nia isteri sayang , terima kasih sebab manjakan Nia macam budak-budak , dan terima kasih juga dekat sayang sebab terima keluarga Nia tanpa rasa janggal".ucap Nia Amanda dari hatinya.

"Sama-sama sayang , Raziq sayang Nia sepenuh hati Raziq , walaupun keluarga kita tak seperti keluarga orang lain , ada masalah yang berlaku , tetapi hubungan suami isteri kita ni kita jaga sampai mati ya sayang".ucap Raziq kepada isterinya dengan penuh nada romantis membuatkan Nia Amanda mengalirkan airmata tanpa sedar.

Raziq yang sedang duduk di kerusi utama miliknya , segera berdiri dan menghadap wajah isterinya.Nia Amanda yang lebih rendah dan tidak mencecah ketinggian suaminya itu , memandang wajah lelaki itu dengan mendongak ke atas.Raziq tersenyum melihat isterinya yang mendongak melihat dirinya yang tinggi lampai itu.

"Comel sayang".puji Raziq seraya mencuit batang hidung isterinya.Nia tersenyum manja.

"Sayang pun handsome".puji Nia kembali kepada suaminya yang tampan itu.Sebelum ikatan perkahwinan dilakukan , Raziq adalah antara lelaki yang digilai wanita yang berada di dalam syarikat Johor Corporations ini.

Nia Amanda merangkul leher suaminya dan menarik tengkuk lelaki itu kebawah sedikit dan hampir dengan wajahnya.Selepas beberapa saat merenung anak mata suaminya , dia mengucup lembut bibir Raziq Khaer.Kucupan Nia Amanda diterima baik oleh suaminya , rentaknya juga diikut tanpa berlaku kesilapan.Kedua-dua mereka telah hanyut didalam keadaan beecumbu.Selepas beberapa saat , kucupan dilepaskan.Mereka berdua mencari nafas yang hilang.Tanpa mereka sedar , ada seseorang yang sedang memerhatikan adegan mereka berdua sebentar tadi dari jarak yang agak jauh di muka pintu.

"T...T...Tuan".seorang pekerja lelaki yang berkaca mata tebal dan rambut disisir tepi memanggil Raziq yang baru sahaja selesai bercumbu bersama isterinya dengan nada yang gagap.

"Hoii , kau buat apa dekat situ ?".soal Raziq yang mula cuak.

"Dia nampak ke apa yang aku buat tadi ?".getus Raziq di dalam hati kecilnya.

"Sa...saya nak bagi Tuan Fail projek dekat Iskandar Puteri ni".ujar pekerja lelaki itu tergagap-gagap sambil menunjukkan Fail yang ada di tangan kanannya.

Nia yang berada di situ menoleh ke arah belakang menghadap dinding bilik pejabat suaminya.Dia benar-benar terasa wajahnya sudah memakai pemerah pipi dengan tebal.

"Sayang..keluar kejap..nanti Raziq jumpa sayang dekat lobi okay".pinta Raziq kepada isterinya.Nia hanya menuruti arahan suaminya.Tanpa berlengah lagi dia keluar dari bilik pejabat suaminya.Raziq memberi isyarat tangan supaya pekerja lelaki itu datang mendekatinya.Arahannya diturut baik , Raziq segera mengambil Fail kerja yang dipegang lelaki itu dan menelitinya.Sesekali ,matanya mengerling ke arah pekerjanya itu.Selepas beberapa minit dia memulangkan semula Fail itu kepada pekerja tersebut semula.

"Semua okay".beritahu Raziq , Fail kerja dihulurkan kembali kepada pekerjanya itu.Pekerjanya itu sudah berpusing tubuh untuk keluar dari biliknya itu , tiba-tiba dia menahan lelaki itu.

"Tadi awak ada nampak apa-apa tak masa ada isteri saya ?".soal Raziq selamba.Terkedu pekerja lelaki itu dengan pertanyaan majikannya.Perlahan-lahan kepala digelengkan.

"Hmm bagus , kalau nampak juga , buat-buat tak nampak je".jelas Raziq selamba.Kemudian dia mengarahkan pekerjanya itu keluar dari biliknya itu.

Dia kembali duduk di atas kerusinya.Dia merenung seketika.

"Nasib kau kata tak nampak , kalau kau kata nampak , turun pangkat serta merta jadi driver aku..macam aku tak tahu yang kau tengok apa yang aku tengah buat dengan isteri aku , nak juga lah masuk bilik ni masa aku tengah ambil semangat pagi".bebel Raziq seorang diri.Kemudian dia berdiri dan mengemas barang yang berselerak di atas meja kerjanya itu.Selepas mengemas barang , dia terus keluar dari biliknya dan terus memasuki perut lif menuju ke tingkat bawah untuk mendapatkan isterinya yang sedang menunggunya di ruangan lobi.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pada waktu tengah hari begini , Zaki dan isterinya Iris akan makan tengah hari bersama di rumah.Iris yang dulunya seorang pekerja di Johor Corporation telah meletak jawatannya atas permintaan suami.Zaki lebih selesa isterinya menjadi suri rumah sepenuh masa.Pada tengah hari tersebut , Zaki membuat keputusan untuk pulang makan tengah hari lewat sedikit kerana ia mahu menyelsaikan kerjanya di pejabat terlebih dahulu supaya tidak tertangguh dan tidak menjadi banyak.Selepas menyelesaikan semua tugasnya , dia terus menuju ke tempar parkir kereta VIP miliknya sekeluarga dan meluncur laju pulang ke rumah.Sesampai sahaja di perkarangan rumahnya,dia terkejut melihat kereta abang keduanya berada di dalam perkarangan rumahnya.Dia akhirnya memarkirkan keretanya di belakang kereta abangnya itu dan terus memasuki rumah ke dalam rumah untuk mendapatkan tetamu mengejutnya itu.

"Susah kau nak datang sini , tiba-tiba ada pula harini".getus hati kecilnya.Dia melangkah masuk ke dalam rumah.Dia melihat isterinya sedang menuang air di dalam cawan buat abangnya itu.Fikri yang sedang duduk di dalam keadaan kaki di atas kaki itu hanya memandang kosong ke arah adik bongsunya yang baru pulang.

"Dah lama sampai ?".soal Zaki mesra sambil menghulurkan tangannya untuk mereka berjabat tangan.

"Dah , aku tunggu kau".jawab Fikri dan menyambut huluran adiknya itu.Kemudian , Zaki duduk berhadapan dengan abangnya itu.

"Lama kau tak datang sini , tiba-tiba datang ni ada apa-apa ke ?".soal Zaki menduga abangnya.Keluhan kecil dilepaskan oleh Fikri apabila Zaki mengajukan soalannya itu.

"Zehra ada datang rumah mummy dua hari lepas , dia sarapan pagi sekali dengan kami , lepastu aku cuba call dia , sampai harini dia tak angkat call aku , kenapa ? Dia ada cakap apa-apa pasal aku ke dekat kau or wife kau ?".soal Fikri dalam nada risau.

"Kau tanya aku buat apa ? Kau tanya lah adik dia sendiri".ujar Zaki sambil menunding jari ke arah isterinya.

"Iris , Zehra ada call cakap apa-apa pasal angah tak ?".soal Fikri dan membahasakan dirinya sebagai angah kepada Iris Amanda.

"Takda pulak ngah , tapi semalam petang dia ada call Iris cuma bertanya khabar je lah , dengar suara dia pun okay je , takda macam orang sedih or susah hati".jelas Iris kepada abang iparnya itu.

"Aku tak tahu lah chik , apa salah aku sampai dia taknak angkat call aku ?".luah Fikri kepada adik bongsunya.

"Kenapa kau tak pergi rumah dia je ?".soal Zaki tiba-tiba.Fikri terkedu mendengar soalan adiknya itu.

"Ya allah kenapa aku tak terfikir dari awal ?".soal Fikri kepada adik bongsunya.

"Lain kali otak tu kasi berfungsi sikit".kutuk Zaki selamba.Iris yang berada berdekatan dengan suaminya menutup mulut menahan tawanya.Fikri mengerling adik lelakinya itu.

"Angah , aku nak tanya kau sikit boleh ?".soal Zaki lembut.

"Tanyalah , kau nak tanya apa ?".balas Fikri kepada adiknya itu.

"Bila kau nak bersatu dengan kak manja ? Kau tak kesian ke dekat dia ? Kesian lah dekat adik-adik dia ni ? Diorang pun nak tengok kakak diorang bahagia dengan orang dia sayang".jelas Zaki kepada Fikri.Iris yang berada di sebelahnya tertunduk.

"Aku takda jawapan untuk soalan kau ni".jelas Fikri ringkas.Lalu , dia meminta diri dan keluar dari rumah teres dua tingkat itu.Selepas memerhati kereta Fikri meluncur keluar dari kawasan perkarangan.Zaki masuk ke dalam rumah semula.

"Sayang , kenapa you tanya macam tu dekat angah ? Mesti dia rasa serba salah sebab tu dia tak boleh nak jawab soalan you tu".ujar Iris lembut yang bersuara apabila melihat kelibat suaminya masuk ke dalam rumah semula.

"I cuma nak sedarkan angah , I tahu dia ada sebab buat semua ni , cuma dia berahsia something dari kami , sebab tu apa rezeki yang dia dapat tak pernah melekat , semuanya tak jadi , jadi dia perlu betulkan hubungan dia dengan kak manja".ujar Zaki dalam renungannya.

Iris mendekati suaminya dan memeluk lelaki itu erat.Pelukan Iris disambut oleh Zaki dengan lebih erat.

"Kita semua kena bantu angah dengan kak manja sayang".ucap Iris dengan suaranya yang tengelam timbul.Dadanya mula berasa sesak akibat menahan sebak.

"Insyaallah sayang , kita sama-sama doa okay".pujuk Zaki kepada isterinya.Airmata Iris Amanda akhirnya gugur di atas bahu tegap suaminya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Fikri yang baru tiba di hadapan rumah Zehra , hanya duduk diam di dalam kenderaanya sementara menunggu isterinya itu pulang dari Iskandar Puteri.Sedang lelaki itu menunggu,tiba-tiba dia melihat ada sebuah kereta memasuki perkarangan rumah Zehra.Dan gerangan yang keluar dari kereta tersebut adalah lelaki dan Zehra sendiri.Tiba-tiba hatinya menjadi panas apabila melihat adegan mesra isterinya itu bersama lelaki lain.Tangannya yang terletak pada stereng kereta digenggam kuat seperti mahu tercabut stereng tersebut.Dia hanya memerhati dari jauh di dalam kereta.Selepas beberapa minit perbualan Zehra dan lelaki itu berlanjutan akhirnya tamat jua.Lelaki itu mula meminta diri untuk beredar dari kawasan itu,kereta mula bergerak keluar dari perkarangan rumah.Lambaian Zehra terhadap lelaki itu membuat Fikri berasa sakit hati.Selepas memastikan lelaki itu sudah hilang dari pandangannya,segera dia keluar dari isi perut kereta dan menuju ke arah isterinya yang sedang terpacak di hadapan pintu rumah kerana terkejut dengan kehadiran dirinya itu.Dari jauh Fikri sudah memberi senyuman manis kepada isterinya itu.Zehra juga tersenyum hingga ke telinga.Dia amat menyukai senyuman suaminya kerana dengan senyuman itulah membuatkannya jatuh cinta berkali-kali.

"Abang".panggil Zehra teruja.Pelukan bersatu antara suami isteri itu.Fikri mengucup dahi dan kepala isterinya.

"Sayang okay ? Siapa tadi tu ?".soal Fikri tanpa berkias lagi.Zehra terhambur tawa kecilnya kerana jelas riak wajah cemburu Fikri kepadanya.

"Kenapa abang cemburu ehh ?".soal Zehra nakal.

"Taklah abang suka".ujar Fikri dalam senyuman tetapi menyindir isterinya.

"Itu kan staff abang , takkan lah abang tak perasan ?".soal Zehra lagi.

"Ntah , malas nak ambil tahu".jawab Fikri bersahaja.Zehra sudah tersenyum.Inilah peluang untuk dirinya memujuk lelaki tercintanya ini.

"Jom kita masuk".ajak Zehra sambil merangkul lengan suaminya.Pergerakan Zehra hanya dituruti Fikri hingga ke ruang tamu rumah banglo itu.

"Kenapa balik dengan dia ?".soal Fikri lagi.Selagi dia tidak mendapat jawapan yang kukuh , hatinya tidak akan puas.

"Sebab kereta sayang rosak"jawab Zehra ringkas.Tangannya melingkar di leher suaminya.Mereka berdua telah melabuhkan punggung di sofa yang berada di ruang tamu.

"Kenapa tak call abang ?".soal Fikri lagi.

"Taknak susahkan abang".jelas Zehra dalam wajah yang lembut.

"Pernah ke sayang susahkan abang ? Please jangan cakap macam tu".ujar Fikri sambil tangan kirinya diletakkan di atas paha isterinya.

"Kenapa abang datang sini ?".penyataan suaminya tidak di iakan malah diajukan soalan kepada lelaki itu.

"Sebab dah dua hari isteri abang hilang".ucap Fikri yang mula mendekatkan wajahnya ke wajah isterinya.

"Hilang pergi mana ?".soal Zehra dengan sengaja , sedangkan dia tahu yang dimaksudkan Fikri itu adalah dirinya.

"Hilang dari mata abang boleh cari sampai hujung dunia , hilang dari hati nak cari dekat mana ?".soal Fikri yang penuh makna.

"Cari dekat syurga".ujar Zehra selamba.Dia menahan tawa yang mahu letus.

"Dah confirm ke masuk syurga ?".soal Fikri selamba kepada isterinya.Akhirnya tawa mereka memenuhi ruang rumah banglo tersebut.

"Abang ni nakal lah".ucap Zehra manja.Fikri merenung isterinya yang masih bersisakan tawa itu seketika.Dia tersenyum.

"Manja , mummy suruh abang bawa balik manja".ujar Fikri menyampaikan hasrat ibunya Datin Paduka Zarina.Terkedu Zehra apabila utusan itu disampaikan.

"Bila ?".soal Zehra.

"Sekarang lah , sebab tu abang balik sini sebab nak ambil manja".ujar Fikri lagi.

"Tapi".kata-kata Zehra terhenti apabila suaminya memintas ayat yang sedang dikatakan.

"Jangan risau , Rose takda sebab tu mummy suruh balik sana".beritahu Fikri lagi.

"Baiklah , mummy punya pasal manja balik okay".ucap Zehra manja.Dahi Zehra dikucup lembut Fikri.Dari dahi turun ke hidung dan akhirnya terhenti di bibir munggil isterinya.

Fikri memagut lembut bibir isterinya.Kucupan mereka bersatu serta rasa cinta di dalam hati.Perasaan itu akan terbit setiap kali mereka bersama.Zehra berasa sungguh bahagia pada hari ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience