NZ (27)

Drama Completed 72982

3 minggu kemudian…

Hari ini adalah hari yang dinanti-nanti oleh Zehra Amanda dan Zahin Aqbar.Perkahwinan yang dinantikan telah tiba.Wajahnya berseri-seri.Pakaian busana pengantin yang tersarungnya sungguh menawan hati siapa yang memandang.Hatinya juga berbunga kerana allah mengizinkannya untuk merasai bagaimana melayari hari bahagia ini.Walaupun pernah melayari kehidupan rumahtangga.Pada hari yang bahagia ini tidak pernah dan tidak dapat dia menempuh untuk merasa.Tetapi susunan allah lebih hebat.Zehra sedang ditacap oleh seorang artis solekan.Kadang kala dia tersenyum melihat dirinya dari pantulan cermin.Dia tidak pernah merasa diraikan begini.Tacapan ringkas dan ayu oleh artis solekan benar-benar membuat aura Zehra Amanda teserlah sebagai seorang pengantin.Dia rasa sungguh tidak sabar untuk menanti hari bahagia yang bakal berlangsung sebentar sahaja lagi.Sedang dia sedang disolekkan , telefon pintarnya berdering menandakan ada panggilan masuk.Dia mengambil dan melihat telefon pintarnya itu , nombor yang tidak dikenali tertera pada skrin telefonnya.Rasa ingin menjawab panggilan tersebut tetap ada.Akhirnya dia meminta senua yang berada di biliknya keluar sebentar meninggalkannya.Perlahan-lahan dia menekan butang jawab dan meletakkan telefon pintarnya itu ditelinga.

“Assalammualaikum ?.” sapa Zehra amanda terlebih dahulu.Pemanggil masih menyepi tanpa suara.

“Waalaikummusalam.” jawab si pemanggil.Alangkah terkejutnya Zehra apabila mendengar suara si pemanggil.

“Fikri ?.” soalnya sayu.Dia memegang dadanya yang laju.

“Ya Zehra , ini saya…minta maaf saya menganggu persiapan awak dekat atas tu , saya nak ucap selamat pengantin baru saja.” jelas Fikri panjang.

“Tak , awak tak menganggu saya pun , awak apa khabar ?.” soal Zehra.Fikri tertawa kecil.

“Awak tanya soalan apa ni ? Everyday kita jumpa dekat office , masih lagi tanya saya apa khabar ?.” soal Fikri.

“Lain situasi kita Fikri , rasa tak sama bila saya nampak awak dan tanya sendiri pada awak.” jelas Zehra kepada bekas suaminya itu.

“Saya nak minta maaf dengan awak , sepanjang perkahwinan kita , saya tak dapat jadi ketua yang baik untuk awak.” jelas Fikri kepada wanita itu.

“Fikri , mungkin dalam perkahwinan ada naik turun dia , pasang surut dia tapi awak percayalah , sepanjang saya ada dalam hidup awak , saya rasa bahagia sangat.” ucap Zehra sayu.

“Saya tak tahu macam mana awak boleh rasa bahagia tu , sedangkan banyak kali saya sakiti awak Zehra.” jelas Fikri.

“Saya sendiri tidak tahu macam mana ? Tapi awak dah terlupa ke ? Hati kita kan allah yang pegang , jadi kalau awak abaikan saya sekalipun rasa sayang dan cinta dalam diri saya terhadap awak tetap ada , walaupun sering terluka.Sampailah sekarang ni pun saya masih rasa perkara yang sama.” ucap Zehra lemah.

“Saya pun Zehra , saya tak dapat nak bunuh rasa cinta pada awak ni , saya sentiasa sayangkan awak.” ucap Fikri lagi.

“Awak masih sayangkan saya lagi ?.” soal Zehra seperti tidak percaya.

“Iya , sayang pada awak.” ucap Fikri tanpa rasa bersalah.

“Kenapa awak lepaskan saya ?.” soal Zehra sayu.

“Sebab mak , tapi saya tak mampu nak luahkan pada awak lagi masa tu , hanya perpisahan akan menceritakan segalanya Zehra.” jelas Fikri kepada bekas isterinya.

“Awak kejam Fikri , awak bunuh cinta saya pada awak kan ?.” soal Zehra kepada lelaki di dalam talian itu.Fikri menyepi.

“Kenapa Fikri ? Apa yang awak cakap pada saya selama ini dusta ya.” ujar Zehra dengan nada yang geram.

“Tidak sayang , saya tak tipu , tapi saya lemah dan terpaksa , saya tak mahu khianat awak lagi , saya terasa diri saya ni seorang pengkhianat.” jelas Fikri kepada bekas isterinya itu.

“Saya benci awak Fikri.” ucap Zehra dengan penuh rasa geram di hati.Airmatanya mula mengalir.

“Bukan niat saya nak buat airmata awak menangis Zehra , tapi ini adalah sebuah luahan dan kejujuran dari hati saya.” jelas Fikri lagi.

“Saya nak awak lupakan saya dan jauhkan diri daripada saya.” tegas Zehra berkata.

“Awak jangan risau , saya akan jauhi awak.” ucap Fikri pula.

Panggilan terus dimatikan , hatinya sakit mendengar luahan Fikri , perasaan benci menjadi nyata kini , kalau boleh dia mahu lelaki itu lesap dari muka bumi ini , airmatanya mengalir.Tetapi segera diseka lembut kerana dia tidak mahu solekan jadi bercapuk.Sedang melayani perasaan dia teringatkan kata-katanya pada Fikri sewaktu mereka baru berkahwin 9 tahun lepas.

‘Sebab cinta dan sayang terhadap abang , sayang berkorban jiwa dan raga.”

Hatinya sakit apabila teringat akan kata-katanya kepada orang yang tidak menghargai cinta yang diberi.Airmatanya mengalir sekali lagi.

“Semoga engkau jumpa seorang yang sudi terima kekurangan kau Fikri Hakim.” ucap Zehra Amanda penuh benci.Sedang dia melayani perasaan , pintu biliknya diketuk dan segera wajahnya memandang ke arah muka pintu.Tersengul wajah bakal ibu mertuanya Datin Maimunah dengan senyuman.Airmata yang berlinangan di pipi diseka lembut dan berhati-hati.

“Zehra okay ? Kenapa menangis ?.” soal Datin Maimunah pelik dan agak cuak melihat wajah sayu bakal menantunya itu.

“Okay ibu , ada apa ibu datang ni ? Dah boleh turun ke ?.” soal Zehra ingin kepastian.

“Ehh , bukan ada orang nak jumpa Zehra.” jelas Datin Maimunah dalam senyuman.

“Siapa ibu ?.” soal Zehra pelik.

“Assalammualaikum.” salam diberi oleh Puan Sarah yang tiba-tiba muncul.Suaranya mendatar.Berubah air muka Zehra Amanda apabila melihat wanita yang sungguh membencinya berada di hadapan matanya kini.Jantungnya berdegup kencang secara tiba-tiba.

“Waalaikummusalam mak.” balas Zehra lembut.

“Ibu keluar dulu ya Zehra.” ucap Datin Maimunah mesra.

“Apa khabar ?.” soal Puan Sarah kepada anak perempuannya itu.Langkahnya semakin dekat selepas Datin Maimunah menutup pintu bilik dan memberi ruang kepada mereka seketika.

“Sihat alhamdulillah mak.” balas Zehra tenang walaupun degup jantungnya semakin kencang apabila ibunya itu sudah duduk di atas tilam menghadapnya tepat.

“Cantik.” ucap Puan Sarah tenang sambil meneliti diri anak perempuannya dari atas hingga bawah.Sesekali terukir senyuman kecil di bibirnya melihat Zehra Amanda di dalam busana pengantin ini.

“Terima kasih mak.” ucap Zehra tenang yang mencuba mengawal perasaan gemuruhnya itu.Perasaanya lebih gemuruh apabila berhadapan dengan ibunya itu daripada menanti majlis di hari bahagianya sebentar sahaja lagi.

“Macam mana boleh kenal dengan Zahin ?.” soal Puan Sarah tenang dan ingin tahu perkenalan anaknya itu dan bakal suami.

“Kenalan dari pejabat juga mak , dia anak Dato Zahid jadi kami mula berkawan saja , tapi tak sangka dia ada niat lebih daripada itu.” jelas Zehra tergagap-gagap.

“Baguslah kalau dia ada niat nak menghalalkan.” ucap Puan Sarah tenang dan mengukir senyuman manis.Terkedu Zehra Amanda apabila melihat senyuman ibunya itu.Airmatanya rasa hendak gugur apabila dia diberi senyuman paling manis dari ibunya.

“Mak macam mana boleh tahu yang Zehra akan berkahwin hari ini ?.” soal Zehra takut.

“Zahin sendiri datang jumpa mak , dia terus terang pada mak tentang majlis hari ini dan niatnya…mak juga yang minta dia untuk ada sama dalam majlis hari ini.” jelas Puan Sarah sayu.

“Terima kasih mak sebab sudi datang majlis manja.” ucap Zehra.Dia mengenggam erat tangan ibunya.

“Mak dah minta maaf dengan semua anak-anak mak , mak harap Zehra juga maafkan mak.” ucapnya dalam linangan airmata.

“Mak , Zehra tak pernah sekali pun bencikan mak , malah Zehra sentiasa tunggu belaian kasih daripada mak.” luah Zehra sebak.Mengalir deras airmata Puan Sarah apabila mendengar luahan hati anak perempuannya itu.

“Terima kasih mak sebab masih adakan tempat di dalam hati mak untuk Zehra menagih kasih.” ucap Zehra sayu dan sebak.

“Mak punca Zehra dan Fikri bercerai , mak yang suruh dia lepaskan Zehra , mak kejam pada anak mak sendiri.Mak jenis apa yang anak-anak mak dapat.” ucapnya sebak.

“Mak jangan cakap macam tu lagi , Zehra bangga dan bahagia sangat bila mak ada pada majlis hari bahagia Zehra dengan Zahin. “ ucap Zehra teruja dalam linangan airmata.

“Sebab mak tak restu hubungan Zehra , Zehra bercerai.” ucap Puan Sarah.

“Jadi…mak harap Zehra dapat kebahagiaan dengan Zahin… .” kata-katanya yang terakhir terhenti apabila tangisan sudah mendahului.

“Mak… .” panggil Zehra dalam linangan airmata.

“Mak restu hubungan Zehra dan Zahin.” ucap Puan Sarah dalam tangisan.Airmata dan tangisan bersatu.Zehra terus memeluk tubuh ibunya dengan erat.Ucapan syukur diucap berulang kali oleh Zehra.

“Mak , majlis dah nak mula mari kita turun.” ajak Zehra lembut kepada Puan Sarah selepas pelukan mereka terlerai.

“Mari.” ajak Puan Sarah kembali.

Mereka berdua keluar dari bilik tersebut dengan wajah yang gembira , langkah diatur menuju ke anak tangga.Ucapan bismillah diucap terlebih dahulu sebelum melangkah , semoga semuanya berjalan dengan lancar.Anak tangga dijejak menuruni satu persatu oleh Zehra Amanda dan ibunya.Sehingga anak tangga yang terakhir , langkahnya dan Puan Sarah terhenti apabila mereka sudah menjadi perhatian para tetamu dan jurugambar yang diupah.Silau cahaya lampu kamera telah bersilih ganti memberi kilauan dan seri pengantin Zehra Amanda.Tuan Zahin yang sudah duduk menghadap tok kadi tersenyum kepada bakal isterinya yang lagi beberapa minit bakal pula menjadi yang halal buatnya.Senyuman itu disambut Zehra Amanda.Anak tangga terakhir dijejak melangkah ke arah pelamin khas , pimpinan tangan bersama ibu tercinta tidak direnggangkan walaupun sesaat.

“Kita dah boleh mulakan ke ni ?.” soal tok kadi kepada Dato Zahid serta melihat pengantin perempuan sudah turut bersedia.

“Dah tok , mari kita mulakan.” ujar tok kadi.

“Bismillah.”

“Zahin Aqbar Bin Zahid Aqram… .”

“Ya saya.”

“Daku nikahkan dikau dengan pengantin perempuan Zehra Amanda Binti Zamri yang berwakil walikan aku dengan mas kahwinnya sebentuk cincin emas… .”

“Aku terima nikahnya Zehra Amanda Binti Zamri dengan mas kahwinnya sebentuk cincin emas.”

“Sah…sah…sah.”

“Sah… .”

“Alhamdulillah… .” ucap tok kadi beserta saksi dan para tetamu yang lain.Bacaan doa dimulakan.Dato Zahid , Datin Maimunah dan Puan Sarah tersenyum gembira apabila anak mereka selamat diijabkabulkan.Tuan Zahin memanjatkan ucapan syukur apabila dia berjaya bergelar seorang suami kepada wanita yang amat dia cintai iaitu Zehra Amanda.Isterinya itu juga turut mengalirkan airmata.Tangan Puan Sarah serta pipi ibunya dikucup lembut.Para tetamu juga turut mengaminkan bacaan doa.

“Baiklah , pengantin lelaki dah boleh melakukan solat sunat terlebih dahulu.” ujar tok kadi memberi tahu acara selepas akad nikah.Tanpa membuang masa , Tuan Zahin terus bangun berdiri dan menuju ke ruang yang telah disediakan untuknya menunaikan solat sunat nikah.Apabila tiba di ruangan tersebut , dia terus berdiri di atas tikar sajadah dan mengangkat takbir bagi memulakan solat sunat nikah itu.Selepas beberapa minit dia mengakhiri dengan memberi salam ke kiri dan ke kanan.Tangan ditadahkan untuk berdoa secara peribadi.

“Ya allah ya tuhanku , terima kasih kerana engkau telah hadirkan bidadari syurga buatku terlebih dahulu , ya allah kau teguhkanlah hatinya untuk terus menyemai cinta terhadapku ya allah , kau utuhkanlah masjid yang telah kubina ini ya allah , dan kau jadikanlah makmum di dalam masjidku ini secara berjemaah ya allah , kau peliharalah hubungan kami suami isteri supaya kami dapat menjadi pemimpin terbaik buat anak-anak kecil kami yang bakal hadir ke muka bumimu ini ya allah , amin ya rabbal alamin.” doa diakhiri dengan usapan ke wajahnya.Dia berdoa sepenuh hati.Dia mula berdiri semula dan menuju ke arah pelamin khas yang sudah menempatkan isterinya.Langkahnya semakin hampir dengan semua para tetamu dan ahli keluarga terdekat.Dia menjejak naik ke atas pelamin , Zehra tersenyum dengan kedatangan suaminya itu.Tuan Zahin juga telah mengambil tempat di sebelah isterinya.

“Assalammualaikum sayang.” ucap Tuan Zahin romantis.

“Waalaikummusalam abang.” balas Zehra lembut.Panggilan yang dipanggil oleh Zehra Amanda itu telah membuatkan Tuan Zahin mengukir senyuman tanpa henti.

Sesi upacara majlis batal air sembahyang telah pun berlangsung , Tuan Zahin mengambil cincin emas yang terletak di dalam kotaknya dan dihiaskan di atas bekas hantaran lalu disarungkan ke jari manis isterinya.Tersarung sahaja cincin dijari manis , Zehra Amanda terus mengucup lembut tangan suaminya dan agak lama , kerana para tetamu yang berada di situ ingin mengambil gambar saat indah itu untuk dijadikan kenangan.Selepas sesi menyarung cincin ke jari Zehra Amanda , kini giliran menyarung cincin ke jari Tuan Zahin Aqbar pula.Zehra juga turut mengambil cincin untuk disarungkan ke jari manis suaminya dari bekas yang agak sama yang telah dihulurkan oleh pengapitnya.Lalu disarungkan ke jari manis suaminya.Tuan Zahin tersenyum.Dahi isterinya dikucup lembut dan penuh kasih.

“Terima kasih sebab jadi isteri abang.” ucap Tuan Zahin lembut dan romantis.

“Sama-sama abang dan terima kasih juga sebab sudi bawa mak ke majlis kita.” ucap Zehra kembali.

“I love you.” ucap Tuan Zahin selamba.Wajah Zehra merona merah kerana malu.

“Pervert.” ucap Zehra spontan.Tuan Zahin tertawa kecil dengan gelagat isterinya itu.

Selepas tamat majlis di hari bahagia mereka sehingga waktu malam , Tuan Zahin sekeluarga telah berkumpul di ruang tamu , Tuan Zahin tidak melepaskan isterinya walaupun sesaat , dia hanya membuntuti isterinya kemana sahaja.Puan Sarah juga telah mendapat undangan dari Dato Zahid dan isterinya Datin Maimunah supaya bermalam di rumah mereka.

“Kamu ni Zahin , ayah tengok kamu tak renggang langsung dengan Zehra tu.” tegur Dato Zahid.

“Biasalah ayah orang tengah mood malam pertama.” ucap Tuan Zahin selamba.

“Amboi sedapnya kamu bercakap , tak fikir ada orang tua dekat sini ? Itu mak mertua kamu pun ada ?.” sindir Dato Zahid.

“Mak dengan Zahin dah jadi kawan , kan mak ?.” soal Tuan Zahin kepada Puan Sarah.Ibu mertuanya itu hanya ketawa sahaja dengan gelagat menantunya seorang ini.

“Ayah , ibu , mak…Zehra naik atas dulu ya , rasa letih pula.” ucap Zehra meminta diri.

“Okaylah ayah , Zahin pun nak naik juga.” ucap Tuan Zahin juga.

“Naik atas kamu jangan nak sakat isteri kamu Zahin , dia penat tu.” amaran diberi Dato Zahid.Tetapi tidak bersahut.

Mereka berdua menuju ke tingkat atas , tidak lama kemudian mereka tiba di bilik.Apabila sampai sahaja di bilik , Tuan Zahin mengunci pintunya dan memandang ke arah isterinya dengan pandangan nakal.Zehra Amanda mengerutkan dahi apabila melihat wajah nakal isterinya itu.

“Abang kenapa pandang Zehra macam itu ?.” soal Zehra pelik.

“Saja , sayang kan isteri abang.” ucap Tuan Zahin lembut dan menggoda.

“Abang , boleh tak bukakan zip baju ni ?.” pinta Zehra lembut kepada suaminya.

“Boleh sayang.” ucap Tuan Zahin kembali.Langkah diatur mendekati isterinya , setibanya ia dibelakang Zehra , jari jemarinya naik membuka zip busana pengantin yang dipakai isterinya itu.

“Terima kasih abang.” ucap Zehra lembut.

“Sama-sama sayang.” balas Tuan Zahin.

“Sayang abang tak ?.” soal Tuan Zahin tiba-tiba.

“Sayang.” ucap Zehra manja.

“I love you.” ucap Tuan Zahin lalu mengucup bahu isterinya yang sudah terdedah.

“I love you too abang.” balas Zehra seikhlas hati.Jiwa Tuan Zahin berbunga-bunga mendapat ayat cinta dari isterinya itu kembali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience