NZ (36)

Drama Completed 72982

Pada hari ini , Tuan Zahin sudah berjanji dengan isterinya untuk keluar bersama , itupun di atas permintaan Zehra sendiri.Dia sudah pun menyelesaikan tugasnya terlebih dahulu.Tidak lama kemudian , dia mula keluar dari bangunan Iskandar Puteri.Perjalanan yang hampir 45 minit , telah membawanya ke rumah agam Dato Zahid dan Datin Maimunah.Dia selamat pulang ke rumahnya.Dia keluar dari isi perut keretanya.Dia melangkah menuju ke arah pintu utama rumah agam itu.Kasut dibuka dan diletakkan di dalam rak.Tuan Zahin membuka pintu dan masuk ke dalam rumah , matanya melilau mencari penghuni di dalam rumah tetapi tidak ada seorang pun.

“Assalammualaikum.” Salam diberi agak kuat supaya dia mengetahui ada atau tidak yang membalas salamnya itu.

“Waalaikummusalam abang , sayang dekat dapur.” ucap isterinya dengan suara yang sayup-sayup kerana jauh di dapur.Dia tersenyum dan terus mengatur langkah menuju ke dapur.Sesampai sahaja dia di dapur ,terbutang mata Tuan Zahin Aqbar melihat isterinya yang sedang makan makanan yang terlarang sewaktu mengandung.

“ZEHRA AMANDA !.” jerit Tuan Zahin seoktaf.Terhinjut bahu isterinya itu apabila disergah begitu.Tuan Zahin berlari ke arah isterinya.Makanan yang berada di dalam mulut isterinya di korek untuk keluarkan.Terbutang mata Zehra Amanda , apabila tindakan drastik yang di lakukan oleh suaminya itu.Tuan Zahin terus mengemas dan membuang makanan tersebut ke dalam tong sampah.Zehra terkedu dengan tindakan suaminya itu.Lengan Tuan Zahin Aqbar dipukul kuat.

“Kenapa abang buang makanan yang dalam mulut sayang dengan atas meja ni ?.” soal Zehra marah tidak puas hati.Tetapi riak wajahnya membuatkan Tuan Zahin mahu meletus ketawa.

“Sayang makan apa tadi tu ?.” soal Tuan Zahin risau.

“Makan nenas lah.” jawab Zehra selamba.

“Sayang ! Sayang tak boleh makan nenas tu.” jelas Tuan Zahin kepada isterinya sambil menekup muka.Dia sendiri pening akan ragam isterinya itu.Perkara yang dilaranglah yang dia gemar untuk melakukan.

“Kenapa ?.” soal Zehra lagi.Dia benar-benar tidak puas hati akan jawapan suaminya itu.

“Sebab nenas boleh mengugurkan kandungan sayang.” jelas Tuan Zahin sekali lafaz.

“What ?.” soal Zehra Amanda yang terkejut dengan penyataan suaminya.

“Abang saja je kan nak takutkan sayang ?.” duga Zehra yang berfikir semua ini hanya satu gurauan.Tuan Zahin menepuk dahinya kerana sikap isterinya yang sambil lewa.Hatinya mula jadi panas dan marah akan sikap Zehra Amanda.

“Sayang ! Takkan lah pasal nyawa pun abang nak bawa main.” marah Tuan Zahin.Tersentak bahu Zehra Amanda apabila dijerkah begitu.

“Tak semua benda kita boleh ambil mudah sayang.” ucap Tuan Zahin lembut , dia mula dihurung rasa bersalah yang amat apabila isterinya sudah mengalirkan airmata.Dia menarik kerusi yang bersebelahan Zehra lalu duduk sambil menatap wajah sayu isterinya.Zehra sudah berdiam diri dalam tnagisannya.Tuan Zahin meraut wajahnya lembut.

“Kalau ya pun orang salah , tak perlulah marah macam tu sekali.” jelas Zehra Amanda dalam tangisan.Dia mula memalingkan wajahnya ke hadapan , dia tidak mahu bersemuka dengan suaminya itu kerana membuatnya terasa hati.

“Abang terlalu takut sayang , dah lama abang nak anak ni.” jelas Tuan Zahin bagai meluah perasaan.Dia menarik dagu isterinya perlahan supaya menatap wajahnya.Saat itu juga dipandang Zehra , dia menelan liur apabila sudah menatap wajah suaminya.

“Aduh ! Kenapa handsome sangat ni ?.” gumamnya sendiri.Tiba-tiba dia tersedar dari lamunan apabila suaminya itu mencuit batang hidungnya.

“Berangan ! Abang bercakap sayang berangan pula ya ?.” sindir Tuan Zahin lembut.Zehra mengaru kepalanya dengan riak wajah tidak bersalah.

“Please sayang , lepas ni tolong haramkan diri sayang makan nenas.” pinta Tuan Zahin bersungguh.

“Tapi sayang teringin nak makan.” jelas Zehra kepada suaminya.

“Sayang mintalah abang apa pun , tapi bukan nenas.” jelas Tuan Zahin bersungguh.

“Takpalah , sayang taknak makan.” ucap Zehra rajuk.

Fikri pada hari ini , sudah mengambil cuti kerana ingin meluangkan masa bersama anak perempuannya Qhaira Isabelle.Dia sudah pun memasakkan makanan kegemaran anak perempuannya itu.Qhaira begitu girang apabila dilayan seperti permaisuri.

“Daddy , daddy nak masak apa ?.” soal Qhaira yang telah didudukan di atas kabinet dapur.

“Daddy nak masak pasta untuk puteri seorang ni.” ucap Fikri sambil mengucup dahi anak gadisnya itu.

“Ohh , daddy tak mahu ajak mummy sekali ke ?.” soal Qhaira lagi.

“Mummy mana ?.” soal Fikri.

“Mummy Zehra lah.” ucap Qhaira selamba.Terkedu Fikri mendengar penyataan anaknya itu.

“Mummy Zehra busy lah sayang , kalau kita ajak mummy Amy okay ?.” soal Fikri kepada anaknya.

“Boleh ! Yeayy mummy nak makan dengan kita.” sorak Qhaira ceria.Fikri tersenyum.Fikri terus mencapai telefon pintarnya lalu mendail nombor Amylia untuk membuat panggilan terhadap wanita itu.Tidak lama kemudian , Amylia mengangkat panggilannya itu.

“Hai , you dekat mana ?.” soal Fikri mesra.

“I dekat rumah , kenapa ?.” soal Amylia pelik dengan pertanyaan Fikri itu.

“You busy ke ?.” soal Fikri.

“Taklah , kenapa ni ? Macam pelik je ?.” soal Amylia yang mula menduga sesuatu.

“Takdalah , I ada masak pasta untuk I dengan Qhaira , tapi I takda teman so ingat nak ajak you join us makan pasta.” jelas Fikri teragak-agak.

“You ni pun , ajak makan pasta je pun , macam nak ajak bom rumah orang.” ucap Amylia bergurau.

“Datang okay ?.” ajak Fikri lagi.

“Okay , bye.” ucap Amylia mesra.

“Okay bye.” balas Fikri lalu meletakkan panggilannya semula.Dia mula menyiapkan pastanya segera sebelum kedatangan Amylia.Tidak lama kemudian , kedengaran bunyi enjin kereta diluar rumah lalu dia terus menuju ke pintu utama untuk menyambut tetamu undangannya itu.Wajah Amylia sudah kelihatan tersenyum dari jauh , senyumannya itu disambut oleh Fikri.

“Lama ke you tunggu I ?.” soal Amylia mesra.

“I okay saja , but orang yang dekat dalam tulah macam , ayam berak kapur dah muka dia.” jelas Fikri bergurau.Amylia tertawa dengan gelagat lelaki itu.Amylia sudah pun melangkah masuk ke dalam rumah dan dibawa ke ruangan makan.Qhaira sedang memuncung di meja makan.

“Hai sayang , kenapa masam saja muka sayang mummy ni ?.” soal Amylia yang mengejek riak wajah anak gadisnya itu.

“Mumny lambat , Qhaira dah lapar.” jelas Qhaira manja.

“Alaa , kesian sayang mummy ni , okay sekarang jom kita makan.” ucap Amylia yang seraya pujuk anak gadisnya itu.Qhaira tersenyum lebar.Amylia terus menghidangkan pasta yang dimasak Fikri itu ke pinggan yang tersedia buat anaknya lalu dia juga turut menghidangkan buat Fikri.

“Thank you Amy.” ucap Fikri.Mereka mula bersantapan bersama.Fikri sepanjang menyuap makanan ke mulutnya , matanya juga meliar sering memandang wajah manis Amylia.Tetapi tidak perasan langsung oleh Amylia.Selepas tidak lama kemudian , mereka telah menghabiskan makanan masing-masing.Kemudian , mereka membiarkan Qhaira menonton televisyen di ruang tamu.Mereka berdua mengambil angin di luar halaman rumah.

“Fikri , I ada perkara nak tanya you , hope you tak marah.” jelas Amylia tentang niatnya di hati.

“Macam mana I nak marah kalau you tak cakap lagi ?.” sakat Fikri nakal.Kemudian dia tertawa.

“You masih sayangkan I lagi tak ?.” soal Amylia sekali lafaz , dia sendiri tidak sangka yang perkara itu keluar dari mulutnya sendiri.Tercengang Fikri dengan soalan daripada Amylia itu.Tetapi lama-kelamaan wajahnya mengukir senyuman.

“Kenapa you tanya macam tu ? You dah jatuh cinta pada i ke ?.” soal Fikri nakal.

“I nak tahu , perasaan you pada I.” jelas Amylia sekali lagi.

“Yes I akui , dulu memang takda , tapi sejak kita dah boleh terima each other , I rasa I dah mula sayangkan you.” jelas Fikri tentang perasaanya juga.

“You tanya ni kenapa ? You nak kahwin dengan I ke ?.” soal Fikri selamba.

“You ni memang syok sendiri ya ? I tak cakap apa-apa pun.” jelas Amylia menyampah.Fikri sudah meletuskan tawanya.

“Takdalah , you tu yang straight sangat ?.” jelas Fikri mengenakan Amylia.

“Sukalah tu gelakkan orang.” sindir Amylia.Tetapi , dia sendiri sedang menahan malu terhadap Fikri di atas soalannya sebentar tadi.

“Amy , kalau you sudi , I lagi sudi nak jadikan you wife I , kita buat ni kerana allah dan untuk Qhaira , I taknak jadi ayah yang gagal.” jelas Fikri sepenuh hati.

“You is the best daddy ever Fikri.” ucap Amylia lembut.

“So how ? You sudi tak ?.” soal Fikri bersungguh.

“I nak you bincang dulu dengan mummy and daddy you dulu , sekurang-kurangnya mereka tahu and restu hubungan kita.” jelas Amylia.

“Okay.” balas Fikri serta senyuman.Wajah Amylia ditatap dengan penuh keikhlasan.

Pada malam ini , Tuan Zahin Aqbar membawa isterinya keluar untuk mengambil angin malam.Walaupun sudah dilarang oleh ibunya supaya tidak membawa isterinya keluar malam , tetapi dia tetap berdegil untuk membawa isterinya bagi sesi memujuk di atas kejadian siang tadi.Keretanya telah pun memarkir di perkarangan Dataran Bandaraya Johor Bahru.Ramai orang yang sedang meluangkan masa bersama keluarga di dataran lapang itu.Tuan Zahin keluar dari isi perut kereta lalu menuju ke bahagian sebelah pemandu untuk membukakan pintu buat isterinya.Zehra keluar , dan terus berjalan tanpa menghiraukan suaminya di belakang.Tuan Zahin tersenyum hambar dan membuntuti isterinya dari belakang.

“Sayang marahkan abang lagi ?.” soal Tuan Zahin lembut apabila dia sudah memintas dan jalan beriringan bersama isterinya.

“Tak.” jawab Zehra Amanda ringkas.

“Kenapa sayang diam saja kalau tak marah dekat abang ?.” soal Tuan Zahin ingin tahu.

“Sebab takda mood.” jelas Zehra ringkas.Dia memalingkan wajah ke arah kiri kerana mengelak daripada memandang wajah suaminya.

“Kalau tak marah abang , kenapa pandang tempat lain ?.” soal Tuan Zahin menyakat isterinya dalam diam.

“Sebab abang bukan handsome pun.” jelas Zehra selamba.

“Sayang ! Sampai hati cakap abang tak handsome.” rajuk Tuan Zahin manja.

“Ramai perempuan nak abang sebab abang handsome tahu tak ? Tapi abang tolak sebab nak pilih sayang.” jelas Tuan Zahin selamba.

“Perasan.” kutuk Zehra.

“Mestilah kena perasan , supaya sayang selalu puji abang handsome after this.” jelas Tuan Zahin tanpa rasa bersalah dan malu.

Hampir sekian lama berjalan , akhirnya mereka temui sebuah bangku yang tersedia buat pegunjung dan duduk di bangku tersebut.Tangan Zehra Amanda diraih suaminya.Malah dikucup dan dibelai.Zehra membuat riak pelik kepada suaminya.

“Abang ni kenapa ? Macam tak pernah jumpa tangan pula ?.” sindir Zehra selamba.

“Abang rindu.” jelas Tuan Zahin meluah perasaan.

“Rindu ? Hari-hari jumpa , gaduh , bertengkar pun rindu ?.” soal Zehra pelik.

“Abang rindu nak sayang bermanja dengan abang.” jelas Tuan Zahin lembut.

“Bukan ke baru semalam kita berasmara.” ejek Zehra nakal.

“Itu semalam , harini sayang banyak diam dengan abang , sebab tu rasa macam dah sebulan tak jumpa.” jelas Tuan Zahin tentang rasa dihatinya.

“Mengada.” ejek Zehra lagi.

“Kenapa sayang nak lagi ke ? Kalau nak sekarang abang bagi.” ucap Tuan Zahin selamba dengan riak wajah teruja.

“Abang jangan nak buat hal dekat tempat awam ya ?.” amaran diberi Zehra Amanda tegas tetapi dalam nada yang lembut dan sopan.

“Sayang nak kan ?.” duga Tuan Zahin dengan riak wajah nakal.Wajah Zehra Amanda sudah membahang kerana malu dengan penyataan suaminya itu.Lengan suaminya dipukul kuat.Sehingga membuatkan Tuan Zahin Aqbar mengaduh sakit.

“Kalau dah tahu nak tu kenapa bawa sayang keluar ?.” soalnya dalam nada marah.Tetapi raut wajahnya tetap kelihatan manja.Tuan Zahin sudah meletuskan tawanya.

“Lah sayang marah ke ? Abang ingat sayang suka tadi ?.” soal Tuan Zahin menyindir.

“Tapi bukan ke , sayang lagi suka benda tu masa tengah mengandung sekarang ni ?.” soal Tuan Zahin menyakat isterinya kembali.

“Malas nak layan abang.” rajuk Zehra manja.

“Kalau sayang merajuk abang nak kawan dengan siapa ?.” soal Tuan Zahin manja.

“Kawan dengan beruk.” ucap Zehra selamba.

“Ohh sayang lah beruk abang tu.” ucap Tuan Zahin selamba.

“Ish , abang... .” jerit Zehra manja.Tuan Zahin sudah meletus tawanya.Dia memeluk tubuh isterinya yang sudah mula berisi itu kerana terlalu banyak makan dan mengucup lembut pipi isterinya.Mereka berasa sungguh bahagia malam ini.

firstly FY nak say sorry sebab tak dapat publish semalam..sebab banyak gangguan emosi..jadi kita belanja harini..so doakan FY dapat habiskan NZ dengan secepatnya supaya dapat mood baru and semangat baru..NZ dah nak sampai penghujungnya..insyaallah FY akan buat yang terbaik for ending..huhu..love you baby readers..jangan lupa follow acc NovelPlus FY supaya korang dapat noti , and follow acc ig : fatimahyusof_np untuj melihat watak2 dalam cerita NZ ni okay..muahhh

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience