NZ (28)

Drama Completed 72971

Pada pagi yang indah di taman perumahan elit yang menetapkan Dato Zahid dan Datin Maimunah,pada pagi ini juga Zehra Amanda mencelikkan mata di dalam tempat baharu dan kehidupan yang baharu,apabila dia mencelikkan mata di sebelah,wajah suaminya sudah kelihatan yang dalam lenanya lagi.Zehra tersenyum seketika apabila dia melihat wajah Tuan Zahin Aqbar.Dia mengusap pipi mulus suaminya lembut.Kemudian,tangannya pula melingkari pinggang suaminya,sekali gus wajahnya menjadi dekat dengan wajah lelaki itu.Dia memainkan hidungnya di pelipis Tuan Zahin.Tetapi lelaki itu masih lena tidurnya.Zehra cuba bermain di kepalanya dan mengelikan kulit kepalanya,situasi tetap sama apabila suaminya itu tetap melayan lena tidurnya.Zehra menjadi geram,perlahan-lahan tangannya naik ke muka suaminya lalu satu tamparan lembut diberi.

"Sayang apa ni tampar abang ?." soal Tuan Zahin tidak puas hati.

"Kenapa salah ?." soal Zehra selamba dengan riak wajah selamba.

"Berdosa tahu tak ?." jelas Tuan Zahin kembali.

"Habis abang tu,sengaja keraskan badan macam tiang kayu,penat Zehra kejut abang dari tadi." jelas Zehra mempertahankan dirinya sendiri.

"Tapi janganlah tampar abang." rajuk Tuan Zahin.

“Abang yang salah , sekarang abang pula yang nak merajuk.” ucap Zehra menyindir.

“Cuba belajar hormatkan suami.” jelas Tuan Zahin agak tegas kata-katanya.

“Muka abang ni bukan suatu tempat untuk jadi bahan gurauan ya.” jelas Tuan Zahin tegas.

“Abang ada harga abang sendiri , jadi tolong hormatkan abang okay , nak bergurau abang tak kisah , tapi biar berpada-pada.” jelas Tuan Zahin lagi.Zehra Amanda terkedu dengan amaran suaminya itu.Tetapi hatinya tetap rasa yang ini juga hanya satu gurauan daripada Tuan Zahin.

“Abang marahkan Zehra ?.” soal Zehra lembut dengan senyuman.Tetapi renungan diberi kepadanya.Mati senyuman manisnya yang terukir di bibir itu.

“Dalam agama ada ke ajar bergurau dengan suami macam itu ? Ada nampak abang bergurau ke ?.” soal Tuan Zahin tegas.

“Abang , Zehra salah , Zehra minta maaf , please abang jangan marahkan Zehra lagi.” pinta Zehra Amanda sepenuh hati.

“Abang sekarang suami sayang , jadi perlu bimbing sayang ke arah kebaikan.” ucapnya lagi.

“Tapi abang , inikan hanya gurauan.” jelas Zehra mempertahankan dirinya.Tuan Zahin menarik nafas panjang sebelum berkata.

“Dalam islam memang ajar ya bergurau dengan suami perlu menampar.” ujar Tuan Zahin dengan amarah.Entah mengapa dia cukup terasa dengan cara isterinya itu bergurau.

“Abang , kenapa abang marah sangat ni ?.” soal Zehra lagi.

“Sebab itu hak abang yang perlu abang pertahankan.” tinggi suara Tuan Zahin seoktaf.Tersentak bahu Zehra Amanda apabila dijerkah begitu.

“Cukup , abang tak mahu bertengkar lagi , fullstop.” jelas Tuan Zahin tegas.Tangannya diangkat dan halakan ke wajah Zehra Amanda seperti memberi amaran berhenti.Dia terus bangun dari tilam dan berlalu menuju ke bilik mandi.Zehra hanya memandang sepi pergerakan suaminya itu.Hatinya mula terusik dengan cara tegas suaminya.

“Tak salah abang nak bertegas , tapi biarlah bertempat.” ucapnya sayu.

Fikri sedang duduk di bangku yang disediakan oleh pihak majlis bandaraya di Taman Hutan Bandar Mutiara Rini itu.Dia mendapat panggilan daripada Pembantu Peribadinya iaitu Hasya Adriana untuk berjumpa.Fikri pada mulanya sukar untuk menerima pelawaan tersebut tetapi apabila mendengar suara wanita itu yang agak ada hal penting , akhirnya dia turutkan juga.Hampir 30 minit dia menunggu , akhirnya kelibat Hasya kelihatan jua.Hasya tersenyum kepadanya dari arah yang agak jauh , senyuman itu turut disambut Fikri bersama.

“Sorry Sir , saya lambat.” jelas Hasya yang agak kepenatan kerana dia berlari anak dari pintu masuk kawasan itu untuk mendapatkan segera majikannya itu supaya tidak menunggu lama lagi.

“Tak mengapa , saya tak tahu kenapa awak nak jumpa saya dekat tempat ini ? Dan di depan tasik.” jelas Fikri.

“Tasik dekat sini cantik kan Sir ?.” soal Hasya kepada Fikri.

“Cantik Hasya , kenapa ?.” soal Fikri ingin tahu mengapa disoal begitu.

“Sir , pernah bercinta selepas berpisah ?.” soal Hasya lagi.

“Belum pernah lagi , kenapa ?.” soal Fikri pelik.

“Saya suka Sir.” jujur Hasya terus.Terkedu Fikri seketika , tidak tahu dia mahu berkata apa.

“Sejak bila ?.” soal Fikri pelik dengan suara yang tidak dapat lagi dikawalnya.

“Sejak dulu lagi.” jelas Hasya lemah.

“Awak tahukan yang saya pernah menjadi suami kawan baik awak sendiri ?.” soal Fikri ingin mengingatkan wanita itu.

“Ya saya tahu Sir , tapi saya dah jatuh cinta pada Sir.” jelas Hasya lagi.

“Fikri melepaskan keluhan berat.Tidak dia sangka yang Hasya Adriana akan jatuh cinta padanya.

“Saya tak mampu nak cintakan awak Hasya.” Jujur Fikri.

“Tapi kenapa ? Sekarang dah tiada siapa dalam hidup Sir.” pertikai Hasya Adriana tidak puas hati.

“Tapi saya tak mampu nak cintakan awak sebab saya tak miliki perasaan itu sekarang.” ucap Fikri memberi penerangan kepada wanita di sebelahnya itu.

“Kenapa awak harus ada perasaan pada saya Hasya ?.” soal Fikri yang mula bosan dengan suasana itu.

“Sebab saya memang dari awal bekerja di Johor Corporations memang sudah jatuh cinta pada Sir.” jelas Hasya sayu.

“Awak sanggup khianat kawan awak sendiri ?.” soal Fikri.

“Saya sanggup buat apa saja demi apa yang saya mahu.” jelas Hasya tegas.

“Tapi kenapa Hasya ? Kenapa Zehra jadi mangsa awak ?.” soal Fikri seperti tidak mampu menerima segala salah faham ini.

“Sebab dia dah rampas apa yang saya ada.” Ucapnya lagi.

“Apa yang dia rampas daripada awak ?.” soal Fikri pelik dan ingin tahu.

“Dia dah rampas kebahagiaan saya Sir.” jelas Hasya dalam linangan airmata yang mula mengalir.

“Apa maksud awak Hasya ?.” soal Fikri tidak mengerti.

“Saya , Hasya Adriana Binti Zamri , anak kepada Encik Zamri yang juga bapa kepada tiga beradik Zehra , Iris dan Nia Amanda.” jelas Hasya memulakan luahan hatinya.Terbutang mata Fikri apabila mendengar pengakuan pembantu peribadinya yang kini sudah diambil kira merangkap adik iparnya sendiri.

“Abah dulu baik , bertanggungjawab sangat , dia selalu bekerja siang dan malam untuk memberi saya dan umi keselesaan.” jelas Hasya lagi.Fikri yang berada di sebelah hanya memberi sepenuh tumpuan untuk mendengar luahan hati wanita itu.

“Tetapi selepas abah berjumpa dengan perempuan bernama Sarah itu , dia dah berubah , dia dah tak pedulikan kami , dia abaikan kami.” jelas Zehra dalam linangan airmata.

“Sebelum abah meninggal awak sempat jumpa dia ?.” soal Fikri mengambil berat.

“Saya tak dapat jumpa abah buat kali yang terakhir , sebab Sarah halau saya.” jelas Hasya kepada Fikri.Tidak terkata apa Fikri dengan penyataan Hasya itu.Keluhan berat dilepaskan perlahan-lahan.

“Awak ada cuba balik untuk jenguk kubur arwah abah pula ?.” soal Fikri ingin tahu.

“Tidak , sebab saya dah putus asa untuk usaha semata-mata mahu berjumpa dengan abah saya sendiri.” jelas Hasya kepada Fikri.

“Tetapi kenapa awak berdendam sangat dengan Zehra Amanda ?.” soal Fikri pelik dan ingin tahu.

“Sebab abah paling sayang dia.” jelas Hasya lagi.

“Jadi awak berdendam dengan dia ?.” soal Fikri.Hasya Adriana hanya menyepi.

“Tapi apa kena mengena dengan saya , sampai awak berdendam dengan Zehra macam itu sekali ?.” soal Fikri pelik.

“Saya dah minat Sir dari hari pertama saya bekerja dekat Johor Corporations lagi , tapi yang paling saya rasa sakit hati bila saya tahu yang dia ada hubungan dengan Sir , lagi bila dia mengaku yang dia adalah isteri Sir , lagi kuat rasa dendam saya pada dia.” jelas Hasya lagi.Wajahnya cengih seperti orang geramkan sesuatu.

“Hasya awak kena terima hakikat semua itu sepatutnya , ini dah dikira tikam belakang tahu tak ?.” jelas Fikri kepada wanita itu.

“Tapi kenapa apa yang saya sayanh semua dia ambil jadi hak milik dia ?.” soal Hasya dalam linangan airmata.

“Apa maksud awak ?.” soal Fikri tidak mengerti.

“Saya sayangkan Sir dari awal lagi , saya sempat cakap dengan umi yang saya akan mendirikan rumahtangga secepat yang mungkin , kerana saya sudah niat untuk luahkan isi hati saya pada Sir , tapi dia dah cantas apa yang saya nak lakukan habis-habisan , dalam diam dia dah jadi milik Sir.” jelas Hasya dalam nada yang penuh benci.

“Hasya , saya minta awak bertenang , jangan apa-apakan dia , kita masih boleh berbincang.” jelas Fikri lagi.

“Saya tahu cara saya salah , saya salah tapi saya tak akan berdiam diri untuk biarkan dia bahagia.” jelas Hasya.

“Apa yang boleh hentikan awak dari lakukan perkara dendam ini semua ?.” soal Fikri.

“Sir kahwin dengan saya.” ucap Hasya sekali lafaz.Terkedu Fikri mendengar permintaan wanita itu.

“Hasya , awak tahu saya tiada perasaan pada awak kan ?.” soal Fikri lembut.

“Ya saya tahu , tapi Sir boleh pupuk pada diri Sir , macam itu juga kan masa Sir kahwin dengan Zehra ?.” soal Hasya tidak puas hati.Fikri terdiam dengan persoalan wanita disebelahnya itu.

“Sir bukan ada hati pada dia pun.” jelas Hasya lagi Fikri hanya menyepi.

“Hasya , kenapa awak perlu simpan hati dan perasaan pada saya lagi , kenapa seksa diri awak ?.” soal Fikri lembut.

“Sebab sayang saya pada Sir tidak akan pupus sampai bila-bila.” ucap Hasya.Tangannya sudah menyentuh paha Fikri.Fikri mengalihkan lembut tangan itu.

“Hasya , saya perlukan masa , kalau ini yang awak mahukan.” ucap Fikri kepada Hasya.

“Apa maksud Sir ?.” soal Hasya tidak mengerti.Tetapi senyuman nipis terukir di bibirnya dia bagai mengerti maksud Fikri itu.

“Kalau perkahwinan akan membahagiakan awak , saya harap awak dapat bersabar dan memberi masa pada saya.” jelas Fikri kepada Hasya.Senyumannya semakin lebar apabila mendengar penyataan daripada lelaki yang dicintainya itu.

“Sir ikhlas untuk terima saya ?.” soal Hasya lembut.

“Ya saya saya ikhlas , awak jangan risau , saya akan uruskan hal-hal yang penting , tapi kalau setakat majlis nikah saja okay kan ?.” soal Fikri ingin kepastian.

“Saya tak kisah , yang penting saya dapat bersama dengan orang yang saya cinta.” ucap Hasya lembut.Dia tersenyum kepada Fikri Hakim.Manakala lelaki itu membalas senyuman kelat sahaja kepadanya.Kerana dia sekarang ini terikat dengan janjinya kepada Hasya.

“Terima kasih Sir.” ucap Hasya lembut.

“Sama-sama Hasya.” balas Fikri lembut juga.Hasya membuang pandangannya ke arah Tasik tenang dihadapan mereka itu , dia tersenyum tanpa henti.Fikri memandang wajah itu dari sisi , hatinya sayu memandang wajah itu.

“Kenapa aku masih melakukan kesilapan ya allah , apa yang aku buat ini semua atas niat yang baik , hanya engkau yang tahu bagaimana isi hati aku ya allah , kau peliharalah setiap langkahku ya allah , kerana aku insan yang lemah.” ucap Fikri di dalam hati.Kini dia juga turut melayani perasaan sayu di tepi Tasik Hutan Banda Mutiara Rini itu juga.

Zehra Amanda sedang melihat senja petang yang bakal menenggelamkan matahari.Dia duduk di kaki bukit itu sendirian , membawa hati dan perasaan yang lara.Sedang dia melayani petang itu , tiba-tiba ada sesuatu yang melingkari pingganya dari sisi , wajah terus ditolehkan , suaminya sudah berada di sisi dengan senyuman.

“Sayang merajuk dengan abang ya ?.” soal Tuan Zahin lembut kepada isterinya.

“Tak abang , kenapa abang tanya ?.” soal Zehra lembut.

“Ya ke ni ? Habis kenapa bawa diri sampai ke bukit ? Seorang diri pula itu ?.” soal Tuan Zahin menduga isterinya lagi.

“Saja nak tengok matahari terbenam.” jelas Zehra manja.

“Sayang.” panggil Tuan Zahin lembut.

“Ya abang ?.” jawab Zehra Amanda manja.Suaranya itu membuatkan Tuan Zahin terbuai.

“Maafkan abang , sebab tadi pagi.” jelas Tuan Zahin tentang situasi tegang antara mereka suami isteri pagi tadi di dalam bilik.

“Takpa , memang Zehra salah kan.” jelas Zehra mengalah.

“Jangan cakap macam itu , abang rasa bersalah sangat , abang tak patut tinggikan suara pada sayang , tapi abang terlalu emosi tadi pagi.” jelas Tuan Zahin sayu.Hatinya benar rasa bersalah kepada isterinya itu.

“Perkara dah lepas pun abang , Zehra okay saja.” ucap Zehra kepada suaminya tenang.

“Abang nampak jahat sangat ya tadi pagi ?.” soal Tuan Zahin ingin kepastian.

“Nampak pakcik sangat , macam bapak marah anak.” ujar Zehra menyakat.

“Habis sayang nak kutuk abang and cakap abang tua lah ni ya ?.” soal Tuan Zahin tidak puas hati.

“Tapi abang makin tua , saham abang makin naik lah kan ?.” soal Zehra manja.

“Ohh , sayang nak samakan abang dengan saham bursa ke apa ni ?.” soal Tuan Zahin tersenyum sedikit.

“Tapi saham abang lagi mahal dari bursa Malaysia kan ?.” soal Zehra menyakat lagi.Kemudian dia mengelakkan suaminya.Tuan Zahin turut tersenyum melihat isterinya itu.

“Ketawa dan senyuman sayang inilah yang buatkan abang jatuh cinta.” jelas Tuan Zahin dalam senyuman.

“Ya ke ?.” soal Zehra selamba.

“Yalah , habis nak suruh abang buat apa untuk buktikan ?.” soal Tuan Zahin kembali.

“Pergi terjun bukit.” arah Zehra selamba.

“Memang nak abang mati cepat ke ?.” soal Tuan Zahin.

“Kalau tak mati alhamdulillah , kalau mati inalillah.” jawab Zehra selamba

“Amboi , sedap mulut berkata.” sindir Tuan Zahin.

“Alaa , Zehra gurau saja.” jelas Zehra menyeringai kepada suaminya.

“Guraulah macam itu lagi , nanti senang abang nak marah lagi.” ujar Tuan Zahin selamba.Zehra dari duduk terus berdiri tegak dan merenung wajah suaminya yang masih duduk di atas rumput.

“Kenapa pandang abang macam itu ?.” soal Tuan Zahin pelik.

“Abang memang sejenis tak boleh dibuat gurau ya.” soal Zehra tidak puas hati.

“Sayang , kenapa ni ?.” soal Tuan Zahin yang mula pelik dengan Zehra Amanda.

“Harini saja kita dah tiga kali bergaduh sebab gurauan , kenapa abang ni ? Susah sangat nak bergurau dengan orang.” jelas Zehra yang mula marah kepada suaminya.

“Jangan disebabkan abang tegur sayang tak boleh terima ?.” jelas Tuan Zahin.Dia juga turut berdiri di hadapan isterinya.

“Betullah orang cakap , kemanisan tu ada semuanya sewaktu tengah hangat bercinta dan awal perkahwinan saja , ini tidak , awal perkahwinan pun dah terasa pahit dia.” sindir Zehra kepada suaminya.

“Sayang nanti.” panggil Tuan Zahin apabila isterinya semakin jauh dari jaraknya itu.

“Sayang , abang minta maaf , kita selesaikan dengan cara baik.” jelas Tuan Zahin yang sedang mengejar isterinya dari arah belakang.Tetapi Zehra Amanda tetap membisu.

“Sayang… .” panggil Tuan Zahin.Tanpa berlengah , dia merentap lengan isterinya sehingga terpusingkan badannya ke arahnya jua.Bibir lembut isterinya dikucup terus.Zehra terkedu dengan tindakan suaminya itu.Tubuh Tuan Zahin Aqbar cuba ditolak kuat , tetapi kekuatan lelaki itu mengejapkan peggangan telah menggagalkan kudratnya.Akhirnya dia juga terpaksa melayan ciuman suaminya itu di atas kaki bukit.

“Puas ?.” soal Tuan Zahin selamba selepas kucupan mereka terlerai.Nafasnya turun naik kerana hampir hilang kesemuanya.

“Kenapa abang tanya Zehra pulak ? Abang yang rampas hak abang , bukan tahu nak minta baik-baik.” jelas Zehra merungut.

“Tapi abang puas , sebab itu abang tanya sayang , puas tak ?.” soal Tuan Zahin lagi.

“Kalau diam tandanya puaslah.” jelas Tuan Zahin selamba.Dada bidang suaminya ditampar manja.Wajah comel Zehra Amanda menjadi cemberut.

“Sayang , terima kasih sebab jadi ubat abang , abang harap sayang wanita yang abang akan pimpin hingga ke syurga allah nanti.” ucap Tuan Zahin tiba-tiba dengan penuh romantis.

“Abang ni dah kenapa tiba-tiba jiwang sangat ?.” soal Zehra pelik.

“Sebab abang sayangkan isteri abang , cinta abang , nyawa abang , nyawaku Zehra.” ucap Tuan Zahin dengan seikhlas hati.Zehra terkedu dengan ucapan suaminya.

“Boleh abang janji something dengan Zehra ?.” pinta Zehra lembut.Tuan Zahin tersenyum dengan ayat isterinya itu.

“Sayangkan Zehra sepenuh hati abang.” pinta Zehra manja.Tubuh tegap suaminya dipeluk erat.

“Semestinya sayang , semoga jodoh kita berkekalan , izinkan abang menjadi putera hati sayang.” ucap Tuan Zahin sepenuh hati.

“I love you sayang.” ucap Tuan Zahin romantis.

“I love you too sayang.” Balas Zehra Amanda.Suaminya hanya tersenyum dengan gelagat manja isterinya itu.

Fikri sedang mengelamun mengenangkan kejadian siang tadi , tidak dia sangka yang Hasya adalah adik beradik dengan Zehra Amanda dan menyimpan dendam kesumat terhadap wanita itu.

“Aku akan lindung kau dari kekejaman orang lain Zehra.” ucap Fikri sepenuh hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience