NZ (43)

Drama Completed 72971

Sudah seminggu Tuan Zahin Aqbar tidak bertanya khabar kepada isterinya Zehra Amanda.Pulang ke rumah pun tidak sama sekali.Dia benar-benar menghilangkan diri selepas kejadian pergaduhan besar bersama Zehra Amanda itu.Zehra juga sudah mula menetap kembali di rumah ibu bapa mertuanya selepas empat hari tidak pulang ke rumah.Dia bukan sekadar takut untuk pulang ke rumah itu , malah dia juga tawar hati kepada keluarga itu.Selama empat hari dia duduk di rumah keluarga Dato Hilman dan Datin Zarina , layanan mereka bukan sahaja baik tetapi sangatlah sempurna.Dia dilayan umpama seorang tetamu VVIP.Sukar untuk dia lupakan merek sekeluarga dan apatah lagi dia memang sudah terlalu sayang terhadap mereka semua itu.Sedang dia duduk di atas katil sambil merenung segala kenangan di rumah agam Dato Hilman.Tiba-tiba pintu dikuak dan tersembul wajah suaminya Tuan Zahin Aqbar.Dia terkejut dengan kepulangan suaminya itu.Perlahan-lahan dia bangun dari katil dan menuju ke arah suaminya.Tangan dihulurkan dan disambut baik oleh Tuan Zahin tanpa berkata-kata.Zehra mengucup lembut tangan suaminya.Kepala Zehra juga disentuh seketika.

“Maafkan abang atas kelakuan abang.” ucap Tuan Zahin mendatar.Zehra sendiri tidak tahu mahu reaksi apa.

“Abang pergi mana ? Kenapa seminggu tak balik ?.” soal Zehra yang ingin tahu keadaan suaminya selepas satu minggu tidak pulang ke rumah.

“Abang tak mahu desak keadaan , jadi abang ambil ruang untuk abang bertenang dan bagi sayang ruang untuk bertenang.” jelas Tuan Zahin.

“Kenapa abang buat macam tu haritu ?.” soalan mula diajukan kepada Tuan Zahin Aqbar.

“Sayang , abang tak mahu mulakan perkara ni , tolong jangan tanya sekarang.” jelas Tuan Zahin yang rasa terganggu dengan kejadian tempoh hari.

“Habis abang nak ignore macam tu saja ?.” soal Zehra yang mula rasa diperbuat macam sampah.

“Tidak , tapi bagi abang masa untuk abang jelaskan segalanya.” ujar Tuan Zahin.Dia melangkah menuju ke katil.

“Sejak abang buat macam tu , perut sayang asyik sakit saja.” jelas Zehra yang mengadu sakitnya kepada Tuan Zahin.

“Pergilah klinik check.” jelas Tuan Zahin bersahaja tanpa rasa risau sama sekali.

“Abang , senang abang cakap ya ! Sayang cakap ni untuk tahu apa reaksi abang , tapi abang buat tak tahu saja ?.” soal Zehra yang agak tidak puas hati dengan jawapan suaminya itu.Hatinya sungguh sakit.

“Abang tahu tak , ini semua berpunca dari abang.” Jelas Zehra dengan berani.Tuan Zahin berkerut dahi memandang isterinya.Begitu berani Zehra Amanda terhadapnya.

“Ohh , dah tidur dengan lelaki lain dan pandai kurang ajar dengan suami ?.” sindir Tuan Zahin pedas.Zehra terkedu dengan penjelasan suaminya itu.Apa yang suaminya dah tahu ? Tetapi dari mana ?.

“Apa abang cakap ni ?.” soal Zehra pelik.

“Jangan nak tunjuk baik sangatlah Zehra , sepanjang abang takda…awak pergi tidur rumah Fikri kan ?.” soal Tuan Zahin kepada isterinya.Ini adalah salah satu umpan untuk dia menuduh isterinya tanpa dia sendiri tahu perkara yang sebenar.

“Saya tidur rumah keluarga dia bukan rumah dia , dia sendiri pun disuruh keluar dari rumah untuk memberi saya ruang sebagai tetamu.” jelas Zehra berani.Tidak sedikit pun dia berasa gentar akan dengan suaminya.

“Bangga ya awak mengaku yang awak pergi tidur rumah keluarga dia.” sindir Tuan Zahin lagi.

“Sedikit pun saya tak pernah berbangga dengan apa yang saya buat sebab saya masih tahu status dan batas saya , tetapi sekurang-kurangnya masih ada yang sudi membantu saya diwaktu saya memerlukan.” jelas Zehra tegas dan mempertahankan diri.

“Sukar saya nak percayakan awak.” jelas Tuan Zahin.

“Kenapa pula ? Apa saya dah buat sampai abang susah sangat nak percaya ?.” soal Zehra yang mula menyoal.

“Tak mungkin , awak tak bersama Fikri sepanjang awak berada di rumah keluarga dia.” ujar Tuan Zahin.

“Saya tak sekeji yang abang cuba maksudkan.” tegas Zehra berkata.

“Berani awak keluar rumah tanpa izin saya ya ?.” soal Tuan Zahin sinis.

“Saya terdesak , habis abang nak suruh saya mati dalam rumah ni ? Mak bapak abang pun tak mahu tolong tahu tak ?.” soal Zehra yang cuba menegakkan kebenaran buat dirinya.

“Awak jangan nak hina mak bapak saya ya.” amaran diberi Tuan Zahin.

“Kenapa ? Salah apa yang saya cakap ? Saya beritahu mereka yang abang pukul saya.Tapi abang tahu apa reaksinya ? Mereka diam dan suruh saya selesaikan cara baik dengan abang.” jelas Zehra berani.

“Ibu bapa jenis apa yang pertahankan anak kaki pukul macam ni ?.” soal Zehra tegas.

PANG !.

Satu tamparan hinggap di wajah Zehra sekali lagi.Kali ini Tuan Zahin benar-benar hilang sabar.Zehra telah menghina ibu bapanya.Zehra terkedu dan terdiam sambil tangan menyentuh pipinya.Airmata yang mengalir terasa hangat apabila diperlakukan begitu.Tuan Zahin masih merenung tajam kepada isterinya , meskipun wanita itu sudah tertunduk.Hancur hati wanitanya.Tidak dia sangka sikap suaminya benar-benar sudah berubah.Perlahan-lahan wajahnya diangkat menatap wajah lelaki dihadapannya.

“Abang memang dah tak mahu hubungan ni lagi ke ? Sebab tu abang sanggup buat macam ni ?.” soal Zehra dalam linangan airmatanya.

“Awak dah hina ibu bapa saya Zehra Amanda.” jelas Tuan Zahin tegas.

“Saya cuma pertahankan hak saya.” jelas Zehra tegas.

“Awak tak perlu nak tunjuk baik dekat depan orang , sedangkan belakang orang pun awak tak mampu nak hormatkan ibu bapa saya.” tegas Tuan Zahin berkata.

“Saya benci dengan perangai munafik awak tu , semua orang tahu awak baik tapi dekat belakang orang tak tahu perangai sebenar awak macam mana ?.” jelas Tuan Zahin menghina isterinya.

“Saya tak sekeji yang awak maksudkan Zahin , jangan hina saya macam tu.” tegas Zehra mempertahankan dirinya dalam linangan airmata yang semakin lebat.

“Kenapa awak berubah macam ni sekali ?.” soal Zehra mula mendatar.

“Sebab aku tak pernah cintakan kau !.” jerit Tuan Zahin seoktaf.Akhirnya apa yang dipendamnya terluah juga.Terbutang mata Zehra Amanda dalam linangan airmata yang semakin deras mengalir.Terkedu dia mendengar apa yang diluahkan suaminya.

“Habis apa makna luahan hati awak sebelum ni ? Apa maksud perkahwinan kita ni ?.” soal Zehra ingin penerangan.

“Aku tak pernah sekali pun cintakan kau Zehra , apa yang aku buat selama ni hanya sebab ayah , kau tu cuma marketing syarikat saja.” jelas Tuan Zahin sinis.Tangisan mula didengari.Hancur hatinya.Tidak dia sangka begitu murah dirinya dipertaruhkan.Perut yang berusia tujuh bulan disentuh dan diusap.

“Kenapa murah sangat diri saya dipertaruhkan ? Kenapa keluarga awak buat saya macam ni ? Kenapa Zahin Aqbar ? Kenapa ?.” lembut suaranya walaupun di dalam tangisa.Tetapi di dalam nadanya bersatu rasa sakit dan kecewa.

“Sebab kami memerlukan kemajuan syarikat.” jelas Tuan Zahin bersahaja.

“Ya allah , kenapa ujian untuk aku sentiasa hebat sehingga sukar untuk aku tempuh ya allah.” ucap Zehra dalam tangisannya.Hatinya sudah menjadi taruhan kepada manusia yang bersikap durjana.

“Fikri… .” rintihnya di dalam hati.Saat inilah dia amat memerlukan seseorang yang setia bersamanya walau dalam apa jua keadaan.

Fikri kini sedang duduk di sebuah restoran bersama Rose Isabelle.Sedang dia menyedut minuman.Dia tersedak secara tiba-tiba.Hampir tidak bernafas dibuatnya.Rose yang melihat lelaki di hadapannya itu hanya tertawa.

“Siapalah yang sebut nama you.” usik Rose menyakat.Fikri mengerling sekilas kepada wanita itu.

“Siapa yang nak sebut nama I ?.” soal Fikri kembali dengan nada mendatar.

“Mana tahu Zehra rindu you ?.” usik Rose lagi dengan senyuman nakal.Fikri merenung tepat ke arah wanita itu.

“You jangan main gila Rose , dia tu isteri orang.” jelas Fikri serius.Tetapi Rose tertawa.

“Tapi apa gunanya kalau hati dia masih ada pada you.” jelas Rose lagi.

“Mana you tahu ?.” soal Fikri pelik.

“Jangan cakap I saja yang tahu , satu malaysia tahu yang dia punya sayangkan you lebih dari nyawa dia sendiri.” usik Rose.

“Merepeklah you ni , dia dah jatuh cinta dengan Zahin.” jelas Fikri mendatar.Sukar untuk dia membuat pengakuan bahawa wanita itu milik Tuan Zahin Aqbar.Tetapi dia juga harus menerima takdir.

“Zahin ? Mamat poyo tu ? Fuh itu kalau ayat perempuan , confirm perempuan cair macam aiskrim.” kutuk Rose.Tertawa Fikri dengan kutukan Rose terhadap Tuan Zahin.

“I nak tanya something dekat you boleh ?.” soal Fikri kepada Rose Isabelle.

“Tanyalah.” jelas Rose mesra.

“Kemana you menghilang selama setahun ? Sekarang baru muncul.You buat apa sebenarnya ?.” soal Fikri kepada Rose.

“Sebenarnya , I sambung belajar untuk dapat satu sijil khas , so dari situ I boleh buka apa sahaja sejenis agensi untuk I berniaga.Yang penting , agensi or apa sahaja berkenaan dengan kemanusiaan.” jelas Rose tenang.

“Habis tu , you buka agensi apa ?.” soal Fikri kepada Rose.

“I buka yayasan.” jelas Rose dengan senyuman.

“Yayasan ?.” soal Fikri seperti pelik.

“Yayasan apa ?.” soal Fikri lagi.

“Yayasan ni khas untuk wanita yang di dalam kesusahan.Wanita yang teraniaya , wanita yang mempunya masalah keluarga dan rumahtangga , dan juga remaja-remaja wanita yang terdorong dengan kelakuan yang tidak baik.” jelas Rose mesra.Dia rasa gembira kerana dapat berkongsi kejayaannya dengan orang yang tertentu.

“Jadi apa nama yayasan you tu ?.” soal Fikri sambil menyedut minumannya.

“Yayasan Amanda.” jelas Rose dengan senyuman dan berbangga.Hampir tersedak Fikri sekali lagi.

“Yayasan apa ? Yayasan Amanda ?.” soal Fikri pelik.

“Ya , I letak nama tu sempena nama Zehra.Kalau ikutkan hati nak saja I letak Yayasan Zehra , tapi takut kantoi pula , tak surprise lah nanti.So I thing , Yayasan Amanda pun okay juga.” jelas Rose.

“Tapi kenapa guna nama Zehra tak guna nama you ?.” soal Fikri pelik dan tidak puas hati selagi jawapan yang diterimanya tidak kukuh.Rose melepaskan keluhan kecil dan tersenyum.

“Fikri , kami wanita , I amat hargai sepanjang perkahwinan kita walaupun tiada rasa cinta , you still usaha untuk jaga I dengan baik tapi I yang degil.Zehra adalah inspirasi I , sepanjang dalam perkahwinan , I dan Amy dah seksa hati dia dengan you , I gagal jadi isteri yang baik buat you , same to Amy.But Amy tak mahu mengaku kesalahan dia , dia always rasa you yang curang dengan dia.Sedangkan you lah suami yang terbaik.Dia tak pandai hargai you sama macam I.Zehra terseksa menyimpan segala rasa hati demi menjaga hubungan perkahwinan dia dengan you sebab dia tak mahu ada ketidakadilan berlaku dalam rumahtangga kita.Dia berkorban , you pun berkorban.Tapi I hancurkan segalanya.After divorce , hidup I musnah sekelip mata , tapi you tahu tak , dia beri I simpanan dia senyap-senyap tanpa pengetahuan you dan… .” kata-kata Rose terhenti.Dia berasa sebak untuk bercerita lagi tentang kebaikan Zehra kepada Fikri.Mata Fikri juga sudah berkaca kerana tidak dia sangka Zehra sebaik itu terhadap Rose.

“Dan dia suruh I guna duit tu untuk keperluan hidup I dengan buka sebuah bisnes.” jelas Rose.Airmatanya semakin deras mengalir.

“And I buat keputusan gunakan duit yang dia beri tu untuk sambung belajar.After graduate , I balik Malaysia , uruskan apa yang patut dan buka Yayasan Amanda sempena nama dia juga.” jelas Rose.

“Tapi kenapa sampai you sanggup letak nama dia bukan nama you ? Mesti dia lebih berbangga kalau you letak nama you.” jelas Fikri tenang.

“Kerana dia adalah wanita inspirasi.” ucap Rose bangga.

“As women , I cakap benda ni dengan semua wanita yang dalam kesusahan yang I pernah tolong , diorang kata dengan I , if one day mereka diberi kesempatan , mereka ingin berjumpa dengan Zehra , and nak cakap satu saja.” jelas Rose yang mematikan kata-katanya.

“Kata apa ?.” soal Fikri yang sedikit menjongketkan keningnya.

“Dialah Srikandi Wanita.” ucap Rose megah.Fikri tersenyum lebar.Dia sungguh berbangga dengan Rose.Apatah lagi dengan Zehra , dia rasa terharu yang amat.

"Sebab tulah I guna nama dia , I lebih berbangga guna nama dia dari nama I sendiri." ucap Rose dalam senyuman.

sayang Rose tak ? hihi

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience