NZ (14)

Drama Completed 72982

Fikri merenung tajam ke arah isterinya Zehra Amanda.Hatinya bagai hendak meletup apabila mendengar permintaan isterinya itu.Dia berdiri tegak di sisi katil.Zehra haanya menundukkan wajah dan tidak berani mengangkat wajahnya untuk melihat air muka suaminya yang sudah dia tahu bagai mahu menelannya kini.

“Apa sayang cakap ? Cakap sekali lagi ?.” soal Fikri tegas dan perlahan.

“Abang tanya jawablah , sayang cakap apa ?.” soal Fikri dengan suaranya yang mula menekan menahan amarah.

“Sayang nak bercerai.” jelas Zehra perlahan dan takut-takut.Kaki dan tangannya bergeletar tidak tentu pasal.

“Why ?.” soal Fikri pelik dan agak tegas suaranya menyebabkan terhinjut bahu isterinya.

“Kenapa seksa abang macam ni ? Sayang memang suka buat abang sengsara ke ? Sayang tahu kan abang sakit ? Kenapa mesti seksa abang ?.” soal Fikri bertalu-talu.Hatinya hancur dan berkecai dengan sikap isterinya.

“Tapi... .” kata-kata Zehra Amanda terhenti apabila dibidas suaminya kasar.

“Tapi apa ?.” jerkah Fikri kepada isterinya.

“Maafkan sayang.” ucap Zehra sayu.

“Jangan minta maaf dengan abang , walaupun sekali , selagi sayang tak beritahu perkara sebenar pada abang.” jelas Fikri dengan penuh rasa amarah.

“Abang... .” panggil Zehra sayu.

“Jangan cakap dengan abang.” marah Fikri perlahan.Langkah diatur lalu keluar dari bilik.Zehra yang berada di atas katil hanya menghamburkan tangisan.
“Ya allah , kau berilah aku kekuatan dan permudahkan aku untuk beritahu perkara yang sebenar ya allah.” ucap Zehra dalam tangisannya.

AIrmata diseka , tiba-tiba dia merasakan yang dia diperhatikan di sebalik kain langsir yang menutupi pintu biliknya.Perlahan-lahan wajahnya dihala ke pintu dan terkejutnya dia apabila melihat madunya Rose Isabelle sedang berdiri di sebalik kain langsir dan mengintainya.Sejak bila dilakukan perkara tersebut oleh wanita itu dia sendiri tidak sedar.

“Kenapa awak intai saya ? Awak nak apa ?.” soal Zehra pelik.Rose tertunduk sesaat , kemudian pandangannya dihala ke arah Zehra Amanda.

“Boleh saya masuk ?.” pinta Rose sayu.

“Boleh , masuklah.” ujar Zehra perlahan dan terkejut.

“Awak gaduh dengan Fikri ke ?.” soal Rose lembut dan sayu.

“Awak tak perlu masuk campur urusan saya.” jelas Zehra tegas.

“Awak jangan macam ni Zehra , awak minta cerai dengan Fikri ke ?.” soal Rose sayu.

“Kenapa awak tanya macam tu ? Maksudnya awak dah dengar lah pergaduhan kami tadi ? And senang awak nak beritahu mak.” jelas Zehra menyindir.Hatinya begitu sakit kini.

“Awak jangan salah faham dengan saya Zehra , saya ikhlas nak tolong awak.” jelas Rose dalam linangan airmata yang mula mengalir.

“Kenapa awak tiba-tiba nak buat baik dengan saya ?.” soal Zehra tidak puas hati.

“Sebab saya baru sedar kesilapan saya ganggu rumagtangga awak Zehra , saya baru sedar selama ni saya hanya dipergunakan untuk menghancurkan rumahtangga awak.” jelas Rose sayu.

“Kenapa baru sekarang awak nak sedar ? Selama 8 tahun saya hidup tanpa suami di sisi tu ada awak kisah ? Saya nak jumpa suami saya ! Suami saya bukan kekasih saya ! Itu pun saya kena sembunyi daripada awak tahu ? Kalau ikut Fikri , memang dia selamba keluar dengan saya...tapi saya nak dia jaga hati awak juga Rose sebab kita sama-sama perempuan , kita sama-sama rasa apabila orang yang kita sayang duakan kita.” jelas Zehra dalam tangisan.

“Hukum lah saya , kalau itu akan melegakan awak Zehra.” jelas Rose dalam tangisannya.

“Saya dah suruh Fikri ceraikan awak.” jelas Zehra sinis.

“Saya rela dihukum begitu , jika itu akan memberi kebahagiaan pada awak.” jelas Rose sayu.Airmatanya mengalir laju.

“Lepasni , tolong jauhkan diri daripada Fikri , sebab lepasni dia akan bersama dengan saya lepasni.” jelas tegas.

“Saya akan bantu awak untuk jauhkan diri dari orang yang negative seperti mak awak Zehra.” ujar Rose.

“Awak tak perlu sibuk dengan urusan ahli keluarga saya , saya tahu macam mana nak uruskan keluarga saya , selama 8 tahun saya berkahwin , saya jugak yang terkontang-kanting nak uruskan keluarga saya walaupun... .” kata-kata Zehra terhenti apabila hendak melepaskan ayat terakhirnya.

“...walaupun semua orang abaikan saya.” terhambur tangisan Zehra Amanda apabila dia cuba meluahkan perasaanya.

Rose yang berada di hujung kakinya , turut menghamburkan tangisnya kerana rasa bersalah menghurung jiwanya.Dia rasa terseksa di atas kesilapan dan dosanya selama ini.

“Saya keluar dulu Zehra.” pinta Rose sayu.Langkahnya dihayunkan kemuka pintu dan keluar dari ruang bilik suaminya dan madunya itu.Hatinya lara , jiwanya meronta meminta untuk pergi jauh.Tetapi dia harus bertanggungjawab di atas apa yang dilakukan selama ini.Tubuhnya tersandar di dinding papan tepi bilik itu.Tangisannya mula didengari perlahan.

“Kenapa aku tak sedar dari dulu ? Kenapa baru sekarang ? Ya allah , kau ampunkanlah dosaku , kau berilah kebahagiaan kepada suamiku ya allah.” Pintanya sepenuh hati dalam tangisan.

Air sungai mengalir deras , bunyi burung yang berkicauan menghiasi bunyi di air terjun Kota Tinggi.Nia yang duduk bersebelahan dengan Zatie itu hanya diam menyepi.Dua wanita itu hanya menghayati kindahan bumi hijau air terjun Kota Tinggi itu.Tiba-tiba Zatie memecah sunyi.

“Kau apa khabar Nia ?.” soal Zatie mesra.Wajah Nia Amanda dipandang dari sisi walaupun sahabatnya itu tidak memandang wajahnya.

“Aku sihat , alhamdulillah...kau ?.” soal Nia semula kepada sahabatnya itu.

“Aku macam nilah , kerja dekat kilang , hari minggu tolong mak aku dekat kedai.” jelas Zatie dalam senyuman.

“Mak kau sihat ?.” soal Nia mula mesra.

“Sihat , kalau sakit pun sebab usia.” jelas Zatie merendah diri.

“Kau macam mana sekarang ? Bila nak ada baby ?.” soal Zatie mengusik sahabatnya itu.Nia Amanda hanya menyepi.Dadanya turun naik menahan sebak.

“Kau marahkan aku tak Zatie ?.” soal Nia yang pandangannya dibuang ke hadapan dalam nada yang tenggelam timbul.

“Tak Nia.” jelas Zatie tersenyum dan memandang wajah sahabatnya.

Tubuh Zatie terus dipeluk erat , tangisan dihamburkan oleh Nia Amanda dibahu wanita itu.Pelukan tersebut di sambut baik oleh Zatie.Pelukan mereka semakin erat.Zatie juga turut mengalirkan airmata.Hati mereka berdua lara , kerana pertalian , cinta dikorbankan.

“Aku sayang kau Nia.” ucap Zatie dalam tangisan dan mengusap perlahan belakang kepala Nia Amanda.

“Aku pun sayang kau Zatie.” luah Nia Amanda.Tangisannya makin kuat.Airmatanya makin deras bagai air sungai yang sedang mengalir deras itu.

“Kenapa allah uji kita macam ni Zatie ?.” soal Nia dalam tangisan.

“Sebab allah sayang.” jawab Zatie ringkas dan padat.Dia juga tidak dapat menahan perasaan hiba di hatinya.Jiwanya meronta.

“Kau bahagia kan ?.” soal Zatie selepas dia melepaskan pelukan bersama sahabatnya itu dan memandang wajah lembut Nia Amanda.

“Aku bahagia sangat , tapi... .” ucapan Nia terhenti apabila Zatie menyambung terlebih dahulu.

“Cukup aku tahu kau bahagia , kau tak perlu risau pasal aku , aku taknak kau bebankan fikiran kau pasal aku , buang masa kau saja Nia.” jelas Zatie tersenyum dalam linangan airmata.

“Tapi kenapa kau sanggup kau bekorban untuk aku ? Kenapa seksa diri kau ?.” soal Nia kepada Zatie.

“Sebab kasih sayang aku terhadap kau , takda siapa pun yang tahu ? Cukuplah aku dapat buat pengorbanan kecil untuk kau , itu dah boleh menunjukkan betapa aku sayangkan kau Nia.” jelas Zatie sayu.

“Pengorbanan kau belum ada mana-mana perempuan boleh buat , mana kau dapat kekuatan semua ni Zatie ?.” soal Nia sayu.

“Manja , manja lah mentor dalam hidup aku , kalau aku masih terselamat dalam alam perkahwinan tetapi dia sudah terjerumus dalam alam tersebut.” luah Zatie sayu dan bangga.

Terbutang mata Nia Amanda , tidak dia sangka kakaknya itu telah dijadikan pedoman dan contoh oleh orang di sekelilingnya.Mengalir laju airmata Nia Amanda.Hatinya berdegup kencang.Tangannya mengeletar.

“Mungkin kau tak percaya apa yang aku cakap , tiap kali aku nak jadi negative untuk fikirkan perkara yang tak sudah ni , aku akan teringat dia , betapa hancur rumahtangga dia dikerjakan mak kau ?.” soal Zatie berani.Sekali lagi tangisan didengari.

“Nasib kak manja memang malang.” jelas Nia sayu.

“Aku tak pernah jumpa mak yang macam mak kau dekat luar sana.” jelas Zatie.

“Tapi dia tetap mak aku , Zehra dan Iris.” jelas Nia sayu.

“Kau kenapa nak jumpa aku ?.” soal Zatie pelik.

“Kau tahukan yang mak... .” kata-kata Nia terhenti apabila dibidas Zatie.

“Yang mak kau nak satukan aku dengan Raziq ?.” soal Zatie menduga.

“Yes.” jawab Zehra ringkas.

“Aku tak setuju.” Kata putus Zatie dibuat secara rasmi dihadapan Nia Amanda.

“Kenapa ? Raziq masih sayangkan kau , aku yakin perkara tu.” jelas Nia penuh harapan

“Kalau dia sayangkan aku , dia takkan tinggalkan aku untuk pilih kau.” luah Zatie tegas.
“Aku salah.”ujar Nia lemah.

“Kau tak bersalah , aku tak bersalah , dia pun tak bersalah , sebab hati bukan milik kita , milik allah , allah boleh bolak-balikkan hati kita.” terang Zatie penuh lemah-lembut kepada Nia Amanda.

“Dia cintakan kau , dia sayangkan kau bukan aku Nia.” jelas Zatie lagi.

“Kau dah lupakan dia ke ?.” soal Nia ingin tahu.

“Buat apa aku nak kenangkan suami orang ?.” jawab Zatie selamb.Nia tertawa kecil dengan jawapan spontan Zatie itu.

“Doakan aku Zatie.” pinta Nia sayu sambil memeluk lengan sahabatnya itu.Kepala dilentokkan di atas bahu Zatie.

“Kau sentiasa dalam doa aku.” ucap Zatie penuh kasih sebagai seorang sahabat.

“Aku balik dulu Zatie.” pinta Nia Amanda untuk beredar dari kawasan itu.

“Baik , hati-hati Nia.” ucap Zatie lembut.

SIkit demi sedikit , bayang Nia Amanda mula hilang.Zatie melepaskan satu keluhan kecil dengan perlahan.Dia duduk semula di bangku yang tersedia buat pengungjung.

“Siapa pun aku dalam hidup Raziq , kau tetap nyawa dia Nia...semoga engkau berbahagia di samping dia.” ucapnya sendirian dan membuang pandangan ke arah air sungai yang mengalir.

Pada malam yang hening ,diemani bulan yang dipagari bintang.Rose Isabelle duduk di beranda untuk mengambil angin.Dia merenung bulan yang bercahaya bak purnama itu , sesekali senyuman manis terukir di bibirnya sambil melihat bulan yang menhiasi langit luas pada waktu malam ini.Tiba-tiba suara suaminya menerjah kesunyian malam yang sedang dihayati Rose.

“Kenapa duduk seorang diri ?.” soal Fikri mendatar.

“Cari ketenangan.” jelas Rose tenang.Fikri tertawa sinis.

“Hmm , cari ketenangan ? Sejak bila you pandai cari ketenangan ? And setahu I ketenangan you bukan dekat sini , yang macam ini.” jelas Fikri menyindir isterinya itu.Tidak pernah sekali sepanjang perkahwinan mereka Rose terasa dengan kata-kata suaminya itu.Tetapi pada malam ini , buat pertama kalinya hatinya sungguh sakit bagai ditoreh dengan kata-kata yang pedas daripada Fikri.

“Aku kena rasa apa yang orang rasa , aku redha.” gumamnya di dalam hati.

“Tak salahkan kalau I nak cari ketenangan dekat sini dan macam ini ?.” soal Rose lembut.

“Tak , tapi setahu I ketenangan you yang ada dekat dalam tu , yang tengah menjahit tu.” sindir Fikri lagi.Dia memaksudkan ibu mertuanya Puan Sarah.Rose terdiam.

“You marahkan I ke Fikri ?.” soal Rose lembut.Fikri terkejut dengan nada yang dialunkan isterinya itu.

“Kenapa you tanya macam tu ?.” soal Fikri pelik.

“Kalau you tak marahkan I , I nak minta something dari you.” pinta Rose lembut.

“Apa dia ?.” soal Fikri lagi.Pandangannya tetap dihala ke arah bulan yang terhias di langit malam.

“Boleh tak you tolong I , tolong bawa Zehra keluar dari kawasan kita.” pinta Rose spontan.Terbutang mata Fikri dan wajahnya terus dihala ke arah Rose yang berada di sebelahnya pula.

“Apa motif you cakap benda ni semua ? You nak buat apa lagi pada isteri I.” Soal Fikri agak tegas dan menekan pada ayat ‘isteri’.Mata Rose Isabelle terpejam.Hatinya pedih terluka kerana dia dibezakan.Tetapi tetap diterimanya.

“Sebab I nak you bahagia dengan dia.” jelas Rose.Suaranya juga mula tegas.

“I memang always bahagia disamping dia.” jelas Fikri sinis.

“I know , but your mother in law.” ujar Rose.

“Kenapa dengan mak ?”. soal Fikri pelik.

“Dia tak pernah restu hubungan you dengan Zehra , siang tadi waktu dia buat pengakuan dengan I , I terkejut dan Zehra ada di sebalik dinding dapur , dia dah dengar semuanya apa yang mak cakap pasal dia.” jelas Rose kepada suaminya.Jantung Fikri bagai direntap.

“I sedar Zehra ada dekat situ , tapi I sengaja biarkan untuk dia dengar sendiri atas pengakuan mak...and dia tipu you cakap kaki dia terseliuh.” jelas Rose lagi.Terbutang mata Fikri.

“Habis kenapa... ?.” soal Fikri tidak habiskan kata-katanya.

“Dia buat semua bersebab...bukan nak jaga hati I but nak jaga hati mak...sebab tu dia minta cerai...tapi you ? Ada cuba faham dia ? Please Fikri , now you dah dapat nyawa you balik and jaga dia baik-baik sebab dia satu-satunya nyawa you , nyawa is Zehra Amanda.” ujar Rose lagi.

“Bawa dia pergi jauh dari sini , mulakan kehidupan yang baharu , tinggalkan apa yang you ada sekarang ni , sebab ini bukan milik you.” jelas Rose sayu.

“Kenapa ? You nak suruh I berhenti kerja ? And merempat tepi jalan ?.” soal Fikri agak tidak dapat menerima kata-kata isterinya itu.

“Bukan Fikri , but I nak you bermula dari bawah , untuk mencapai kejayaan di atas , dan you dah ada pebimbing yang terbaik dalam hidup you.” ucap Rose sayu.Airmatanya mula bergenang.

“...and please , tunaikan permintaan Zehra.” ucap Rose lagi.

“Apa dia ?.” soal Fikri pelik.

“Ceraikan I.” ucap Rose dalam linangan airmata yang mula mengalir.

“You... .” kata-kata Fikri terhenti.

“I ikhlas , kita boleh jadi rakan kongsi mungkin lepas ni ?.” ujar Rose spontan.Fikri dan Rose tertawa kecil serentak.Tidak sampai beberapa saat , mereka kembali serius.

“I akan tunaikan.” ucap Fikri lembut.

“I masuk dulu.” pinta Rose.Fikri hanya menganggukkan kepalanya.

Kakinya dihayun ke pintu utama rumah , sebaik dia melangkah masuk Zehra sudah berada di tepi pintu dengan tangisan.Rose terkejut melihat keadaan madunya itu.Tetapi hatinya tetap dkawal , walaupun dia juga mahu turut mengalirkan airmata.Senyuman manis diberi.

“Thank you Rose.” ucap Zehra lembut dalam tangisan.

“Sama-sama , semoga lepasni you lebih bahagia.” ucap Rose sayu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience